Mula tular di aplikasi Tiktok soal perkenalan pasangan ini yang membawa ke jinjang pelamin. Namun pekerjaan mereka pula yang menjadi isu pada warganet.

Kehidupan Keluarga Viral

Pasangan ini mula mengenal hati budi masing-masing di aplikasi Wechat sebaik sahaja tamat SPM. Namun, pasangan ini tidak menyangka dengan perkenalan pada 2015 ini membawa kepada penyatuan pasangan ini pada 31 Julai 2020. Selepas 6 bulan mereka berdua mendirikan rumah tangga, video perkenalan Nur Aida mat Awi dan suaminya ini Muhammad Iqram Rossli tular pula di aplikasi tiktok. Wanita ini juga turut mendedahkan pekerjaan dirinya yang merupakan seorang Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) di Melaka. Malah suaminya pula bekerja sebagai pegawai bomba di perak. Aida tidak segan untuk menceritakan semula detik perkenalan mereka kira-kira yang merupakan lima tahun lalu.

Aida kini bertugas di Melaka, manakala suaminya di Perak.

“Kami sebaya, sama-sama umur 24 tahun. Pada tahun 2015, kami berkenalan menerusi WeChat. Masa tu masing-masing tengah tunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Masa saya mula chat dengan dia, masa tu saya tak serius sangat sebab dia pun tak letak gambar. Tapi masa tu rasa selesa berborak dengannya. Kami masing-masing dari Kelantan. Saya menetap di Tumpat, dia di Kota Bharu. Sewaktu chat dengannya, saya maklumkan ada sepupu tinggal berdekatan area rumahnya. Rupa-rupanya, sepupu saya merupakan kawan baik suami. Akhir sekali, kami pertama kali jumpa di gerai burger sepupu saya. Itu kali pertama saya tengok wajahnya,” imbas Aida.

Menurut wanita itu lagi, mereka pada tahun sama melanjutkan pengajian ke tempat berbeza selepas mendapat keputusan SPM. Setelah melalui penantian panjang, mereka akhirnya disatukan pada Julai lalu sebelum kembali ke negeri masing-masing atas tuntutan tugas.

Kita kena nilai niat seseorang. Kalau chat benda baik-baik, mungkin boleh teruskan.

“Masa mula-mula kenal tu nak fikir mengenai kahwin. Tapi masa tu kami masih belajar. Saya ada terfikir, macam-macam boleh berlaku sementara nak ke fasa perkahwinan. Takut tak kesampaian. Sehinggalah tahun lepas kami ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Sepatutnya kahwin pada Tahun Baru Cina tahun 2021, tapi kami awalkan pada tahun lepas. Sewaktu kahwin, kami cuti dua minggu saja, kemudian balik ke negeri masing-masing. Biasanya kami akan bertemu sekali atau dua kali sebulan,” ujarnya lagi.

Paparan skrin video yang dikongsi di TikTok.

Menurut Aida, dia cukup terkejut apabila video yang dikongsi menerima ratusan ribu tontonan dan dihujani pelbagai komen. Jelasnya, dia turut menerima komen negatif individu yang salah faham dengannya menerusi aplikasi itu.

“Saya teringat pada suami, buka galeri telefon dan terfikir nak buat video. Tak sangka ada sambutan, ingat nak buat kenangan diri sendiri je. Ada video pertama yang saya kongsikan gambar kami berdua pakai uniform. Ada yang kata, dua-dua kerja kerajaan, siapa yang tak nak kenal?

Pasangan ini berkenalan menerusi WeChat pada tahun 2015.

“Tapi saya jelaskan balik menerusi video seterusnya. Kami kenal semasa dua-dua belum bekerja. Saya cuma nak perbetulkan. Tapi saya tak terasa hati dengan komen negatif tu,” ujarnya lagi.

Mengulas isu perkenalan menerusi aplikasi sembang mahupun media sosial, Aida berkata hal itu tidak menjadi masalah memandangkan zaman sudah berubah. Malah katanya, selain dirinya yang berkenalan dengan suami di WeChat, ada individu lain yang turut bertemu jodoh menerusi Facebook dan sebagainya.

“Kita kena nilai niat seseorang. Kalau chat benda baik-baik, mungkin boleh teruskan. Tapi kalau chat ke arah negatif, baik jangan layan,” ujarnya lagi.

Kahwin Tahun Lepas Dan Difahamkan Suami Sanggup Buat 3 Kerja Sejak Bujang. Perkongsian Yang Dibuat Oleh Pasangan Ini Secara Tak Langsung Raih Perhatian

Lumrah bagi pasangan yang sudah memasuki alam perkahwinan, sudah tentu mahu kan cahaya mata yang pastinya menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka. Baru baru ini, satu perkongsian di Tiktok raih lebih setengah juta tontonan dan memaparkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, memaparkan Shahrul Amri Ibrahim sebak apabila isterinya, Nurul Akma Abd Rasid menunjukkan alat ujian kehamilan dengan tanda ‘positif’ yang diletakkan di dalam sebuah kotak.Tak kekok bercerita,dia yang mesra disapa Shahrul mengakui cukup bersyukur atas berita gembira itu yang dianggap sebagai hadiah paling manis selepas mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu.

“Isteri ada mengadu tak sedap badan. Jadi dia ajak pergi beli alat ujian kehamilan. Selepas dah balik rumah dan dia tunjuk yang test tu positif, automatik mengalir air mata saya.“Sebenarnya kami pun tak jangka. Tapi kami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Bila Allah nak bagi zuriat, saya anggap ia nikmat terbesar dalam kehidupan.

“Bila dapat tahu isteri hamil, terus fikir nak kena bagi lebih perhatian selepas ini, sebab kandungannya juga masih di peringkat awal. Nak kena jaga betul-betul,” ujarnya. Difahamkan masing-masing berusia 25 tahun, Shahrul dan isterinya turut terkejut apabila video detik bersejarah mereka tular di TikTok.

Jelas Shahrul lagi, dia bersyukur apabila menerima banyak komen positif termasuklah doa dan kata-kata semangat untuk dia sekeluarga.“Saya kongsikan video itu sebagai tanda kenangan. Tak sangka akan tular. Saya cuma hasilkan video sebab teruja nak tengok result kehamilan isteri.

“Kebanyakannya bagi komen positif dan doa. Ada juga yang bagi nasihat. Saya terharu dengan semua komen.“Sangat bersyukur dikurniakan ramai insan yang baik-baik, Allah hadirkan mereka semua untuk bagi nasihat dan kata-kata semangat buat kami.“Pada masa sama, ada juga pasangan yang kongsi kisah mereka menanti zuriat. Saya doakan mereka semoga dikurniakan zuriat secepat mungkin, InsyaAllah,” ujar Shahrul.

JElas Juruteknik Perubatan di sebuah hospital itu, dia membatalkan segala rancangannya pada hari itu selepas menerima berita gembira kehamilan isteri.Shahrul yang menetap di Bangi, Selangor turut melakukan dua lagi kerja untuk menyara kehidupan.“Saya sebenarnya buat tiga kerja, sejak sebelum kahwin lagi. Dulu tujuannya untuk kumpul wang kahwin. Kemudian saya teruskan, sebab ada banyak komitmen. Isteri saya pula merupakan guru tadika.

“Pada hari dapat tahu isteri saya hamil, saya sebenarnya nak keluar buat GrabFood. Tapi saya batalkan niat dan duduk di rumah bersamanya,” ujar Shahrul berseloroh.Menceritakan mengenai perkenalan mereka pula, Shahrul mendedahkan dia dan isteri berkenalan pada tahun 2017 menerusi laman cari jodoh Muslim, Baituljannah.

“Saya kenal dia lebih kurang dua tahun sebelum kami kahwin, jumpa jodoh dekat laman web cari Baituljannah.“Selepas habis diploma dulu, saya memang hasrat nak cari kerja, pada masa sama saya fikir nak cari calon isteri. Jadi, kami berkenalan di situ sebelum mendirikan rumah tangga tahun lepas,” ujarnya lagi.

Ada Hari Sekeping Capati Pun Tak Terjual. Anak Kepada Cef Ini Kongsi Ayahnya Sanggup Kejar 2 Kerja Sehari Sehingga Undang Sebak Dalam Kalangan Warganet

Seperti yang kita semua maklum selepas sahaja kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi secara dine in atau makan di premis dengan prosedur SOP bermula 10 Feb,membuatkan peniaga kecil menarik nafas lega.

Baru baru ini keluhan seorang anak kepada penjual capati pada malam sebelum kebenaran itu mengundang sebak di kalangan warganet.”Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang. Kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong.

“Jadi, tolong petang je sampai tutup malam. Tapi sebab PKP tak boleh dine-in ni, slow ,” tulis seorang pemuda yang merujuk kepada prestasi jualan capati yang mengecewakan.Pemuda tersebut, Farhat Nadzmi Mohd Nizam berkata, bapanya mula berniaga capati di sebuah medan selera di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sejak Oktober lalu.

Selain itu,dia memberitahu bapanya melakukan kerja sepenuh masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.”Ayah kerja syif di KLIA. Jadi, ayah buka gerai capati selepas atau sebelum syif bertugas, atau sepanjang hari pada hari ayah tidak bekerja.

“Tapi bila PKP tak membenarkan dine-in, bisnes capati ayah terjejas sampaikan nak tengok orang datang bungkus pun susah,” kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.Sementara itu, bapa Farhat iaitu Mohd Nizam Abu Bakr pula berkata, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai cef kira-kira 25 tahun itu.

Jelas Bapa kepada dua anak itu, dia kini bertugas di bahagian kargo, tetapi sebelum itu bertugas sebagai cef untuk pengendalian makanan dalam pesawat.”Tugas saya bertukar ke bahagian kargo ekoran penerbangan komersial terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur kerana masih bekerja walaupun gaji dipotong.

Pada peringkat awal, katanya, secara purata capati yang dapat dijual adalah antara 40 hingga 50 keping sehari, dan prestasi merosot ketika PKP dikuat kuasakan.”Bila tak boleh dine-in waktu PKP, ada hari sekeping capati pun tak terjual. Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga,” ujarnya.

NAmun begitu, posting anaknya menjadi perhatian sehari sebelum kelonggaran orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai makan telah membuatkan jualannya meningkat.”Hari pertama kelonggaran iaitu pada 10 Februari, jualan capati naik antara 30 hingga 35 keping. Lepas tular terus naik mendadak sehingga 100 keping!

“Sebenarnya selepas posting itu tular, ramai yang nak tempah lebih daripada itu. Tapi, saya dan anak-anak tak menang tangan dengan keupayaan yang terhad. Jadi, kami letakkan had 100 keping capati sehari untuk menjamin kualiti,” katanya.

Dia bersyukur dengan kelonggaran yang diberikan dan penularan posting, Mohd Nizam turut menerima banyak cadangan supaya menghasilkan capati bagi makanan sejuk beku.”Misi saya untuk mempunyai central kitchen (dapur berpusat) pada masa akan datang bagi membolehkan saya membuka lebih banyak cawangan menjual capati, insyaAllah,” katanya.

Pengantin Tengah Syok Bergambar Sekali Terkejut Bila Tiba Tiba Kena Angkut Dengan Lori Polis Gara Gara Ingkar Arahan Pkp. Sekali Ini Yang Pengantin Ni Kena Buat Ramai Terkedu.

LANGKAWI – Sepasang pengantin berpakaian sedondon yang sedang leka bergambar kenangan di kawasan sungai berhampiran kongsi bilis, Taman Nilam di sini ditahan polis kelmarin. Selain pasangan tersebut, 17 individu termasuk pengiring pengantin turut ditahan polis pada pukul 6.30 petang susulan ingkar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, kesemua mereka dit.ahan sepasukan polis yang kebetulan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut. “Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dit.ahan sebelum dibawa ke balai polis.

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP. “Hasil pemeriksaan juga mendapati kebanyakan mereka menetap di Taman Nilam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shariman, kesemua mereka dibebaskan pada hari yang sama selepas tlndakan kompaun dikenakan. Dalam perkembangan sama, Shariman memberitahu pihaknya meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan susulan orang ramai suka berkumpul di tepi sungai dan padang tersebut. Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kumpulan pasangan tersebut dibawa ke balai menaiki lori polis bersama beberapa individu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *