Sanggup wujudkan foodbank buat pelajar asrama.Guru ini berkongsi pengalamannya melihat pelajar makan beramai ramai

Viral

Sungguh mengagumkan dan layak diberi pujian. Baru baru ini, Muhammad Yusof yang merupakan guru telah mewujudkan foodbank di asrama sekolahnya bagi membantu pelajar yang memerlukan. Macam yang kita tahu mi segera sememangnya sinonim dengan pelajar asrama.

Untuk sesiapa yang pernah menjadi penghuni asrama waktu persekolahan,sudah tentu terbiasa dengan situasi berkongsi mi segera secara beramai ramai. Difahamkan bukan sekadar ‘tradisi’ semata-mata, namun hakikatnya kebanyakan pelajar ini mahu berjimat cermat dalam berbelanja kerana tidak semuanya berasal daripada keluarga yang senang.Seorang guru, Muhammad Yusof turut berkongsi kisah yang mana dia sendiri pernah terserempak sekumpulan pelajar yang sedang berkongsi mi segera beramai-ramai.

“Masa saya naik round asrama, saya tengok ada empat, lima orang budak tengah berkumpul dalam gelap. Saya ingat diaorang tengah buat apa. Geram juga saya. Rupanya diaorang tengah berkongsi makan maggi.”Mula-mula saya nak marah juga sebab dah malam-malam tak tidur lagi tapi kesian pula saya tengok anak-anak murid saya ni. Kadang tak boleh nak salahkan diaorang juga. Yelah, budak nak membesar memang cepat lapar.

“Budak asrama saya ni bukan semua datang daripada keluarga kayangan. Ada budak yang ayahnya kerja bawa teksi, ada budak yang mak ayah bercerai, ada budak yang ayahnya kena buang kerja,” tulisnya pada satu perkongsian di Facebook.Menurut guru berkenaan, bermula dari situ dia terlintas untuk memulakan inisiatif dengan mewujudkan ‘food bank’ (tabung makanan) buat pelajar di asrama sekolahnya.

“Tujuan saya ialah anak orang kaya ke, anak orang miskin ke, semua boleh makan makanan bersama-sama. Pada saya, sekolah atau asrama bukanlah tempat untuk murid berlapar.”Bila dah start projek ni, saya ada tanya respon anak murid saya. Diaorang kata, ‘cikgu buat sama macam idola kami, Ebit Lew la cikgu’.”Bahkan ada budak yang berminat nak bincang dengan keluarga nak buat food bank kat rumah diaorang. Terharu juga saya,kata guru itu

“Saya doakan semoga bila diaorang dah besar nanti tak kisahlah kerja apa sekali pun, biar diaorang jadi manusia yang menyumbang sesuatu untuk masyarakat,” tulisnya.Tambahnya, ketika mana pelbagai thmahan dilontarkan kepada sosok bernama guru sejak kebelakangan ini, namun sebenarnya golongan inilah yang ramai tampil ke hadapan khususnya dalam membantu murid yang kurang berkemampuan.

“Saat ada orang kndem cikgu-cikgu makan gaji buta, sebenarnya saya nak bagitau ramai je cikgu-cikgu yang bantu bagi makan budak-budak susah yang takde duit nak makan kat kantin, bayarkan yuran asrama budak-budak susah.

“Belikan peralatan menulis percuma untuk budak SPM, bahkan ramai juga yang aktif bagi bantuan buat keluarga yang terkesan masa PKP ni. Contoh terbaik ialah Cikgu Mohd Fadli Salleh.”Hanya yang kenal siapa ‘cikgu’ sahaja tahu macam mana baiknya ‘cikgu-cikgu’ dekat Malaysia ni. Kalau betul diaorang kenal cikgu, takkan ada yang sampai hati nak ketawakan cikgu dia,” katanya sebelum menutup kisahnya

Tak Sangka Keluarga Ini Diduga Sampai Begini Sekali. Ebit Lew Sebak Dengan Keadaan 3 Beranak Ini Dan Terus Tampil Beri Hadiah Ini.

Siapa lagi yang tidak mengenali Ustaz Ebit Lew. Hampir seluruh negara, Ebit Lew datang tampil untuk memberi bantuan pada orang yang dalam kesusahan. Apabila lambat sahaja datang memberi bantuan pasti beliau akan meminta maaf. Usahawan dan pendakwah bebas yang sangat terkenal dengan sifat pemurahnya tanpa kira agama mahupun kaum. Pasti tidak mudah untuk kita mencontohi sifat itu.

Hari ini, beliau tampil lagi untuk meneruskan misi bantuannya dan berkongsi detik itu di laman media sosial instagram miliknya. Pada kali ini, dia telah meneruskan ke Rantau panjang, Kelantan untuk memberi bantuan kepada salah sebuah keluarga ini yang amat memerlukan.

Difahamkan lagi, keluarga itu hanya tinggal bertiga di rumah di mana si anak merupakan seorang Orang Kelainan Upaya , bapa pula mempunyai masalah penglihatan manakala ibu pula warga emas yang sudah uzur.

“Saya hadiahkan 2 katil hospital. Pagi ini ziarah Rantau Panjang. Terus pasang katil dan angkat adik ni OKU dan pimpin ayahnya buta. Ibu ini pula dah uzur. Bertiga di rumah ini. Dibantu saudara mara dan jiran terdekat walau mereka juga hidup susah,” tulis Ustaz Ebit Lew di ruangan kapsyen. Menurut Ebit Lew, setiap manusia diberi ujian yang berbeza. Dia meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan mereka yang tidur beralaskan sekeping tikar di atas lantai dan hanya mempunyai sebuah kipas kecil.

Ibu tua tak henti ucap terima kasih

Bagaimanapun, sepanjang kehadirannya di teratak mereka, mulut si ibu sentiasa dihiasi dan tidak henti mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew, meluahkan rasa syukur berulang kali.

“Beza ujian setiap orang. Melihat mereka tidur atas lantai selama ini terasa bersalah dan berdosa. Bagaimanalah ya. Tapi mereka dah biasa begitu. Ada 1 kipas kecil. Rumahnya tiada barang perabot lain. Senyum je makcik ni. Cakap terima kasih ustaz. Ulang kali cakap terima kasih ustaz. Menerusi video pendek yang dikongsi oleh Ebit Lew berkenaan, dapat dilihat dia tidak kekok memakaikan seluar serta mendukung anak OKU tersebut ke atas katil. Allahu.

Ujian untuk orang yang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan tindakan Ebit Lew dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sedihnya tengok

Semoga syurga buat keluarga tersebut

Nak jadi macam ustaz nanti

Dalam pada itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut membantu menjayakan misi bantuannya terbabit. Hebatnya, syabas Ustaz Ebit Lew! Semoga segala usaha ustaz berbuah ganjaran pahala di akhirat kelak. Sumber: Ustaz Ebit Lew

Pemuda Ini Gembira Setelah Tular Berita Krew Ustaz Ebit Lew Terlibat Dalam Satu Kejadian Ini. Sekali Rupanya Ini Yang Dia Katakan Sehingga Dia Tak Suka Pada Penceramah Tersebut.

Kini diketahui tiga orang pasukan media penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew terlibat dalam kejadian yang tak diingini di Tol Jalan Duta malam Disember lalu. Berita ini disahkan oleh Ebit sendiri menerusi hantaran yang dimuatnaik di laman Facebook kira-kira tujuh jam lalu. Ebit berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta yang dinaiki pasukan media yang merakamkan program Jejak Ebit Lew Astro terkena bahu jalan untuk mengeIak daripada terkena sebuah kenderaan yang membuat pusingan U di ruang yang tidak dibenarkan.

“Tadi kami empat kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang lapan bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke KL. Betul-betul lorong kanan Touch N Go lepas Tol Jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri u-turn ke kanan. Ada sign (petunjuk) tidak boleh u-turn. Estima mereka cuba elakk kereta u-turn menyebabkan mereka terkena divider tengah jalan,” katanya.

Ebit berkata, tiga orang pasukan medianya itu sehingga kini masih dirawat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. “Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat lmbasan Tomografi Berkomputer (C.T Scan). Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” tambah beliau.

LeIaki bernama Zul Hafiz Paday masih tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew. Baru baru ini kecoh di media sosial di mana dia dengan lantang dan berani mengkritik Ebit Lew kerana dikatakan tidak ikhlas dan menunjuk-nunjuk ketika membantu orang susah

Sudah semestinya semua tidak menyokong apa lelaki ini cakap, beribu komen leIaki ini terima di laman Facebook sendiri tetapi dia tetap dengan pendirian bahawa Ebit Lew bukan seorang yang ikhlas. Selepas berita kejadian yang berlaku pada krew Ebit Lew semalam, dia memuat naik satu status yang agak biadab.

Menteri Wilayah Persekutuan Akui Rasa Malu Pada Ustaz Ebit Lew Kerana Sesuatu Ini. Sekali Ini Penjelasannya Buat Soal Isu Ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa malu dengan sikap pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang disifatkan bak ‘hero’ dalam membantu golongan memerlukan.

“Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat,” katanya ketika mengulas tentang pendakwah tersebut yang lebih pantas melakukan segala kerja amal dan sumbangan.

Menerusi laporan Bernama, Annuar mengakui beliau mahu bertemu dengan Ebit untuk berkongsi perkara berkaitan kebajikan dan sumbangan kepada rakyat yang mungkin boleh dipelajari daripadanya.

“Mungkin saya berbeza pandangan sedikit, peranan NGO lain dan peranan kerajaan lain, tetapi dalam masa yang sama kita (pemimpin) harus ada perasaan malu, bukan malu dalam bentuk yang negatif, malu yang positif. Ini sebab orang yang tiada kuasa macam beliau sanggup berbuat lebih, bagaimana kita orang yang ada kuasa, kita tidak berbuat cukup,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Annuar juga berkata tanggungjawab kerajaan tidaklah seperti peranan NGO. Hal ini kerana kerajaan juga perlu menumpukan untuk merangka dasar yang baik. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar kerajaan perlu mengadakan agenda dan program yang mungkin tidak dilihat oleh rakyat sekarang tetapi hasilnya dilihat dalam tempoh jangka masa lebih panjang.

“Kalau ada sesuatu masalah kita turun dan selesaikan, itu pun penting tapi sebagai kerajaan terutamanya kita harus memikir jauh daripada itu. Jadi kalau tidak nampak turun padang bukan bermakna kerajaan tidak berfumgsi, tetapi adalah lebih baik kalau kita menguruskan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar yang baik …sementara kita juga terus menjadi sebuah kerajaan yang prtihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *