Terjumpa jenis ikan yang paling rare ketika banjir. Lelaki ini bongkarkan harga ikan yang dia temukan itu

Viral

Berlaku di Indonesia,seorang pengguna aplikasi Tiktok yang dikenali sebagai Apriliano Dewa Izmi membuat perkongsian yang memaparkan dirinya menumakan seekor ikan l4ga yang telah masuk ke dalam rumahnya tatkala banjir.

Perkongsian yang dikongsi melalui Tiktok telah berjaya raih 2.2juta tontonan dan majoriti geram selepas mengetahui ikan tersebut bernilai lebih ribuan rupiah jika diihat pada jenis dan kualitinya. Berdasarkan laporan ,haiwan tersebut memasuki rumah pemuda itu ketika banjir melanda di Bekasi, Barat Jawa,Indonesia.

Perkongsian yang dibuat itu memaparkan dia sedang meredah air di dalam rumahnya sebelum menemui dan menngkap ikan laga tersebut dengan hanya menggunakan tangan. Dia menjumpai ikan laga dengan corak hitam di dalam rumah sebelum menemui beberapa lagi jenis ikan yang lain.Air ketika itu jernih kerana air hujan memasuki rumah kemudian air mulai menjadi keruh. Ketika air jernih saya menjumpai ikan l4ga, ketika air keruh ada juga menjumpai ikan lain.

Ikan l4ga yang ditemui pemuda berusia 23 tahun ini adalah sejenis ‘cooper’ dianggarkan nilainya hanya 1000 rupiah bersamaan RM0.29. Kini, dia hanya memelihara ikan tersebut di dalam akuarium kecil di rumahnya dan berniat untuk menjual kepada sesiapa saja yang berminat.

Jual Produk Susu Dan Berjaya Mengutip RM1 Juta Jualan. Pasangan Ini Mampu Beli Ford Mustang Walaupun Baru 2 Minggu Bisnes

Mengejutkan sekali dengan pencapaian anak muda ini yang berjaya menjalankan perniagaan sendiri. Demikianlah kisah seorang gadis 18 tahun ini apabila pengurus kewangan serta penasihat peribadinya memuat naik satu video di aplikasi Tiktok yang mengejutkan orang ramai.

“Tangisan seorang ibu! Tahniah Ayuni mampu beli cash kereta mustang pada hari perkahwinan dan buat sales pertama 1 juta dalam masa 15 hari di usia 18 tahun,” tulisnya di kapsyen TikTok.Perkongsian itu dirakam oleh pengurus kewangan iaitu Farhana Zahra, 30 yang merakamkan detik anak didiknya iaitu Anes Ayuni Osman, 18, dikejutkan dengan kereta Ford Mustang di hari perkahwinan pada Jumaat lalu di Pasir Mas, Kelantan.

“Ya Allah… Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya rasa macam insan terpilih sangat… Rezeki ini tak pernah saya impikan selama saya hidup.”Niat buat bisnes ini memang mulanya sebab saya dan suami nak cari duit lebih sikit untuk cukupkan duit kahwin dan cepat menghalalkan hubungan. Itu saja.

“Tetapi sambutan produk sendiri yang saya dan suami keluarkan ini memang langsung tak disangka. Lebih-lebih lagi kereta keluar secepat ini. Alhamdulillah… Saya memang bersyukur sangat.”Kalau fikir tak masuk akal baru dua minggu berniaga terus dapat beli cash kereta Ford Mustang tetapi itulah hakikatnya. Kuasa Yang Maha Esa,” ujarnya.

Kata Ayuni lagi, dia bersama suaminya iaitu Ahmad Weldan Zulkefli, 19 langsung tidak pernah imipikan kejayaan sebesar ini.Gadis yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memberitahu produk yang dijualnya itu mencecah 31,000 hanya dalam masa dua minggu dan berjaya mengutip RM1 juta jualan.”Memang tak ada fikir lain masa mula nak buat bisnes… disebabkan terlalu muda nak kahwin kami nak usaha sendiri cari duit kahwin.

“Rasa macam tak percaya hanya dengan menjual produk susu, saya berjaya mengutip RM1 juta jualan dan hampir 2,000 ahli di bawah saya.”Bukan saya seorang sahaja berjaya, semua anak buah pun sama. Ada juga yang nak beli kereta dan jualan mereka pun mencecah berpuluh ribu.

“Allah SWT permudahkan banyak urusan saya.. Mungkin rezeki nak kahwin dan berkat doa keluarga selama ini,” ujarnya lagi.Bercerita lanjut pengalamannya, gadis yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu berkata, dia bersama suami sememangnya telah merancang untuk membeli kereta tersebut seminggu yang lepas tetapi dia tidak sangka kereta itu dapat keluar secepat mungkin.

“Memang kami dah beli kereta tu seminggu lepas dan buat bayaran tunai tetapi saya tak sangka kereta boleh keluar secepat itu.”Suami ada cakap nak buat kejutan di hari perkahwinan nanti tetapi tak sangka dia nak bawa kereta itu depan keluarga dan orang ramai.

“Rezeki yang Allah SWT bagi ini pun ujian juga untuk tengok sejauh mana saya guna rezeki itu sebaik mungkin. Saya tak nak rasa bangga dalam diri, takut sangat,” katanya.Majlis perkahwinan mereka itu berlangsung di kediamannya iaitu Pasir Mas pada Jumaat lalu dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja yang sama-sama menjadi saksi menitisnya air mata ibunya kerana terlalu gembira akan pencapaian pasangan pengantin itu.Ayuni berharap dia boleh menjadi contoh terbaik kepada anak muda di luar sana yang ingin melakukan bisnes tetapi takut untuk memulakan.

Kahwin Tahun Lepas Dan Difahamkan Suami Sanggup Buat 3 Kerja Sejak Bujang. Perkongsian Yang Dibuat Oleh Pasangan Ini Secara Tak Langsung Raih Perhatian

Lumrah bagi pasangan yang sudah memasuki alam perkahwinan, sudah tentu mahu kan cahaya mata yang pastinya menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka. Baru baru ini, satu perkongsian di Tiktok raih lebih setengah juta tontonan dan memaparkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, memaparkan Shahrul Amri Ibrahim sebak apabila isterinya, Nurul Akma Abd Rasid menunjukkan alat ujian kehamilan dengan tanda ‘positif’ yang diletakkan di dalam sebuah kotak.Tak kekok bercerita,dia yang mesra disapa Shahrul mengakui cukup bersyukur atas berita gembira itu yang dianggap sebagai hadiah paling manis selepas mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu.

“Isteri ada mengadu tak sedap badan. Jadi dia ajak pergi beli alat ujian kehamilan. Selepas dah balik rumah dan dia tunjuk yang test tu positif, automatik mengalir air mata saya.“Sebenarnya kami pun tak jangka. Tapi kami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Bila Allah nak bagi zuriat, saya anggap ia nikmat terbesar dalam kehidupan.

“Bila dapat tahu isteri hamil, terus fikir nak kena bagi lebih perhatian selepas ini, sebab kandungannya juga masih di peringkat awal. Nak kena jaga betul-betul,” ujarnya. Difahamkan masing-masing berusia 25 tahun, Shahrul dan isterinya turut terkejut apabila video detik bersejarah mereka tular di TikTok.

Jelas Shahrul lagi, dia bersyukur apabila menerima banyak komen positif termasuklah doa dan kata-kata semangat untuk dia sekeluarga.“Saya kongsikan video itu sebagai tanda kenangan. Tak sangka akan tular. Saya cuma hasilkan video sebab teruja nak tengok result kehamilan isteri.

“Kebanyakannya bagi komen positif dan doa. Ada juga yang bagi nasihat. Saya terharu dengan semua komen.“Sangat bersyukur dikurniakan ramai insan yang baik-baik, Allah hadirkan mereka semua untuk bagi nasihat dan kata-kata semangat buat kami.“Pada masa sama, ada juga pasangan yang kongsi kisah mereka menanti zuriat. Saya doakan mereka semoga dikurniakan zuriat secepat mungkin, InsyaAllah,” ujar Shahrul.

JElas Juruteknik Perubatan di sebuah hospital itu, dia membatalkan segala rancangannya pada hari itu selepas menerima berita gembira kehamilan isteri.Shahrul yang menetap di Bangi, Selangor turut melakukan dua lagi kerja untuk menyara kehidupan.“Saya sebenarnya buat tiga kerja, sejak sebelum kahwin lagi. Dulu tujuannya untuk kumpul wang kahwin. Kemudian saya teruskan, sebab ada banyak komitmen. Isteri saya pula merupakan guru tadika.

“Pada hari dapat tahu isteri saya hamil, saya sebenarnya nak keluar buat GrabFood. Tapi saya batalkan niat dan duduk di rumah bersamanya,” ujar Shahrul berseloroh.Menceritakan mengenai perkenalan mereka pula, Shahrul mendedahkan dia dan isteri berkenalan pada tahun 2017 menerusi laman cari jodoh Muslim, Baituljannah.

“Saya kenal dia lebih kurang dua tahun sebelum kami kahwin, jumpa jodoh dekat laman web cari Baituljannah.“Selepas habis diploma dulu, saya memang hasrat nak cari kerja, pada masa sama saya fikir nak cari calon isteri. Jadi, kami berkenalan di situ sebelum mendirikan rumah tangga tahun lepas,” ujarnya lagi.

Ada Hari Sekeping Capati Pun Tak Terjual. Anak Kepada Cef Ini Kongsi Ayahnya Sanggup Kejar 2 Kerja Sehari Sehingga Undang Sebak Dalam Kalangan Warganet

Seperti yang kita semua maklum selepas sahaja kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi secara dine in atau makan di premis dengan prosedur SOP bermula 10 Feb,membuatkan peniaga kecil menarik nafas lega.

Baru baru ini keluhan seorang anak kepada penjual capati pada malam sebelum kebenaran itu mengundang sebak di kalangan warganet.”Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang. Kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong.

“Jadi, tolong petang je sampai tutup malam. Tapi sebab PKP tak boleh dine-in ni, slow ,” tulis seorang pemuda yang merujuk kepada prestasi jualan capati yang mengecewakan.Pemuda tersebut, Farhat Nadzmi Mohd Nizam berkata, bapanya mula berniaga capati di sebuah medan selera di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sejak Oktober lalu.

Selain itu,dia memberitahu bapanya melakukan kerja sepenuh masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.”Ayah kerja syif di KLIA. Jadi, ayah buka gerai capati selepas atau sebelum syif bertugas, atau sepanjang hari pada hari ayah tidak bekerja.

“Tapi bila PKP tak membenarkan dine-in, bisnes capati ayah terjejas sampaikan nak tengok orang datang bungkus pun susah,” kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.Sementara itu, bapa Farhat iaitu Mohd Nizam Abu Bakr pula berkata, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai cef kira-kira 25 tahun itu.

Jelas Bapa kepada dua anak itu, dia kini bertugas di bahagian kargo, tetapi sebelum itu bertugas sebagai cef untuk pengendalian makanan dalam pesawat.”Tugas saya bertukar ke bahagian kargo ekoran penerbangan komersial terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur kerana masih bekerja walaupun gaji dipotong.

Pada peringkat awal, katanya, secara purata capati yang dapat dijual adalah antara 40 hingga 50 keping sehari, dan prestasi merosot ketika PKP dikuat kuasakan.”Bila tak boleh dine-in waktu PKP, ada hari sekeping capati pun tak terjual. Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga,” ujarnya.

NAmun begitu, posting anaknya menjadi perhatian sehari sebelum kelonggaran orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai makan telah membuatkan jualannya meningkat.”Hari pertama kelonggaran iaitu pada 10 Februari, jualan capati naik antara 30 hingga 35 keping. Lepas tular terus naik mendadak sehingga 100 keping!

“Sebenarnya selepas posting itu tular, ramai yang nak tempah lebih daripada itu. Tapi, saya dan anak-anak tak menang tangan dengan keupayaan yang terhad. Jadi, kami letakkan had 100 keping capati sehari untuk menjamin kualiti,” katanya.

Dia bersyukur dengan kelonggaran yang diberikan dan penularan posting, Mohd Nizam turut menerima banyak cadangan supaya menghasilkan capati bagi makanan sejuk beku.”Misi saya untuk mempunyai central kitchen (dapur berpusat) pada masa akan datang bagi membolehkan saya membuka lebih banyak cawangan menjual capati, insyaAllah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *