Ayah selalu nasihat untuk kuruskan badan demi kesihatan. Sebak sekali perkongsian remaja ini semuanya berubah selepas bapanya tiada

Kehidupan

Tabah sungguh pemuda ini. Selepas bapanya hembuskan nafas terakhir akibat daripada knsr otak tahap 4,Daniel bertekad untuk melakukan transformasi kurangkan berat badan. Dia yang menyedari berat badannya yang berlebihan, seorang remaja lelaki tidak pernah peduli apatah lagi melakukan perubahan menerusi amalan gaya hidup sihat.

Luahnya di Tiktok”Aku memang gemuk tapi aku tak sedar diri,”Namun, pendiriannya itu berubah sama sekali selepas pemergian bapa kesayangan pada Mac tahun lalu dengan melakukan transformasi untuk mengurangkan berat badan.

Remaja tersebut, Daniel Mohamad Ajmal mengakui sikapnya yang tidak mengawal pemakanan dan malas bersenam membuatkan berat badannya mencecah 126 kilogram (kg). Dia yang berusia 17 tahun itu berkata, antara individu yang sering menegurnya adalah bapanya yang sudah tiada pada usia 53 tahun akibat knser otak tahap empat.

Katanya lagi “Saya dari kecil lagi memang dah gemuk sebab suka makan tak berhenti. Masa saya darjah tiga ayah didiagnosis knser otak tahap empat pada 2013.”Pada tahun yang sama juga bermulanya ayah menasihatkan saya untuk kuruskan badan demi kesihatan, berkali-kali sehingga ayah pergi buat selamanya tahun lalu,”

Remaja yang bernama Daniel, katanya, sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, dia bertanggungjawab untuk menjaga bapanya yang menghidap sakit itu.”Saya banyak meluangkan masa bersama ayah, uruskan dia. Mula-mula ayah masih boleh bercakap, jadi dia tegur dan marah saya sebab gemuk, tak jaga kesihatan.

“Tiga kali ayah jalani operasi dan selepas operasi terakhir pada 2016, ayah dah tak boleh bercakap. Ayah hanya mampu gerakkan tangan pegang perut saya beri isyarat untuk saya kurangkan berat badan,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Jelas pelajar Tingkatan Lima itu, selain sikapnya yang degil tidak mendengar nasihat, masanya banyak dihabiskan dengan pelajaran dan menjaga bapanya.”Memang saya tak ada masa bersenam, tapi saya tetap degil dengan makan macam-macam. Sampaikan saya tutup telinga, saja nak memberntak.

“Tapi bila ayah peri buat selamanya, saya yang paling sedih sebab kehilangan orang yang saya rapat dan sayang, dan sebab tak dengar nasihat ayah semasa hayatnya,” katanya.Sejak pemergian bapanya, Daniel yang berasal dari Kuala Lumpur berazam untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Jelasnya lagi “Mak daftarkan saya ke gim. Tapi saya hanya sempat bersenam hari pertama di gim pada 17 Mac sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuat kuasakan di seluruh negara esoknya (18 Mac) akibat pandemik Covid-19.”Gim kena tutup sepanjang PKP. Masa tu saya frust sangat sebab baru ada semangat nak kuruskan badan, memang rasa down,”

Namun pelajar yang mengikuti Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa di Kuala Lumpur tetap mengingati pesanan bapanya untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Paling terkesan adalah saya simpan baju-baju ayah tapi frust sebab tak muat pakai sebab ketika itu saya bersaiz 4XL sedangkan ayah saiz L. Saya memang berharap sangat untuk pakai baju ayah,” tambahnya.Daniel kemudian kembali bersenam selepas gim dibuka semula dengan bimbingan jurulatih pada Jun tahun lalu, serta melakukan aktiviti lain seperti joging, renang dan berbasikal.

“Selain bersenam, saya juga kawal pemakanan. Dalam tempoh lapan bulan sejak Jun tahun lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan dari 126kg kepada 70kg.”Syukur, usaha keras saya berhasil. Saya gembira sebab boleh pakai bajuayah dan walaupun size saya kini M, saya tetap dapat pakai baju dia… bila muat pakai baju ayah, rindu terubat,” katanya yang mahu mengikuti jejak langkah bapanya sebagai arkitek.

Sedih Tidak Dapat Berinteraksi Secara Fizikal Atau Bertukar Idea Dengan Rakan Sekuliah. Pemuda Ini Kongsi Pengalamannya Dan Sakit Yang Dia Alami

Walaupun mempunyai kekurangan diri namun ia tidak menjadi sebagai alasan untuk Zaim Iskandar capai kejayaan. Dia yang menghidap disleksia mampu mencapai cita cita dan aspirasinya untuk berdiri atas kaki sendiri sama seperti orang lain..

Dia yang disahkan menghidap disleksia pada usia sembilan tahun, Zaim mengakui ketika awal persekolahan di tadika dan sekolah rendah dia mengalami kesukaran sebelum keluarga menyedari masalah dihadapinya.”Sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri. Saya masih ingat, kesukaran saya dan rakan sekelas yang terpaksa mencatat semasa guru menulis di papan hitam.

“Setiap perkataan itu seolah-olah melonjak ke papan hitam sementara beberapa huruf bahkan muncul ke belakang, terbalik atau berkumpul bersama,” katanya.Zaim, 23, memberitahu gurunya ketika itu juga tidak dilatih untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi murid sekali gus menyukarkan dirinya mendapat pertolongan sewajarnya.

Namun begitu penilaian oleh pakar kanak-kanak ketika itu mengesahkan dia menghidapi disleksia sebelum keluarga mendaftarkan dirinya ke pusat disleksia bagi membolehkan dia belajar dengan teknik yang betul.Selepas menghabiskan beberapa bulan di pusat itu, Zaim memberitahu dia kemudian kembali ke sekolah rendah biasa yang tanpa disedari tetap mempunyai cabaran tertentu untuk insan sepertinya.

“Saya terpaksa menerima keadaan dibvli oleh rakan sekelas dan juga rakan sebaya. Ini merupakan pengalaman pahit bagi saya semasa bersekolah, ” ujarnya.Di sebalik setiap cabaran dan kesukaran, Zaim bagaimanapun memberitahu dia tetap mempunyai pelbagai memori indah ketika zaman persekolahannya.

Dan dia sentiasa mengingati dan berterima kasih terhadap rakan-rakan yang baik hati serta keluarga yang membantu membentuk siapa dirinya hari ini.“Ibu bapa adalah tulang belakang kejayaan saya. Mereka telah memberi saya sokongan dan kasih sayang yang tak terhingga, dan mereka terus mendorong saya untuk melalui sebarang kesulitan, ” katanya.

“Saya juga mempunyai adik beradik dan rakan-rakan yang luar biasa. Mereka yang tetap menjadi penyokong terbesar saya!” tambah pelajar yang bersemangat itu, yang kini mengikuti Diploma Pengurusan Hotel di INTI International College Subang (INTI).Dia yang ramah menceritakan pengalamannya sepanjang pandemik ini, Zaim berkata sukar baginya untuk menyesuaikan diri dengan kelas dalam talian sepenuhnya.

Dia ada juga memberitahu berasa sedih tidak dapat berinteraksi secara fizikal atau bertukar idea dengan rakan sekuliah dan pensyarahnya disebabkan pandemik.Meskipun begitu, dia berasa sangat beruntung kerana mendapat sokongan pensyarah di INTI yang komited untuk terus membantunya berjaya dalam akademik.

“Sejak saya memulakan pengajian di INTI, para pensyarah saya sangat membantu, sabar dan berdedikasi. Mereka tidak pernah putus asa, dan komitmen tanpa lelah mereka itu telah menjadi inspirasi kepada saya untuk terus belajar, ” katanya.Zaim turut menyatakan dia juga menghargai inisiatif pihak pengurusan yang telah memberikannya masa tambahan sewaktu peperiksaan berlangsung.

Sebagai pelajar tahun akhir diploma, Zaim berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya atau mendapat pekerjaan setelah perintah kawalan pergerakan ini dilonggarkan. Katanya Impian utamanya adalah untuk menguruskan rangkaian hotel sendiri dan dia bertekad untuk merealisasikannya.”Terdapat ramai orang hebat yang terus berjaya melakukan kehebatannya di dunia ini, meskipun berhadapan dengan kesukaran dalam pembelajaran seperti disleksia.

“Antaranya adalah seperti Albert Einstein, Thomas Edison, Henry Ford, Muhammad Ali, Sir Richard Branson, dan Jamie Oliver. Manakala di Malaysia, kita mempunyai Kapten James Anthony Tan, rakyat Malaysia pertama yang terbang secara solo mengelilinggi dunia pada tahun 2013. Jika mereka boleh hadapi rintangan untuk mengejar impian mereka, saya pun boleh,” katanya.

Disebabkan Terlalu Obses Dengan Kurus. Pemuda Ini Sanggup Buat Research Dan Makan Sesuatu Ini Selama Lebih Setahun.

Transformasi Sapuwan yang berjaya menurunkan sehingga 45 kilogram begitu mengkagumkan ramai. Lelaki mana yang tidak mahu mempunyai bentuk badan menarik dan tegap? Selain memberi nilai tambah kepada penampilan serta keyakinan ketika berdepan dengan orang ramai, ia juga demi memelihara kesihatan diri untuk jangka panjang. Disebabkan itulah Sapuwan Patrim nekad untuk menurunkan berat badannya.

Memuat naik video dan gambar transformasi dirinya di Twitter, nyata perkongsian tersebut mengundang perhatian warganet sehingga ia meraih 3,500 retweet. Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berusia 22 tahun itu berkata dia serius untuk menurunkan berat badan bermula Oktober 2019, ketika berat badannya mencecah 130 kilogram (kg).

Sapuwan menyeimbangkan rutinnya dengan menjaga pemakanan dan juga melakukan senaman.

“Mula-mula fikir nak kurus sahaja, tapi bila dah start diet dan workout, saya fikir ia demi kesihatan kerana secara tak langsung, ia mendorong saya menjaga pemakanan,” kata pemuda yang berasal dari Kuala Selangor ini. Bercerita mengenai rutin yang diamalkannya, Sapuwan berkata dia menyeimbangkan antara kepentingan menjaga pemakanan dan senaman. Saya hanya buat research sendiri dan tak ikut mana-mana coach. Pada mulanya saya tak ambil nasi langsung dan hanya ambil lauk sahaja. Tapi badan saya rasa tak sedap dan tak sihat. Kemudian saya ubah dan tetap makan nasi cuma dalam kuantiti yang sedikit. Setiap pagi selepas bangun tidur, mesti workout sekejap… joging pula seminggu dalam dua atau tiga kali. Saya akan pastikan untuk mengambil sarapan setiap pagi. Gula memang kena cut (potong) dan saya ganti dengan makan banyak buah-buahan. Dan saya akan makan malam sebelum pukul 8.00 malam. Menu diet pula, boleh dikatakan setiap hari saya akan makan ikan bakar sebab saya dan keluarga peniaga ikan. Tapi setiap hari tukar-tukar ikan dan selang seli dengan ayam bakar juga,” ujar anak bongsu daripada empat adik beradik ini.

Jika dulu saya segan nak masuk kedai atau butik pakaian sebab segan nak minta saiz… takut baju yang berkenan tu tak ada saiz badan saya.

Hasil kerja kerasnya selama lebih setahun, Sapuwan berjaya menurunkan berat badannya daripada 130kg kepada 85kg. Walaupun mengambil masa yang agak lama namun ternyata hasilnya sangat berbaloi.

Sapuwan masih dalam proses menurunkan berat badan kerana mahu mencapai berat badan ideal.

“Saya masih lagi diet kerana mahu capai berat badan yang ideal iaitu sekitar 78kg mengikut indeks BMI. Tak dinafikan, cabaran tu memang ada terutama ketika keluar lepak dengan kawan-kawan. Memang order ais suam sajalah… makan pula kena jaga-jaga portion. Yang paling penting elakkan gula. Namun dalam sebulan sekali, saya ada juga ‘cheat day’,” katanya. Menurutnya lagi, selepas menurunkan berat badan, pelbagai perubahan dapat dirasai dan dia dapat melakukan perkara yang tidak dapat dilakukannya sebelum ini. Antaranya, pelanggan kedai ramai tegur… siapa tak seronok bila kena puji. Tapi lebih daripada itu, saya seronok kerana badan terasa lebih ringan dan sihat. Dulu kalau berjalan sikit dah tercungap-cungap, sekarang tak lagi. Begitu juga dari segi pakaian. Jika dulu saya segan nak masuk kedai atau butik pakaian sebab segan nak minta saiz… takut baju yang berkenan tu tak ada saiz badan saya. Memang terasa malu sendiri. Sekarang ni lebih yakin, nak bergaya lebih mudah sebab banyak pilihan, tak macam dulu,” katanya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih perhatian ramai, Sapuwan dalam masa yang sama turut memberi nasihat kepada mana-mana individu yang mahu menurunkan berat badan. “Jangan putus asa… biar lambat asalkan dilakukan dengan cara yang sihat. InsyaAllah pasti akan dapat lihat hasilnya,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *