Keluarga ini hampir 1 tahun terpisah hanya disebabkan Covid 19. Sekali ini yang terjadi.

Kehidupan Keluarga Viral

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun negara kita serta serata dunia dilanda pandemik wabak Covid-19. Ia boleh dikatakan memberi kesan terhadap kehidupan manusia, sehingga ramai yang kehilangan ahli keluarga disebabkan virus tersebut. Bagaimanapun, tidak kurang juga mereka yang terpisah daripada keluarga atas sebab tuntutan kerja.

Melalui satu perkongsian video di Instagram milik Syazwana Jamal, memaparkan detik pertemuan anak-anaknya dengan bapa mereka yang sudah lama terplsah sejak bulan Mac 2020. Menurut Syazwana, suaminya yang dikenali dengan nama Akram bekerja di Qatar dan sebelum adanya pandemik, dia akan pulang ke rumah setiap bulan. Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkvasakan pada Mac tahun lepas, Akram yang berada di Qatar tidak dapat pulang ke Malaysia sehinggalah pada bulan Februari tahun ini.

“Asyik ulang-ulang kene bagitau anak-anak yang ayah tak boleh balik sebab ada vlrus. Bahaya. Anak-anak sekecil 4 dan 5 tahun terpaksa kene faham,” tulis Syazwana dalam perkongsiannya di Instagram.

Dengan peningkatan kes C0VID-19 di Malaysia baru-baru ini, Syazwana sekali lagi akur dan tidak berharap untuk suaminya itu pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, Akram dalam diam membuat permohonan cuti untuk pulang ke Malaysia. Dalam video yang dikongsikan itu, hampir sepanjang masa anak-anaknya menangis meminta ayahnya pulang. Maka dengan kepulangan Akram, terukirlah senyuman kebahagiaan dan tangisan kegembiraan di wajah mereka.

Lepas video dah viral tetiba malu pulak tengok video muka sendiri. Buat lah video baru kot korang nak tengok balik nak nangis balik korang tengok yang ni eh. Jangan tengok muka sis lama2. Sis malu hahahhahahaha. Yang ni takde cakap2 full video dengan lagu. Akhirnya, selepas setahun anak2 menunggu kepulangan ayah dorang. Rasa macam mimpi. Start before PKP awal Mac 2020 ayah dorang balik Qatar, sampai lah sekarang February 2021 baru jumpa semula.

Bayangkan before ni tiap2 bulan balik tup2 sebab covid tak dapat balik. Asyik ulang2 kene bagitau anak2 ayah tak boleh balik sebab ada virus. Bahaya. Anak2 sekecil 4&5 tahun terpaksa kene faham . Plan asal tahun lepas memang Akram nak balik awal bulan 2 sebab covid macam nak reda dah. Tup2 covid naik balik dekat Malaysia. PKP pulak. Jadi aku tak mengharap.

Rupa-rupanya diam2 Akram apply cuti dan manager dia approved! Dua hari before fly baru Akram bagitau aku. Masa tu aku tengah keje. Menggigil terus nangis. Aku blur2 tanya dia maknanya apa ni? Dapat cuti ke? Boleh balik ke? Dia cakap mula2 nak suprisekan sampai balik Malaysia tapi kawan dia nasihatkan bagitau wife and mak dia supaya kami boleh doakan yang terbaik untuk dia balik. Lagi2 masa nak buat swab test kat sana. Tu penentu segalanya. Kalau lah tetibe positif memang punah semuanya.

Alhamdulillah sehari sebelum balik dia buat test dan negatif. Jadi sampai Klia dapat kuarantin 7 hari je kat Subang. Akram tak balik for good. Cuma cuti sebulan. Tolak kuarantin seminggu Malaysia, seminggu Qatar masa balik sana nanti tinggal lah 2 minggu untuk kami. Tu pon cuti dia dah tinggal 10 hari. Lepas ni tak tau lah macam mana nak balik lagi 

Tapi kemudian punya cerita nanti lah. Yang penting anak2 happy sangat2 sebab ayah dah janji bila masuk tadika baru ayah nak balik. Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan kami sekeluarga. Tanpa doa keluarga dan kawan2 mungkin aku pon tak kuat. Bukan senang aku hidup sendiri kat Sepang bertiga dengan anak2 tanpa Akram dan family. Family jauh kat Johor. Semua benda aku terpaksa hadap sorang. Since January 2017. 4 tahun dah. Apa aku boleh cakap, Allah selalu ada dan tolong aku. Doa suami, keluarga dan kawan-kawan.

Rata-rata warganet yang menonton video pertemuan semula keluarga itu mengalirkan air mata sambil menahan rasa sebak. Walaupun tidak berada di tempat mereka, ramai yang tetap berasa terharu dan sedih dengan pertemuan semula keluarga tersebut yang terpisah hampir setahun.

Sumber:instagram Syazwana jamal

Anak Ini Sanggup Menangis Dan Merayu Hanya Kerana Mahu Ikut Ayah. Rupanya Ayah Terpaksa Pergi Ke Suatu Tempat Ini.

Terpaksa berjauhan dan berpisah dengan insan tersayang terutamanya ahli keluarga akibat pandemik Covid-19 pastinya menyedihkan. Itulah momen perit yang dilalui oleh kanak-kanak ini apabila terpaksa berpisah dengan bapanya yang berkhidmat sebagai frontliner.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Cik Sue memaparkan anak lelakinya menangis teresak-esak sambil merayu kepada si ayah supaya tidak tinggalkannya. Difahamkan, suami wanita ini berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan di Penjara Tapah. Oleh kerana kawasan tersebut dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), si suami perlu menjalankan tugasnya di sana.

Tetapi anak lelaki pasangan ini seakan enggan melepaskan bapanya dan tidak mahu berjauhan. Walaupun begitu, lelaki ini terpaksa juga tinggalkan anak dan isteri kerana tanggungjawabnya sebagai frontliner. Dalam video lain, wanita yang bertugas sebagai jururawat ini mendakwa dia dan suami semakin kurang meluangkan masa bersama anaknya memandangkan komitmen mereka sebagai frontliner. Walaupun begitu, dia berharap anak lelakinya faham dan kuat menghadapi dugaan tersebut.

Mervntun h4ti ibu tengok’

Sumber: ciksue

Budak Perempuan Ini Disuruh Minta Sedekah Di Jalanan. Sekali Bila Cikgu Tanya Rupanya Individu Ini Yang Paksa Dirinya.

Marah dan geram..demikian perasaan penulis ketika membaca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang kisah seorang anak kecil dipaksa meminta sedekah oleh ibu kandung sendiri. Berikut perkongsiannya;

MaIam ini aku mrah. Sangat mrah. Satu mesej masuk berbunyi, ” Cikgu. AIisa jual tisu dan kutip sedekah lagi depan KFC.” Baca ayat tu, berdesing telinga aku. Terus aku capai kunci motor, hidupkan motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.

Kawan aku dah ‘pegang’ dia. Bawa makan KFC sementara aku sampai. Sebaik duduk, aku tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan mula bertanya.

” Kenapa AIisa jual tisu dan minta sedekah lagi? Cikgu dah pesan jangan jual tisu dan minta sedekah. Cikgu dah hantar barang dapur, cikgu suruh kawan cikgu bagi duit belanja setiap hari.” ” Mak suruh.”

Pendek dia jawab sambil merenung meja. Lama aku ‘basuh’ dia malam ini. Lebih banyak lagi aku ‘basuh’ kakaknya. Supaya menjaga adik baik-baik, supaya tidak lagi ke jalanan seperti ini. Nak apa, aku support semua. Tak perlu turun ke jalanan lagi.

AIisa (bukan nama sebenar) baru usia 10 tahun. Namun dia sering disuruh meminta sedekah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan boyfriend mak dan boyfriend kakak sulungnya. Dapat duit menjual dan minta sedekah, semua kena rembat. Yang tinggal duit syiling sahaja untuk dia.

Aku geram. Aku mrah. Aku bengang. Bukan kat AIisa, tapi kat orang dewasa yang patut menjaga dia. Ibunya, boyfriend ibu dan boyfriend kakaknya yang mengambil kesempatan ke atas anak polos ini. Dia tidak rela pun turun ke jalanan. Namun didesak. Namun dipaksa. Namun disuruh. Maka anak perempuan bongsu ini akhirnya terpaksa patuh.

Ikutkan hati mrah, aku cari je boyfriend ibu dan boyfriend kakak, hantuk kepala kat dinding. Apa punya perangai suruh budak kecik kutip sedekah jual tisu. Mak dia pun satu hal juga. Pergunakan anak sendiri. Padahal aku dah jumpa 4 mata duduk bersila depan mak dia. Aku dah pesan jangan lagi suruh anak ini menjual tisu dan meminta sedekah.

Aku dah kata cakap, setiap bulan aku hantar barang dapur. Aku akan support semua perbelanjaan sekolah. Dan dia berjanji masa tu dengan aku tak akan biarkan anak dia ini ke jalanan. Itu yang aku mrah sangat. Malam ni aku bagi dua pilihan pada AIisa.

” Okey AIisa. Dengar sini. AIisa nak duduk dengan JKM?” ” Tak nak. AIisa nak duduk dengan ibu.” ” Jika tak nak, AIisa janji dengan cikgu jangan kutip sedekah dan jangan menjual tisu lagi. Belanja sekolah semua, cikgu tanggung. Barang dapur cikgu hantar. Jika cikgu dapati AIisa kembali kutip sedekah dan menjual tisu, cikgu akan serahkan AIisa kepada JKM.” ” Baik cikgu.”

Sebenarnya banyak lagi aku berborak dan berbicara sebenarnya. Banyak motivasi dan kata nasihat aku bagi agar anak ini teruskan pelajaran dan belajar elok-elok. Nampak gaya aku kena hadap mak dia lagi sekali esok lusa ni. Kena bertegas dah ini. Aku tak nak hak anak ini sepatutnya berada di sekolah tapi dipergunakan oleh orang dewasa untuk mencari nafkah pula.

Sebenarnya banyak kisah tentang keluarga mereka yang tidak boleh aku tulis untuk menjaga maruah mereka. Banyak benda aku kena simpan sendiri untuk menjaga air muka dan keselamatan mereka. Usah tanya aku di mana kes ini. Kat mana sekolah mereka. Kat mana mereka tinggal. Aku takkan cakap melainkan kepada jabatan yang ada autoriti.

Semoga anak ini berjaya dalam kehidupan dan semoga semua masalah dan rintangan yang dilalui berjaya kami bantu untuk atasi. Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu AIisa mendapat balik hak dia sebagai kanak-kanak. Aku juga akan cuba bantu keluarga mereka agar kembali ke jalan yang benar dan tidak melalaikan lagi.

Mengagumkan Sekali Calon SPM Ini Dapat Markah Penuh Untuk Ujian Percubaan Matematik Tambahan. Pelajar Ini Tampil Dedahkan Rahsianya

Ternyata perkongsian mengenai keputusan Matematik Tambahan pelajar ini raih perhatian ramai serta mengagumkan. Jika disebut subjet Matematik Tambahan, Terlalu ramai peajar yang kurang gemar dengan mata pelajaran ini kerana menganggap ia sebuah subjek yang susah.

Demikianlah yang terjadi kepada pelajar ini yang turut mempunyai tanggapan sama mengenai subjek tersebut.Namun segala-galanya berubah selepas dia nekad untuk memperbaiki pencapaiannya demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Difahamkan pelajar bernama Muhammad Izwan Azwar mula mendapat perhatian selepas dia memuat naik markah kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Oktober 2020 di mana dia memperoleh 100 peratus bagi subjek tersebut, di Twitter.”Alhamdulillah, another achievement unlocked (satu lagi pencapaian berjaya diraih),” tulisnya pada perkongsian yang sehingga kini meraih 6,292 retweet.

Jika lihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan kekaguman mereka dengan pencapaian yang dianggap luar biasa itu. Pelajar yang senang disapa sebagai Izwan berkata segala-galanya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke tingkatan empat, dua tahun lalu.

“Masa tingkatan empat, saya masuk kelas aliran Sains yang ada subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia termasuklah Matematik Tambahan. Sebaik saja masuk menengah atas, saya memang nekad dan pasang niat untuk melakukan perubahan sebab Matematik asyik gagal masa tingkatan tiga.

Jelas anak bongsu daripada empat adik beradik ini lagi, keputusan subjek Matematik Tambahannya mula menunjukkan peningkatan ketika peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan empat, di mana dia memperoleh A-.”Masuk tingkatan lima, mungkin sebab banyak topik, saya sekadar dapat C sahaja pada ujian penggal pertama. Saya lipatgandakan usaha tambahan pula masa tu dah mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap hari saya akan sertai tuisyen secara online dengan cikgu yang sama. Setiap malam pula, selepas buat kerja sekolah, saya akan habiskan masa kira-kira empat jam untuk buat latihan Add Math.”Saya biasakan juga buat ulangkaji tentang sesuatu topik sebelum ada kelas Add Math keesokan harinya supaya tak blur bila cikgu mengajar.

“Bila ada kawan minta tolong, saya ajarkan juga… dengan cara ini akan buat kita lebih faham. Selain itu, banyakkan bertanya guru kalau tak faham,” ujarnya yang menuntut di sebuah sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur.Berkat usaha kerasnya, Izwan berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang bagi subjek tersebut ketika peperiksaan percubaan SPM, Oktober tahun lalu.

“Kadang-kadang terlewat masuk kelas online… tapi saya akan ‘cover’ semula sesi yang ketinggalan tu.”Jadi untuk masa-masa yang ada sebelum peperiksaan ni, manfaatkanlah masa dan lebihkan usaha untuk sekurang-kurangnya lulus. Banyakkan buat latihan… saya kini hampir ‘cover’ kertas percubaan untuk setiap negeri.

“Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada cikgu subjek dan ckgu tuisyen, serta rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka, takkan tercapai keputusan seperti sekarang. Buat calon SPM, moga kita semua diberikan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab soalan kelak,” ujarnya yang berhasrat mahu menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di kolej matrikulasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *