Kini DJ Hitz FM pula yang keluar selepas tular satu perkongsiannya ini. Rata rata warganet tidak puas hati dengan tindakan DJ ini dalam perkongsian tersebut dan ini tindakan yang diambil.

ISU SEMASA Semasa Viral

Yusuf meletak jawatan sebagai penyampai radio berkuat kuasa pada Isnin. Gara-gara mempersenda cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita hingga mengundang kritikan ramai, penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri akhirnya meletak jawatan berkuat kuasa 22 Februari. Perkara itu diumumkan stesen berkenaan susulan siasatan dalaman berhubung kontroversi yang berlaku pada minggu lalu. “Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia.

Pihak kami sudah menerima peletakkan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021.

“Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima peletakkan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021,” demikian menurut kenyataan ringkas Hitz FM di Instagram.

Sebelum ini, tindakan keterlaluan Yusuf, 29, mempersenda bahasa Inggeris seorang tenaga pengajar di saluran DidikTV di aplikasi TikTok mengundang kritikan warganet di laman sosial. Menerusi perkongsian video TikTok yang dimuat naik Yusuf, dia dilihat sangat kurang sopan apabila ketawa terbahak-bahak memperlekehkan cara penyampaian guru tersebut.

Hitz FM Sarawak mengesahkan perkara itu menerusi laman Instagram.

Rata-rata warganet melahirkan perasaan marah dengan perlakuan Yusuf malah menerusi laman Facebook komuniti Kami Guru Malaysia turut menggesa majikannya untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya. Pada Jumaat lalu, Yusuf tampil memohon maaf kepada guru terbabit dan mengakui menyedari akan kesilapannya mencerca seorang tenaga pengajar yang sedang mencurahkan ilmu kepada anak murid.

“Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada guru terbabit, ahli keluarganya dan semua pihak di atas tindakan saya. Saya sedar video itu memang tidak kelakar langsung dan sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh saya,” katanya.

DJ Radio Menerima Kritikan Oleh Warganet Atas Satu Perkongsian Yang Dibuat Olehnya. Rupanya Ini Yang Dia Lakukan.

Disebabkan penutupan sekolah kerana penyebaran wabak Covid 19 di negara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat satu inisiatif baru dengan melancarkan Didik TV yang sudah mula ditayangkan pada Rabu lepas. Menerusi beberapa slot rancangan, ada satu rancangan yang memaparkan seorang guru mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2 dalam Bahasa Inggeris.

Meskipun rancangan tersebut mendapat teguran warganet oleh kerana gaya bahasa guru terbabit, namun tindakan seorang DJ radio di TikTok ini dianggap sangat biadap hingga mendapat kritikan hebat warganet. DJ ini telah membuat sebuah video reaksi terhadap pengajaran cikgu tersebut dengan menghamburkan ketawa sepanjang video itu ditayangkan. Admin tak faham kat mana yang lawaknya?

Walau bagaimanapun, video ini telah dipadam daripada platform media sosial DJ berkenaan setelah mendapat terlalu banyak kritikan. “Terpaling power cakap omputih, bro jemput datang studio Didik TV” .

Rata-rata warganet yang telah melihat video tersebut berasa kesal dengan tindakan DJ terbabit dan menganggap ia suatu penghinaan kepada guru itu. Ramai telah tinggalkan komen di Instagram peribadi DJ itu meminta supaya majikannya menegur tindakan pekerja yang tidak beretika ini.

Diharapkan perkara sebegini tidak berulang lagi. Bukan mudah menjadi pendidik di zaman pandemlk ini ya.  Sumber LM.

Sewaktu Pandemik Guru Ini Ambil Inisiatif Baru Untuk Menyampaikan Ilmu. Kini Guru Ini Sudah Digelar Youtubers.

Cikgu Rodzi mahu membantu pelajar memahami matematik dengan lebih mudah menggunakan teknik pengajaran secara virtual. Sebelum ini seorang guru Matematik, Mohd Rodzi Mat Ghani pernah tular di Facebook selepas berkongsi formula dan kaedah penyelesaian subjek itu menggunakan formula mudah difahami pelajar. Perkongsian yang dibuat Mohd Rodzi, 43, menarik perhatian memandangkan ketika itu ramai pelajar belajar dari rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.

Sejak itu, guru SK Pauh Jaya, Permatang Pauh Pulau Pinang itu giat berkongsi pelbagai soalan dan penyelesaian Matematik di Facebook miliknya dalam usaha membantu pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran ekoran pandemik yang sedang melanda ketika ini. Melihat kepada sambutan menggalakkan diterimanya, Mohd Rodzi beralih ke YouTube dengan menubuhkan saluran Cikgu Rodzi dengan harapan dapat mencapai dan membantu lebih banyak pelajar.

Cikgu Rodzi sentiasa mahu membantu pelajar-pelajar memahami Matematik dengan lebih mudah.

“Pada awalnya saya tubuhkan saluran itu untuk menyediakan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk pelajar saya yang mungkin tidak berkesempatan mengikuti kelas secara Zoom. Tapi apabila saya lihat jumlah tontonan beberapa video yang dihasilkan ia amat memberangsangkan malah ramai mula meninggalkan komen untuk saya hasil video dengan tajuk-tajuk lain pula,” katanya.

Hanya berbekalkan telefon!

Berkongsi mengenai ideanya untuk menggunakan YouTube, Mohd Rodzi memberitahu dia pada awalnya sekadar ingin mencuba malah mengakui tidak mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi dan media sosial.

Bagaimanapun ceritanya, dia tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan sebaliknya menggunakan gajet sedia ada untuk menghasilkan bahan pengajaran untuk murid-muridnya.

“Hanya berbekalkan telefon, saya rakam topik yang ingin diajar menggunakan aplikasi yang menyediakan papan putih virtual sebelum saya rakam suara dan muat naik di YouTube.

Paling saya seronok dan bersemangat apabila mendapat komen daripada pelajar dan ibu bapa yang mengatakan video yang dihasilkan seperti berada dalam kelas.

“Apabila saya tengok ada sambutan, saya rasa seronok dan bersemangat nak hasilkan lebih baik. Alhamdulillah ramai beri komen tentang kualiti video dan apa yang perlu saya perbaiki. Saya juga banyak bertanya kepada rakan-rakan yang lebih arif tentang penggunaan aplikasi dan fungsi YouTube bagi memantapkan lagi video dihasilkan,” ujarnya.

Tidak hanya di YouTube, Mohd Rodzi berkata, percubaan itu turut menarik minat pelajar-pelajarnya setiap kali mengadakan kelas secara Zoom dengan kehadiran meningkat lebih 60 peratus.

“Pandemik ketika ini memang sukar buat semua orang dan sebagai seorang guru saya tidak mahu berpeluk tubuh dan ingin membantu murid-murid mendapat ilmu seperti mana di dalam kelas. Alhamdulillah, percubaan saya mendatangkan hasil dan kehadiran lebih 60 peratus menunjukkan pelajar berminat cuma sebagai guru saya perlu cari alternatif dan kaedah lain untuk menarik perhatian mereka,” katanya.

Komen positif daripada pelajar dan ibu bapa membuatkan Cikgu Rodzi terus bersemangat.

Dijemput JPN Pulau Pinang kongsi dengan guru-guru lain

Dalam pada itu, Mohd Rodzi berkata, melihat kepada sambutan itu, dia menjadi lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak video tentang pembelajaran matematik di salurannya itu. Mohd Rodzi berkata, video yang dihasilkan sedikit sebanyak dapat meringankan dan membantu ibu bapa yang tidak tahu mengajar anak di rumah dan menjadikan videonya sebagai rujukan.

“Paling saya seronok dan bersemangat apabila mendapat komen daripada pelajar dan ibu bapa yang mengatakan video yang dihasilkan seperti berada dalam kelas. Alhamdulillah, penerangan diberikan juga ramai beritahu mudah difahami dan ibu bapa juga sudah boleh mengajar anak-anak di rumah dengan berpandukan video saya hasilkan,” ujarnya.

Tidak terhenti di situ kata Mohd Rodzi, ada guru-guru lain yang turut menonton video yang saya hasilkan dan menjadikannya sebagai panduan kepada murid-murid mereka. Berkat usahanya itu juga, Mohd Rodzi berkata, dia turut dijemput oleh Jabatan Pendidikan (JPN) Pulau Pinang untuk memberi taklimat dan berkongsi mengenai saluran YouTube dan kaedah pengajarannya kepada guru-guru lain.

Mohd Rodzi bersama pelajarnya sebelum pandemik.

Saluran YouTube mula jana pendapatan

Ketika ini kata Mohd Rodzi, saluran YouTube miliknya sudah pun mencecah 3,000 pengikut selain mendapat purata tontonan sebanyak 400,000. Malah pada akhir Januari lalu, Mohd Rodzi memberitahu salurannya itu telah berdaftar sebagai ahli YouTube Partnership Program yang membolehkan ia menjana pendapatan.

“Terkejut juga… kiranya sekarang saya seorang YouTubers! Tetapi, Alhamdulillah usaha saya sedikit sebanyak mendapat pengiktirafan dan dapat menjana pendapatan sampingan. Pada saya bukan mudah untuk sebuah saluran yang mengangkat tema pendidikan untuk mendapat perhatian berbanding saluran berbentuk hiburan. Insya-Allah dengan pendapatan diterima daripada YouTube dapat saya gunakan untuk menambah baik penerbitan video pada masa akan datang seperti membeli telefon lebih canggih serta peralatan sokongan,” katanya yang tidak melihat bayaran sebagai tujuan utama sebaliknya ia bersifat motivasi kepada diri sendiri.

Pengalaman berjinak-jinak sebagai YouTubers juga kata Mohd Rodzi banyak mengajarnya agar tidak membataskan diri dalam mencapai sesuatu perkara. Malah katanya, peralatan yang canggih bukanlah perkara utama sebaliknya cara menggunakan dan kreativiti adalah paling penting dalam melakukan sesuatu.

“Buat sahaja selagi kita rasa ia betul dan boleh memberikan manfaat kepada orang lain serta tidak melanggar hukum hakam agama. Komen negatif saya selalu ambil untuk memperbaiki diri dan paling penting jangan malu untuk tonjolkan diri dalam menyebarkan ilmu kepada orang lain,” ujarnya yang turut berkongsi videonya di Facebook dan Telegram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *