Tular tentang budak setahun dikenakan kompaun. DS Ismail Sabri mula bersuara tentang isu ini

berita

Baru baru ini tular tentang seorang kanak kanak berusia setahun yang dikenakan kompaun oleh sebuah pengurusan sebuah kondominium di Ampang, Selangor gara gara tidak memakai pelitup muka. Susulan itu, Datuk Seri Ismail Yaakob yang merupakan Menteri Kanan KEselamatan memaklumkan bahawa tindakan itu tindakan yang tidak munasabah.

Jelas DS Ismail, pihak pengurusan kondominium itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan tindakan sedemikian.”Arahan memakai pelitup muka atau sebarang prosedur operasi standard (SOP) berada di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambahnya lagi, “Tindakan mengeluarkan kompaun boleh diberikan kepada KKM dan mereka yang diperturunkan kuasa oleh KKM, yang mana setakat hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa itu.”Setakat ini kita tak bagi kuasa kepada pengurusan kondominium, apartment mahupun pejabat mana-mana untuk ambil tindakan.

“Apa yang dilakukan oleh pengurusan sebuah kondominium itu tak boleh dilakukan, harap mereka tarik balik kompaun RM100 yang diberi kepada kanak-kanak usia setahun itu,” katanya dalam sidang media pada Khamis petang.

PAda masa yang sama, Ismail turut mengulas isu empat pelajar berusia 17 tahun yang keluar dalam satu kereta yang pemandunya disaman RM1,000 kerana didakwa mtidak mengikuti SOP kerana kesemua mereka tinggal berasingan.Ia sekaligus menimbulkan kekeliruan berhubung isu had penumpang dalam sesebuah kenderaan.

“Tidak pernah disebutkan, mengatakan hanya daripada rumah sama. Jadi bermakna kalau tidak disebut, bermakna tidak timbul isu kena alamat sama dan sebagainya.”Bebas dari segi penumpangnya, bebas dari rumah berbeza, asalkan ikut kapasiti tempat duduk.”Daripada rumah berbeza pun boleh, bukan rumah sama,” jelasnya lagi.

Kanak Kanak Berumur 1 Tahun Disaman Oleh Pihak Pengurusan Kondo. Ini Respon Ibu Bapa Kepada Kanak Kanak Itu Dan Warganet

Macam yang semua sedia maklum,MKN telah menetapkan SOP dengan mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka di tempat awam yang ramai orang. Namun begitu, SOP ini tdak tertakluk kepada kanak kanak di bawah umur 2 tahun kerana dikhuatiri akan membuatkan mereka lem4s.

Namun begitu, lain pula yang berlaku kepada kanak kanak berusia 1 tahun ini apabila dia dikenakan penalti atas sebab tak memakai mask di dalam lif. Melihat perkongsian FB Info Roadblock JPJ/ Polis, ibu apa kepada kanak kanak tersebut ber4ng dengan tindakan pengurusan sebuah kondo di Ampang,Selangor selepas anak mereka dibawah umur 2 tahun dikenakan saman sebanyak RM100 gara gara tidak memakai mask.

“Sekarang masalah dia budak 1 tahun… understand or not?” Selepas mereka terkejut menerima saman tersebut, ibu bapa budak berkenaan kemudian menghubungi pihak pengurusan menerusi WhatsApp.Apabila mereka menjelaskan bahawa anak mereka tidak sepatutnya dikenakan denda kerana masih di bawah 2 tahun, pihak yang bertugas seperti tak memahami pula dengan SOP yang ditetapkan MKN dan KKM. 

“Siapa bagi arahan management boleh saman ni…” Majoriti warganet yang membaca posting ini berpendapat tindakan pihak pengurusan kondominium yang mengeluarkan penalti kepada penduduk tersebut adalah tidak wajar sebab jelas-jelas mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.Apa-apapun ramai juga yang meminta penduduk tersebut untuk buat aduan dan jangan bayar saman tersebut kerana mereka tak bersalah.

Wanita Ini Kena Kritik Teruk Dengan Warganet. Wanita Ini Langsung Tak Nak Pakai Pelitup Muka Walaupun Dah Berulang Kali Kena Tegur Dan Ini Yang Kapten Buat

Seorang wanita dipercayai dalam perjalanan dari Taiping ke Ipoh menaiki tren ETS telah dikritik oleh warganet apabila dia dilihat tidak memakai pelitup muka sewaktu berada dalam tren tersebut.Menerusi sebuah posting dikongsi seorang individu Claudia Lee di group Facebook baru-baru ini, difahamkan wanita tersebut masih degill walaupun beberapa kali diminta memakai pelitup muka.

Memetik laporan World of Buzz, pada mulanya penumpang yang duduk bertentangan telah perasan wanita itu tidak memakai pelitup muka, sambil memerhatikan gelagatnya selama 10 hingga 20 minit sebelum meminta memakai pelitup muka.Malah, dia turut menghulurkan pelitup mukanya kepada wanita berkenaan. Bagaimanapun, wanita itu memberitahu dia memiliki pelitup mukanya sendiri cuma dia tidak mahu memakainya.

Sejurus itu, rakan kepada individu tersebut mengadu kepada kakitangan ETS dan sebuah pengumuman dibuat untuk mengingatkan setiap penumpang supaya memakai pelitup muka.Meskipun begitu bagai mencurahkan air ke daun keladi, wanita terbabit tidak mengendahkan pengumuman tersebut.

Sehingga kapten ETS terpaksa ke tempat duduk wanita itu dan menyuruhnya memakai pelitup muka, namun dia hanya bersel0roh mengatakan ‘sudah memakainya selama empat jam’.Menurut individu yang melap0rkan kejadian tersebut, wanita itu turut memberitahu kapten berkenaan bahawa ‘saya adalah pelanggan, awak tidak boleh jerit pada saya,’ walhal, kapten yang berurusan dengannya tidak meninggikan suara.

Bagaimanapun sebaik sedar perbuatannya dirakam, dia memarahi perakam dengan mengeluarkan kata-kata kesatt seperti ‘tidak ada 0tak’ dan ‘jangan bersikap seperti bullsht’.Justeru dengan penlngkatan kess C0vid 19 ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus-lumus membendung penularan vlrus tersebut daripada menjadi lebih terukk apatah lagi bilangan kes ssudah mencecah empat angka.Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mementingkan diri dan perlu bekerjasama dengan cara mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Kredit : WOB/OMM

Normal baharu: Penumpang pengangkutan awam wajib pakai penutup hidung, mulut – Wee

Semua pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19.Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata biarpun tiada peruntukan undang-udang berkaitan pemakaian topeng muka itu, namun ia dianggap satu keperluan buat masa ini.“Walaupun dari aspek undang-undang, susah untuk mengatakan bahawa wajib untuk pakai topeng muka (penutup hidung dan mulut) tetapi untuk pengangkutan awam, semua pengguna diwajibkan memakainya.

“Ia cara yang terbaik (mencegah C0VID-19) dan kami sudang mendapatkan pandangan pakar berhubung pemakaian topeng muka apabila menaiki pengangkutan awam,” kata Dr Wee dalam sidang media di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Terdahulu beliau membuat tinjauan di beberapa stesen bas, MRT dan Transit Aliran Ringan (LRT) susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Isnin yang membenarkan sektor ekonomi dan pekerjaan untuk kembali beroperasi.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Muhammad Nizam Alias.Katanya lagi, pengguna pengangkutan awam yang dikesan mempunyai suhu badan yang tinggi tidak akan dibenarkan menggunakan perkhidmatan berkenaan.

“Bagi mereka yang tidak memakai topeng muka atau bersuhu tinggi, kami ada kuasa untuk tidak benarkan mereka masuk.“Kami minta kerjasama dan persefahaman daripada semua pihak berkaitan perkara ini. Ini terpaksa dilakukan demi menjaga kesihatan kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kekerapan perjalanan tren LRT dan MRT dipertingkatkan bagi menampung keperluan semua penumpang.Beliau berkata kekerapan bagi operasi perkhidmatan LRT dan MRT adalah setiap tiga hingga empat minit pada waktu kemuncak.Katanya, kekerapan itu selaras langkah menghadkan separuh daripada kapasiti penumpang yang dibenarkan menaiki tren bagi tujuan pelaksanaan penjarakan sosial.

Ada Yang Alami Masalah Jerawat Kerana Memakai Pelitup Muka. Ini Dia Cara Mudah Untuk Anda Hilangkan Dengan Kadar Segera

Sejak 1 Ogos 2020, kita sudah diwajibkan oleh kerajaan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Tiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka, memandangkan pemakaian pelitup muka sangat penting untuk mengelak wabak Covid-19 daripada merebak.

Bukan semua orang selesa pakai pelitup muka. Lebih-lebih lagi perempuan, sebab keluar rumah rasa tak lengkap kalau tak solek kan? Tapi korang tahu tak, tak boleh tau pakai pelitup muka terlalu lama dengan solekan tu. Korang mungkin akan hadapi masalah maskne nanti!

Apa itu maskne? Ia merupakan singkatan daripada mask acne iaitu masalah kulit berjerawat yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh lama. Wajah akan mula ditumbuhi jerawat terutama di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.Kredit: www.usdermatologypartners.com

Maskne terjadi apabila terdapatnya geseran sewaktu anda memakai pelitup muka. Cuaca panas akan buat kita mudah berpeluh dan bakteria pasti membiak dengan pantas. Tambah pula dengan bakteria yang ada di persekitaran dan cuaca yang berubah-ubah, makin menjadi-jadi la maskne ni.

Sesetengah individu mungkin tidak mengalami masalah maskne yang begitu teruk. Tapi ada juga yang mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain. Serius tak selesa.Siapa je yang suka kulit muka berjerawat kan? Tambah-tambah perempuan, mesti nak jaga penampilan, lepas tu kulit muka pula kenalah bersih dan cantik. Baru ada keyakinan diri. Risau jugak kalau dah mengalami masalah maskne ni. Bolehkah ia dirawat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *