Sanggup buat pesanan walaupun dalam keadaan banjir. Perkongsian tentang penghantar makanan ini raih perhatian ramai

Viral

Umumnya, hampir semua orang tahu pengahantar makanan yang boleh dikatakan menjadi satu trend di Malaysia dan luar luar negara. Ia juga menjadi pilihan orang ramai kerana mudah dan menjimatkan masa. Namun begitu,lain pula ceritanya lepas tular satu video di media sosial memperlihatkan seorang lelaki dipercayai meredah banjir semata hantar makanan kepada pelanggannya.

Jika dilihat perkongsian tersebut,ia memaparkan keadaan di sebuah kawasan di Indonesia yang dilanda banjir. Dan lebih mengejutkan sekali apabila terlihat seorang lelaki sanggup redh banjir sambil pegang sebungkus beg plastik dan telefon bimbit di tangan.

Berdasarkan sumber, lelaki itu merupakan seorang pengahnatar makanan dan dia memang sedang mencari rumah untuk hantar makanan yang dipesan oleh pelanggannya. Walaupun paras air banjir tinggi hingga ke dada tetapi ianya langsung tidak menghalang lelaki itu daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai penghantar makanan.

Tambahan pula,perkongsian itu telah mendapat respon daripada warganet dan kenbanyakannya menganggap pelanggan tersebut tak sepatutnya berbuat sedemikian kerana ianya membahayakan keselamatan pengahntar makanan dan ada juga yang mengatakan penghantar makanan ersebut terpaksa terima untuk menambahkan pendapatannya

Kenangan Sebagai Rider Sebelum Balik Ke Mesir. Pemuda Ini Cerita Kisah Di Sebalik Tular Gambar Dia Bersama Panda Pada Hari Terakhir.

Baru baru ini, beberapa foto suntingan yang memaparkan seorang rider penghantar makanan tular dalam kalangan warganet. Pemuda yang bernama Ahmad Uzair Abd Halim 22, sempat menjelaskan semula makna dan simbolik di sebalik penghasilan gambar tersebut. Jelas penuntut bidang SYariah Islamiah di Universiti Al-Azhar,Mesir itu,Ahad lalu menjadi hari terakhir dia melakukan kerja sambilan sebagai rider bagi syarikat Foodpanda.

“Selepas balik ke Malaysia pada April lalu, saya ada buat perkhidmatan fotografi perkahwinan. Saya sekadar nak cari pendapatan tambahan.”Tapi job wedding banyak cancel, dah tak banyak… kemudian saya beralih jadi rider pada Disember lalu.”Lama-lama makin seronok, kerja yang santai. Tapi hari Ahad lepas saya dah gntung beg, sebab 16 Februari ini, InsyaAllah saya akan balik ke Mesir,” ujarnya.

Lebih gemar disapa Jai, dia akui foto yang mula tular merupakan hasil suntingannya sendiri. Katanya,minat ke arah bidang fotografi sudah bercambah sejak dia di bangku sekolah menengah lagi.” Saya setting kamera dan minta kawan tolong ambil gambar. Simbolik hari terakhir kerja. Saja nak bagi ada kenangan.

“Saya sekadar kongsi di Twitter, terkejut boleh ‘melet0p’ macam tu. Tapi Alhamdulillah semua komen positif.”Rasa seronok juga. Orang makin kenal bakat. Mungkin ramai tak tahu saya selalu buat manipulasi foto, .”Saya sebenarnya minat fotografi sejak Tingkatan 4. Saya belajar sendiri, bermula dari bawah.

“Sebelum ni pakai kamera telefon, tahun lepas baru saya beli kamera sendiri,” ujarnya yang dijangka menamatkan pengajian di Mesir dalam tempoh tiga tahun lagi.Menurut anak ketujuh daripada lapan beradik itu, dia juga berharap agar Covid-19 di negara ini cepat berakhir.

Dia juga sempat menitipkan pesanan kepada mana-mana pelajar di luar sana agar tidak takut untuk mencari kerja sambilan, sebagaimana yang dilakukannya.”Saya harap Covid-19 cepat berakhir. Kalau kata ada niat nak bekerja sambil belajar, boleh teruskan.”Sekarang banyak belajar online, mungkin ada masa untuk buat benda lain untuk cari pendapatan. Berniaga online pun boleh,” ujarnya lagi.Sehingga kini, foto pelajar itu bersama seekor panda menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Disebabkan Pelanggan Cancel Beratus Pesanan Ini. Rider Foodpanda Ambil Inisiatif Ini Pula Pada Pesanan Itu.

Bersedekah merupakan satu amalan yang mulia. Terutamanya apabila kita bersedekah dengan ikhlas, ia akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang kisah seorang pelanggan yang membatalkan ‘order’ makanan berharga ratusan ringgit melalui seorang ‘rider’ Foodpanda.

‘Rider’ yang dikenali sebagai Anas Mansor berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila pelanggannya memberikan alamat yang salah, sekali gus membuatkan dirinya terpaksa menunggu dan berpanas di bawah cahaya matahari terik.

Namun, apa yang lebih mengecewakan adalah pelanggan berkenaan bertindak tidak menjawab panggilan walaupun Anas sudah banyak kali menghubunginya. Anas yang kebingungan dengan situasi menimpanya itu, akhirnya bercadang untuk melakukan sedekah makanan tersebut kepada orang ramai di kawasan berdekatan.

Sambil menunggang motor, Anas mencari kelibat orang sebelum mengagihkan satu per satu makanan kepada mereka. Dari ‘rider’ lain hinggalah penjual jeruk tepi jalan malah, pelajar sekolah juga tidak terkecuali mendapat makanan yang diberi oleh ‘rider’ pemurah tersebut.

Tindakan ‘rider’ itu telah meraih pujian ramai warganet yang membanjiri ruang komen menerusi aplikasi TikTok. Mereka teruja melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Anas, walaupun pada awalnya dia telah dianiaya oleh orang lain.Alhamdulillah, sikap tidak mementingkan diri dan pemurah Anas wajar dicontohi oleh orang ramai di luar sana. Semoga murah rezeki! Sumber: TikTok @anasmansor99

Tular Pengalaman Abang Food Panda Ini Bila Dapat Pesanan Di Suatu Tempat Misteri Ini. Tapi Bila Dihubungi Ini Pula Yang Berlaku.

Dunia yang serba teknologi ini, sangatlah menyenangkan kehidupan seseorang itu dalam hariannya. Sebagai contoh, aplikasi makanan antara dunia teknologi yang dapat membantu kehidupan seseorang serba sedikit. Walaupun begitu, tular pula video yang dikongsikan seorang penghantar makanan yang digelar Abang Panda, di laman Tiktok berkongsikan nasibnya yang ditipu oleh pelanggan misteri. Lebih misteri lagi, apabila pelanggannya itu meminta supaya dia menghantar makanan tersebut di tempat perkuburan Cina. Bila telefon tak angkat pula, haish seram!

Sekarang siapa yang order?

Menerusi video TikTok itu, lelaki ini menceritakan pengalamannya menghantar makanan yang ditempah oleh seorang pelanggan di tempat perkuburan Cina. Namun, apa yang lebih pelik apabila dia cuba untuk menghubungi pelanggannya itu, namun panggilan tersebut tidak dijawab. Malahan, ketika sampai di tempat tersebut, tidak kelihatan sesiapa pun melainkan hanya kubur yang berada di situ.

Ada orang ordercall tak angkat. Memang prank orderlocation dia bagi dekat kawasan perkuburan Cina. Persoalannya siapa yang order dekat sini? Manalah tahu penggali kubur yang order. Jelasnya lagi, tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung menyusahkan ramai pihak dan dia terpaksa membatalkan pesanan itu. Pada masa yang sama, dia juga sempat membayangkan jika pesanan itu diterima pada waktu malam dan dia terpaksa menghantar makanan itu secara bersendirian di tempat yang sunyi.

Prank order memang berlaku, setiap minggu mesti ada rider yang kena. Seseorang rider tu tak tahu pon dia kena prank ke apa unless lepas dia pick up makanan tu. Sebelum buat tu fikir dulu, jangan menyusahkan rider. Menerusi video kedua, lelaki ini turut menceritakan jika seseorang itu bertindak melakukan prank order perkara itu secara tidak langsung merugikan pelbagai pihak termasuk rider itu sendiri. Malahan, pemilik akaun itu juga boleh disekat dan tidak boleh lagi membuat sebarang pesanan pada masa yang akan datang. Takkan penggali kubur yang order?

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *