Sanggup ambil gambar pengantin kat atas bumbung rumah. Jurugambar ini dedah cerita di sebalik penggambaran itu dibuat

Viral

Luar biasa sangat ni! Difahamkan penggambaran outdoor pengantin yang dilakukan di atas bimbang teah mengundang perhatian warganet lepas ia tular di Tiktok. Menerusi perkongsian tersebut, ia memaparkan jurugambar tersebut sedang rakam aksi pengantin wanita yang lengkap dengan persalinan serba putih di atas bumbung rumah dua tingkat

Difahamkan, jurugambar bernama Ariff Rosly berkata idea untuk membuat penggambaran outdoor di atas bumbung muncul secara spontan selepas berbincang dengan pengantin.”Jadi buat keputusan sho0t dekat rumah saja. Di tingkat dua rumah itu kebetulan ada laluan untuk ke bumbung. Pengantin perempuan kata dia memang selalu naik atas tu. Bila bincang, pengantin setuju outdoor atas bumbung.”Mula-mula tanya juga pengantin, kalau tak okay tak perlu buat di situ tapi dia okay saja. Maka terjadilah penggambaran outdoor di atas bumbung,” jelas jurugambar berusia 25 tahun ini.

Kata Ariff, penggambaran tersebut dilakukan hanya melibatkan pengantin perempuan sahaja memandangkan ketika itu pengantin lelaki kurang sihat.Ujarnya, masa yang diambil untuk penggambaran tersebut juga hanya sekitar 15 minit.”Pengantin perempuan ada ‘background’ sebagai seorang model, jadi tidak sukar untuk dia melakukan pelbagai ‘pose’,” ujarnya.

Tambah Ariff lagi, dia menerima reaksi bercampur terhadap perkongsian video berkenaan, sama ada komen negatif dan juga positif.”Ada yang komen idea outdoor atas bumbung sangat kreatif dan berikan inspirasi… lain daripada yang lain dan sebagainya.”Namun ada juga yang berikan komen negatif contohnya aspek keselamatan. Ada juga yang komen kata gambar pengantin ‘overexposed’.

“Sebenarnya selepas pulang dari sh0oting, saya terus edit dan gunakan telefon bimbit saja sebab nak share dalam media sosial. Ia bukanlah hasil akhir suntingan. Semestinya team saya akan berikan yang terbaik untuk client,” katanya sambil menambah dia dan rakan-rakannya sedang membuat persiapan untuk membuka studio, bulan depan.Bercerita lebih lanjut, Ariff yang mempunyai ijazah dalam bidang fotografi berkata, seorang jurugambar perlu kreatif khususnya ketika berdepan dalam situasi tidak dijangka sewaktu penggambaran.

Tak lokek bercerita “Pernah shot dekat majlis perkahwinan di Forest Valley, nak dijadikan cerita ketika itu pula hujan jadi terpaksa tukar plan.”Ada satu tempat di lokasi tu, dindingnya cantik dengan ukiran kayu. Jadi kami shot pengantin di situ saja. Alhamdulillah pengantin happy dan puas hati sebab tak sangka hasilnya menarik.”Sama kes macam outdoor atas bumbung ni, kerana kekangan PKP maka jurugambar kena lebih kreatif. Perlu ada plan A dan juga plan B,” ujarnya yang berkecimpung dalam bidang fotografi sejak 2014.

Dilabelkan Sebagai Antara Pasangan Kahwin Campur Yang Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia. Warganet Terhibur Lihat Pasangan Malaysia Amerika Ini

Keluarga Kumaar menarik perhatian ramai selepas video ‘burung merah’ menjadi tular, baru-baru ini.BUKAN mudah bagi pasangan yang berasal dari dua negara yang berbeza untuk menyesuaikan diri dalam budaya masing-masing.Sudah tentu aspek seperti agama, adat resam, makanan, bahasa pertuturan, pakaian dan sebagainya menjadi antara perkara utama yang menjadi cabaran.

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Amerika ini yang mula meraih tumpuan ramai sejak kebelakangan ini.Baru-baru ini video gelagat Logesh Kumaar dan isterinya, Rachel Kumaar yang sedang membeli belah di sebuah pasaraya menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter.

Menerusi video tersebut, berlaku situasi lucu di mana Rachel yang sedang mencari bawang merah tersasul menyebut ‘burung merah’, malah dengan yakin mengulang perkataan tersebut ketika ditanya oleh suaminya.”Bukan senang nak ajar isteri omputih (orang putih) Bahasa Melayu. Tapi saya akan terus mencuba sampai dia fasih,” demikian kapsyen pada video tersebut yang mencecah 16,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, Logesh yang berasal dari Selangor berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial.Gelagat keluarga ini yang dipaparkan menerusi saluran YouTube Kumaar Family menarik perhatian ramai.“Mula-mula rasa terkejut tengok reaksi warganet tetapi kami gembira kerana dapat membuatkan ramai orang ketawa dan terhibur. Matlamat memperkenalkan Malaysia memang lebih senang dengan sokongan rakyat Malaysia,” kata lelaki berusia 33 tahun ini yang kini menetap di California.

Logesh yang bekerja sebagai Media Strategist di sebuah agensi pemasaran di Amerika berkata, dia sememangnya menerapkan budaya masyarakat Malaysia dalam kehidupan keluarga kecilnya kerana mahu mengangkat identiti negara yang begitu indah.”Ya, saya memang selalu mengajar pasal budaya, pakaian dan perayaan Malaysia. Kalian boleh melihat video-video kami di YouTube channel yang ada merayakan Hari Raya, Deepavali dan juga sekeluarga memasak banyak masakan Malaysia termasuk nasi lemak, nasi ayam, kuih-muih dan banyak lagi.

“Dari mula, saya rasa kaedah terbaik mengajar isteri adalah melalui pengalaman bertutur dalam bahasa Melayu hari-hari.”Rachel kadang-kala stres kerana tak boleh faham bila kami bertutur dalam bahasa lain tetapi dia memang rasa seronok boleh belajar bahasa baharu. Dari mula kami dating pun, Rachel dah suka loghat saya bercakap bahasa Melayu,” katanya sambil menambah isterinya gemar menikmati hidangan ayam rendang, kuih Puteri Ayu dan teh tarik, selain gemar mengenakan sari.

Logesh menerapkan budaya Malaysia bukan sahaja kepada isteri, malah anak-anaknya turut diajar mengenali budaya Malaysia.Tambah Logesh, sebelum berpindah ke luar negara, dia sendiri tidak kisah mengenai budaya dan adat resam negara sendiri, namun situasi itu berubah selepas menetap di negara Uncle Sam itu.

“Setelah menetap di sini, baru saya sedar bahawa budaya kita memang sangat indah dan ia lambang identiti saya. Hargailah budaya dan asal usul kita kerana kitalah ‘duta’ kecil mewakili negara tercinta apabila merantau ke negara asing. Jangan malu untuk mempamerkan cara-cara hidup kita,” ujarnya.

Memiliki akaun YouTube, Kumaar Family yang mendapat 112,000 langganan sejak ditubuhkan pada Mei 2020, Logesh berkata idea asal mewujudkan akaun itu tercetus ketika tempoh kuarantin dikuat kuasakan di negara tersebut.”Dari mula, kami hanya memilih untuk membuat video pasal budaya dan makanan Malaysia kerana ramai di luar negara tidak pernah dengar pasal Malaysia. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.

“Mula-mula kami memang tak sangka ramai orang akan menyukai konten kami ini kerana trend masa sekarang adalah video pranks (gurauan) dan juga video lawak. Tetapi kami tetap nak membuat konten yang kami suka dan mewakili identiti keluarga kami sebenarnya.”Dan kami sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia. Memang tidak boleh terus buat lebih banyak video tanpa sokongan semua,” ujarnya.

Dilabelkan sebagai antara pasangan kahwin campur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, bapa kepada Zaden Kumaar dan Kyren Kumaar ini begitu terharu dengan sokongan yang diterima.Kumaar tidak pernah melupakan adat dan budaya negara sendiri meskipun sudah 10 tahun menetap di Amerika.

“Kami masih rasa kami orang biasa. Tapi kami gembira kerana dapat mempamerkan yang pasangan interracial boleh hidup dengan harmoni antara satu sama lain sambil belajar mengenai budaya masing-masing,” ujarnya.Sudah menetap di negara itu hampir 10 tahun, Logesh mengakui dia begitu rindu untuk pulang ke Malaysia, namun terpaksa memendamkan hasrat tersebut susulan situasi pandemik Covid-19.

“Kali terakhir pulang ke Malaysia adalah 2019. Kami selalu balik sekali setiap tahun tetapi terpaksa membatalkan pelan balik 2020 kerana Covid-19. Sebaik sahaja situasi Covid tenang sedikit, kami akan terus pulang melawat Malaysia kesayangan kami,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *