Tular perkongsian pemuda ini yang menunjukkan reaksi ibunya yang kecoh apabila dapat tahu sesuatu ini. Tak sangka ibunya sampai menangis bila tahu hal ini.

Kehidupan Keluarga Viral

Tular perkongsian reaksi seorang ibu yang menyaksikan penganugerahan Dekan secara maya buat anaknya yang menerusi tablet. Setiap ibu pasti akan mengalirkan air mata terharu apabila dapat tahu yang anaknya dapat apa sahaja anugerah akademik. Reaksi ibunya yang menyaksikan majlis penganugerahan secara maya oleh pihak universiti yang memaparkan wajah dan nama anaknya itu sebagai penerima anugerah dekan.

“Bangga!” demikian reaksi spontannya selepas menyaksikan detik bersejarah itu menerusi sebuah tablet, yang dirakam oleh anak lelakinya dan dikongsikan di laman TikTok. Berkongsi momen manis itu, Muhammad Yusri Azpansyah Irwansyah berkata, dia memperoleh Anugerah Dekan bagi semester lalu dan penganugerahan itu dilakukan dalam norma baharu iaitu secara maya pada petang Sabtu lalu, berikutan pandemik Covid-19.

Ibu Yusri (kiri) bersama rakan menyaksikan penganugerahan Dekan secara maya di hadapan kedai makan.

Pelajar Universiti Multimedia Malaysia (MMU) itu berkata, ketika itu dia membantu ibunya berniaga di sebuah kedai makan di medan selera di Behrang Stesen di Muallim, Perak.

“Masa tu saya tolong mak kat kedai. Saya kemudian panggil mak untuk duduk di meja depan kedai makan, bagi menonton penganugerahan itu secara langsung di Facebook yang bermula pada pukul 2.30 petang. Mak yang teruja sebab tahu saya akan penganugerahan ini, mak siap panggil kawan dia di medan selera untuk tengok sekali,” katanya yang berusia 22 tahun.

Pencapaian Anugerah Dekan yang diperoleh Yusri bagi semester lalu di MMU.

Lebih mesra disapa Yusri, dia perlu menjelaskan kepada ibunya yang kurang fasih berbahasa Inggeris mengenai perjalanan majlis berikutan pengumuman dibuat dalam bahasa itu.

“Mulanya mak gembira sangat bila gambar saya terpampang dan nama diumumkan di skrin. Tapi tak lama selepas itu mak sebak sampai mengalirkan air mata. Saya pun turut sebak sebab mak sebenarnya di sebalik pencapaian Dekan, mak tahu betapa struggle (sukar) saya tempuhi sepanjang menjalani kelas online (secara dalam talian) disebabkan pandemik,” ujarnya yang juga berasal dari Muallim.

Yusri mengikuti pengajian Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi).

Mengulas lanjut, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Telekomunukasi) itu menjelaskan bahawa ibunya antara individu yang memberi semangat kepadanya untuk tidak berputus asa dalam pengajian meskipun berhadapan dengan waktu sukar. “Jujurnya, saya memang stres sangat untuk belajar online, ada banyak kekangan. Tapi saya teringat pesanan mak supaya belajar rajin-rajin dan jangan tinggal solat.

Masa tengok penganugerahan secara virtual (maya) hari tu, mak punya gembira sampai jerit kuat kat kawan-kawan dia ‘meh sini cepat, tengok anak aku ni’… mak teruja, saya terharu

“Kata-kata sokongan mak membuatkan saya untuk bertahan dan belajar sehabis baik yang mungkin. Syukur saya memperoleh keputusan dengan pencapaian Dekan,” katanya sambil menambah telah memperoleh Anugerah Dekan untuk lima semester sepanjang mengikuti pengajian sejak dua tahun lalu.

Yusri yang merupakan penerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan masih mengikut pengajian di MMU berkata, momen indah itu berlaku sehari selepas dia pulang ke kampung halaman, bagi menyambung pengajian secara dalam talian, dengan mendapat kebenaran untuk merentas negeri.

Yusri (kiri) yang berpengalaman mengajar bercita-cita untuk menjadi pendidik.

“Selain tak boleh rentas negeri sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan kes Covid-19 yang sangat tinggi di Selangor sebelum ini, jadi saya tunggu dulu sebelum pulang ke kampung. Kali terakhir saya balik pada Ogos lalu. Kebanggaan mak menambah semangat kepada saya. Masih ingat lagi masa tengok penganugerahan secara virtual (maya) hari tu, mak punya gembira sampai jerit kuat kat kawan-kawan dia ‘meh sini cepat, tengok anak aku ni’… mak teruja, saya terharu,” katanya.

Mengagumkan Sekali Calon SPM Ini Dapat Markah Penuh Untuk Ujian Percubaan Matematik Tambahan. Pelajar Ini Tampil Dedahkan Rahsianya

Ternyata perkongsian mengenai keputusan Matematik Tambahan pelajar ini raih perhatian ramai serta mengagumkan. Jika disebut subjet Matematik Tambahan, Terlalu ramai peajar yang kurang gemar dengan mata pelajaran ini kerana menganggap ia sebuah subjek yang susah.

Demikianlah yang terjadi kepada pelajar ini yang turut mempunyai tanggapan sama mengenai subjek tersebut.Namun segala-galanya berubah selepas dia nekad untuk memperbaiki pencapaiannya demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Difahamkan pelajar bernama Muhammad Izwan Azwar mula mendapat perhatian selepas dia memuat naik markah kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Oktober 2020 di mana dia memperoleh 100 peratus bagi subjek tersebut, di Twitter.”Alhamdulillah, another achievement unlocked (satu lagi pencapaian berjaya diraih),” tulisnya pada perkongsian yang sehingga kini meraih 6,292 retweet.

Jika lihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan kekaguman mereka dengan pencapaian yang dianggap luar biasa itu. Pelajar yang senang disapa sebagai Izwan berkata segala-galanya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke tingkatan empat, dua tahun lalu.

“Masa tingkatan empat, saya masuk kelas aliran Sains yang ada subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia termasuklah Matematik Tambahan. Sebaik saja masuk menengah atas, saya memang nekad dan pasang niat untuk melakukan perubahan sebab Matematik asyik gagal masa tingkatan tiga.

Jelas anak bongsu daripada empat adik beradik ini lagi, keputusan subjek Matematik Tambahannya mula menunjukkan peningkatan ketika peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan empat, di mana dia memperoleh A-.”Masuk tingkatan lima, mungkin sebab banyak topik, saya sekadar dapat C sahaja pada ujian penggal pertama. Saya lipatgandakan usaha tambahan pula masa tu dah mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap hari saya akan sertai tuisyen secara online dengan cikgu yang sama. Setiap malam pula, selepas buat kerja sekolah, saya akan habiskan masa kira-kira empat jam untuk buat latihan Add Math.”Saya biasakan juga buat ulangkaji tentang sesuatu topik sebelum ada kelas Add Math keesokan harinya supaya tak blur bila cikgu mengajar.

“Bila ada kawan minta tolong, saya ajarkan juga… dengan cara ini akan buat kita lebih faham. Selain itu, banyakkan bertanya guru kalau tak faham,” ujarnya yang menuntut di sebuah sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur.Berkat usaha kerasnya, Izwan berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang bagi subjek tersebut ketika peperiksaan percubaan SPM, Oktober tahun lalu.

“Kadang-kadang terlewat masuk kelas online… tapi saya akan ‘cover’ semula sesi yang ketinggalan tu.”Jadi untuk masa-masa yang ada sebelum peperiksaan ni, manfaatkanlah masa dan lebihkan usaha untuk sekurang-kurangnya lulus. Banyakkan buat latihan… saya kini hampir ‘cover’ kertas percubaan untuk setiap negeri.

“Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada cikgu subjek dan ckgu tuisyen, serta rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka, takkan tercapai keputusan seperti sekarang. Buat calon SPM, moga kita semua diberikan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab soalan kelak,” ujarnya yang berhasrat mahu menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di kolej matrikulasi.

Memang Tak Bercakap Sampai Darjah Empat Pun Tak Boleh Baca. Ibu Ini Kongsi Kisah Anak Istimewa Dia Sehingga Menjadi Pelajar Istimewa Pertama Ikuti Ijazah Sarjana

Ternyata kebolehan dan bakat anak anak istimewa saban hari sungguh membanggakan dan mengagumkan. Tak dapat dinafikan,anak istimewa ini perlu diberilah lebih perhatian kerana terbukti keunikan mereka yang luar biasa mampu memperoleh kejayan sama seperti individu normal bahkan lebih baik.

Demikianlah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang ibu berusia 55 tahun sepanjang membesarkan anak autisme tanpa keluhan sehingga saat ini. Melalui perkongsiannya di FB Autisme Malaysia,wanita yang bernama Rokiah Abd Kadir berkongsi pengalamannya membesarkan anak syurga itu sekaligus kejayaan yang diperoleh anaknya.

Gemar dipanggil Makcik Kiah, dia menjelaskan perkongsian itu tercetus selepas terbaca beberapa keluhan ibu bapa yang ditakdirkan mempunya anak autisme. “Ini hanya suara hati saya sahaja. Sebelum ini saya banyak baca komen dalam grup Autisme Malaysia tetapi jarang berkongsi mengenai anak saya sehinggalah baru-baru ini sekadar nak beri semangat dan inspirasi.

“Memang saya faham bukan mudah nak jaga anak autisme, sebab mereka mempunyai perwatakan lain-lain. Cuma pada pandangan saya, pertama sekali kena reda, barulah semua akan dipermudahkan,” katanya yang mengimbas pengalaman dirinya hingga berjaya mendidik anak istimewanya yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah.

Mereka sekeluarga menetap di Bukit Beruntung, Selangor, kata surirumah sepenuh masa itu, Khairi mempunyai simptom awal autisme sejak di sekolah rendah lagi tetapi mula diagnosis pada 2008.“Masa kecil dia memang tak bercakap sampai darjah empat, juga tak boleh baca.“Sejak itu saya terus berhenti kerja dan menjaga dia sepenuhnya.

“Dia tidak alami apa-apa tantrum cumanya suka bersendirian. Hidup dalam dunia dia sahaja.“Lama-kelamaan dia semakin pulih dan jalani kehidupan normal seperti orang lain tetapi ada masa juga dia macam menyorok nak tenangkan diri dan sebagainya, ” katanya.Dia bercerita panjang mengenai perjalanan hidup membersarkan anak syurganya itu, isteri kepada Mazlan Mohamad, 52 ini meluahkan rasa syukur sentiasa dipermudahkan biarpun proses itu nampaknya sukar.

Difahamkan Khairi adalah seorang pelajar autistik yang berjaya menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak (KMP), seterusnya peringkat Diploma Kulinari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dan kemudian baru-baru ini Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perkhidmatan Makanan.

Sebelum ini Khairi pernah beberapa kali menarik diri ketika melanjutkan pengajian dalam bidang Sains di dua Institusi Pengajian Tinggi Awam.“Ya, memang sejujurnya banyak yang makcik lalui sepanjang Khairi melanjutkan pengajiannya.

“Dia perlukan sokongan berterusan dan ambil masa sangat lama untuk sesuaikan diri di sesuatu tempat belajar, antaranya, dia tak mahu kongsi bilik di asrama, masa exam nak bilik seorang untuk fokus, perlukan masa yang lebih untuk jawab exam dan banyak lagi lah.

“Berkat doa dan sabar Alhamdulillah… dia berjaya di mata saya. Tak terbalas juga jasa baik pensyarah, kawan-kawan semua kerana tanpa mereka dia tak akan berada di tahap ini, ” ujar wanita yang pernah bertugas sebagai jurukimia di sektor perkilangan ini.Tambah Makcik Kiah lagi, dia sentiasa berusaha sehabis baik untuk menunaikan apa sahaja permintaan anak istimewanya itu.

“Tahu sahajalah, bukan kata anak saya sempurna tak buat perangai langsung. Ada juga kadang itu datang perangai pelik dia.“Contohnya, masa belajar dalam bidang Sains dulu banyak juga dia buat hal macam sembunyi bawah tangga, tak mahu pergi kelas, tak jawab exam dan sebagainya.

“Hasil sabar dan tak putus asa, terbukti dia sekarang dah berjaya sama sahaja seperti orang normal, ” katanya sambil menambah dia dan suaminya yang pernah bergelar pengurus syarikat kenderaan dan kini menawarkan khidmat sebagai pemandu Grab akan berusaha memberikan yang terbaik buat kedua anak mereka.

Terkini, Khairi yang baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) di UiTM kampus Puncak Alam bakal melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang dan tempat yang sama.Katanya, mengikut pengurusan UiTM, Khairi bakal menjadi pelajar autistik pertama yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *