Hadiah luar biasa buat isteri. Isteri kongsi detik paling yang dia tak sangka selepas diminta untuk tengok satu bekas

Kehidupan

Sweet betul pasangan ini! Sekeping nota tulisan tangan suami yang ditulis pada kotak ubat nyamuk membuatkan seorang isteri ini terpinga pinga pada pagi itu. Melalui perkongsian mereka di Tiktok, terlihat mesej ringkas si suami memberitahu yang dia mengambil wang berjumlah RM5 dalam begnya sebelum keluar rumah untuk pergi ke hutan.

Difahamkan selain daripada tinggalkan bungkusan nasi untuk sarapan, wanita itu juga diminta untuk periksa satu bekas yang ditinggalkan suaminya dalam sebuah bakul dan dia terkejut setelah mendapati beberapa keping wang kertas RM50 di dalamnya.

Shazwani menerangkan rakaman itu dibuat pada hari suaminya keluar untuk memikat burung di hutan. Tambah Shazwani , dia terkejut kerana suaminya itu tidak pernah berahsia sejak mereka 10 tahun kenal satu sama lain.

Katanya,”Suami saya ni seorang yang berterus-terang, maksudnya tidak suka berahsia apatah lagi mahu membuat kejutan. Suami bukan lelaki romantik yang suka buat kejutan-kejutan ni.”Biasanya bila dapat gaji, suami akan serahkan duit pada saya untuk disimpan buat kegunaan keluarga. Kalau RM1 dia ambil pun dia akan beritahu saya, dan hari tu dia keluar awal pagi sebelum saya bangun, jadi suami tulis nota di kotak ubat nyamuk saja,”

Jelas Shazwani yang mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun yang lalu menjelaskan yang suami yang bekerja sebagai tukamg rumah terima upah pada setiap minggu.”Suami biasanya dapat upah buat rumah setiap Khamis, dan duit tu dia dah beri pada saya untuk simpan. Tapi esoknya dia buat kejutan bagi duit tu, jadi memang peliklah.

“Hobi dia memang suka tahan (pikat) burung. Bila masuk hutan, telefon pula ditinggalkan, jadi kena tunggu suami balik rumah dulu,” ujarnya yang berasal dari Kerteh, Terengganu.Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, suaminya yang keluar rumah sejak awal pagi hanya pulang ke rumah pada waktu tengah hari.

“Dalam bekas tu suami tinggalkan wang sebanyak RM300, bagi saya cukup banyak duit tu. Memang musykil duit tu dari mana, tapi saya anggap itu rezeki dia.”Bila saya tanya pasal duit tu, suami maklumkan untuk rezeki saya dan anak-anak. Syukur Alhamdulillah,” ulasnya.

Namun begitu, Shazwani yang merupakan suri rumah dan dia terlibat dengan bisnes di atas talian luah rasa gembira dengan kejutan suami yang dia tak sangka.”Bayangkanlah kalau hari jadi saya atau anniversary (ulang tahun perkahwinan), memang suami tak buat kejutan pun. Kalau ada kek, hadiah… suami akan terus bagi.

“Bila dapat kejutan tiba-tiba tu, memang gembira sangatlah,” katanya sambil menyifatkan suaminya seorang yang jujur, penyayang dan mengambil berat terhadap keluarga.Dalam pada itu, Shazwani tampil menjelaskan tanggapan segelintir warganet yang melabelkannya sebagai pemalas sehingga suami membeli sarapan di luar.

“Sebenarnya suami memang suka beli makanan di luar untuk sarapan dan waktu tengah hari. Suami minta saya masak untuk hidangan petang dan malam kerana dia keluar bekerja dari pagi.”Lagipun anak-anak kami masih kecil, masing-masing berusia tujuh, enam dan empat bulan. Jadi, untuk anak-anak saya sediakan makanan yang bersesuaian dengan usia mereka.

“Saya tak pasti kenapa mereka nak kritik saya macam tu, sedangkan mereka tidak berada di tempat saya. Cukuplah saya katakan suami seorang yang penyayang,” katanya.

Bapa Seorang Imam Serta Garang Dan Anak Pula Suka Main PUBG. Pemuda Ni Tak Sangka Ayah Dia Hadiahkan Sesuatu Ini

Tanpa kelengkapan seperti kerusi game atau gaming chair bagi seorang kaki game yang gemar bermain permainan video dalam talian sudah tentu rasa tidak lengkap. Perkongsian kali ini mengisahkan seorang anak yang tak disangka diberikan kejutan berupa kerusi game yang merupakan pemberian hadiah istimewa daripada bapanya.

Untuk makluman,perkongsian tersebut dibuat di Tiktok. Pemuda berusia 24 tahun menjelaskan dia sebenarnya baru membeli beberapa kelengkapan untuk kemudahannya bermain permainan video hampir sebulan yang lalu.

“Saya ni memang dah lama ‘hantu’ PUBG. Nak bagi selesa, saya beli beberapa kelengkapan seperti meja dan keyboard secara online.Lebih mesra disapa Elham, katanya, ‘kehilangan’ salah satu daripada enam kerusi meja makan itu menjadi tanda tanya ibunya.

“Mula-mula hilang tu mak bising juga, tapi lepas tu mak okay je. Tapi paling saya tak sangka bila ayah saya buat kejutan hadiah kerusi game untuk saya.”Mak saya suka beli barang online, mungkin mak cadangkan ayah supaya belikan kerusi game tu secara online dengan bantuan abang saya,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Jelas pemuda dari Parit Sulong di Batu Pahat, Johor itu, bapanya yang berusia 52 tahun merupakan salah seorang imam di sebuah surau di Kampung Parit Sentang Batu.”Ayah dulu memang garang dengan anak-anak. Tapi sejak jadi imam ni, perwatakan ayah lebih penyayang dan lemah lembut.

“Dan ayah sporting dengan minat saya bermain game. Ayah pun kadang-kadang suka main PlayStation 4 (PS4) di ruang tamu bila ada masa lapang,” ujarnya yang bekerja sebagai jurujual.”Memang tak sangka ayah buat kejutan. Walaupun saya tahu ayah begitu sayangkan anak-anak dia, tapi saya terharu sangat. Dapat kerusi game tu, memang teruja!

“Sebenarnya elok sangat ada kerusi game ni sebab selain empuk, ia juga menjaga postur tulang belakang kita. Siap ada kemudahan mengurut lagi,” katanya.Dalam kegembiraan itu, bapanya yang juga merupakan penyelia di sebuah kilang turut titip pesanan penting buatnya.”Ayah kata main game, main game juga, tapi jangan tinggal solat. Ayah juga pastikan anak-anaknya selalu baca al-Quran,” katanya.

Suami Ingat Ada Makanan Dalam Kotak Kejutan Sebab Suami Suka Makan. Bila Buka Kotak Ini Hadiah Yang Istimewa Buat Suami

Menarik dan kreatif sungguh idea wanita ini khas buat suami dia yang tercinta. Difahamkan bukan satu tetapi tiga kit ujian kehamilan diletakkan dalam sebuah kotak yang dihias cantik disertakan sekeping nota ringkas, ” Assalamualaikum,hai daddy.”

Perkongsian yang dibuat di Tiktok memeparkan si suami yang berseragam tentera sebak membuka hadiah kejutan tersebut sebelum memeluk isterinya menandakan dia gembira dengan hadiah tersebut. Jelas Isterinya, Nurafidah Ahmad Yusof berkata, kejutan itu dibuat untuk suaminya pada Disember tahun lalu, tetapi video tersebut baru dimuat naik di TikTok pada minggu ini.

Terus berkongsi kisah di sebaliknya, wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, ia juga merupakan hadiah paling bermakna sejak mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2019.”Sejak berkahwin, dugaan PJJ (perhubungan jarak jauh) adalah perkara biasa apabila suami yang bertugas sebagai pegawai tentera perlu bertugas di luar kawasan. Pernah dalam enam bulan tu, dua kali je suami balik ke rumah.

“Saya pula adalah suri rumah sepenuh masa kerana suami mahu saya memberi tumpuan pada rumah tangga dan rancangan kami untuk mendapatkan anak,” katanya.Namun sepanjang tempoh hampir dua tahun perkahwinan, dia yang lebih mesra dengan panggilan Effy berkata, rezeki tidak berpihak kepada mereka.

“Setiap kali saya lewat datang bulan (haid), saya yang paling nervous sebab akan periksa sama ada saya hamil atau tidak. Memang menjadi tanda-tanya.”Setiap kali ujian kit beri keputusan negatif tanda saya tak hamil, setiap kali itu juga saya dan suami menangis kerana sentiasa berharap,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Sampai ke satu tahap pada Oktober 2019, katanya, suaminya meminta untuk tidak lagi membuat pemeriksaan apabila lewat datang bulan tetapi jangan berhenti berdoa.”Saya kemudian sekali lagi lewat datang bulan, tapi saya pun biarkan saja. Selepas itu, suami rasa mual, pening, muntah dan tak sedap badan, dan saya pula tak syak apa-apa.

“Tapi period saya delay lagi. Saya tergerak hati nak check, dan terkejut bila kit tunjuk dua garisan tanda hamil. Saya tak percaya, siap call tanya kakak dan mak, mereka kata hamil.”Sampai tiga kit berbeza saya check dan keputusan masih sama, sah saya hamil! Macam tak percaya tetapi syukur Alhamdulillah, dan saya rancang buat kejutan untuk suami bagi memaklumkan saya hamil.

“Bila suami balik ke rumah, dia pada mulanya ingat ada makanan dalam kotak kejutan tu sebab dia ni kuat makan.”Sebaik buka kotak, dia mula-mula blur tengok tiga kit ada dua garis tu sebelum menangis. Tengok suami menangis, saya pun ikut sama menangis,” katanya sambil menambah dia mengalami mual, pening dan muntah tanda-tanda hamil seminggu selepas kejutan tersebut dibuat.

Walaupun suami yang berpangkat kapten sebenarnya begitu tegas ketika menjalankan tugas, namun kata Effy, suaminya juga berhati lembut terutama berkaitan tentang anak.”Sebelum ini saya ada beritahu suami andai kata Tuhan makbulkan doa kami dikurniakan zuriat, suami kena botakkan kepala.

“Suami sebenarnya cukup sayang dengan rambut tapi dia botakkan kepala juga atas anugerah yang Allah SWT beri pada kami. Selepas tu, dia berhari-hari tengok cermin dan ambil gambar selfie sebab tak percaya kepala dia dah botak,” ujarnya secara berseloroh.Menerusi video TikTok itu, Effy yang kini hamil tiga bulan turut mendedahkan sebanyak 11 kit ujian kehamilan dengan keputusan negatif masih disimpannya sehingga kini.

“Sebenarnya lebih banyak kit yang negatif, tapi tak simpan dah buang sebab frust sangat. Tapi walaupun stres atau frust, jangan sesekali berputus asa.”Sebelum ni setiap kali hujan yang dilihat satu rahmat, saya berdoa kepada Allah SWT agar dimakbulkan hajat kami untuk dikurniakan zuriat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *