Tak kisah pengguna jalan raya bunyikan hon. Abang ketupat ini cerita pengalamannya di Twitter sehingga raih perhatian ramai

Viral

Lain daripada yang lain. Demikianlah yang dilakukan oleh seorang pemuda ini yang meminta pengguna jalan raya untuk membunyikan hon ketika dia menunggang motosikal.”Hon la kuat mana pun, aku tak marah,” tulis pemuda berkenaan menerusi satu ciapan di laman Twitter, bersama sekeping foto seorang lelaki yang kini tular.

Dan ia bukan gurauan, tapi memang benar apabila pemuda berkenaan menulis pesanan tersebut pada sekeping kadbod yang dilekatkan pada kotak simpanan makanan di bahagian pembonceng. Sebenarnya, pemuda itu, Muhammad Zul Iqbal Md Zainulfudi menitipkan pesanan buat mereka yang berminat untuk membeli ketupat daun palas dan rendang ayam yang dijualnya.

Jelas pemuda berusia 22 tahun itu berkata, dia baru memulakan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan dua minggu lalu.”Saya yang buat sendiri, dari menganyam ketupat, masak rendang ayam sehingga menghantar pesanan kepada pelanggan selain menjualnya menggunakan motosikal.

Tambahnya lagi, “Foto yang tular itu bukan saya, tetapi sebenarnya adalah salah seorang pelanggan saya. Dia yang membunyikan hon dekat Taman Melati, Kuala Lumpur kerana mahu membeli ketupat dan rendang ayam,” Pemuda yang bernama Zul itu bercerita, kebolehannya menganyam ketupat daun palas sebenarnya bermula dari zaman sekolah rendah, dengan tunjuk ajar daripada ibu bapanya.

“Dari kecil lagi saya dah boleh anyam ketupat. Biasanya bila nak dekat Hari Raya, baru saya menganyam. Semua adik-beradik ada tugasan masing-masing.”Ada yang kemas rumah, beli barang… dan saya pula memang jadi tukang ‘balut ketupat’ setiap kali menjelang Hari Raya,” ujar anak ketiga daripada enam beradik itu.

Pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur ini, rendang ayam dipelajari daripada ibunya yang turut memberi bimbingan kepadanya untuk mengusahakan bisnes tersebut.Zul yang juga dikenali sebagai Cholll berkata, selain berkebolahan menganyam ketupat dan memasak rendang ayam, dia melakukan bisnes itu bagi memenuhi selera orang ramai yang sukar didapati terutama di bandar dan bukan musim perayaan.

“Selalunya kita makan ketupat bersama rendang ayam bila Hari Raya. Tapi sebenarnya ramai yang teringin nak menikmati makanan ni tanpa perlu tunggu Hari Raya,” ujarnya.Berkongsi pengalaman, dia juga tidak menyangka bisnesnya dapat memenuhi keinginan itu terutama wanita hamil yang mengidam untuk menikmati makanan tersebut.

“Saya pernah dapat pesanan daripada seorang wanita untuk hantar ke Ampang. Bila sampai, suami dia ambil pesanan tu beritahu yang isterinya mengandung mengidam nak makan ketupat dan rendang ayam.”Satu lagi kejadian pula, kerana mahu memenuhi permintaan isteri yang mengidam, seorang suami yang kebetulan berada di Shah Alam beli untuk bawa balik beri pada isterinya di Cheras yang mengidam nak makan.

“Bila saya tahu, sudah tentu saya terkejut tetapi rasa sangat puas hati sebab apa yang saya jual mendapat permintaan. Memang saya gembira sampai tersengih seorang,” katanya.Zul berkata, dia dapat menghasilkan antara 20 hingga 25 set ketupat daun palas bersama rendang ayam sehari kerana mengusahakannya sendiri pada masa ini.

“Kalau ada gantung kadbod kat belakang motor tu maksudnya ada lagi set untuk dijual, kalau tak ada maksudnya dah habis. Jadi, kalau nampak dan mahu membeli, hon la kat mana-mana pun tapi saya kena berhenti kat tempat yang selamat dulu,” katanya.

Jual Produk Susu Dan Berjaya Mengutip RM1 Juta Jualan. Pasangan Ini Mampu Beli Ford Mustang Walaupun Baru 2 Minggu Bisnes

Mengejutkan sekali dengan pencapaian anak muda ini yang berjaya menjalankan perniagaan sendiri. Demikianlah kisah seorang gadis 18 tahun ini apabila pengurus kewangan serta penasihat peribadinya memuat naik satu video di aplikasi Tiktok yang mengejutkan orang ramai.

“Tangisan seorang ibu! Tahniah Ayuni mampu beli cash kereta mustang pada hari perkahwinan dan buat sales pertama 1 juta dalam masa 15 hari di usia 18 tahun,” tulisnya di kapsyen TikTok.Perkongsian itu dirakam oleh pengurus kewangan iaitu Farhana Zahra, 30 yang merakamkan detik anak didiknya iaitu Anes Ayuni Osman, 18, dikejutkan dengan kereta Ford Mustang di hari perkahwinan pada Jumaat lalu di Pasir Mas, Kelantan.

“Ya Allah… Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya rasa macam insan terpilih sangat… Rezeki ini tak pernah saya impikan selama saya hidup.”Niat buat bisnes ini memang mulanya sebab saya dan suami nak cari duit lebih sikit untuk cukupkan duit kahwin dan cepat menghalalkan hubungan. Itu saja.

“Tetapi sambutan produk sendiri yang saya dan suami keluarkan ini memang langsung tak disangka. Lebih-lebih lagi kereta keluar secepat ini. Alhamdulillah… Saya memang bersyukur sangat.”Kalau fikir tak masuk akal baru dua minggu berniaga terus dapat beli cash kereta Ford Mustang tetapi itulah hakikatnya. Kuasa Yang Maha Esa,” ujarnya.

Kata Ayuni lagi, dia bersama suaminya iaitu Ahmad Weldan Zulkefli, 19 langsung tidak pernah imipikan kejayaan sebesar ini.Gadis yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memberitahu produk yang dijualnya itu mencecah 31,000 hanya dalam masa dua minggu dan berjaya mengutip RM1 juta jualan.”Memang tak ada fikir lain masa mula nak buat bisnes… disebabkan terlalu muda nak kahwin kami nak usaha sendiri cari duit kahwin.

“Rasa macam tak percaya hanya dengan menjual produk susu, saya berjaya mengutip RM1 juta jualan dan hampir 2,000 ahli di bawah saya.”Bukan saya seorang sahaja berjaya, semua anak buah pun sama. Ada juga yang nak beli kereta dan jualan mereka pun mencecah berpuluh ribu.

“Allah SWT permudahkan banyak urusan saya.. Mungkin rezeki nak kahwin dan berkat doa keluarga selama ini,” ujarnya lagi.Bercerita lanjut pengalamannya, gadis yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu berkata, dia bersama suami sememangnya telah merancang untuk membeli kereta tersebut seminggu yang lepas tetapi dia tidak sangka kereta itu dapat keluar secepat mungkin.

“Memang kami dah beli kereta tu seminggu lepas dan buat bayaran tunai tetapi saya tak sangka kereta boleh keluar secepat itu.”Suami ada cakap nak buat kejutan di hari perkahwinan nanti tetapi tak sangka dia nak bawa kereta itu depan keluarga dan orang ramai.

“Rezeki yang Allah SWT bagi ini pun ujian juga untuk tengok sejauh mana saya guna rezeki itu sebaik mungkin. Saya tak nak rasa bangga dalam diri, takut sangat,” katanya.Majlis perkahwinan mereka itu berlangsung di kediamannya iaitu Pasir Mas pada Jumaat lalu dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja yang sama-sama menjadi saksi menitisnya air mata ibunya kerana terlalu gembira akan pencapaian pasangan pengantin itu.Ayuni berharap dia boleh menjadi contoh terbaik kepada anak muda di luar sana yang ingin melakukan bisnes tetapi takut untuk memulakan.

Kahwin Tahun Lepas Dan Difahamkan Suami Sanggup Buat 3 Kerja Sejak Bujang. Perkongsian Yang Dibuat Oleh Pasangan Ini Secara Tak Langsung Raih Perhatian

Lumrah bagi pasangan yang sudah memasuki alam perkahwinan, sudah tentu mahu kan cahaya mata yang pastinya menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka. Baru baru ini, satu perkongsian di Tiktok raih lebih setengah juta tontonan dan memaparkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, memaparkan Shahrul Amri Ibrahim sebak apabila isterinya, Nurul Akma Abd Rasid menunjukkan alat ujian kehamilan dengan tanda ‘positif’ yang diletakkan di dalam sebuah kotak.Tak kekok bercerita,dia yang mesra disapa Shahrul mengakui cukup bersyukur atas berita gembira itu yang dianggap sebagai hadiah paling manis selepas mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu.

“Isteri ada mengadu tak sedap badan. Jadi dia ajak pergi beli alat ujian kehamilan. Selepas dah balik rumah dan dia tunjuk yang test tu positif, automatik mengalir air mata saya.“Sebenarnya kami pun tak jangka. Tapi kami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Bila Allah nak bagi zuriat, saya anggap ia nikmat terbesar dalam kehidupan.

“Bila dapat tahu isteri hamil, terus fikir nak kena bagi lebih perhatian selepas ini, sebab kandungannya juga masih di peringkat awal. Nak kena jaga betul-betul,” ujarnya. Difahamkan masing-masing berusia 25 tahun, Shahrul dan isterinya turut terkejut apabila video detik bersejarah mereka tular di TikTok.

Jelas Shahrul lagi, dia bersyukur apabila menerima banyak komen positif termasuklah doa dan kata-kata semangat untuk dia sekeluarga.“Saya kongsikan video itu sebagai tanda kenangan. Tak sangka akan tular. Saya cuma hasilkan video sebab teruja nak tengok result kehamilan isteri.

“Kebanyakannya bagi komen positif dan doa. Ada juga yang bagi nasihat. Saya terharu dengan semua komen.“Sangat bersyukur dikurniakan ramai insan yang baik-baik, Allah hadirkan mereka semua untuk bagi nasihat dan kata-kata semangat buat kami.“Pada masa sama, ada juga pasangan yang kongsi kisah mereka menanti zuriat. Saya doakan mereka semoga dikurniakan zuriat secepat mungkin, InsyaAllah,” ujar Shahrul.

JElas Juruteknik Perubatan di sebuah hospital itu, dia membatalkan segala rancangannya pada hari itu selepas menerima berita gembira kehamilan isteri.Shahrul yang menetap di Bangi, Selangor turut melakukan dua lagi kerja untuk menyara kehidupan.“Saya sebenarnya buat tiga kerja, sejak sebelum kahwin lagi. Dulu tujuannya untuk kumpul wang kahwin. Kemudian saya teruskan, sebab ada banyak komitmen. Isteri saya pula merupakan guru tadika.

“Pada hari dapat tahu isteri saya hamil, saya sebenarnya nak keluar buat GrabFood. Tapi saya batalkan niat dan duduk di rumah bersamanya,” ujar Shahrul berseloroh.Menceritakan mengenai perkenalan mereka pula, Shahrul mendedahkan dia dan isteri berkenalan pada tahun 2017 menerusi laman cari jodoh Muslim, Baituljannah.

“Saya kenal dia lebih kurang dua tahun sebelum kami kahwin, jumpa jodoh dekat laman web cari Baituljannah.“Selepas habis diploma dulu, saya memang hasrat nak cari kerja, pada masa sama saya fikir nak cari calon isteri. Jadi, kami berkenalan di situ sebelum mendirikan rumah tangga tahun lepas,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *