Pengusaha spa ini dedah minatnya sejak umur 12 tahun ini. Tak sangka tetap ada yang kritik minatnya.

Kehidupan Semasa Viral

Dedah Tita, minatnya itu terhenti seketika apabila dia mengalami kemalangan pada usia 19 tahun. Apabila berbicara mengenai hobi permotoran, ia tentunya cukup sinonim dengan kaum lelaki.

Namun, seorang pengusaha spa yang mahu dikenali sebagai Tita, 28, membuktikan sebaliknya dan menganggap hobi itu tiada kaitan dengan jantina. Menurut wanita yang menetap di Shah Alam, Selangor itu, dia yang memiliki empat buah motosikal percaya bahawa wanita juga boleh berkecimpung dalam hobi sama.

“Saya minat motor sejak kecil lagi. Semua adik-beradik saya lelaki, memang lasak dari dulu lagi. Takkan nak ajak mereka main masak-masak? Saya pertama kali bawa motor pada usia 12 tahun. Kereta pun sama, saya masih ingat, saya pandu kereta Perodua Kancil manual. Saya bawa senyap-senyap tanpa pengetahuan ayah. Saya belajar pun dengan melihat rentak kaki masa dia bawa kereta,” ujarnya.

Tita bersama salah sebuah motosikal miliknya.

Kata Tita, dia pertama kali memiliki motosikal sendiri sewaktu di sekolah menengah. Namun, minatnya itu terhenti seketika apabila dia mengalami kemalangan pada usia 19 tahun. “Pernah terlibat dalam kejadian yang tak diingini dua kali. Masa umur 19, saya patah sebelah kaki. Sejak itu, memang ayah tak bagi.

Ada juga yang kata saya berlagak dan cakap nak menunjuk.

“Trauma juga, lebih empat tahun saya tak sentuh motor,” imbasnya lagi. Menurut Tita, dia yang aktif berkongsi hobinya di media sosial termasuklah menerusi TikTok tidak terlepas menerima kecaman. Namun katanya, dia sekadar mahu berkongsi kisah hidupnya dan cuba membuktikan kata-kata orang yang sering memandang rendah pada kemampuan kaum hawa.

Dedah Tita, dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

“Saya suka motor sebab selalu tengok perempuan luar negara naik motor besar. Saya pun nak buat kat Malaysia, tak sangka kat sini kena kritik. Ada orang kata perempuan tak boleh main motor. Terlalu banyak kritikan. Jadi saya nak buktikan, bukan lelaki je boleh lasak. Walaupun saya kecil, nak naik kena berjengkit, tak berapa sampai nak pegang motor, tapi kita pun mampu lakukannya.

Tita mula belajar mengendalikan motosikal sejak berusia 12 tahun.

“Saya tak terasa hati. Ada juga yang kata saya berlagak dan cakap nak menunjuk. Saya bukan menunjuk, tapi ia hasil kerja saya, dapatlah beli motor,” ujarnya lagi. Kata Tita, jika ada mana-mana wanita yang mahu menceburi sukan permotoran, niat mereka juga harus diperbetulkan.

“Ada yang teringin nak main motor kerana nak popular, pesan saya, janganlah. Kena perbetulkan niat,” ujar anak ketiga daripada lima beradik itu. Untuk rekod, dia kini memiliki empat motosikal keluaran Yamaha iaitu R1, R25, Y15, 125ZR.

Hanya Berbekalkan Modal RM40 Sahaja. Mengagumkan Sekali Wanita Ini Jual Kain Pasang Dan Mampu Capai Jualan Sebanyak RM4 Juta Dalam Masa Setahun

Ya benar,tak semua manusia orang dilahirkan berharta. Ada yang sanggup berhempas pulas mencari rezeki dengan pelbagai pekerjaandemi menyara diri mahupun keluarga. Demikianlah kisah perjuangan Siti Zaharah Ismail atau lebih dikenali sebagai Zara, segala kesusahan hidupnya suatu ketika dahulu kini membuahkan hasil apabila dia berjaya meraih pendapatan yang lumayan hasil perniagaan kain pasangnya yang bermula dengan modal RM40 sahaja.

Dia yang berasal daripada keluarga penoreh getah, ada kalanya mereka sekeluarga hanya makan nasi dengan garam atau bubur kosong bersama gula. Bagi memperbaiki kehidupan, Zara tekad berniaga kerepek dan pes tomyam untuk menampung hidup. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila perniagaan itu tidak membuahkan hasil. Pernah tidak cukup duit untuk makan, wanita ini terpaksa memecahkan tabung untuk membeli makanan. Dengan wang hanya RM1.20, dia menggunakan wang itu untuk membeli biskut Tiger.

Tanpa berputus asa, wanita ini memulakan bisnes kain dengan bermodalkan RM40 untuk mendapatkan sedikit demi sedikit kain pasang daripada pembekal pada tahun 2017. Bagi menjimatkan kos, Zara melakukan semuanya dari mengangkat kain, melayan pelanggan sehinggalah menguruskan pembungkusan.

Alhamdulillah berkat usahanya, semakin hari, produk jualannya semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Setiap hari, ada sahaja tempahan dari pelanggannya. Mengambil kesempatan ini untuk memajukan lagi perniagaannya, Zara mula menyertai kelas bimbingan pemasaran dengan Najib Asaddok melalui kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM).

Bak kata orang lumrah penuntut ilmu, makin belajar, makin sedar banyak yang belum diketahui. Dari situ, dia mula menyedari pelbagai teknik yang betul untuk menarik pelanggan.“People buy with their heart not their head.”

Ayat inilah yang membuatkan wanita ini tersentak dan sedar untuk menambah baik teknik pemasaran dalam perniagaannya. Dari tontonan ‘kosong’ ketika buat siaran di Facebook Live, kini Zara sudah boleh bersenang hati apabila berjaya meraih jualan RM40,000 selepas konsisten membuat live di platform tersebut.

Bukan itu sahaja, berpandukan Formula Online Rocket Marketing (ORM), jualannya daripada RM5,000 sebulan terus melonjak naik kepada RM500,000 sebulan. Malah, wanita ini berjaya meraih jualan sebanyak RM4 juta pada tahun 2020 manakala jualannya pada 11.11 yang lalu telah mencecah RM71,449 sehari. Hebat bukan?

Percaya atau tidak, Antara pencapaian dalam bidang perniagaan yang dikecapi oleh Zara termasuklah pembukaan butik FYZARA pada tahun 2018 yang lalu dan lebih membanggakan, pada 18 Disember 2020 dia berjaya menerima Anugerah Nona Superwoman bagi Nona Best Textile Entrepreneur Award.

Menurut Najib Asaddok, rahsia kejayaan Zara adalah dia bijak gunakan teknik dan formula tarik 10x ganda lebih ramai pelanggan.. Tidak hairan lah dia mampu raih jualan yang tinggi setiap bulan. Kalau Zara boleh, kenapa tidak anda?

Kejayaan tak akan datang bergolek kalau tak ada usaha dan tindakan untuk berjaya. Apa kata anda dapatkan E-Book 10 Strategi Tarik Pelanggan Online yang bernilai RM199 dan kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA) yang bernilai RM499 secara PERCUMA.

Bukan tu je, anda juga berpeluang untuk dapat Video Panduan Setup Facebook Page dan Like Marketing yang bernilai RM249. Kalau nak ikutkan, semua ni sepatutnya bernilai RM947, tapi anda boleh dapatkan secara PERCUMA je daripada Najib Asaddok di www.NakTarikPelanggan.com

Berjaya Menjadi Jutawan Muda Pada Usia 22 Tahun Dan Mempunyai Produk Berjenama Serta Syarikat Sendiri. Di Usia Muda Dia Mampu Bagi Hadiah Ini Kat Ibu Bapanya

Lazimlah setiap ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik buat anak anak. Pelbagai kerjaa dilakukan bagi memastikan anak anak cukup makan pakai dan membesar dengan sihat. Malahan,ada yang terpaksa terus bekerja biarpun umur sudah menjengah ke usia senja.

Bagi seorang wanita bernama Nur Atiqah (@deebulaneqa), perbualan ibu bapanya beberapa tahun lalu sentiasa segar di ingatan, membuatkan wanita ini cekal bekerja keras mencari wang untuk membantu si ayah menyara keluarga.

Sebagai anak nelayan, hidup mereka sekeluarga tidak mudah. Peristiwa yang menyentuh hati masih segar di ingatan Atiqah ketika si ayah membawa pulang wang RM30 selepas seharian turun ke laut.“Masa tu umur saya dalam 14-15 tahun, ayah keluar dari pagi sampai malam cari udang. Bila balik, saya tanya berapa hasil yang dia dapat sebab sehari suntuk kat laut. Saya ingat mesti la banyak.“Ayah dengan muka letih tu senyum je bagitahu, “Alhamdulillah dapat RM30.”

Kata Atiqah, kata-kata ayahnya itu membuatkan dia nekad bekerja keras untuk mencari wang dengan titik peluh sendiri bagi membantu keluarga.Bukan itu sahaja, kata-kata ibunya yang mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci juga sentiasa melekat di ingatannya.“Pagi-pagi lepas subuh arwah mak suka tengok TV, siaran langsung Mekah tu. Perbualan dia dengan ayah selalu, “Semoga kaki kita sampai kat tanah suci suatu hari nanti ye bang”.

“Benda tu la yang berulang-ulang kat telinga saya. Saya nekad, “Satu hari aku akan bawa mak ayah aku pergi umrah dengan duit hasil titik peluh aku sendiri,” ujar wanita itu.Bagi merealisasikan hajat terpendam ibu dan ayahnya, Atiqah mengambil keputusan untuk bekerja seawal usia 13 tahun sebagai dropship.“Umur saya 14-15 tahun macam tu saya dah mula cari duit sendiri. Saya jadi dropship orang. Dropship macam-macam benda. Minyak wangi, baju, kosmetik untuk kumpul modal buka kedai burger depan rumah.”

Selepas lebih kurang dua tahun mengumpul modal, anak gadis ini akhirnya berjaya membuka sebuah gerai burger diidamkannya.“Umur 16 tahun saya berjaya buka kedai burger depan rumah hasil kumpul duit dropship tu. Saya tak minta kat mak ayah, sebab mak ayah saya orang susah, kan. Dari meniaga burger tu saya kumpul duit juga sikit-sikit untuk jadi agen produk orang.”

Tak mudah mencari wang. Kongsi Atiqah, dia perlu menaiki bas untuk ke pusat kurier bersama bungkusan besar tempahan pelanggan dengan kudrat sendiri. Hasil kerja kerasnya, Atiqah akhirnya berjaya membeli sebuah kereta untuk memudahkan pergerakannya ke sana sini.

“Beli stok, hasil jadi agen produk orang dan meniaga burger tu, umur saya 17 tahun saya berjaya beli kereta Gen2 tunai, RM16k masa tu. Kereta tu la yang saya bawak sana sini pergi pos barang orang, beli stok barang burger,” ujarnya.Penat lelah mula menunjukkan hasil. Gadis itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menjadi agen sepenuh masa dan berhenti meniaga burger kerana kekangan masa.

Pada usia 17 tahun, dia sudah menjadi agen sepenuh masa selama kira-kira setahun dan mula mengeluarkan produk sendiri pada usia 18 tahun.Berkat kerja kerasnya, Atiqah sudah mampu berjaya membawa ibu bapanya ke Mekah untuk menunaikan umrah ketika usianya masih 19 tahun menggunakan 80 peratus daripada simpanannya.

“Ayah saya dah tua, keluar pagi sampai malam dapat RM30 je. Walaupun usia saya baru 13-14 tahun, saya tertanya-tanya apa fungsi saya untuk bantu mereka.“Benda tu yang buat saya tersentak, sampai bila saya nak tengok mak ayah saya susah. Apa guna saya sebagai anak kalau saya tak mampu senangkan dan tolong mak ayah saya,” katanya menamatkan perbualan.

Kini, berkat kerja keras dan bakti kepada orang tua, Atiqah sudah berjaya menjadi jutawan muda pada usia 22 tahun dan mempunyai produk berjenama serta syarikat Sdn Bhdnya sendiri.“Tanpa impian dan pengorbanan tiadalah kejayaan. Kejayaan datang dengan usaha, dan jangan sesekali menyerah dalam kehidupan.” -Nur Atiqah, @deebulaneqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *