Anak kecil perempuan ini tabah dalam mengharungi dugaan yang menimpa mereka sekeluarga. Tak sangka dia sanggup lakukan semua perkara ini dalam umurnya yang baru membesar.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga Uncategorized Viral

Gambar sekadar hiasan.

“Jangan ambil mereka, saya boleh jaga, tolonglah jangan pisahkan kami berlima,” pinta Ana (bukan nama sebenar) berusia 11 tahun. Ana kini mengambil tanggungjawab buat tiga orang adiknya yang baru berusia setahun sehingga enam tahun. Malah, dia turut dibantu dengan seorang abangnya yang berusia 12 tahun. Kedua-dua ibu bapanya ditahan pihak berkuasa setelah diketahui mereka terlibat dengan penyalahgunaan barang terlarang.

Dia melakukan semua kerja ibarat menggantikan tempat ibunya buat adik-adiknya yang sememangnya memerlukan bantuan orang dewasa terutama adik bongsu yang sentiasa ingin dalam dakapannya. Malah mereka juga sentiasa habiskan masa mereka di dalam rumah sendiri sahaja dan sememangnya tidak sama dengan kanak-kanak lain yang bebas melakukan apa sahaja dengan rakan- rakan seusia mereka.

“Setiap pagi, rutin harian saya ialah bangun untuk mandikan adik-adik dan memberi mereka makan atau minum. Biasanya, saya hanya memberi adik susu pekat manis dibancuh dengan air yang direbus di atas dapur kayu. Makan pula apa yang ada sahaja, biasanya saya akan menggoreng telur atau masak mi segera sahaja yang dibeli oleh datuk. Ada masanya jiran datang ke rumah membawa lauk pauk untuk kami. Kami menumpang berteduh di rumah datuk yang juga menghidap sakit asma yang teruk dan tidak boleh bekerja,” katanya.

Ana akui dia bersekolah sehingga darjah tiga sahaja dan termasuk juga dengan abangnya yang sentiasa menyimpan hasrat untuk kembali bersekolah kerana mereka sedar betapa pentingnya ilmu dalam mengubah nasib mereka. Bagaimanapun dia akui sekiranya mereka kembali bersekolah, siapa pula yang akan menjaga adik-adiknya ini. Dan perkara yang amat ditakuti Ana dan abangnya adalah jika mereka dipisahkan antara satu sama lain.

“Ada sahaja yang datang menjenguk kami di sini dan meminta kebenaran saya untuk mengambil adik, saya sekeras-kerasnya tidak memberi kerana sayang mereka semua. Cukuplah kami diuji dengan ‘hilang sementara’ ibu dan bapa, jangan ditambah dengan perpisahan antara kami. Jujurnya, saya rindu ibu dan ayah, macam mana buruk sekali pun, mereka tetap orang tua kami, namun saya harap mereka insaf dan tidak melakukan kesilapan lagi demi kami,” katanya yang petah berkata-kata selain murah dengan senyuman.

Sementara itu, datuk mereka berkata Ana cucu yang bertanggungjawab dan tidak pernah tinggalkan adiknya terutama yang bongsu malah sentiasa dibawanya ke mana sahaja dia pergi.

“Saya sendiri tidak berdaya membantu, kerana sakit yang dialami, manakala isteri saya lebih banyak keluar menjual minyak angin untuk menampung kehidupan kami. Jadi, memang Ana sendiri yang banyak menjaga adik-adiknya. Dia anak yang kuat dan kental, semua kerja dia lakukan sendirian termasuk menidurkan serta memandikan adik-adik selain banyak menghabiskan masa kanak-kanaknya,” katanya. Sumber:rentasmalaysia

Tak Sangka Dapat Pelanggan Kanak-Kanak Perempuan Berusia 11 Tahun. Penjual Ini Tersentuh Dengan Sikap Anak Cilik Ini Sanggup Tempah Belon Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ibu Bapanya

Kisah adik Nur Kamila yang mengumpul duit sendiri untuk menempah belon sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya membuat seorang penjual belon tersentuh.BERTUAHNYA ibu bapa jika dikurniakan anak-anak yang pandai menghargai dan sentiasa cuba membahagiakan mereka.

Apa jua pemberian atau hadiah daripada si anak sebagai tanda penghargaan bukanlah ukuran, namun apa yang penting adalah kesungguhan yang ditunjukkan bagi membuktikan kasih sayang kepada orang tua.Begitulah kisah yang dikongsi oleh seorang penjual belon ini mengenai seorang pelanggannya yang menempah belon untuk dihadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.

Namun apa yang menyentuh hati lelaki ini, pelanggannya itu adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang membuat tempahan belon sebagai kejutan kepada ibu bapa dan menggunakan wang tabungan sendiri.Berkongsi cerita dengan mStar, Dzulhazry Zainal Abidin berkata segala-galanya bermula apabila dia menerima satu mesej di aplikasi WhatsApp daripada seseorang yang bertanyakan mengenai pakej perkhidmatan belonnya.

Pelanggan cilik berkenaan membuat tempahan belon dari Dzulhazry sebagai kejutan ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya.“Mula-mula ada orang survey, dan bertanya kepada saya sama ada boleh membuat penghantaran tempahan belon menerusi kaedah pembayaran sewaktu penghantaran (COD). Sebagai seller, saya tak terima sebab pernah alami pengalaman dit1pu pelanggan.

“Kemudian dia terus terang dan beritahu, dia sekadar bertanya bagi pihak rakannya. Katanya, dia dan rakan tak ada perbankan dalam talian (online).”Kemudian saya berhubung secara terus dengan rakannya itu dan saya minta dia isikan beberapa butiran. Pada ruangan kata-kata yang hendak ditulis di atas belon, dia minta tulis ‘Happy Anniversary Mama dan Papa.

Antara perkhidmatan dekorasi belon yang disediakan oleh Ballonism25, perniagaan milik Dzulhazry.“Saya fikir mungkin pelanggan ini tak tipu. Bila tiba hari penghantaran, saya sebenarnya masih ragu-ragu tapi pasrah saja walaupun jarak agak jauh iaitu dari Gombak ke Puchong. Bila sampai di alamat yang diberi, memang betul… ada seorang kanak-kanak tunggu di depan pagar rumah,” cerita lelaki berusia 31 tahun ini.Menurut Dulhazry, dia sempat membuat rakaman ketika melakukan penghantaran kepada pelanggan ciliknya yang bernama Nur Kamila.

“Ketika dia keluar sebentar untuk ambil belon, ibu bapanya tak tahu. Selepas itu, saya minta dia hantar gambar ibu bapanya sewaktu dapat belon.”Apabila ditanya dari mana datangnya wang untuk membeli belon jenis hot air ballon itu, dia kata ia wang yang dikumpul sendiri.”Bagi saya, jumlah RM80 itu bukan jumlah yang kecil. Belum lagi kos penghantaran yang kalau dicampur semuanya hampir RM150.


Dzulhazry tampil dengan idea kreatifnya sendiri ketika melakukan dekorasi sebagaimana kehendak pelanggan.“Disebabkan terharu dengan kesungguhan adik Nur Kamila, saya berbesar hati memberi diskaun kepadanya,” katanya yang juga pengasas syarikat berasaskan dekorasi parti, Ballonism25.

Bercerita lebih lanjut, Dzulhazry berkata kisah pelanggan ciliknya itu merupakan antara yang menyentuh hatinya sepanjang lapan tahun terlibat dalam bidang dekorasi.Dzulhazry (kanan, depan) sudah berkecimpung selama lapan tahun dalam bidang dekorasi.

“Kisah adik Nur Kamila ini antara salah satu yang menyentuh hati saya. Dia sedaya upaya nak gembirakan ibu bapa dan sanggup kumpul duit sendiri.”Dari satu segi, ia menunjukkan bahawa didikan ibu bapanya sangat bagus sehingga adik ni nak hargai ibu bapanya. Walaupun mula-mula saya ragu-ragu, rupa-rupanya ada hikmah yang Allah nak tunjuk,” katanya lagi.

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *