Pemuda ini tak sangka bila rider food panda boleh pula ambil tindakan ini setelah dia tersadai tepi jalan kerana ini. Sekali perkongsiannya raih perhatian warganet.

Amalan Kehidupan Keluarga Viral

Pemuda ini tak sangka tindakan mulia seorang rider ini yang sudi tampil untuk beri bantuan pada dua beranak yang tersadai di tepi jalan yang kebanyakannya meraih perhatian positif warganet. Kini banyak perkongsian yang mula tular di media sosial soal kebaikan pekerja syarikat penghantaran makanan (rider) yang dikongsikan oleh warganet.

Dalam kesibukan menghantar pesanan makanan pelanggan, mereka masih sempat memberi pertolongan sekiranya terserempak dengan individu yang dalam kesusahan. Baru-baru ini tular kisah seorang rider yang sempat membelikan makanan dan minuman kepada dua beranak yang tersadai di tepi jalan kerana tayar kereta mereka pancit. Kisah rider berkenaan menjadi tular selepas dikongsikan oleh pemandu kereta berkenaan di Facebook sehingga meraih hampir 800 perkongsian.

“Terima kasih Rider Foodpanda TCB 1570 sebab bawa makanan dan minuman untuk anak saya masa kereta tersadai sebab pancit. Ayat dia, ‘saya nak tolong repair tak reti, saya bawa minuman untuk abang dan anak je la sebab cuaca panas. Saya tolong ikhlas bang’. Nak bayar untuk air dan biskut pun tak nak ambil duit,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.

Ketika berkongsi cerita, pemandu berkenaan, Zairam Neezar berkata dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, dia sedang dalam perjalanan dari Bangsar ke kediamannya di Cyberjaya bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun.

Zairam Neezar berkongsi kisah kebaikan seorang rider menerusi satu perkongsian di Facebook.

“Saya baru lepas ambil anak dari kelasnya. Masa dalam perjalanan, tiba-tiba anak saya beritahu terdengar macam bunyi sesuatu. Tak lama selepas tu saya rasa dah tak sedap kemudian berhenti dekat tepi jalan. Bila turun kereta, tengok-tengok tayar belakang di sebelah kiri bocor. Saya minta anak keluar dan duduk dekat tempat selamat di tepi jalan, sementara tu tunggu rakan datang. Masa itulah rider Foodpanda ni datang. Dia kata dah dua kali trip hantar makanan tapi nampak saya masih dekat tepi jalan. Katanya, nak tolong repair tak pandai jadi dia mampu belikan makanan dan minuman sebab takut lapar,” ceritanya ketika mengimbas semula detik ketika bertemu dengan rider berkenaan.

Tanpa disangka, rider yang membantu Zairam Neezar adalah sepupu kepada rakannya.

Terharu dan terkejut dalam masa yang sama, lelaki berusia 34 tahun ini berkata dia sempat menawarkan untuk membayar semula harga makanan yang diberikan namun rider berkenaan menolak kerana berniat ikhlas untuk membantu.

“Segala-galanya berlaku dengan pantas. Saya sempat tanya nama, tak sempat nak minta nombor telefon sebab masa tu rider berkenaan minta diri untuk menghantar pesanan makanan yang seterusnya. Saya ambil keputusan untuk buat perkongsian dekat Facebook kerana menghargai jasa baik rider tersebut… dalam sibuk cari rezeki tapi masih sempat hulurkan pertolongan. Dalam masa yang sama, saya nak kongsikan mesej positif daripada kisah ini,” ujarnya yang juga seorang kakitangan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Saya minta rakan bawa sepupunya tu datang rumah apabila situasi pandemik Covid-19 reda sikit nanti. Boleh kenal-kenal dengan insan baik hati ini.

Tambah lelaki ini lagi, dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, namun bersyukur kerana rata-rata warganet bukan sahaja memberikan komen positif malah mendoakan rider berkenaan.

Namun paling tidak disangka, dia akhirnya mengetahui identiti rider berkenaan selepas dihubungi rakannya yang melihat perkongsian tersebut.

“Nak dijadikan cerita, betapa kecilnya dunia… rupa-rupanya rider itu sepupu kepada rakan saya. Kata rakan, sepupunya itu baru datang ke ibu kota dari Muar untuk bekerja sebagai rider.

Rata-rata warganet memuji sikap mulia rider berkenaan yang masih sempat menghulurkan pertolongan ketika sibuk bertugas.

“Gembira bila dapat tahu sebab masa hari tu tak sempat nak tanya dan bersembang lebih. Saya minta rakan bawa sepupunya tu datang rumah apabila situasi pandemik Covid-19 reda sikit nanti. Boleh kenal-kenal dengan insan baik hati ini. Apa yang boleh saya katakan, saya bersyukur dipertemukan dengan insan yang baik masa dalam kesusahan. Mungkin dah rezeki saya dan anak hari tu… namun saya yakin, jika orang lain yang mengalaminya pasti dia akan buat perkara yang sama,” katanya lagi.

Tular Pengalaman Abang Food Panda Ini Bila Dapat Pesanan Di Suatu Tempat Misteri Ini. Tapi Bila Dihubungi Ini Pula Yang Berlaku.

Dunia yang serba teknologi ini, sangatlah menyenangkan kehidupan seseorang itu dalam hariannya. Sebagai contoh, aplikasi makanan antara dunia teknologi yang dapat membantu kehidupan seseorang serba sedikit. Walaupun begitu, tular pula video yang dikongsikan seorang penghantar makanan yang digelar Abang Panda, di laman Tiktok berkongsikan nasibnya yang ditipu oleh pelanggan misteri. Lebih misteri lagi, apabila pelanggannya itu meminta supaya dia menghantar makanan tersebut di tempat perkuburan Cina. Bila telefon tak angkat pula, haish seram!

Sekarang siapa yang order?

Menerusi video TikTok itu, lelaki ini menceritakan pengalamannya menghantar makanan yang ditempah oleh seorang pelanggan di tempat perkuburan Cina. Namun, apa yang lebih pelik apabila dia cuba untuk menghubungi pelanggannya itu, namun panggilan tersebut tidak dijawab. Malahan, ketika sampai di tempat tersebut, tidak kelihatan sesiapa pun melainkan hanya kubur yang berada di situ.

Ada orang ordercall tak angkat. Memang prank orderlocation dia bagi dekat kawasan perkuburan Cina. Persoalannya siapa yang order dekat sini? Manalah tahu penggali kubur yang order. Jelasnya lagi, tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung menyusahkan ramai pihak dan dia terpaksa membatalkan pesanan itu. Pada masa yang sama, dia juga sempat membayangkan jika pesanan itu diterima pada waktu malam dan dia terpaksa menghantar makanan itu secara bersendirian di tempat yang sunyi.

Prank order memang berlaku, setiap minggu mesti ada rider yang kena. Seseorang rider tu tak tahu pon dia kena prank ke apa unless lepas dia pick up makanan tu. Sebelum buat tu fikir dulu, jangan menyusahkan rider. Menerusi video kedua, lelaki ini turut menceritakan jika seseorang itu bertindak melakukan prank order perkara itu secara tidak langsung merugikan pelbagai pihak termasuk rider itu sendiri. Malahan, pemilik akaun itu juga boleh disekat dan tidak boleh lagi membuat sebarang pesanan pada masa yang akan datang. Takkan penggali kubur yang order?

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *