Nak ambil duit dalam poket tapi tiba tiba ada empat keping daun kering je. Pemandu lori ini kongsi kisah seram yang dilaluinya

Cerita Seram

Mungkin ada yang percaya dan mungkin ada yang tidak. Difahamkan hampir 10 tahun Ameer ( bukan nama sebenar ) sudah bekerja sebagai pemandu lori dan sepanjang dia bekerja sudah tentu pelbagai peristiwa yang pernah dilaluinya trmasuklah kisah seram

Ameer memberitahu sudah menjadi kebiasaan dia akan memandu pada waktu malam dan menggunakan jalan kampung memandangkan ia lebih menjimatkan masa. Selain itu katanya, jalan kampung membuatkan dia tidak bosan dan boleh melihat kawasan persekitaran selain mudah untuk membeli makanan memandangkan terdapat banyak kedai di tepi jalan

Kebiasaannya, ketika dia ditugaskan menghantar barang dari Klang ke Pulau Pinang, Ameer menggunakan jalan kampung melalui Sabak Bernam, Tanjung Karang, Teluk Intan, Parit sebelum masuk semula ke lebuh raya di Changkat Jering, Perak.

Tatkala melewati Parit-Manong, Ameer memberitahu perutnya berasa lapar dan ternampak sebuah gerai di tepi jalan.”Ketika itu malam tetapi belum tengah malam, banyak gerai masih dibuka tetapi saya tertarik dengan sebuah gerai ini yang menjual kuih muih dan makanan bergoreng.

“Saya beli dua bungkus mi goreng dan bagi RM50 kepada peniaga memandangkan saya tiada duit kecil. Selepas dia serahkan baki, saya terus masuk ke dalam poket dan berlalu pergi,” katanya.Ameer berkata, bagi menjimatkan masa, dia menikmati mi goreng yang dibeli sambil memandu ke Changkat Jering dan sebelum masuk ke lebuh raya dia singgah di sebuah stesen minyak untuk membuang air kecil.

“Sebelum keluar daripada lori, saya nak simpan duit baki beli mi goreng ke dalam dompet. Tapi masa masukkan tangan dalam poket saya rasa pelik.”Macam ada benda lain dalam poket dan bukannya duit. Apabila saya tarik keluar, hanya ada empat keping daun kering! Masa itu mermang bulu roma saya,” katanya.

Ameer memberitahu dia berasa tidak sedap hati dengan mi goreng yang dijamahnya tadi dan terus membuka sebungkus lagi mi yang dibeli tadi.Alangkah terkejutnya Ameer apabila dia mendapati bungkusan itu mempunyai tanah liat bercampur cacing dan ulat.

“Tekak saya terus rasa loya sebab saya tahu bungkusan pertama yang saya makan tadi bukan makanan tetapi tanah bercampur ulat!”Saya terus berlari ke tandas dan muntah kembali apa yang saya makan tadi dan bagai dijangka apa yang keluar seperti tanah dan ada benda bergerak,” ceritanya

Meskipun tr4uma dengan kejadian itu, Ameer memberitahu dia tetap meneruskan perjalanan ke destinasi sebelum pulang ke Klang keesokkan harinya.Perasaan ingin tahunya juga membuatkan dia kembali menggunakan jalan kampung kerana ingin melalui kawasan dia membeli mi goreng tersebut.

“Ketika itu dalam pukul tiga petang dan apabila tiba di lokasi saya terkejut tempat itu adalah tanah perkuburan!,” ujarnya.Tidak berpuas hati dengan apa dilihatnya, Ameer memberitahu dia singgah ke gerai berhampiran dan bertanya kepada salah seorang penduduk kampung mengenai misteri yang dialaminya itu.Menurut penduduk kampung, dia bukan orang pertama yang terkena sebaliknya ramai sudah terkena terutamanya pada waktu malam.

Wanita Ini Mulai Rasa Seram Sejak Percutian Sekeluarganya Bertukar Jadi Kenangan Pahit. Rupanya Ini Yang Terjadi.

Kelibat ‘wanita’ yang bertenggek di atas pokok membuatkan Munirah sekeluarga berasa seram. Percutian ke Kelantan baru-baru ini sepatutnya menjadi kenangan manis buat Munirah sekeluarga apatah lagi selepas beberapa bulan tidak dapat ke mana-mana akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara. Paling teruja adalah anak-anaknya memandangkan ini adalah kali pertama mereka ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Munirah memberitahu mereka sekeluarga memilih ntuk menginap di salah sebuah homestay di Kota Bahru memandangkan adik-beradiknya yang lain turut mengikuti rombongan ke Kelantan.

“Masa sampai ke homestay itu, kami memang puas hati sebab rumahnya besar dan cantik. Tambahan pula ia terletak dekat dengan bandar, jadi mudah untuk bergerak ke mana-mana. Bagaimanapun, ketika melihat kawasan sekitar homestay itu, saya baru perasan yang rumah itu terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan lama. Tembok simen yang agak tinggi turut dibina pada bahagian menghadap tanah perkuburan, mungkin pemilik rumah tidak mahu penyewa berasa takut,” katanya.

Pada malam pertama menginap di homestay itu, Munirah memberitahu selepas makan malam dia mengambil keputusan untuk berehat di dalam biliknya di tingkat atas rumah manakala ahli keluarga yang lain masih berbual-bual di ruang tamu. Munirah memberitahu dia yang pada awalnya hanya ingin berehat tidak menyedari dia tertidur sebelum terjaga selepas terasa seperti ada seseorang menyentuh hujung kakinya. “Sentuhan itu membuatkan saya terjaga dari tidur. Saya ingat suami, tapi apabila saya bangun tiada sesiapa dalam bilik. Dalam keadaan mamai memikirkan siapa yang menyentuh kaki saya, tiba-tiba saya lihat ada kelibat melintas di tingkap bilik.

Kelibat itu bejalan ke arah tanah perkuburan. – Gambar sekadar hiasan

“Peliknya saya tidak pernah buka tingkap itu… dan lebih pelik langsir turut terselak. Jantung sya memang berdegup laju memikirkan ada sesuatu menggangu saya,” katanya. Munirah memberitahu dalam berasa takut, dia memberanikan diri menutup tingkap yang terbuka sebelum tercium bau yang sangat wangi. Langkahnya juga tiba-tiba rasa lemah dan mulutnya terasa berat untuk menjerit memanggil suaminya apabila terlihat jelas kelibat seorang wanita berkebaya dan berselendang putih memandangnya sambil tersenyum.

“Renungan matanya tajam. Walaupun dia tersenyum pada saya, tetapi senyuman itu menyeramkan. Saya hanya mampu memejamkan mata dan membaca ayat al-Quran sebagai pelindung diri. Saya baca sepenuh hati dan Alhamdulillah kaki saya tiba-tiba boleh bergerak seperti biasa. Bila saya buka mata, kelibat itu sudah tiada,” ceritanya.

Keesokan harinya, Munirah memberitahu ketika sedang berehat di ruang tamu, adik iparnya bertanya sekiranya ada yang tidak kena dengan homestay mereka. Munirah terkejut apabila adik iparnya memberitahu dia turut melihat seorang wanita berkebaya dan memakai selendang putih ketika menutup pagar sebelum kelibat itu berjalan menuju ke tanah perkuburan.

“Dia pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa tetapi berasa pelik kerana dia berjalan masuk ke kawasan perkuburan pada waktu malam. Tapi membuatkan dia mula berasa takut apabila melihat kelibat itu tiba-tiba terbang dan bertenggek di atas pokok, sebelum adik ipar lari masuk ke dalam rumah dalam keadaan ketakutan,” jelasnya. Meskipun tiada gangguan buruk terjadi kepada mereka sekeluarga, Munirah memberitahu ia pengalaman tidak boleh dilupakan kerana itulah kali pertama dia melihat kelibat menakutkan.

DJ Terkenal Terkena Panggilan Misteri Pada Tengah Malam Untuk Menceritakan Satu Kisah Ini. Ramai Yang Tertanya Tanya Apa Kesudahan Panggilan Itu.

Sebut sahaja Lebuhraya Karak, pasti ramai yang biasa mendengar kisah-kisah seram dan misteri yang berlaku di sepanjang jalan tersebut. Antara yang menjadi sebutan adalah kereta Volkswagen kuning yang memotong kenderaan lain secara tiba-tiba.

Selain itu, muncul seorang kanak-kanak lelaki mencari ibunya di tengah-tengah jalan raya sunyi sebelum ‘lesap’ menghilangkan diri. Apa yang menggerunkan lagi, seorang penyampai radio popular dikatakan pernah menjadi mangsa gangguan pemanggil ‘misteri’ pada waktu malam. Pemanggil tersebut menceritakan kisah kemalangan membabitkan keluarganya di Lebuhraya Karak.

‘Mak saya sudah tiada, isteri saya juga sudah tiada’

Memetik daripada sebuah video, DJ radio mengimbau kembali kejadian seram ketika dia bersiaran pada suatu malam. Dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang tidak dikenali menceritakan kisah benar yang berlaku ke atas keluarganya.

Mereka sekeluarga menaiki van menuju ke Kuantan sebelum kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam gaungg. Tambah pemanggil misteri itu lagi, kesan daripada kemalangan tersebut seluruh ahli keluarganya tercampak ke dalam gaung.

Sebagai wakil pendengar, DJ radio mempersoalkan jika semua ahli keluarga terjatuh ke dalam gaungg, ia bermakna pemanggil turut terjatuh dan juga telah tiada. Selepas daripada itu, panggilan tiba-tiba sahaja diputuskan.

Dia nak bagi peringatan dikawasan tersebut perlu berhati hati jika bersua van berkenaan. Jika kita terlalu taksub dgn hal yg demikian hal begitulah yg mudah berlaku kepada kita.

“Sy pernah kerja dkt lebuh raya karak bahagian periksa kualiti jalan,sepanjng saya kerja ganggu tak pernah kena cuma,stiap hari ada sahaja kemalangan ..kerja kadang-kadang lewat malam,kadang-kadang tidur pun tak menentu ..tp ganggu tu tak pernah kena. Saya pun ada dengar panggilan ni..masa tu duk study lewat mlm..sambil layan lagu isna halil.

Wanita Ini Tampil Berani Berpakaian Seperti Watak Dalam Sebuah Filem Seram. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Pemakaian Wanita Itu Di Dalam MRT Singapura

Di kala beberapa pihak dilihat sukar untuk mematuhi arahan wajib memakai topeng muka, kelibat watak seram dalam filem The Nun, Valak dikesan memakai topeng muka di dalam MRT Singapura. Gambar ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki warganegara Singapura di Facebook Page COMPLAINT SINGAPORE. Gambar-gambar menarik ini mendapat sehingga 2,000 perkongsian dan hampir 400 komen daripada warganet.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong itu pada mulanya sedang dalam perjalanan menuju ke Stesen Newton dengan menaiki MRT, apabila dia ternampak seorang wanita sedang berehat dan memejam mata di kerusi MRT.Namun, dia mula berasa pelik apabila melihat pakaian yang dipakai wanita tersebut seolah-olah menyerupai watak Valak dalam filem The Nun. Lebih melucukan, wanita tersebut siap pakai topeng muka!

Hasil penelitian warganet mendapati, wanita yang memakai kostum Valak itu mungkin sedang meraikan sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober lalu. Mungkin terlalu penat menjadi hantu, wanita tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam MRT tanpa menghiraukan persepsi orang lain.“Hantu Halloween pun tidak mahu ambil risiko disaman $300”, ujar salah seorang warganet yang terhibur dengan gambar wanita tersebut.Sumber: Rayz Ong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *