Disebabkan ingin beri sedikit kebahagiaan pada ibu bapa. Gadis sanggup lakukan ini hanya untuk berikan kebahagiaan buat ibu bapanya.

Kehidupan Keluarga Viral

Impian setiap anak pasti mahu membalas jasa ibu bapa yang sudah membesarkan kita tanpa sebarang keluhan mahupun berputus asa. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membalas penat lelah mereka.

Antara jalannya ialah dengan memberi hadiah kepada mereka. Perkara ini sama seperti perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok bernama Wan Nur Amirah. Pemberiannya itu telah mengundang sebak kedua orang tuanya.

Sentiasa berusaha untuk senangkan mereka

Menerusi perkongsian itu, wanita tersebut telah memberi sepucuk surat untuk dibaca oleh ayah dan ibunya. Tidak dapat menahan sebak, air mata ayahnya laju menitis kerana sebak.

“Walau dari kecil Mirah tak pernah dapat kemewahan macam orang lain, tapi mirah dapat penuhi kasih sayang dan didikan yang baik daripada mereka,” luahnya. Tambahnya lagi, meskipun dilahirkan dalam keluarga susah namun, ia tidak menghalang Mira untuk sentiasa berusaha mendapatkan keselesaan hidup. Dia juga berharap agar kedua-dua insan tercinta itu dipanjangkan umur.

Terharu, sebak tengok

Video berdurasi satu minit itu sudah pasti telah membuat orang ramai turut sebak melihat momen-momen indah dan bahagia bersama orang tua. Rata-rata warganet terharu dan mendoakan agar segala urusan Mirah dipermudahkan selain turut merindui ayah masing-masing.

Seronoknya ada ayah

Inspirasinya! Mengalir air mata tengok

Terbaik sis! Untung ibu ayah awak

Seronok bila dapat gembirakan ibu bapa ini. Rasa macam satu perasaan lega bila lihat mereka senyum. Semoga rezeki Mirah lebih luas selepas ini. Amin! Sumber: TikTok Wan Nur Amirah

Penjual Choco Jar Berjaya Menghadiahkan Ibunya Sesuatu Sehinggakan Ibu Menangis Terharu. Rupanya Ini Yang Ibunya Lakukan Sebagai Salah Satu Kerjayanya.

Bibo bersyukur dapat memberi kejutan telefon pintar buat ibunya. Setiap anak pastinya menyimpan hasrat untuk membahagiakan ibu bapa mereka. Terbaharu, tular video memaparkan seorang ibu yang menangis selepas menerima kejutan telefon pintar pemberian anaknya.

Norsyahera Zainuddin, 28, atau lebih mesra disapa Bibo mendedahkan dia merupakan anak kepada individu dalam video tersebut. Jelas Bibo, dia membuat kejutan kepada ibunya, Siti Fatimah Deraman, 61, kerana telefon lama milik guru mengaji itu sudah uzur dan hampir rosak.

Bibo bersama ibunya.

“Mak sebenarnya ajar mengaji untuk anak-anak di sekitar rumah. Tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka pun tak boleh datang. Pada masa sama, mak juga sering ikuti kelas mengaji dalam talian menerusi Facebook untuk tambah lagi ilmu dan pengetahuan. Mak ada mengadu telefon hampir rosak tapi dia tak pernah minta ganti. Jadi saya pun terfikir untuk buat kejutan kepadanya,” ujar Bibo yang sudah berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

Walaupun harga bukan beribu, ia tetap satu pencapaian.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia cukup sebak apabila ibunya mengalirkan air mata selepas menerima hadiah berkenaan. Biarpun harganya tidak mencecah ribuan ringgit, Bibo tetap bersyukur dapat memberi telefon baharu buat ibunya, hasil duit simpanan berniaga cokelat dalam balang (choco jar).

Paparan skrin video tular itu.

“Bila dia menangis, saya makin sebak. Walaupun dia tak tahu pun harga telefon, reaksi yang diberi tu saya tahu dia sangat menghargainya. Saya mula jual choco jar sejak tahun 2018. Saya ni bukan orang senang, ayah pun dah tak ada. Untuk anak kampung macam saya, peristiwa ni saya tak akan lupa. Walaupun harga bukan beribu, ia tetap satu pencapaian. Saya cuma nak sampaikan bahawa buat bisnes tu boleh mengubah hidup kita,” ujarnya.

Kata Bibo, dia dan ibunya sekali lagi menitiskan air mata apabila membaca segala komen positif dan doa-doa netizen di laman sosial. Malah, dia turut menzahirkan impian untuk membawa ibunya ke tanah suci Makkah suatu hari nanti.

Bibo mengumpul wang dengan berniaga sejak tiga tahun lalu untuk memberi kesenangan kepada ibunya.

“Saya tunjuk setiap komen warganet, dia lagi sebak. Kami sama-sama terkedu. Dari viral di TikTok sehingga ke Facebook. Saya sangat terharu, saya dibesarkan dengan tangan dia. Semua yang berlaku atas doa emak saya. Saya pula bukanlah sesiapa. Alhamdulillah, bila viral, ramai yang cari. Sedikit sebanyak membantu perniagaan saya,” ujarnya yang menetap dengan ibunya di Kuantan, Pahang. Sehingga kini, video kejutan penuh emosi itu menerima lebih 215,000 tontonan di TikTok.

Sanggup Cari Duit Dengan Jual Jeruk Asam Boi Lepas Ibunya Pergi Buat Selamanya. Perkongsian Yang Dibuat Pemuda Ini Raih Perhatian Warganet

Macam yang kita sedia tahu,sejak pandemik Covid19 mula melanda dunia telah menyebabkan pelbagai sektor ekonomi terjejas. Dan ramai di antara kita yang hilang pekerjaan dan terpaksa teruskan hidup dengan berniaga secara kecil kecilan.

Baru baru ini,seorang pemuda Hiken No Ace meminta pengguna media sosial di laman Twitter membantunya mempromosikan jualannya jeruk asam boi. Lebih menyedihkan lagi apabila mengetahui ibunya baru pergi buat selamanya dan kini dia yang menanggung keluarga.

Difahamkan Status yang dikongsikan pemuda ini di laman Twitter mendapat lebih 25 ribu tanda Retweet. Difahamkan, ibunya telah pergi buat selamanya pada Jumaat lalu dan kini dia hanya tinggal bersama adiknya sahaja. Segala komitmen dan perbelanjaan bulanan terpaksa dia tanggung.

Katanya, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan menyebabkan dia hilang pekerjaan. Apa yang dia boleh lakukan sekarang adalah berniaga jeruk asam boi di sekitar Kuala Lumpur sahaja.Difahamkan, sebelum ini dia bekerja tetapi dalam status kontrak. Namun, disebabkan PKP segala perniagaan terjejas dan syarikat berkenaan tidak meneruskan kontrak tersebut. Adiknya turut menghadapi nasib yang sama, tiada pekerjaan disebabkan PKP.

Mereka adik-beradik terpaksa berusaha dan bekerja keras bagi membayar komitmen bulanan seperti membayar rumah, barangan dapur, bil-bil kemudahan dan sebagainya.Terbaru, disebabkan ‘kuasa tularl’ dia telah menerima banyak tempahan jeruk asam boi tersebut. Pemuda ini meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pengguna media sosial yang telah membantunya.

Makanan Hanya Dijual Dengan Harga RM3 Sahaja. Pengurus Ini Terima Banyak Pujian Selepas Sanggup Pegang Promosi Makanan Demi Bantu Staf

Gara gara pelaksanaan PKP,pelancongan antara industri yang terjejas kerana sektor tersebut terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan wabak COVID19. Malahan hotel dan pusat pelancongan alami kerugian besar sehinggakan ada yang ditutup kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan. Gara gara jugalah,ramai individu kehilangan pekerjaan.

Walaupun begitu, kita patut memuji usaha seorang pengurus hotel di Pulau Pinang ini kerana sanggup turun padang dan membantu staf hotelnya menjual makanan demi mencari alternatif lain dalam sumber pendapatan. Menurut Instagram Bernama, Jeffrey Lim iaitu Pengurus Hotel Red Rock di Jalan Maccalister, George Town dilihat memegang kad manila dan melaungkan ‘tiga ringgit, tiga ringgit’ semasa menjual makanan di luar bangunan hotel tersebut.

Menurut Jeffrey, pihak mereka terpaksa mencari sumber pendapatan lain kerana tiada tempahan pengunjung ke hotel berikutan PKP.Kami lakukan ini adalah untuk bantu staf dan hotel untuk terus bertahan semasa musim Covid. Ini sajalah cara yang boleh kami lakukan kerana kami tak dapat apa-apa sangat dari kerajaan dan industri hotel,” katanya. 

Petugas di hotel tersebut juga telah mula menjual menu yang dimasak chef hotel tersebut bagi membantu mereka yang terdesak kerana tiada kewangan semasa tempoh PKP ini.Antara menu yang dijual oleh hotel tersebut ialah bihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam serta kesemua menu ini hanya dijual dengan harga RM3 je! Murah benor tuuu! 

“Respect dengan tauke hotel ni. Cari duit dengan usaha sendiri” Rata-rata warganet memuji tindakan pengurus hotel tersebut yang mencari alternatif lain dalam mendapatkan sumber pendapatan buat para pekerjanya. Malah dia juga tidak malu dalam mempromosi makanan yang dijual hotel tersebut.Kita doakan semoga mereka yang tengah struggle cari sumber pendapatan masa PKP ni dimewahkan rezeki mereka. Amin! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *