Pelik makanan yang dipesan sampai lambat. Ternyata ini rupanya keadaan rider grab food sehinggakan wanita ini rasa sebak

Viral

Jika anda sentiasa tempah makanan melalui perkhidmatan seperti Grab Food,Foodpanda,Bungkusit dan lain lain, sudah tentu anda faham tentang cabaran waktu yang dialami mereka. Terkadang waktu penghantaran yang dijangka dalam aplikasi tak menepati dengan situasi sebenar.

Tambahan pula,boleh jadi mereka terlambat kerana terpaksa menunggu lama makanan siap di restoran dan mungkin ada juga terlewat akibat dari hujan lebat yang tak megizinkan mereka untuk menghantar makanan.

Pada masa yang sama, kerap terjadi juga kes penghantar makanan ataupun ‘rider’ yang terlambat kerana tidak menjumpai lokasi rumah.Namun begitu, apa yang dialami sendiri oleh pendakwah dan penulis, Bonda Nor ini benar-benar menyentuh hati kita semua. Mari ikuti kisah ini dengan mata hati.

Ini perkongsiannya. Tadi terasa sangat nak makan yong tau fu. Laju tangan order guna Grab Food.Ikut sistem, dah dapat rider dan sepatutnya sampai pukul 6.15 tapi sampai 6.45 tak sampai-sampai.Geramlah juga sebab tak suka buka pintu rumah kalau dah nak Maghrib.Antara jam 6.15 ke 6.45 tu, banyak kali dapat call daripada nombor yang sama.

Memang biasanya saya tak angkat call kalau nombor tak dikenali. Tapi sebab ini tengah tunggu Grab Food kan, terpaksalah angkat juga takut rider susah nak cari rumah.Angkat, senyap.Lima minit lepas tu, dia call lagi. Saya angkat, senyap.Ya, berulang kali jadi macam tu. Makin geramlah pulak. Main-main ke apa dia ni.Lebih jam 7 malam, tergerak hati nak check mesej kat Grab order tu.Ya Allah, terus sebak teramat! Bergenang air mata.Rupa-rupanya rider tu pekk dan b1su.

Dia call banyak kali tu sebab nak tarik perhatian saya suruh check inbox rupa-rupanya.Allahu rabbi. Hampir sejam dia berpusing-pusing cari lokasi nak hantarkan makanan saya yang saya teringin nak makan.Langit dah makin gelap, tapi dia masih tak tahu kat mana nak hantar makanan yang customer order. Tapi dia tetap setia tunggu dan mencuba.Padahal bukannya banyak pun upah hantar tu, cuma RM3 saja. Tapi sksanya dia nak dapat rezeki banyak tu.

Saya sebak! Rasa bersalah sungguh!Sebelum sistem close, sempat tangan saya tekan ‘Tips for rider’ untuk tebus rasa bersalah ini. Bagi dia nilai tips paling tinggi yang ada di situ, tapi tetap rasa tak cukup. Tetap juga rasa bersalah terlalu mencngkam hati.

Moga Allah ampuni salah sangka saya dan limpah ruahkan rezeki buat adik Grab Food tadi.Itulah kita manusia, kadang mudah berprasangka, hanya fikir apa yang kita nak tanpa fikir apa masalah orang.Saya tulis kat sini untuk jadi peringatan pada saya lain kali. Mana tahu jadi pada tuan puan pula suatu hari nanti, tidaklah tuan puan lakukan kesilapan yang sama macam saya hari ini.Yang kadang kita ingat salah orang, rupa-rupanya salah sendiri. Allahu rabbi.

Terkejut Pelanggan Beri Tips Sampai Seribu Ringgit. Abang Foodpanda Buat Perkongsian Tentang Pengalamannya Terima Pelanggan Yang Baik Hati

Tak dapat dinafikan pekerjaan seperti perkhidmatan penghantar makanan atau food delivery memang kerap berhadapan dengan tugas yang agak mencabar dalam mengejar order dan menghantar makanan yang dipesan pada waktu yang ditetapkan.

Jika bernasib baik, rider selalunya akan menerima tips daripada pelanggan sama ada dalam bentuk wang atau makanan yang diberikan kepada mereka. Contoh perkongsian yang dibuat oleh seorang rider, Muhammad Faris Faizul di Group Facebook FoodPanda Rider Malaysia di mana dia terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1,000 oleh seorang pelanggan.

Berdasarkan screenshot yang dikongsikan, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja.Alhamdulillah rezeki petang tadi.. terkejut macam nak melompat dari motor pun ada tadi.. terharu dan rasa sedih..

Dia yang tidak menjangkakan nilai tersebut, terkejut apabila membuka sampul berkenaan dan melihat kepingan not RM50 berjumlah RM1,000 diletakkan di dalamnya.Syukur dalam gembira pon ada tadi.. sebab tak terjangka nilai yang diberi sebanyak itu.. sebab selalu jugak customer bagi tips dalam sampul ni.. cuma kali ni terkejut bila bukak sampul tu..

Menurut Faris, wanita itu yang memberikan tips secara ikhlas meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.Mohon kawan-kawan rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dengan izin Allah SWT.. InshaAllah..

Lain Daripada Yang Sampai Jaga Haiwan Ni. Seorang Rider Ini Sanggup Turun Padang Bantu Kucing Dan Ajak 50 Rider Untuk Buat Sesuatu

Sungguh menarik sekali kisah tentang seorang pencinta haiwan, Saifullah yang membela ular di tempat tinggalnya di Pengkalan Chepa,Kelantan. Jelasnya,jupo kucing bui makey (jumpa kucing bagi makan).Itulah tanda pagar (hashtag) yang digunakan oleh Saifullah Omar, 31, rider yang terlibat dalam aktiviti memberi makan kepada kucing terbiar di negeri Kelantan.

Terbaru dia yang juga Pengerusi Pet Lover Kelantan bersama hampir 50 rider penghantar makanan yang lain, turun padang untuk membantu kucing-kucing terbiar di sekitar negeri itu. Saifullah, dia sewaktu dihubungi mStar meluahkan rasa syukur apabila program itu berjaya direalisasikan pada malam Khamis lalu.

“Sebelum ini, sekitar dua tahun lepas saya sudah membuat kerja-kerja ini bersama isteri. Tapi aktiviti ini terhenti apabila adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”Kemudiannya, saya baru sahaja menjadi rider sebulan yang lalu. Jadi saya ambil kesempatan dengan kerja saya untuk hidupkan semula aktiviti itu.

Dan untuk pengetahuan Program yang diadakan pada Khamis malam.”Saya ajak 50 rider untuk buat program ini. InsyaAllah akan teruskan lagi pada masa akan datang.”Pada masa sama, saya syorkan agar ia dilakukan setiap hari. Setiap rider boleh bawa satu botol makanan kucing, simpan dalam bakul motor. Kalau nampak kucing, boleh terus bagi makan,” ujarnya. Jelas Saifullah yang menetap di Pengkalan Chepa, program itu juga dilaksanakan bagi membersihkan persepsi negatif yang sering diberikan terhadap golongan rider.”Rider, sering dikaitkan dengan cerita-cerita busuk.

“Mungkin ada segelintir, tapi tak semua. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”Jangan disebabkan adanya cerita yang tak elok, masyarakat dah tak nampak semua kerja amal yang rider buat.”Bila ada tanggapan negatif, semua rider yang lain pun akan terkena. Niat saya nak bagi persepsi positif sahaja,” ujarnya lagi.Bercerita mengenai dirinya, Saifullah mendedahkan dia dan isteri juga merupakan peminat haiwan.Di kediamannya, dia membela empat ular sawa burma, dua katak, seekor cicak geeko dan empat kucing.

Ternyata warganet di ruangan komen turut memuji usaha murni kumpulan rider berkenaan.Malah, mereka turut mendoakan kumpulan itu agar terus berbakti kepada masyarakat dan pada masa sama, tidak lupa menjaga keselamatan diri.”Alhamdulillah. Semoga semua murah rezeki yang memberi anak-anak ini makan.”Semoga semuanya dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah.”Semoga kalian semua diluaskan rezeki dan sentiasa dilindungi Illahi,” tulis warganet

Ada Yang Mengatakan Makanan Lambat Sampai Ke Tangan Pelanggan Gara Gara Rider Leka Bermain TikTok. Rider Ini Tampil Beri Penjelasan Tentang Hal Tersebut

Kata Haikal.dia baru sahaja menyertai Tiktok pada awal tahun ini. Seperti yang kita tahu, setiap individu ada cara tersendiri dalam menghilangkan tekanan kerja. Begitu juga rider penghantar makanan ini apabila menjadi aplikasi Tiktok sebagai medium penghibur buat dirinya. Baru je buka akaun Tiktok pada awal tahun ini,Muhammad Afiq Haikal Fared Fahishal,23,sama sekali tidak menyangka video yang dibuatnya akan meraih perhatian ramai. Akaun tiktoknya:karitulistiwa

Jelas Haikal,”Saya dah jadi rider sejak tahun 2019. Baru aktif TikTok sejak tahun ini, tapi dah ‘masuk air’ sejak lahir.”Saya main TikTok untuk release tension. Dulu takut, takut kena kritik. Tapi sekarang, orang kritik pun tak apa… yang penting puas hati.”Kita geng-geng motor, mana nak main menari macam ni? Lepas saya mulakan, ramai kawan-kawan download TikTok juga. Ia bantu dari segi keyakinan diri nak bercakap depan kamera,”

Mesra disapa Haikal, pemuda dari Putrajaya itu berkata dia seronok dengan penerimaan warganet terhadap golongan rider sepertinya di TikTok.Namun katanya, dia tidak terlepas menerima komen negatif segelintir individu termasuklah yang mengatakan makanan lambat sampai ke tangan pelanggan gara-gara rider leka bermain TikTok.”Memang terkejut. Alhamdulillah rasa sangat teruja dengan penerimaan semua. Tapi kami faham, kami pun tahu bila nak main TikTok.

“Ada yang salah tanggapan. Tapi saya tak ambil hati. Saya jenis happy go lucky. Apa pun, saya seronok sebab ramai yang hargai.”Saya main TikTok masa dengan kawan-kawan, atau di luar waktu kerja,” ujarnya lagi.Menrut Haikal, dia turut terharu dengan komen positif orang ramai yang mendoakan serta memberi kata-kata positif buat rider di media sosial.Haikal mencari masa yang sesuai untuk membuat video agar tidak menggnggu kerjanya.”Saya nak cakap kepada yang sokong kami dalam industri penghantaran makanan, terima kasih. Kami tahu kadang-kala ada kekurangan, kami minta maaf dan cuba lakukan yang terbaik.“Peristiwa manis sepanjang jadi rider tentunya apabila dapat duit tip daripada pelanggan. Kena marah sebab makanan lambat tu biasalah.”Saya berani ambil kerja ni, kena berani terima apa yang diberikan. Pengalaman seram pula memang tak ada sebab saya tak takut hantu,” ujarnya berseloroh.

Haikal kini bukan lagi rider sepenuh masa.Dedah Haikal, dia kini hanyalah rider sambilan dan hanya melakukan kerja itu pada waktu lapang kerana sudah bekerja sebagai recruiter dalam sebuah syarikat penyedia khidmat penghantaran makanan.Namun katanya, dia komited terus menghasilkan video menghiburkan dan bermanfaat agar golongan rider terus dekat di hati masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *