Ada yang komen cakap monyet tak nak pakai mask tu sebab bekas dia. Gelagat calon STPM ini raih perhatian warganet

Viral

Selamba betul! Kelihatan Pelajar yang bernama Aliff ini selamba sahaja melayan sekumpulan monyet di asrama. Bahkan bukan sahaja menakvtkan tetapi ia juga menghiburkan. Tak menyangka pula video tersebut menjadi tular sehingga meaih 41,000 likes dan terima 600 komen dalam kalangan warganet

“Degil tak nak pakai mask, ” tulisnya pada kapsyen TikTok.Menurut Mohammad Aliff Aiman Hairul Zahri, 20, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian yang bersahaja itu akan tular begitu sekali. Aliff, pelajar Tingkatan Enam di Kolej Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor itu berkata mereka sudah terbiasa dengan kunjungan sekumpulan monyet itu di bangunan asrama.“Saya tak sangka pula video saya ini tarik perhatian ramai. Mungkin video ini biasa saja untuk budak asrama dekat sini sebab dah terbiasa tetapi unik untuk mereka.

“Kami di asrama lelaki ini dah terbiasa dengan kunjungan sekumpulan monyet di depan pintu bilik.“Mereka datang nak lepak dan makan saja. Sekali datang banyak, kalau tak seekor pun susah nampak. Kosong ja, rasa sunyi pun ada, ”

Dia bercerita lanjut mengenai haiwan itu, Aliff memberitahu mereka memang kerap melayan gelagat sekumpulan monyet itu sambil memberi makanan.Katanya, monyet disitu semuanya jinak, jidak gans kecuali jika nampak makanan ia akan panjat badan dan ambil makanan berkenaan.

“Seronok layan, kalau kami balik sekolah kadang tu monyetlah peneman setia.“Walaupun jinak, ada juga rakan-rakan dekat sini yang tak berapa berani. Kadang kalau sekumpulan monyet bertmpek tepi tangga, nanti adalah yang akan guna tangga lain untuk naik ke bilik.“Jerit terkejut biasa sebab kadang bila pintu terbuka sikit, jika ada makanan akan ada yang masuk dalam bilik.

“Kalau tak silap saya yang namanya lutong semua jinak, ” ujarnya lagi.Bukan itu sahaja, yang lebih meraih perhatian ramai apabila pelajar ini memberi topeng muka (mask) yang dipakainya kepada monyet tersebut.“Tak sangka pula tindakan saya nak bagi monyet pakai mask raih perhatian orang ramai.

“Sampaikan ada yang komen cakap monyet tak nak pakai mask tu sebab bekas saya, dia cakap monyet nak yang baharu, ” ujarnya berseloroh.Anak kedua daripada tiga beradik ini turut berkongsi keadaan mereka sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka sejak akhir Januari lalu.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, di asrama sekarang ada tingkatan lima dan enam sahaja. Kami berkongsi asrama dengan sekolah menengah lain tetapi tak ramai pun yang tinggal di sini.“Kami lebih selesa belajar bersemuka. Senang nak hadam apa cikgu ajar dan boleh bincang sesama kawan kalau tak faham, ” jelas anak kepada pasangan Zaidah Kasimin, 46, yang bekerja di kantin sekolah dan pekerja kilang Hairul Zahri Salim, 47.

Aliff yang kini berada di semester tiga berharap seluruh dunia akan dapat melawan virus Covid-19 agar semua urusan dipermudahkan.“Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini mestilah risau tak dapat nak habis belajar tepat pada masanya.“Macam-macam dalam fikiran. Bila saya nak habis STPM, nak masuk univeristi, dan kerja untuk tolong ibu ayah mencari rezeki.“Saya harap semua pratikkan ‘kita jaga kita’. Bila dunia dah kembali normal barulah semangat tu datang balik, ” katanya.

Gambar Seolah Olah Dia Sedang Tidur Di Atas Tilam Yang Terapung Di Halaman Rumahnya. Pelajar Ini Kongsi Gambar Menarik

Sangat kreatif dan luar biasa gambar gambar yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan enam ini sehinggakan meraih perhatian orang ramai. Pada januari yang lepas,dia sanggup angkat meja,tilam dan selimut secara solo ke halaman rumahnya untuk sesi photosh00t.

Melihat hasilnya, gambar yang dirakam dan disunting oleh Muhammad Syahmi Dolmat, 20, memaparkan seolah-olah dia sedang tidur di atas tilam yang terapung di halaman rumahnya yang terletak di Muadzam Shah, Pahang. Dia yang mesra disapa Syahmi mengakui gambar-gambar dirakam secara suka-suka tanpa mengharapkan ia menjadi tular di media sosial.

Jelasnya”Proses rakaman ambil masa dalam 20 minit. Ia dirakam sebelum saya kembali ke asrama sekolah. Masa tu dalam pukul 3 petang.”Memang panas, tapi saya teruskan. Saya angkat sendiri meja, tilam dan selimut. Masa tu abang dengan mak pun ada tengok. Mungkin mereka fikir saya buang tabiat kot.

“Idea saya dapat secara spontan. Sebab sebelum ni pernah nampak ada orang buat foto terapung macam tu. Gambar tu pun saya sho0t sendiri, saya letakkan kamera pada tripod.”Lepas balik asrama baru saya edit. Tak jangka pula akan tular, saya rasa biasa-biasa je,” ujar anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurut pelajar itu lagi, dia sememangnya sudah lama meminati bidang fotografi, namun mula mempelajarinya secara mendalam sewaktu Perintah Kawlaan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu.Selain menimba ilmu dengan rakan, dia juga banyak mempelajari teknik kamera menggunakan YouTube.

Malah kata Syahmi, dia juga terfikir untuk membuat photosho0t dengan rakan-rakan asramanya.Selain gambar tilam terapung di halaman rumah, gambar bapa Syahmi, Dolmat Ibrahim, 59, yang dihasilkan dengan tema 70-an turut menjadi tular.Menurut Syahmi, gambar bapanya yang juga seorang pengawal keselamatan sekolah dirakam pada hari terakhir tahun 2020, pada 31 Disember lalu.Video di sebalik tabir penghasilan gambar bapanya itu menerima 916,000 tontonan selepas ia dikongsi di TikTok.

Kata Syahmi, dia bersyukur apabila penat lelah memujuk bapanya untuk menjadi model photosh00t itu berbaloi apabila video berkenaan meraih hampir satu juta tontonan.”Masa tu saya dah tak ada content. Tiba-tiba saya nampak baju lama ayah tergntung. Kebetulan ayah baru bangun tidur, terus saya ajak dia sh0ot.

“Ayah pemalu sebenarnya. Saya paksa dia. Dia kata tak payah dik, jangan bagi jiran nampak,” imbas Syahmi berseloroh.Menurut Syahmi lagi, dia juga ada perancangan untuk membuat sesi photosh00t dengan ibunya pula selepas ini.Ujarnya, segala gambar yang dirakam itu mahu dijadikan sebagai kenangan pada masa akan datang.

Habis Lensa Kamera Berharga Ribuan Ringgit. 12 Individu Ini Sanggup Buat Macam Macam Semata Untuk Buat Adegan Yang Gempak

Difahamkan selama empat hari proses pengambaran berlangsung dan banyak menyimpan seribu satu kisah di sebaliknya. Itu kata Zarfan yang mewakili rakan rakannya yang lain. Dipercayai kewujudan sebuah trampolin yang bersaiz besar yang dipasang di sebuah kawasan lapang dalam hutan yang terletak di Gopeng,Perak sudah tentu menimbulkan persoalan orang ramai.

Sesetengah orang yang mungkin nampak macam ia satu kerja yang tak masuk akal,namun begitu ia merupakan sebahagian rakaman video promosi pelancongan di sekitar kawasan Gopeng,Perak yang dihasilkan oleh 12 individu, yang melibatkan kolaborasi dua pasukan content creator dari Ipoh dan Johor Bahru,Johor.

Kata Putra Zarfan Zalkaifali, 25, dia merupakan individu yang dirakam sedang melompat atas trampolin dalam video tular itu.Selain memperkenalkan lokasi pelancongan di sekitar Perak, video berkenaan turut dihasilkan bagi mempromosikan sebuah syarikat penyedia aktiviti ATV di negeri itu.

“Ia sebenarnya kolaborasi dua team, dari JB dan Ipoh. Saya bersama dua rakan dari JB dijemput ke Gopeng untuk menghasilkan video berkenaan pada November tahun lepas.”Memang mencabar. Kami 12 orang yang buat rakaman, kami juga yang jadi talent. Ia melibatkan tujuh kamera dan dua dron.

Zarfan melompat di atas rampolin yang dipasang di sebuah kawasan lapang dalam hutan di Gopeng pada tahun lalu.”Dalam video itu, saya merupakan talent yang sedang melompat atas trampolin. Ia dipasang di sebuah kawasan lapang, dalam hutan di tepi highway.

“Proses rakaman ambil masa empat hari. Trampolin itu pula milik kawan kami, dia bawa ke lokasi rakaman dengan menggunakan sebuah Hilux,” ujarnya yang mesra disapa Zarfan.Sepanjang tempoh penggambaran, Zarfan dan dua rakannya iaitu Meor Syarifuddin Meor Syazali, 22, dan Muhammad Izzuddin Muhammad Helmi Chin, 24, serta rakan-rakan dari team Ipoh turut berhadapan pelbagai cabaran sukar.

Tambahnya lagi, selain terpaksa mendaki bukit, mereka turut mengalami kejadian apabila lensa kamera berharga ribuan ringgit musnah gara-gara dilnggar ATV.”Paling epik kamera kena lenyk dengan ATV. Lens yang pech tu harga dalam RM5,000. Agak sedih, tapi kami gembira sebab footage rakaman berjaya diselamatkan.

“Ada juga peristiwa dron jatuh. Kemudian kami mendaki Bukit Putih, bila semua dah turun baru sedar tertinggal telefon kat atas.”Jadi dua orang je yang naik balik pada waktu Maghrib untuk dapatkan telefon itu. Bila sampai atas, baru sedar telefon tu dah disimpan dalam beg. Kawan kami yang seorang lagi dah bawa telefon tu sampai ke khemah.

“Masa daki siang nampak satu lorong jalan je, bila malam jadi keliru sebab nampak banyak lorong. Dengan suara burung hantu lagi, kami hanya guna lampu suluh telefon sambil pasang surah al-Quran,” ujarnya yang bekerja dalam bidang pemasaran.

Sejujurnya banyak cabaran dilalui mereka dalam menyiapkan karya itu.Dedah Zarfan lagi, dia dan dua rakannya dari JB turut diuji sebelum mereka ke Ipoh apabila tersilap membeli tiket kapal terbang.”Masa hari nak terbang tu, 10 jam sebelum waktu penerbangan baru perasan kami silap beli tiket tarikh minggu berikutnya.

“Tiket tu harga promosi, dalam RM50 untuk satu tiket. Tapi terpaksa beli yang baharu, RM200 untuk satu tiket.Dua kumpulan dari JB dan Ipoh yang bergabung dalam projek itu.”Memang banyak cabaran. Tapi seronok dapat buat content, layanan orang kat Ipoh pun best. Video promo tu pun dapat sambutan.

“Biasanya mungkin orang luar negara je sanggup buat pelik-pelik sampai pasang trampolin tengah hutan. Kami pun nak juga macam tu,” ujarnya lagi.Dalam pada itu, Zarfan turut menzahirkan rasa terima kasih terhadap rakan-rakannya dari Ipoh yang sudi mengajaknya berkolaborasi dalam penghasilan video itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *