Perubahan ketara pada diri Kamal Adli. Kamal Adli tampil jelaskan tentang perubahan dirinya yang meriah perhatian warganet

artis

Sejak kebelakangan ini,pelakon Kamal Adli dikatakan sudah lama menyepi dari media sosial sejak dia dedahkan dirinya jalani kuarantin selepas disahkan positif covid19. Terbaru Kamal Adli kongsikan khabar terbarunya.

Kataanya”Saya dah kembali, lama hilang sebabkan hari tu positif Covid-19. Lepas tu kuarantin dan sekarang Alhamdulillah dah negatif, syukur.”Sekarang saya dah masuk set drama baru, DUIT, best cerita ni fasal scmmer,” katanya.Kali terakhir Kamal memuat naik fotonya di Instagram adalah pada 4 Januari lalu.

Kebanyakan peminat mendoakan kesihatan kekasih kepada pelakon Uqasha Senrose itu selain ada yang menegur bentuk badan aktor itu semakin susut berbanding sebelum ini.”Kenapa nampak pucat dan kecut.”Laa Covid ke, moga sihat sepenuhnya dan kembali ceria.

“Alhamdulillah, patutlah sepi… apa pun jaga diri ya. Semoga sentiasa dijauhi daripada perkara yang tidak diinginkan,” tulis waragent.Pelakon Fizo Omar dan Roy Azman turut menitipkan ucapan buat Kamal dan mengharapkan aktor itu kekal sihat dan bertenaga seperti biasa.Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan turut pernah dijangkiti virus Covid-19 antaranya Alif Satar, Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Aprena Manrose dan PU Riz.

Lepas Terbongkar Pasal Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Akhirnya Kamal Adli Tampil Buka Mulut Bongkarkan Tatikh Pernikahan Mereka

” Saya sudah cukup gla atas pentas ketika melamar Uqasha. Saya cuma minta doa yang baik-baik daripada peminat,” Demikian kata-kata pelakon Kamal Adli yang secara berseloroh menceritakan detik beliau melamar Uqasha Senrose di atas pentas minggu lalu.

Kisah sensasi itu lantas mendapat perhatian seluruh peminat kedua pasangan tersebut yang kini tertanya-tanya bila mereka akan mendirikan rumahtangga. Selepas melam4r aktres jelita, Uqasha Senrose secara langsung dalam program Anugerah MeleTOP Era 2020 minggu lalu, Kamal Adli mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya itu pertengahan tahun depan.

Perkara tersebut dimaklumkan secara eksklusif oleh Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 34, kepada Kosmo! semalam. ” Buat masa ini, tarikh terpaksa dirahsiakan dahulu sebab masih berbincang dengan kedua-dua keluarga.

Nikah pada pertengahan tahun depan, selepas Aidilfitri

”Namun, jika tiada aral melintang, Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun depan selepas Aidilfitri,” kata pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu. Aidilfitri dijangka disambut pada 1 Syawal, 13 Mei 2021. Bagaimanapun, Kamal mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua peminat agar urusan perkhwinannya dengan Uqasha Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, dipermudahkan.

” Sebenarnya, saya tidak berani nak cakap lebih-lebih sebab keluarga masing-masing sedang uruskan hal ini. Sementara itu, Kosmo! turut mendapatkan reaksi daripada Uqasha sendiri. Menurut Uqasha, urusan pernikahan lebih baik ditentukan Kamal kerana dia seorang lelaki.

” Lebih baik tanya Kamal sendiri sebab tak manis untuk saya ber­suara lebih sebagai seorang wanita. Cukuplah apa yang digembar-gemburkan ketika saya dilamar secara langsung tempoh hari. ” Selebihnya, seperti tarikh majlis, persiapan dan sebagai­nya biarlah kami uruskan sendiri tanpa menghebohkan kepada umum,” ujar Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia Senrose.

Kamal dan Uqasha Senrose mula digosipkan bercinta sejak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang tahun lepas. Gosip cinta mereka semakin bertiup kencang apabila kembali digandingkan sebagai teraju utama menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa yang berakhir sia­rannya bulan lalu.

Pada Oktober lalu, Kamal dan Uqasha dalam sebuah video yang dikongsikan pengarah drama terbabit, Michael Ang mengakui ada menghadiri kursus pra­perkahwinan. Sebelum ini, beberapa selebriti pernah membuat kejutan melam4r kekasih menerusi siaran langsung termasuk aktor Paskal, Hairul Azreen yang melamar kekasihnya, Hanis Zalikha pada program Gegar Vaganza. Selain itu, selebriti popular Awal Ashaari juga pernah membuat kejutan melamar kekasih hatinya, Scha Al-Yahya secara langsung pada program Propaganza

Sumber:k0smo via limauais

Ada Yang Kata Hanyalah Gimik Semata. Sekali Pihak Astro Bersuara Dedahkan Sesuatu Tentang Kejutan Lamaran Kamal Adli Buat Uqasha Senrose.

Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad tampil menjelaskan tentang kejutan lamaran yang dibuat pelakon Kamal Adli untuk Uqasha Senrose di Anugerah MeleTOP Era (AME2020), semalam. Kata Raqim, dia tidak boleh memberi komen bagi pihak Kamal tetapi apa yang boleh dikongsikan adalah ahli keluarga sudah mengetahui tentang plan tersebut.

“Saya tidak boleh memberikan komen bagi pihak Kamal secara terperinci. “Akan tetapi apa yang boleh saya kongsi adalah mereka dah berbincang dengan ahli keluarga masing-masing terlebih dahulu.”Itulah perkara yang paling penting apabila mereka menyatakan hasrat melakukan lamaran tersebut.

Paling penting dapatkan dahulu restu ahli keluarga,” katanya.Tambahnya lagi, dia mencadangkan kepada Kamal untuk berkongsi momen manis itu pada malam AME 2020.”Jadi apabila Kamal mencari platform sesuai untuk berkongsi tentang hubungan mereka ke arah yang lebih serius, kami cadang mengapa tidak di AME yang akan datang.

“Di situ platform yang boleh berkongsi berita itu bersama peminat,” katanya lagi. Semalam, Kamal dan Uqasha mengakhiri speklasi hubungan mereka apabila aktor itu membuat kejutan dengan melamar aktres itu untuk berkahwin.

Lamaran Kamal Adli Hanyalah Gimik Semata Mata. Akhirnya Juru Mekap Uqasha Senrose Tampil Bongkarkan Segalanya. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi

Malam tadi, seluruh peminat industri hiburan seni dikejutkan dengan ‘aksi’ pelakon Kamal Adli berlutut dan melamar Uqasha Senrose di atas pentas. Kamal Adli, 34, membuat lamaran itu ketika mereka berdua menjadi penyampai anugerah dalam Anugerah MeleTOP 2020 (AME 2020).

Bukan sahaja peminat, kesemua rakan artis dan hadirin teruja melihat ‘aksi’ tersebut yang mengakhiri spekulasi hubungan cinta mereka. Aksi itu berlaku secara spontan di mana Kamal melutut dan bertanya sama ada Uqasha sudi berkahwin dengannya. Ia disambut dengan jawapan ‘ya’ sebelum Kamal menghadiahkan sebentuk cincin buatnya.

” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” tanya Kamal Adli sambil berlutut. ” Awak ni sedang ‘promote’ drama baharu kita ke?” tanya Uqasha yang nyata terkejut dengan lamaran berkenaan. Meski demikian, Uqasha, 28, meminta Kamal untuk mengulang lamaran tersebut.

” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” ulang Kamal Adli. ” Yes,” jawab Uqasha yang memakai pakaian dengan warna sedondon hitam sambil disusuli dengan sorakan gemuruh para hadirin. Diketahui, Uqasha menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels. Spekulasi hubungan mereka hangat diperkatakan sebelum ini.

Ia selepas keduanya sering berganding dalam drama, termasuk yang terkini Perempuan Tanpa Dsa. Ramai pihak bertanyakan adakah lamaran Kamal Adli itu hanyalah sekadar gimik? Adakah mereka sudah rancang dari awal? Adakah mereka akan betul-betul berkahwin?

Setakat ini belum ada apa-apa kenyataan rasmi keluar dari mulut kedua-dua pasangan Kamal Adli dan Uqasha selepas majlis Anugerah MeleTOP 2020 (AME 2020) yang berlangsung malam tadi. Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di IG Story Uqasha Senrose, beliau seakan mengiyakan lamaran Kamal Adli itu berlaku tanpa dirancang.

Uqasha terkejut, betul-betul menangis sebab tak sangka

Uqasha yang berkongsi entri jurumekap artis, beliau mengatakan Uqasha menangis dan dalam keadaan terkejut sebaik turun dari pentas. ” Kitorang semua tak tahu, serious. Uqasha pun!! Tu dia turun-turun masih terkejut, dia betul-betul menangis tadi wey sebab dia nervous lain sebenarnya.

” Sekali kena lamar dengan Kamal, lagi lahh tak terkata dia hahaha..Alhamdulillah.”, tulis entri tersebut.

Sementara itu, meskipun Uqasha belum memuatnaik status terbaru di akaun media sosial beliau, namun para peminat dan rakan artis tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada beliau.

Terdahulu, pasangan pelakon yang hangat digosipkan bercinta itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan pada sekitar Oktober lalu. Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu.

Hubungan itu terserlah apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating?’ bersama foto mereka, beberapa bulan sebelum itu. Selain itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga.

Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/21/uqasha-tak-tahu/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *