Guru ini sebak apabila ada Calon SPM yang melayaninya sebegini hanya disebabkan satu sebab ini. Sekali ini respon guru tersebut sehingga tular.

Dunia Kehidupan Viral

Tular sepotong video TikTok seorang guru wanita yang menahan kesedihan selepas dikatakan perkara negatif oleh seorang calon yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Selasa. Menerusi video terbabit, guru berkenaan menceritakan kekesalan tentang akhlak pelajar kini yang berani mengkritik guru ekoran tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan 10 minit sebelum tamat kertas ujian.

Dedahnya, pelajar lelaki terbabit dipercayai meninggikan suaranya dengan perkataan bahasa Inggeris ‘what the f*ck sh*t’ ekoran berang selepas dikejutkan ketika tertidur di dalam dewan peperiksaan sekitar waktu tengah hari. Bagaimanapun, video TikTok terbabit telah dipadamkan dari media sosial guru berkenaan selepas permohonan maaf dibuat dari pihak sekolah.

“Permohonan maaf telah dibuat dari pihak sekolah atas apa yang dilakukan pelajar tadi. Anggap macam nilah, saya seorang guru dan seorang manusia saya ada hati dan perasaan. Memang saya dibayar gaji untuk menjadi seorang guru dan ada juga yang cakap terima gaji itu. Tapi saya tak dibayar gaji untuk dikritik, saya melakukan kerja dengan penuh kasih sayang,” katanya yang sudah enam tahun berpengalaman bergelar guru disiplin.

Sepanjang tempoh bergelar guru, dia tidak pernah berdepan situasi berkenaan seperti yang berlaku ketika sedang mengawasi peperiksaan SPM baru-baru ini.

“Sepanjang bergelar guru disiplin, sekali pun saya tak pernah kritik budak, pelajar sendiri datang dan mengaku salah mereka.Bila hari ini saya dikritik sedemikian jadi video sebelum ini pun saya turunkan. Tak ada manusia pun yang nak lahir untuk dikritik, direct into your face. Tak ada siapa pun suka perasaan dikritik. Anggaplah itu cara saya lepaskan perasaan. Tiktok tempat penceritaan harian saya, minta maaflah kalau ada rasa tindakan saya tak betul. Tapi sebagai manusia, apa saya buat itu perasaan saya yang terkejut dan tertekan dan marah dimaki oleh pelajar 18 tahun sebegitu rupa. Saya tidak dibayar gaji dan belajar empat tahun sebagai guru sebagai tiket untuk generasi sekarang untuk maki saya. Saya ada harga diri, saya ada maruah,” tambahnya.

Menerusi tinjauan di Twitter, masih ada sebilangan pengguna yang terkilan dengan tindakan pelajar terbabit dan bersimpati atas nasib yang menimpa guru berkenaan.

Sumber: Twitter, TikTok

Mengagumkan Sekali Calon SPM Ini Dapat Markah Penuh Untuk Ujian Percubaan Matematik Tambahan. Pelajar Ini Tampil Dedahkan Rahsianya

Ternyata perkongsian mengenai keputusan Matematik Tambahan pelajar ini raih perhatian ramai serta mengagumkan. Jika disebut subjet Matematik Tambahan, Terlalu ramai peajar yang kurang gemar dengan mata pelajaran ini kerana menganggap ia sebuah subjek yang susah.

Demikianlah yang terjadi kepada pelajar ini yang turut mempunyai tanggapan sama mengenai subjek tersebut.Namun segala-galanya berubah selepas dia nekad untuk memperbaiki pencapaiannya demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Difahamkan pelajar bernama Muhammad Izwan Azwar mula mendapat perhatian selepas dia memuat naik markah kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Oktober 2020 di mana dia memperoleh 100 peratus bagi subjek tersebut, di Twitter.”Alhamdulillah, another achievement unlocked (satu lagi pencapaian berjaya diraih),” tulisnya pada perkongsian yang sehingga kini meraih 6,292 retweet.

Jika lihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan kekaguman mereka dengan pencapaian yang dianggap luar biasa itu. Pelajar yang senang disapa sebagai Izwan berkata segala-galanya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke tingkatan empat, dua tahun lalu.

“Masa tingkatan empat, saya masuk kelas aliran Sains yang ada subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia termasuklah Matematik Tambahan. Sebaik saja masuk menengah atas, saya memang nekad dan pasang niat untuk melakukan perubahan sebab Matematik asyik gagal masa tingkatan tiga.

Jelas anak bongsu daripada empat adik beradik ini lagi, keputusan subjek Matematik Tambahannya mula menunjukkan peningkatan ketika peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan empat, di mana dia memperoleh A-.”Masuk tingkatan lima, mungkin sebab banyak topik, saya sekadar dapat C sahaja pada ujian penggal pertama. Saya lipatgandakan usaha tambahan pula masa tu dah mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap hari saya akan sertai tuisyen secara online dengan cikgu yang sama. Setiap malam pula, selepas buat kerja sekolah, saya akan habiskan masa kira-kira empat jam untuk buat latihan Add Math.”Saya biasakan juga buat ulangkaji tentang sesuatu topik sebelum ada kelas Add Math keesokan harinya supaya tak blur bila cikgu mengajar.

“Bila ada kawan minta tolong, saya ajarkan juga… dengan cara ini akan buat kita lebih faham. Selain itu, banyakkan bertanya guru kalau tak faham,” ujarnya yang menuntut di sebuah sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur.Berkat usaha kerasnya, Izwan berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang bagi subjek tersebut ketika peperiksaan percubaan SPM, Oktober tahun lalu.

“Kadang-kadang terlewat masuk kelas online… tapi saya akan ‘cover’ semula sesi yang ketinggalan tu.”Jadi untuk masa-masa yang ada sebelum peperiksaan ni, manfaatkanlah masa dan lebihkan usaha untuk sekurang-kurangnya lulus. Banyakkan buat latihan… saya kini hampir ‘cover’ kertas percubaan untuk setiap negeri.

“Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada cikgu subjek dan ckgu tuisyen, serta rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka, takkan tercapai keputusan seperti sekarang. Buat calon SPM, moga kita semua diberikan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab soalan kelak,” ujarnya yang berhasrat mahu menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di kolej matrikulasi.

Memang Tak Bercakap Sampai Darjah Empat Pun Tak Boleh Baca. Ibu Ini Kongsi Kisah Anak Istimewa Dia Sehingga Menjadi Pelajar Istimewa Pertama Ikuti Ijazah Sarjana

Ternyata kebolehan dan bakat anak anak istimewa saban hari sungguh membanggakan dan mengagumkan. Tak dapat dinafikan,anak istimewa ini perlu diberilah lebih perhatian kerana terbukti keunikan mereka yang luar biasa mampu memperoleh kejayan sama seperti individu normal bahkan lebih baik.

Demikianlah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang ibu berusia 55 tahun sepanjang membesarkan anak autisme tanpa keluhan sehingga saat ini. Melalui perkongsiannya di FB Autisme Malaysia,wanita yang bernama Rokiah Abd Kadir berkongsi pengalamannya membesarkan anak syurga itu sekaligus kejayaan yang diperoleh anaknya.

Gemar dipanggil Makcik Kiah, dia menjelaskan perkongsian itu tercetus selepas terbaca beberapa keluhan ibu bapa yang ditakdirkan mempunya anak autisme. “Ini hanya suara hati saya sahaja. Sebelum ini saya banyak baca komen dalam grup Autisme Malaysia tetapi jarang berkongsi mengenai anak saya sehinggalah baru-baru ini sekadar nak beri semangat dan inspirasi.

“Memang saya faham bukan mudah nak jaga anak autisme, sebab mereka mempunyai perwatakan lain-lain. Cuma pada pandangan saya, pertama sekali kena reda, barulah semua akan dipermudahkan,” katanya yang mengimbas pengalaman dirinya hingga berjaya mendidik anak istimewanya yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah.

Mereka sekeluarga menetap di Bukit Beruntung, Selangor, kata surirumah sepenuh masa itu, Khairi mempunyai simptom awal autisme sejak di sekolah rendah lagi tetapi mula diagnosis pada 2008.“Masa kecil dia memang tak bercakap sampai darjah empat, juga tak boleh baca.“Sejak itu saya terus berhenti kerja dan menjaga dia sepenuhnya.

“Dia tidak alami apa-apa tantrum cumanya suka bersendirian. Hidup dalam dunia dia sahaja.“Lama-kelamaan dia semakin pulih dan jalani kehidupan normal seperti orang lain tetapi ada masa juga dia macam menyorok nak tenangkan diri dan sebagainya, ” katanya.Dia bercerita panjang mengenai perjalanan hidup membersarkan anak syurganya itu, isteri kepada Mazlan Mohamad, 52 ini meluahkan rasa syukur sentiasa dipermudahkan biarpun proses itu nampaknya sukar.

Difahamkan Khairi adalah seorang pelajar autistik yang berjaya menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak (KMP), seterusnya peringkat Diploma Kulinari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dan kemudian baru-baru ini Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perkhidmatan Makanan.

Sebelum ini Khairi pernah beberapa kali menarik diri ketika melanjutkan pengajian dalam bidang Sains di dua Institusi Pengajian Tinggi Awam.“Ya, memang sejujurnya banyak yang makcik lalui sepanjang Khairi melanjutkan pengajiannya.

“Dia perlukan sokongan berterusan dan ambil masa sangat lama untuk sesuaikan diri di sesuatu tempat belajar, antaranya, dia tak mahu kongsi bilik di asrama, masa exam nak bilik seorang untuk fokus, perlukan masa yang lebih untuk jawab exam dan banyak lagi lah.

“Berkat doa dan sabar Alhamdulillah… dia berjaya di mata saya. Tak terbalas juga jasa baik pensyarah, kawan-kawan semua kerana tanpa mereka dia tak akan berada di tahap ini, ” ujar wanita yang pernah bertugas sebagai jurukimia di sektor perkilangan ini.Tambah Makcik Kiah lagi, dia sentiasa berusaha sehabis baik untuk menunaikan apa sahaja permintaan anak istimewanya itu.

“Tahu sahajalah, bukan kata anak saya sempurna tak buat perangai langsung. Ada juga kadang itu datang perangai pelik dia.“Contohnya, masa belajar dalam bidang Sains dulu banyak juga dia buat hal macam sembunyi bawah tangga, tak mahu pergi kelas, tak jawab exam dan sebagainya.

“Hasil sabar dan tak putus asa, terbukti dia sekarang dah berjaya sama sahaja seperti orang normal, ” katanya sambil menambah dia dan suaminya yang pernah bergelar pengurus syarikat kenderaan dan kini menawarkan khidmat sebagai pemandu Grab akan berusaha memberikan yang terbaik buat kedua anak mereka.

Terkini, Khairi yang baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) di UiTM kampus Puncak Alam bakal melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang dan tempat yang sama.Katanya, mengikut pengurusan UiTM, Khairi bakal menjadi pelajar autistik pertama yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *