Doktor ini tampil ceritakan kisah seorang bapa yang sanggup buat perkara ini walaupun sudah punyai keluarga sendiri. Rupanya ini punca untuk dia lakukan semua ini.

Amalan Kehidupan Keluarga KESIHATAN

Seorang lelaki berkongsi masalahnya sehingga pernah terfikir untuk lari dari rumah sendiri. Lain pesakit, lainlah masalah dan ragamnya. Apa yang pasti, setiap daripada mereka pasti ada sesuatu yang mahu diluahkan kepada doktor bagi mendapatkan pencerahan. “Saya tersepit, doktor.”

Begitulah luahan seorang pesakit lelaki berusia 45 tahun kepada seorang doktor, menerusi satu perkongsian beliau di halaman Facebook. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkata, pesakit tersebut mengadu dirinya sentiasa berdebar, mengantuk tetapi mata tidak boleh lelap, sentiasa lesu dan tiada fokus apabila bekerja.

“Dia juga mengaku ada pernah terfikir nak lari rumah. Mula-mulanya terkejut juga. Bayangkan, lelaki berumur 45 tahun, ada anak bini, ada ibu bapa, ada kerja, tapi nak lari dari rumah sendiri. Aneh, kan? Namun apabila saya siasat elok-elok, saya nampak apa masalahnya. Saya faham mana datangnya niat nak lari rumah tu,” katanya.

Berkongsi pengalaman, doktor perubatan rehabilitasi itu menjelaskan bahawa pesakit lelaki tersebut bukan tersepit secara fizikal, tetapi disebabkan keadaan serta komitmennya.

“Dia tersepit antara tanggungjawab sebagai seorang anak dan sebagai seorang bapa. Bebanan memikul tanggungjawab berganda itu buat dia sangat stres, dan dia mula ada tanda-tanda awal ingin mengalami tekanan yang teruk. Stres adalah sesuatu yang mudah berlaku kepada generasi sandwich seperti lelaki ni. Ia juga boleh menjadi punca tekanan yang teruk,” katanya.

Menurut Dr Kamarul, generasi sandwich adalah generasi yang dihimpit tangggungjawab menjaga generasi sebelum dan selepasnya. Tambah beliau, individu yang tergolong dalam generasi itu adalah individu berusia 40 hingga 50an yang perlu menanggung ibu bapa berusia 60 hingga 80an dan anak-anak berusia 15 hingga 20an.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

“Generasi ini terbentuk apabila berlaku anjakan pada perkembangan kesihatan dan sosio ekonomi negara (dan dunia). Anak-anak zaman sekarang lazimnya mula bekerja lambat kerana menyambung pelajaran. Umur 25 masih belajar, makan minum dan perbelanjaan harian masih ditanggung oleh ibu bapa. Selain itu, jangka hayat rakyat Malaysia pun semakin panjang. Warga emas yang sudah sudah tidak bekerja ni perlu ditanggung juga, dan lazimnya perlukan perhatian yang lebih terutamanya dari aspek kesihatan,” katanya.

Oleh itu, jelas beliau, generasi sandwich terdedah kepada tekanan hidup yang tinggi kerana perlu memastikan memikul tanggungjawab memberi sokongan kewangan, perlindungan, kesihatan dan emosi kepada ibu bapa, diri dan pasangannya, serta anak-anak.

“Satu rumah, penghuninya tujuh hingga 10 orang. Kena kerja dua pekerjaan. Suami isteri kena kerja. Setiap hari kena kerja kuat untuk pastikan semuanya cukup, sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Itu yang ada terfikir nak lari rumah, nak lari dari tangggungjawab, kerana dah tak tertanggung lagi bebannya tu. Hal ini juga menyebabkan ada kes anak-anak terabai, warga emas terbiar, rumah tangga cerai berai, kemurungan dan sebagainya.

Stres adalah sesuatu yang mudah berlaku kepada generasi sandwich seperti lelaki ni. Ia juga boleh menjadi punca mengalami tekanan yang teruk

“Jika kita anak, kasihanilah ibu bapa kita. Jika kita ibu bapa, kasihanilah anak-anak kita. Jangan lupa kasihani diri sendiri juga. Diri kita ni pun sama penting dengan ibu bapa dan anak kita. Kena saling menjaga, kena saling memahami dan mengasihani. Orang selalu cakap, orang zaman sekarang ni tak kental macam orang dulu. Pada saya, bukan orang zaman sekarang ni lemah, tetapi zaman ini memang penuh dugaan. Dugaan yang baharu. Dugaan yang dulu tiada. Tak adil kita bandingkan,” katanya.

Antara perkongsian Dr Kamarul.

Sehubungan itu, Dr Kamarul menasihatkan semua pihak agar tidak mudah melabel seseorang itu sebagai lemah dan tiada ketahanan dalam menghadapi cabaran sekiranya ternampak orang mengeluh, mengadu, atau meluah perasaan di media sosial.

“Tak usah cepat kritik. Tak usah mudah generalisasikan. Ketahuilah, ada insan-insan di luar sana yang dah sehabis kudrat cuba untuk tampung hidup sendiri dan semua yang di bawah tanggungnya, atas dan bawah, kiri dan kanan. Bila mereka mengeluh tu, ada kalanya bukan kerana tak bersyukur, tetapi meminta bantuan. ‘A cry for help’ kata orang putih. Apabila di hadapan kita ada orang yang meminta bantuan, tetapi kita tak menyedari permintaan itu, maka kitalah orang yang gagal dalam ujian hidup ini. Lebih-lebih kalau kita pergi kritik pula permintaan itu. Kita kutuk, kita hina. Sebenarnya kita sama-sama diuji. Mereka diuji dengan kesusahan dan kita diuji dengan kesenangan. Jika kita pinjamkan sikit kesenangan kita untuk kambus sikit kesusahan mereka, kita sama-sama akan lulus ujian ini,” katanya.

Doktor Ini Menceritakan Pengalamannya Yang Susah Untuk Dia Sendiri Lihat. Tak Sangka Ayah Dan Anaknya Lakukan Ini Sewaktu Menunggu Giliran.

Gambar sekadar hiasan.

Doktor ini akui terdapat pelbagai ragam pesakit yang sedang menunggu giliran di klinik. Seperti yang terlihat, bukannya sebilangan orang yang menunggu giliran mereka. Malah, setiap pesakit yang sedang menunggu pastinya mempunyai banyak masa terluang sebelum nama mereka dipanggil.

Seorang bapa membaca buku di klinik. – gambar hiasan

Di sinilah tempat yang boleh menguji kesabaran, jika tidak tahan memang mengundang amarah. Waktu ini juga kelihatan melakukan aktiviti masing-masing di tempat menunggu yang disediakan. Gelagat seorang bapa bersama seorang anaknya yang sedang menunggu giliran telah menarik perhatian seorang doktor untuk berkongsi mengenai kisah dua beranak itu.

“Mata saya terpaku pada ayah dan anak ni. Mereka tengah menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor. Masing-masing sedang tekun membaca buku. Jujur cakap, jarang nak nampak seorang ayah membaca buku ketika menunggu. Anak kecil kita ni nampak je muka macam tak tahu apa-apa. Tapi apa yang mereka lihat walaupun cuma satu kali, ia jauh lebih berkesan daripada mendengar nasihat yang diulang 100 kali,” tulis Dr Redza Zainol menerusi satu perkongsian di laman Facebook.

Apa yang dia lihat, yang dia dengar, laju je diserap masuk macam span. Sampai masanya nanti dia akan amalkan semua yang dia dah serap tu

Rentetan kisah dua beranak itu, beliau turut mengimbas kembali kunjungan ibu bapa ke klinik dan mengadu mengenai perihal anak-anak mereka.

Ramai ibu bapa mengadu anak-anak mereka ketagihan gajet. -gambar hiasan

“Ada mak mengadu anak makan nuget setiap hari. Dia sendiri mengaku nuget tu tak bagus. Tapi bila ditanya, dialah yang beli berpaket-paket dan simpan dalam peti ais. Ada ayah mengadu anak tak pandai membaca dan tak kenal huruf. Tapi bila ditanya, ayah tu pun tak pernah sentuh buku di rumah. Buku cerita pun tak beli langsung untuk anak,” ujarnya.

Bukan sekadar itu, Dr Redza berkata, ratusan ibu bapa turut mengadu kepada beliau mengenai ketagihan anak mereka terhadap gajet. “Tapi kita sendiri duk ralit berkepit dengan gajet di depan anak. Kita cakap kat anak jangan minum air gas sebab banyak gula tapi kita terang-terang simpan stok air gas dalam peti ais,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar berhati-hati dalam setiap tindakan mereka kerana ia akan mempengaruhi anak-anak. “Depan anak kena berhati-hati sebab otak anak kita tu semuanya hebat belaka. Apa yang dia lihat, yang dia dengar, laju je diserap masuk macam span. Sampai masanya nanti dia akan amalkan semua yang dia dah serap tu. We lead not by our words but by example,” katanya.

Lebih Teruk Dari Sebelumnya. Doktor Ini Luah Terpaksa Kuarantin Buat Kali Kedua Dan Sikap Pesakit Yang Dia Lalui Sehinggakan Terpaksa Hadap HSO Semula

Terbaru,gara gara waris pesakit Covid19 yang tidak jujur,seorang doktor ini berkongsi luahan apabila rakan setugas terpaksa dikuarantin.Acap kali kita disajikan dengan perkongsian cerita di mana petugas barisan hadapan dijangkiti covid19 atau terpaksa dikuarantin gara gara pesakit tidak bersikap jujur.

Dan terkini,seorang doktor turut meluahkan rasa kecewa kerana perlu kuarantin kali kedua selepas seorang pesakit yang hadir mendapatkan rawatan di klinik kesihatan tempatnya bertugas,disahkan positif covid19. Menerusi IG Story dan dikongsikan semula oleh akaun Twitter Malaysia ,doktor wanita tersebut berkata dia baharu sahaja selesai menjalani Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order ( HSO ) sebelum diarahkan untuk menjalani HSO semula

Menurut doktor tersebut, pengalaman pada kali ini lebih teruk berbanding yang sebelumnya.”Baru je lepas HSO tapi kena swabbing dan HSO balik… tapi kali ini lagi teruk.”Kali ini memang sakit, sampai menjrit. Memang dalam sangat kena jolok. “Balik rumah dengan basic PPE (peralatan perlindungan peribadi) nak ambil baju, barang kelengkapan untuk pergi kuarantin,” tulis doktor tersebut sambil memuat naik beberapa keping gambar ketika dia menjalani ujian calitan (swab).

Tambahan pula, antara luahan doktor berkenaan yang kecewa dengan sikap waris pesakit yang enggan memberikan maklumat tepat kepada petugas perubatan.Menurut doktor ini, segala-galanya bermula sehari sebelumnya di mana bahagian kecemasan klinik kesihatan tempatnya bertugas dikunjungi oleh seorang pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

“Relative (waris) beritahu mak dia tak sedarkan diri sebab ada kncing manis (hypo), bila kita soal jawab bertalu-talu, diorang bagi info tak sahih semata-mata nak kami segera selamatkan mak dia. Rupa-rupanya mak dia tak sedarkan diri sebab sesak nafas.”Dahlah tak bagi kerjasama dalam memberi info, lepas tu masuk berkumpul dalam kecemasan ramai-ramai pulak, dah suruh tunggu di luar… tak dengar kata,” luahnya.

Pesakit tersebut kemudian perlu diintubasi dengan mesin bantuan pernafasan dan berada di dalam keadaan tidak sedar, sebelum dipindahkan ke hospital tidak lama kemudian.Beginilah keadaan imbasan x-ray paru-paru pesakit yang disahkan positif Covid-19 sebagaimana yang dikongsi oleh doktor berkenaan.

“Pukul 3 pagi tadi dapat berita, pesakit tu positif Covid-19. Maka menangis la semua yang attend case.“So hari ini semua staf yang attend case dia kena kuarantin (HSO) dan swabbing tiga kali. Kitorang diarahkan oleh pakar unit sakit berjangkit tak boleh kuarantin di rumah yang ada famili.

“Sebab gene-strain virus dia tu kuat sangat, plus dia datang dari kampung yang ada kluster. Jadi lmpuhlah staf di kecemasan situ yang handle case tu sebab semua kena HSO,” luahnya lagi.Tambahnya, situasi tersebut nyata menyulitkan ramai pihak apabila petugas kesihatan ‘lmpuh’ disebabkan sikap tidak jujur pesakit dan waris yang terlibat.

“Nasib baik PKP dan tak boleh rentas negeri. Bila ramai staf yang kena HSO dan infected (dijangkiti), so siapa yang nak selamatkan dan rawat semua?”Pekerja kesihatan beriya nak selamatkan nyawa orang sampai nak tergadai nyawa sendiri. Kerja penat, buat itu buat ini tak kena, bersengkang mata standby case, tak kena sikit kena marah, kena complain, last last bawak balik virus dekat famili,” ujarnya lagi.

Ternyata sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 18,700 retweet selain dibanjiri komen warganet yang turut sama mengkritik segelintir individu yang langsung tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.”Saya yang jaga kaunter saringan dan fever center dekat klinik pun penat. Bila ditanya tak jawab. Dah masuk dalam klinik kantoi dengan staf lain sebab ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan lepas swab. Terkilan juga rasa bila diri sendiri kena marah sebab orang macam ni,” komen seorang warganet”Benda paling penting sekali manusia lupa ialah common sense. Nak selamatkan diri dan famili sendiri je… orang lain mana nak ambil kisah,” tulis warganet lain pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *