Calon SPM ini dikejutkan dengan berita ini selepas pulang daripada kelas online. Ianya mengundang sebak warganet apabila dapat tahu satu perkara ini lagi.

Amalan Semasa Viral

Muhib, calon SPM dikhabarkan dengan berita yang mengejutkan apabila keluarganya perlu menjalani kuarantin. Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini mendapat perhatian warganet apabila dia berkongsi satu gambar di laman Twitter apabila kesemua ahli keluarganya terpaksa memakai gelang bewarna merah jampu pada Sabtu lalu.

Kisah tersebut lebih mengundang simpati kerana pada masa itu kerana hanya tinggal dua hari saja lagi untuk pelajar berkenaan menduduki peperiksaan besar yang sudah lama ditunggu-tunggu. Menurut Muhibullah Hasabdullah, 18, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas pulang dari menghadiri kelas online dan belajar secara berkumpulan dengan rakan. “Ya Allah, dugaan apakah ini. Lagi sehari sahaja SPM, tiba-tiba balik kelas tengok satu famili kena jalani kuarantin,” tulisnya di akaun Twitter.

Perkongsian Muhib di laman Twitter mendapat perhatian ramai.

Dia yang mesra disapa Muhib berkata sebaik tiba di rumah dia amat terkejut dimaklumkan oleh ibunya bahawa bapa dan neneknya perlu dikuarantin selepas melakukan swab test percuma di kawasan perumahan mereka.

“Saya balik tengok ayah dan nenek dah pakai gelang pink selepas buat swab test. Sampai hari ini keputusan belum keluar. Mereka tak ada simptom cuma digalakkan buat swab test sebab taman sebelah ada kluster baharu, dengar kata taman saya pun ada seorang yang positif Covid-19,” katanya yang menetap di Taman Jaya 3, Temerloh, Pahang.

Sebagai langkah berja-jaga, ibu, abang dan adiknya pula pergi melakukan swab test keesokan harinya (Ahad) dan perlu menjalani kuarantin sama seperti bapa dan neneknya. Bagaimanapun Muhib dikecualikan kerana bakal menduduki peperiksaan pada Isnin.

Muhib merupakan antara calon yang menduduki SPM. (gambar hiasan)

“Hanya saya saja dalam keluarga dikecualikan sementara waktu tapi jika ada ahli keluarga saya yang positif saya perlu jalani swab test tu secepat mungkin. Sekarang ini perasaan tak tahu nak cakap macam mana. Apa yang boleh dikatakan saya agak tertekan jadi macam ni saat saya perlu fokus sepenuhnya kepada pelajaran,” katanya.

Mengakui terkesan dengan apa yang berlaku, Muhib tidak dapat menahan kesedihan sehingga mengalirkan air mata apabila ibu dan bapanya setiap masa memberi kata-kata semangat kepada dirinya. “Sebak sangat sampai menitis air mata kerana sejujurnya ibu ayah risau keadaan saya. Saya pula jenis belajar last minute lagilah mereka banyak fikir,” ujarnya.

Sebak sangat sampai menitis air mata kerana sejujurnya ibu ayah risau keadaan saya

Bercerita lanjut mengenai persiapan menjelang peperiksaan, Muhib mengakui situasi sedikit berbeza daripada sebelum ini apabila dia terpaksa menggosok pakaian sendiri selain tidak dapat mendekati ahli keluarganya sebelum keluar rumah menuju dewan peperiksaan. Mengenai kedudukannya di dewan peperiksaan Muhib berkata segalanya telah dimaklumkan kepada gurunya sebaik sahaja ahli keluarganya dikuarantin.

Muhib dihujani dengan kata-kata semangat.

“Masa dapat tahu sahaja ahli keluarga saya jalani kuarantin saya terus maklumkan cikgu. Semestinya cikgu risau sangat. Tetapi selepas ibu jelaskan semuanya, cikgu faham dan beritahu saya mungkin akan ditempatkan di bilik berasingan ketika jawab peperiksaan SPM nanti. Bagaimanapun, atas arahan pengawas peperiksaan saya bersama tujuh rakan lain dibenarkan menjawab peperiksaan bersama pelajar lain kerana kami tidak memakai gelang pink di pergelangan tangan,” jelasnya.

Tambah anak ketiga daripada lima beradik itu, dia berharap tiada siapa pun dalam ahli keluarganya yang mendapat keputusan positif Covid-19 dan menegaskan mereka diarahkan untuk menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga kerana rumahnya mempunyai warga emas.

Dr Rafidah Tampil Untuk Luahkan Pendapatnya Soal Isu Double Standard Kuarantin. Sekali Ini Responnya.

Dr Rafidah menulis luahan hatinya kepada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba menerusi satu bebenang di Twitter. Hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu dengan isu ‘kuarantin dua darjat’.

Ia susulan dokumen perintah berjudul ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ dikeluarkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba mengikut kuasa (Akta 342) Seksyen 29 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Berdasarkan perintah berkenaan, menteri berkaitan tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin 10 hari yang ditetapkan kerajaan untuk mereka yang masuk dari luar negara.

Pengecualian itu berkuatkuasa mulai 9 Februari hingga 1 Ogos depan seperti mana dalam dokumen pewartaan yang disiarkan dalam portal rasmi e-warta Persekutuan pada Isnin.

Perkembangan tersebut mengundang perhatian ramai rakyat Malaysia yang mana ramai meluahkan rasa tidak puas hati kerana ia seolah-olah mewujudkan jurang perbezaan di antara ahli menteri dan juga rakyat marhaen.

Malah, warganet melancarkan kritikan dengan menggunakan hashtag #AdhamBabaLetakJawatan sebagai meluahkan rasa tidak puas hati, sehingga menyaksikan ia menjadi trending dua hari lalu. Perintah berkenaan turut mengundang perhatian seorang pengamal perubatan yang tidak asing lagi di media sosial, Dr Rafidah Abdullah.

Dr Rafidah menulis luahan hatinya menerusi Twitter.

Menerusi laman Twitter, Dr Rafidah secara terbuka menulis luahan hatinya yang ditujukan buat Menteri Kesihatan itu.

”Salam, yang amat saya hormati Datuk Seri @DrAdhamBaba. Dengan merendah diri, saya amat berharap agar Datuk Seri boleh membuat keputusan hanya berdasarkan fakta sains. With power, comes great responsibility (Dengan kuasa, datangnya tanggungjawab). My wish is that you focus on what is most important to us (Harapan saya anda fokus apa yang paling penting kepada kita),” tulisnya.

Daripada menggunakan kuasa untuk menjarakkan darjat sedia ada, apa kata Datuk Seri mengurangkan jurang ‘darjat’ antara pegawai-pegawai KKM.

Dr Rafidah juga membangkitkan persoalan mengenai SOP kuarantin yang nyata bersifat selektif itu. “Nak kurangkan kuarantin, kenapa perlu selektif? Buat sahajalah untuk semua. Letak SOP, jalan terus. Datuk Seri tahu kan, siapa yang menjaga wad-wad SARI (Jangkitan Pernafasan Akut Teruk) dan Covid? Ramai mereka adalah pegawai-pegawai kontrak, semua lapisan terutamanya pegawai-pegawai perubatan muda,” tulisnya.

Malah menurut doktor ini lagi, tiada istilah dua darjat dalam kalangan para petugas kesihatan memandangkan mereka berkhidmat atas dasar profesional.

Frontliners memakai sut lengkap peralatan perlindungan peribadi (PPE) dengan tulisan kata-kata semangat.

“Daripada menggunakan kuasa untuk menjarakkan darjat sedia ada, apa kata Datuk Seri mengurangkan jurang ‘darjat’ antara pegawai-pegawai KKM. Kami tidak praktis darjat-darjat sebegini. Kami hanya pegawai profesional. Semua dilayan sama rata. Boleh ke agaknya kuasa yang sama Datuk Seri boleh gunakan untuk mendapatkan mereka-mereka ini penempatan tetap? Merekalah wira yang tidak didendang. Dan saya tidak nampak jalan keluar daripada pandemik ini. Kalau beginilah bercelarunya keadaan negara ini. Tidak perlulah kita gunakan kuasa untuk diri, keluarga dan kawan-kawan sendiri; gunalah ianya untuk memanfaatkan agama, bangsa dan negara. Saya berharapan besar kesemua pegawai-pegawai yang bekerja keras ini diberikan lantikan tetap secepat mungkin. Hanya sekadar luahan pegawai bawahan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu menyelusuri ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Dr Rafidah. Malah mereka memuji keberanian doktor berkenaan untuk menyuarakan pandangan untuk diambil perhatian oleh menteri berkenaan.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *