Gadis ini berjaya turunkan berat badan sehingga 24 kilogram. Rupanya sebabkan ini buat dia lebih nekad untuk kuruskan badan.

Amalan ISU SEMASA Semasa Viral

Video transformasi fizikal gadis ini menerima lebih 1.2 juta tontonan menerusi TikTok. Proses menurunkan berat badan pastinya sukar dicapai jika seseorang individu itu tidak mempunyai alasan kukuh atau keazaman untuk melakukannya.

Begitu jugalah dengan pelajar ini apabila kisah putus cinta menjadi motivasi utama sehingga dia berjaya menurunkan 24 kilogram (kg) dalam tempoh enam bulan. Nur Amierah Syafiqah Mohamad, 20, mengakui gembira dengan proses transformasi itu sehingga dia berjaya mengubah fizikal dirinya pada tahun lalu.

“Berat saya sebelum ini 74 kg, dalam masa enam bulan saya berjaya turunkan sehingga 50 kg. Sebelum ini pernah banyak kali nak turunkan berat badan, tapi tak berjaya. Mungkin kerana tak konsisten dan tiada alasan kukuh. Tahun lepas saya putus cinta, jadi ia menjadi sebab untuk push diri saya. Bermula pada hujung Mei, proses menguruskan berat badan terhenti pada Jun dan disambung semula pada Julai.

Amierah merupakan penuntut bidang Bioteknologi di UMS.

“Perasaan gembira sangat, tak sangka boleh dorong diri saya sehingga ke tahap ini. Kawan-kawan banyak tolong dan setiap hari bagi motivasi,” ujarnya.

Mesra disapa Amierah, dia juga mendedahkan ada saudara mara yang tidak mengenalinya selepas perubahan berat itu berlaku pada tahun lalu. “Ada ahli keluarga yang tak kenal lepas saya kuruskan badan. Macam pakcik makcik yang jarang-jarang berjumpa.

Kena latih minda untuk kuatkan semangat. Alasan untuk kurus akan push diri kita untuk capai target.

“Saya tegur, lama mereka tengok sebab tak cam,” imbasnya berseloroh. Jelas Amierah, perubahan fizikal itu bukan sekadar untuk kelihatan lebih cantik semata-mata, namun ia berkait rapat dengan keyakinan dan kesihatan diri.

Malah katanya, dia juga terbuka berkongsi rahsia jika ada yang bertanya menerusi media sosial. “Perjalanan ini bukan semata-mata untuk kurus. Saya pernah insecure, sebelum ni malu nak keluar. Nak cuba baju di kedai pun malu.

Amierah sedia kongsi pengalaman jika ada yang bertanya kepadanya.

“Sekarang saya lebih yakin, tak malu nak tegur orang. Ramai yang mesej tanya, saya terbuka untuk bantu dan cuba balas satu persatu. Benda utama saya amalkan merupakan calory defisit. Makan kurang daripada keperluan kalori harian. Saya juga buat senaman tiga ke empat kali seminggu, dalam 40 minit. Hanya cari video di YouTube dan ikut senaman itu,” ujar penuntut bidang Bioteknologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

Amierah ambil masa enam bulan untuk menguruskan berat badannya pada tahun lalu.

Tambah Amierah lagi, penting untuk seseorang individu itu melatih minda mereka agar misi yang diingini tidak kecundang di tengah jalan. “Nak konsisten tu yang susah. Kena latih minda untuk kuatkan semangat. Alasan untuk kurus akan push diri kita untuk capai target. Kata-kata orang sebelum ini, sudah tentu saya sedih, tapi saya cuba ambil positif dan buat diri menjadi lebih bersemangat,” ujarnya yang berasal dari Sandakan. Untuk rekod, video transformasi fizikal Amierah yang dikongsi di TikTok sehingga kini meraih 1.2 juta tontonan.

Isaac Osman Pernah Ambil Sebanyak 5000 Kalori Pada Satu Masa Hanya Untuk Video Youtube. Kini Dia Dedahkan Rahsianya Untuk Kekal Berat Badan.

Issac Osman terkenal dengan video mukbang di YouTube. Youtuber Nur Muhammad Izzat Osman atau lebih dikenali sebagai Isaac Osman mampu menghilangkan 5,400 kkal durian, 3,290kkal burger, 2,810kkal ramen dan 2,281kkal ais krim hanya dalam satu sesi.

Meskipun makan dalam kuantiti yang banyak namun Izzat, 33, bersyukur dia tidak mempunyai sebarang penyakit serius dan berjaya mengekalkan berat badan ideal. YouTuber berasal dari Kuala Lumpur itu turut memberitahu dia sentiasa bersenam selain berpuasa sekiranya tidak merakamkan sebarang video untuk salurannya.

“Saya memang suka makan dan apabila saya tengok Matt Stonie yang gemar masuk pertandingan makan di saluran YouTube miliknya, saya jadi kagum. Jadi saya mengambil keputusan untuk merakamkan video saya makan dan memuat naik di YouTube. Tanpa disangka, saya terima respons yang cukup baik. Penonton suka melihat saya makan,” katanya yang memulakan salurannya pada Ogos 2018.

Izzat memberitahu dia juga teruja dengan video mukbang kerana peserta kebiasaannya mampu menghabiskan jumlah makanan yang besar walaupun mereka memilik badan kecil.

Sebelum merakamkan sesuatu video, Izzat biasanya akan berpuasa serta mengamalkan senaman yang kerap.

“Pada saya, mukbang adalah antara yang terbaik di dunia. Saya juga kagum mereka dapat mengekalkan berat badan ideal walaupun makan dalam jumlah yang banyak. Ia membuatkan saya terinspirasi untuk menghasilkan video lebih baik,” katanya. Pun begitu, Izzat sendiri sebenarnya cukup aktif dalam bersukan meskipun mengakui pandemik telah menyebabkan berat badannya meningkat.

“Sebelum ini saya sangat aktif dalam sukan seperti ultra marathon (berlari 50km-100km), jadi saya sentiasa berasa lapar. Biasanya saya akan berjoging, berbasikal atau bermain futsal sebelum pandemik,” jelasnya.

Namun bagi Izzat, berpuasa (intermittent fasting) sangat membantunya dalam mengekalkan berat badan ideal dan telah mengamalkannya sejak tiga tahun lalu. Bagi amalan itu, Izzat memberitahu dia akan berpuasa selama 16 jam di mana dia hanya minum air kosong dan makan selepas lapan jam.

“Kebiasaannya, saya akan berpuasa lebih daripada dua hari sebelum merakamkan video untuk saluran YouTube. Cara itu, saya tidak mempunyai masalah mengambil 5,000 kalori pada satu masa.

Tempoh paling lama saya berpuasa (tidak makan dan hanya minum air) adalah tujuh hari. Pada hari biasa, saya hanya makan sehari sekali

“Tempoh paling lama saya berpuasa (tidak makan dan hanya minum air) adalah tujuh hari. Pada hari biasa, saya hanya makan sehari sekali,” kongsinya. Bagaimanapun Izzat mengakui keluarga terutamanya isterinya sentiasa berasa bimbang tentang tabiat pemakanan dan kesihatannya serta sering mengingatkannya tentang kepentingan kesihatan.

“Senaman sudah menjadi rutin saya. Setiap video yang dirakamkan sudah ada perancangan terperinci terlebih dahulu. Ia bukan sekadar apa yang saya makan tetapi apa saya akan buat selepas itu. Lagi banyak saya makan, maka bertambah tempoh saya bersenam. Sebelum pandemik, saya pernah berbasikal ke seluruh Malaysia dalam tempoh tujuh hari dan ia pencapaian luar biasa selain saya boleh makan apa sahaja selepas itu,” ujarnya.

Bercakap mengenai makanan, Izzat memberitau burger dan stik adalah kegemarannya. Selain itu, video kegemaran yang pernah dihasilkan adalah ketika makan ais krim. “Saya cukup suka stik dan burger. Satu bahagian stik tidak pernah cukup untuk saya!,” katanya.

Izzat memberitahu kebiasaannya dia akan menguruskan sendiri rakaman untuk salurannya.

“Saya boleh makan ais krim dalam sekelip mata… sebab saya perlu buat demikian atau ia akan cair. Ia juga boleh menyejukkan badan dalam cuaca yang panas,” katanya. Dedah Izzat lagi, kebanyakan makanan yang ditunjukkan di dalam videonya adalah dibeli sendiri namun turut mendapat permintaan untuk membuat review daripada penaja.

Bercakap kerja-kerja di sebalik tabir, Izzat memberitahu kebiasaannya dia akan menguruskan sendiri rakaman untuk salurannya namun ada pasukan khas bagi membantunya jika dia membuat review restoran. Memandangkan salurannya sudah mencecah sejuta pengikut, Izzat memberitahu dia perlu bekerja lebih keras dalam menampilkan video lebih menarik.

“Apabila anda meletakkan kerja keras dan dedikasi dalam apa juga anda lakukan, ia dapat membantu kejayaan anda. Bahan yang diberikan mestilah yang terbaik dan konsisten dalam apa sahaja perkara dilakukan. Paling penting, jadi diri sendiri kerana penting untuk mempunyai identiti sendiri serta tidak takut mencuba sesuatu yang baharu,” ujarnya.

Ada Yang Bangga Hilang 50 Kg Dalam Masa 3 Bulan. Pakar Diet Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Diet Yang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Ada Keburukannya

Salah satu perkara yang ramai orang kita impikan adalah memiliki tubuh badan yang ideal, pasti akan ter inspired bila tengok kebolehan individu yang mampu turun kan berat badan dalam masa yang singkat bukan?Tapi sebenarnya, pakar diet Jazeera Julaili berkata cara itu bukan makin menyihatkan malah akan memudaratkan lagi diri tau!

Memandangkan dah musim-musim hujung tahun dan ramai dah tanam azam nak kurus, hadamkan perkongsiannya ini supaya dapat membuka mata kita semua bahawa penurunan berat badan secara drastik ini bahaya kerana….Boleh rosakkan jantung!

Menurut Jazeera, ada sebab kenapa dietitian/nutritionist menasihatkan seseorang yangt ingin menurunkan berat badan itu, dilakukan secara perlahan-lahan dan teratur. Turun berat tapi tambah sakit lain, untuk apa?”Kata Jazeera, cara dietyang salah boleh membuatkan seseorang itu kekurangan nutrisi dan sekaligus boleh menghilangkan lemak dan secara langsung akan menghilangkan jisim otot juga (muscle mass).

Kesannya, salur darh akan jadi rosak dan membuatkan kadar denyutan jantung (heart rate) akan semakin menurun.Jantung susah nak pump darah, cardiac arrest, jantung in a very fragile mode. kita pulak pergi gym, buat exercise lebih dari HR. Sebab nak turun berat cepat. Push beyond limit katanya.”

Disebabkan itu, risiko untuk menghadapi kegagalan jantung berfungsi amatlah tinggi. Katanya, lagi cepat turun berat, lagi cepat jugalah kena. Maka lagi banyak komplikasi pada kesihatan korang.“Kita bukan sembang saja saja lose 0.5-1.0kg/week berat badan tu. Ada sebab.

This is one of the reason. 500 x 7 hari. = 3500Kcal deficit = 1kg weight lost. Kita nak make sure, lose weight tp nutrient cukup. Tak bagi pressure kat you. Mntal health, physical health terjaga.”Disebabkan itu, Jazeera menasihati untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, lakukanlah dengan secara teratur dan tak perlu nak terburu-buru.Remember this.

Qoute this if you need this. GREAT THINGS TAKE TIME. Losing weight faster than the other does not make you superior. It does not make you a warrior, oh one more losing weight bukan penyebab you boleh jadi coach orang tiba tiba.”Apa yang boleh dirumuskan diri adalah cara kita ‘catu makanan’ dan bersenam melampaui had kemampuan kita itu sebenarnya boleh memudaratkan kita.Jadi, Jazeera ada pesan adalah lebih baik kalau kita makan secara calorie deficit yang betul. Malah, pesannya lagi, kita boleh membuat pemeriksaan darah dan ujian penanda jantung (cardiac marker).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *