Disebabkan pengantin perempuan idam untuk pakai baju ini pada hari istimewanya. Dia nekad untuk turunkan berat dan berjaya sehingga sebanyak ini dalam masa singkat.

Amalan Kehidupan Keluarga Viral

Wani gigih turunkan berat badan sehingga 11kg untuk nampak cantik ketika menggayakan busana di hari bahagia. Bakal pengantin perempuan sering berdepan masalah menjelang hari perkahwinan kerana ingin kelihatan langsing menggayakan busana yang diidamkan saat berada di pelamin.

Begitu jugalah kisah wanita ini yang mampu mengurangkan berat badan sebanyak 11 kilogram (kg) selepas tiga bulan berusaha gigih mendapatkan bentuk badan idaman demi pada hari perkahwinannya.

Menerusi video transformasi yang dimuat naik di TikTok, Nurul Shazzwani Mustafa berkongsi transformasi dirinya yang berlaku dalam masa singkat, sebaik sahaja mendapat tahu perkahwinannya akan dipercepatkan. “Terima kasih terima saya seadanya, ” tulisnya di kapsyen video TikTok yang tular.

Mengimbas mengenai detik awal transformasi dirinya sekitar tiga tahun lalu, Nurul Shazzwani berkata dia sangat terkejut apabila pada satu hari teman lelakinya memberitahu mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung 2018, setahun lebih awal dari rancangan asal.

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, walaupun pada masa itu ramai menganggap dirinya yang mempunyai berat 54kg ‘tidak gemuk’, malah mempunyai berat badan ideal, tetapi dia secara peribadi berasa kurang yakin serta mengidamkan bentuk tubuh yang lebih langsing untuk kelihatan cantik ketika bergelar raja sehari.

Foto sebelum dan selepas transformasi.

“Saya masa tu masih belajar tak terfikir pun nak turunkan berat apatah lagi saya memang kuat makan dan tak kisah sangat kalau berat badan naik setakat 4 atau 5kg. Tiba-tiba suatu hari, teman lelaki ajak jumpa lepas lama tak jumpa sebab kami belajar di universiti berlainan, dia di Pahang saya pula di Shah Alam… ketika itulah dia ajak kahwin awal. Masa tu berat saya 54kg, rasa tak selesa nak jumpa. Saya pun terus hantar gambar supaya dia tak terkejut jumpa nanti, sebab kali terakhir jumpa berat saya kurang dari tu,” katanya ketika dihubungi.

Suami memang tak kisah. Dia tak pernah sentuh soal bentuk badan saya, cuma perempuan biasalah over sikit.

Bercerita lanjut, dia yang lebih mesra disapa Wani mengakui mempunyai perasaan bercampur baur apabila teman lelaki yang kini sah bergelar suaminya, Shafiq Nordin, 27 mengajaknya untuk mempercepatkan majlis kahwin. Pasangan ini berkenalan 10 tahun yang lalu dan sejak tahun 2016 mereka aktif melakukan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan secara online.

“Sejujurnya gembira tapi masa yang sama saya fikir buruknya kalau saya pakai baju kahwin nanti sebab berat dah naik. Walaupun berat saya masa tu masih normal (bukan obesiti), baju saya tetap saiz M, bila bergambar saya tetap nampak berisi. Dari situlah saya nekad nak turunkan berat badan biarpun orang lain rasa saya ni taklah gemuk mana… saya tetap nak pakai baju saiz S atau XS saja,” katanya yang mempunyai ketinggian 154cm.

Video Wani yang tular di aplikasi TikTok.

Berasal dari Selangor, Wani berkata tiga bulan menjelang hari perkahwinan, dia gigih mengamalkan diet kalori dan masa yang sama mengambil produk yang tidak membahayakan kesihatan. Tambah Wani lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan reaksi suaminya apabila melihat perubahan dirinya pada hari yang penuh makna itu.

“Apa yang saya boleh katakan dia terkejut sangat. Seolah tak percaya perubahan ketara pada diri saya. Pada masa yang sama dia sedih sebab rasa saya gigih berusaha nak bentuk badan idaman. Suami memang tak kisah. Dia tak pernah sentuh soal bentuk badan saya, cuma perempuan biasalah over sikit, ” ujarnya lagi.

Berat Wani pernah mencecah 65kg ketika sedang hamil anak pertama.

Wani yang kini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hana Inara berusia satu tahun bagaimanapun berkata, beratnya naik kepada 65kg ketika mengandungkan puterinya itu.

“Paling berat 65kg dan sekarang saya kekal dengan berat 46kg. Masa kahwin tu berat saya cuma 43kg saja. Kiranya target nak pakai baju S atau XS masa kahwin akhirnya berjaya juga,” jelasnya.

Sementara itu, wanita ini berkata bentuk badan adalah sesuatu yang subjektif bagi kebanyakan wanita. Pada pandangannya, setiap wanita pasti mempunyai bentuk tubuh idaman walaupun perkiraan Body Mass Index (BMI) menunjukkan mereka mempunyai berat badan normal. “Masing-masing ada citarasa sendiri. Biarpun orang cakap saya tak gemuk tetapi saya sendiri yang rasa kurang keyakinan diri tu,” katanya.

Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sehingga 24 Kilogram. Rupanya Sebabkan Ini Buat Dia Lebih Nekad Untuk Kuruskan Badan.

Video transformasi fizikal gadis ini menerima lebih 1.2 juta tontonan menerusi TikTok. Proses menurunkan berat badan pastinya sukar dicapai jika seseorang individu itu tidak mempunyai alasan kukuh atau keazaman untuk melakukannya.

Begitu jugalah dengan pelajar ini apabila kisah putus cinta menjadi motivasi utama sehingga dia berjaya menurunkan 24 kilogram (kg) dalam tempoh enam bulan. Nur Amierah Syafiqah Mohamad, 20, mengakui gembira dengan proses transformasi itu sehingga dia berjaya mengubah fizikal dirinya pada tahun lalu.

“Berat saya sebelum ini 74 kg, dalam masa enam bulan saya berjaya turunkan sehingga 50 kg. Sebelum ini pernah banyak kali nak turunkan berat badan, tapi tak berjaya. Mungkin kerana tak konsisten dan tiada alasan kukuh. Tahun lepas saya putus cinta, jadi ia menjadi sebab untuk push diri saya. Bermula pada hujung Mei, proses menguruskan berat badan terhenti pada Jun dan disambung semula pada Julai.

Amierah merupakan penuntut bidang Bioteknologi di UMS.

“Perasaan gembira sangat, tak sangka boleh dorong diri saya sehingga ke tahap ini. Kawan-kawan banyak tolong dan setiap hari bagi motivasi,” ujarnya.

Mesra disapa Amierah, dia juga mendedahkan ada saudara mara yang tidak mengenalinya selepas perubahan berat itu berlaku pada tahun lalu. “Ada ahli keluarga yang tak kenal lepas saya kuruskan badan. Macam pakcik makcik yang jarang-jarang berjumpa.

Kena latih minda untuk kuatkan semangat. Alasan untuk kurus akan push diri kita untuk capai target.

“Saya tegur, lama mereka tengok sebab tak cam,” imbasnya berseloroh. Jelas Amierah, perubahan fizikal itu bukan sekadar untuk kelihatan lebih cantik semata-mata, namun ia berkait rapat dengan keyakinan dan kesihatan diri.

Malah katanya, dia juga terbuka berkongsi rahsia jika ada yang bertanya menerusi media sosial. “Perjalanan ini bukan semata-mata untuk kurus. Saya pernah insecure, sebelum ni malu nak keluar. Nak cuba baju di kedai pun malu.

Amierah sedia kongsi pengalaman jika ada yang bertanya kepadanya.

“Sekarang saya lebih yakin, tak malu nak tegur orang. Ramai yang mesej tanya, saya terbuka untuk bantu dan cuba balas satu persatu. Benda utama saya amalkan merupakan calory defisit. Makan kurang daripada keperluan kalori harian. Saya juga buat senaman tiga ke empat kali seminggu, dalam 40 minit. Hanya cari video di YouTube dan ikut senaman itu,” ujar penuntut bidang Bioteknologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

Amierah ambil masa enam bulan untuk menguruskan berat badannya pada tahun lalu.

Tambah Amierah lagi, penting untuk seseorang individu itu melatih minda mereka agar misi yang diingini tidak kecundang di tengah jalan. “Nak konsisten tu yang susah. Kena latih minda untuk kuatkan semangat. Alasan untuk kurus akan push diri kita untuk capai target. Kata-kata orang sebelum ini, sudah tentu saya sedih, tapi saya cuba ambil positif dan buat diri menjadi lebih bersemangat,” ujarnya yang berasal dari Sandakan. Untuk rekod, video transformasi fizikal Amierah yang dikongsi di TikTok sehingga kini meraih 1.2 juta tontonan.

Isaac Osman Pernah Ambil Sebanyak 5000 Kalori Pada Satu Masa Hanya Untuk Video Youtube. Kini Dia Dedahkan Rahsianya Untuk Kekal Berat Badan.

Issac Osman terkenal dengan video mukbang di YouTube. Youtuber Nur Muhammad Izzat Osman atau lebih dikenali sebagai Isaac Osman mampu menghilangkan 5,400 kkal durian, 3,290kkal burger, 2,810kkal ramen dan 2,281kkal ais krim hanya dalam satu sesi.

Meskipun makan dalam kuantiti yang banyak namun Izzat, 33, bersyukur dia tidak mempunyai sebarang penyakit serius dan berjaya mengekalkan berat badan ideal. YouTuber berasal dari Kuala Lumpur itu turut memberitahu dia sentiasa bersenam selain berpuasa sekiranya tidak merakamkan sebarang video untuk salurannya.

“Saya memang suka makan dan apabila saya tengok Matt Stonie yang gemar masuk pertandingan makan di saluran YouTube miliknya, saya jadi kagum. Jadi saya mengambil keputusan untuk merakamkan video saya makan dan memuat naik di YouTube. Tanpa disangka, saya terima respons yang cukup baik. Penonton suka melihat saya makan,” katanya yang memulakan salurannya pada Ogos 2018.

Izzat memberitahu dia juga teruja dengan video mukbang kerana peserta kebiasaannya mampu menghabiskan jumlah makanan yang besar walaupun mereka memilik badan kecil.

Sebelum merakamkan sesuatu video, Izzat biasanya akan berpuasa serta mengamalkan senaman yang kerap.

“Pada saya, mukbang adalah antara yang terbaik di dunia. Saya juga kagum mereka dapat mengekalkan berat badan ideal walaupun makan dalam jumlah yang banyak. Ia membuatkan saya terinspirasi untuk menghasilkan video lebih baik,” katanya. Pun begitu, Izzat sendiri sebenarnya cukup aktif dalam bersukan meskipun mengakui pandemik telah menyebabkan berat badannya meningkat.

“Sebelum ini saya sangat aktif dalam sukan seperti ultra marathon (berlari 50km-100km), jadi saya sentiasa berasa lapar. Biasanya saya akan berjoging, berbasikal atau bermain futsal sebelum pandemik,” jelasnya.

Namun bagi Izzat, berpuasa (intermittent fasting) sangat membantunya dalam mengekalkan berat badan ideal dan telah mengamalkannya sejak tiga tahun lalu. Bagi amalan itu, Izzat memberitahu dia akan berpuasa selama 16 jam di mana dia hanya minum air kosong dan makan selepas lapan jam.

“Kebiasaannya, saya akan berpuasa lebih daripada dua hari sebelum merakamkan video untuk saluran YouTube. Cara itu, saya tidak mempunyai masalah mengambil 5,000 kalori pada satu masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *