Jangkitan Virus Selsema Burung H5N8 pula dikesan. Kini dilaporkan seramai ini dijangkiti di kawasan ini pula.

Dunia ISU SEMASA Semasa

Tujuh orang di selatan Rusia dilaporkan telah dijangkiti virus selsema burung H5N8, menjadikan ini kes pertama di dunia yang melibatkan manusia. Maklumat berkenaan kes ini telah dihantar ke Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tujuan kajian.

“Maklumat mengenai kes pertama penularan virus selesema burung di dunia (H5N8) kepada manusia telah dimaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia,” – terang ketua pengawas kesihatan Russia, Rospotrebnadzor, Anna Popova, dalam satu kenyataan.

Virus tersebut ditemui pada tujuh pekerja ladang ternakan, di mana kes jangkitan H5N8 telah dilaporkan dalam kalangan burung pada Disember 2020 lalu.

Bagaimanapun, Popova menerangkan pekerja yang terkena jangkitan ini mempunyai gejala ringan dan telah sembuh. Menurut laman WHO, meskipun jangkitan manusia dengan virus A (H5) jarang berlaku dan biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada burung yang dijangkiti, virus ini boleh menyebabkan penyakit dan membawa kehilangan kepada manusia.

Sehingga ke hari ini, virus ini tidak boleh disebarkan daripada manusia ke manusia. Namun, hanya masa yang akan menentukan berapa pantas virus ini akan bermutasi.

Sumber: BNO News, Sinar Harian

Sesetengah Orang Mengalami Tanda Yang Luar Biasa. Berikut 4 Tanda Luar Biasa Virus Tersebut Yang Ramai Tak Tahu

Ada juga terdapat beberapa simptom Covid-19 yang jarang berlaku tetapi boleh terjadi terutamanya kepada golongan berusia. Simptom biasa Covid-19 yang diketahui adalah selesema, batuk, demam, sakit sendi, sakit kepala, hidung tersumbat dan sakit tekak.

Selain itu, pesakit juga biasanya akan mengalami muntah, cirit-birit serta hilang deria rasa dan bau. Bahkan ada juga pesakit mengalami masalah mata merah, hilang nafsu makan dan ruam pada kulit.Menurut pakar paru-paru, Dr Joseph Khabbaza, gejala tersebut merupakan reaksi normal yang dialami pesakit Covid-19.

Namun, masih banyak gejala lain yang muncul dan sedang dikaji oleh para pakar.”Pesakit Covid-19 kebiasaannya menunjukkan simptom serupa bagaimanapun ada sesetengah orang mengalami gejala luar biasa,” katanya.

Pertama, Brain fog, kebingungan, halusinasi atau delirum.Terdapat pesakit Covid-19 mengalami brain fog, kebingungan, halusinasi, atau delirium. Brain fog merupakan keadaan yang menyebabkan penderitanya tiba-tiba lupa perkara atau perkara yang ingin dikatakan.Sementara halusinasi dan delirium pula boleh terjadi kepada pesakit yang mengalami sakit teruk.

Gejala ini biasanya berlaku pada orang tua kerana tubuh mereka berusaha melawan jangkitan. Ia juga berlaku disebabkan tindak balas antibodi yang datang kepada sistem saraf dan melmpuhkan kemampuan otak untuk berfikir.

2. Degupan jantung dan suhu badan meningkat.Beberapa pesakit Covid-19 juga ada yang mengalami peningkatan degupan jantung walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal. Gejala ini biasanya seiring dengan peningkatan suhu badan.Ia berlaku disebabkan tindak balas sistem kekebalan badan yang datang kepada saraf otonom yang bertindak mengatur degupan jantung dan suhu badan.

3. Kegatalan kulit.Kulit adalah organ terbesar dan memiliki jumlah pembuluh darah terbanyak. Ketika virus menjangkiti tubuh, aliran darah juga terganggu.Secara automatik, kulit juga mengalami gangguan seperti kegatalan atau ruam.

4. Hilang suara.Hilang suara juga boleh terjadi ketika virus mula memasuki tubuh manusia. Ini kerana, virus tersebut juga boleh menjangkiti saluran peernafasan dan menyebabkan suara serak, sukar bercakap, sesak nafas dan sukar menelan makanan dan minuman.

Jalani Ujian RTK Berdasarkan Kosnya Yang Lebih Murah Berbanding PCR. Makcik Ini Dilaporkan Positif COVId19 Tapi Pelik KKM Tak Datang Ambil

Selepas menjalani ujian RTK,seorang makcik mendedahkan dirinya positif COVID19. Tak kisah la bergejala mahupun dikenalpasti sebagai kontak rapat,masyarkat kini mula sedar mengenai kepentingan untuk melakukan ujian saringan.

Untuk pengetahuan anda,terdapat dua teknik untuk ujian saringan iaitu Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen atau lebih dikenali sebagai RTK ) atau ujian pantas antigen dan Real Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (rRt-PCR). Walaupun RTK memberikan keputusan ujian yang lebih pantas,namun teknik tersebut tidak disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diagnosa Covid19

Tambahan pula, keputusan ujian yang lebih tepat melalui teknik rRT-PCR atau lebih dikenali sebagai PCR, yang digunakan oleh ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan Covid-19.
Orang ramai melakukan ujian saringan Covid19..Seorang doktor berkongsi pengalaman beliau didatangi seorang wanita berusia secara bersendirian sebelum memberitahu sesuatu yang mengejutkan.

“Puan, kenapa puan datang hari ni? Wanita tu dah berumur, datang seorang. Saya hari tu demam. Selepas tu pergi hospital *tut* buat (ujian) swab, mereka kata positif.”Jadi makcik kuarantin kat rumah. Tunggu juga orang KKM datang ambil, tapi tak ada pun. Orang hospital tu kata, orang KKM nak ambil,” tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook milik beliau yang mengimbas kembali perbualannya bersama wanita itu.

Walaupun tidak didedahkan butiran lokasi ujian itu yang dilakukan oleh pesakit itu, namun ia dipercayai dibuat di klinik atau hospital swasta.Dr Sakinah Sulong memakai peralatan perlindungan diri (PPE). foto facebook Sakinah Sulong

Dr Sakinah yang merupakan pakar perubatan keluarga bertanya lebih lanjut, dan wanita berusia itu memberi gambaran dia menjalani ujian RTK berdasarkan kosnya yang lebih murah berbanding PCR.”Saya buat 1 hari bulan (hb) hari tu, 2hb hospital telefon. Makcik duduk diam-diam je lah kat rumah. Makcik ada pakai gelang tak? Saya tanya sambil intai di lengannya… tiada gelang,” tanya beliau yang merujuk kepada gelang sebagai tanda seseorang itu menjalani kuarantin.

Dr Sakinah kemudian meminta staf beliau memeriksa nama pesakit tersebut menerusi Sistem Informasi Maklumat Kesihatan Awam (Simka), di mana sebarang keputusan PCR pesakit akan didaftarkan, sama ada dari hospital kerajaan atau swasta.

“Tiada namanya tersenarai. Sah, dia buat RTK. Tapi RTK bukan ujian pengesahan. Sepatutnya kena buat ujian PCR kalau RTK positif, baru seseorang disahkan sebagai pesakit Covid-19.”Kalau tak buat PCR, tiada nama dalam sistem Simka dan ujian dibuat di hospital swasta, memang KKM tak akan tahu. Sebab itulah tiada staf KKM yang menghubungi pesakit ini.

“Yang ada dalam senarai pun, beribu-ribu satu hari, memang tak terkejar semuanya. Apatah lagi kalau tiada nama dalam sistem Simka tu,” ujar beliau.Perkongsian Dr Sakinah di Facebook.Walaupun pesakit itu kurang kesedaran mengenai ujian Covid-19 yang dilakukannya, namun Dr Sakinah menyentuh mengenai kepatuhan wanita tersebut menjalani kuarantin.

“Nasib baiklah makcik duduk je diam-diam dalam rumah walaupun dia tak pakai gelang. Dan memandangkan tempoh 10 hari dah berlalu, makcik ini dah dianggap telah melepasi tempoh kuarantin 10 hari.”Memang kes ini bukan kes terpencil. Memang ia boleh berlaku kerana lambakan kes daripada hospital kerajaan mahupun klinik atau hospital swasta. Tanggungjawab pihak yang melakukan swab untuk mengesan keputusan dan memaklumkan kepada pesakit serta notifikasi kalau perlu… dan mengemaskini maklumat dalam sistem Simka agar tiada kes yang tercicir,” katanya.

Nasihat Dr Sakinah supaya individu perlu bertanggungjawab menjalani kuarantin di rumah.Sehubungan itu, beliau menggesa individu yang menjalani kuarantin di rumah agar bersikap bertanggungjawab dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Yang pakai gelang, duduklah diam-diam di rumah. Pihak polis yang buat sekatan jalanraya, mungkin boleh minta pemandu selak sikit lengan baju agar mereka tidak terlepas.”Tolong jadi manusia yang bertanggungjawab kalau anda dah pakai gelang. Tak patuh arahan kuarantin, anda boleh dikompaun RM1,000. Jaga diri, semoga dengan itu, orang kesayangan anda pun terjaga,” ujar Dr Sakinah.

Berusaha Untuk Membangunkan Ibunya Yang Tidak Bangun Bangun. Kisah Sedih Gadis 10 Tahun Terus Jadi Yatim Piatu Setelah Ibunya Tiada Akibat Covid19

Baru baru ini,seorang gadis berusia 10 tahun di desa Benda Baru,Kabupaten Pamulang,Kota Tangerang Selatan,Indonesia tinggal sebatang kara apabila Covid19 mengambil nyawa ibunya. Kisah sedih ini telah mnimpa adik Aisyah Alusa selepas ibunya pergi tinggalkannya buat selama lamanya akibat daripada virus COVID19 pada 15 Januari 2021 yang lalu.

“Ayahnya sudah pergi buat selamanya ketika Aisyah masih berumur 2 tahun,” kata Marliansyah A. Baset, Ketua RW 18, Benda Baru, kepada wartawan.Baset juga turut menceritakan tentang nasib malang yang menimpa adik Aisyah ini. Bermula pada pagi Jumaat yang lalu, Allahyarham Rina, ibu kepada adik Aisyah, mengadu pening kepala, batuk dan demam kepada jiran di rumahnya. Kemudian, Rina telah dihantar ke Pusat Kesihatan Benda Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketika tiba di pusat kesihatan tersebut, Rina telah menjalani ujian rapid test dan telah disahkan positif terhadap virus COVID-19. Kemudian, pusat kesihatan tersebut telah merujuknya ke Hospital Permata bagi menjalani ujian swab PCR.

“Hasilnya dia telah disahkan positif COVID-19 dan telah diberikan pilihan sama ada mahu dirawat di hospital atau mengkuarantinkan diri di rumah. Kerana risau untuk tinggalkan anaknya keseorangan di rumah, dia telah memutuskan untuk mengasingkan diri di rumah sahaja,” kata Baset.

Kemudian, ketika dia sampai di rumah, Aisyah menjaganya dan memberinya makan. Sehingga akhirnya pada petang Sabtu, Aisyah telah berusaha untuk membangunkan ibunya yang masih tidur bagi bersiap-siap untuk solat Maghrib secara berjemaah, namun ibunya itu tidak bangun-bangun.Tubuh ibunya menjadi kaku, dia terus menggoncangkannya dengan harap agar mata ibunya itu terbuka memberi respon kepada Aisyah.

Hingga akhirnya, Aisyah telah menangis sambil memanggil-manggil ibunya. Jiran-jirannya yang terdengar teriakan itu terus pergi ke kawasan rumah Aisyah.“Kami juga berasa serba salah kerana kami tahu bahawa almarhumah telah dijangkiti COVID-19. Dan tidak ada siapa pun yang diizinkan masuk ke rumahnya, disebabkan itu saya segera menghubungi pusat kesihatan,” kata Baset.

Kemudiannya, doktor dari pusat kesihatan datang dengan memakai sut PPE yang lengkap dan telah mengesahkan bahawa pesakit itu telah tiada. Sejurus selepas itu, jnzhnya itu telah dirapikan di atas tempat tidur sementara menunggu pasukan petugas COVID-19 datang untuk mengsemadikanya.“Kerana sudah malam, persemadian tidak dapat dilakukan, para petugas hanya datang keesokan harinya,” kata Baset.

Pada hari Ahad, 17 Januari 2021, pasukan petugas COVID-19 yang berpakaian lengkap dengan sut PPE telah datang. Selepas ibunya dimandikan, ianya segera disemadikan.“Hari minggu itu juga saya bawa Aisyah ke hospital untuk melakukan ujian swab. Ternyata Aisyah juga telah dijangkiti dengan COVID-19 daripada ibunya. Aisyah terus dibawa ke Rumah Lawan COIVD-19 di Tangsel,” ujar Baset.

Sehingga kini, Aisyah masih lagi dalam rawatan sementara penduduk setempat memerhatikan pengambilan makanannya serta apa yang diperlukannya semasa dirawat.“Kami memastikan segala keperluan Aisyah mencukupi, kami memantaunya setiap hari, kami memberikan makanan yang sedap-sedap dan sihat, untuk pastikan dia terus bersemangat demi kesihatannya,” kata Baset.Sumber: Liputan6

Sebak Dengan Kisah Budak Lelaki Ini Bila Dia Kehilangan Ayahnya Sebab Covid19 Masa Dalam Kuarantin Dan Lebih Menyedihkan Lagi Apabila Melihat Riak Wajah Adik Ini

Sungguh mengharukan, seorang anak muda kehilangan ayahnya akibat Covid-19 ketika dirinya sedang menjalani tempoh kurarantin.Tak dapat menatap buat kali terakhir, apatah lagi mencium dahi kerana pandemik yang membahayakan ini.Video adik ini tular di Twitter setelah perkongsian daripada Fahmi ini telah meraih sebanyak hampir 7K retweets dalam masa 13 jam ia dikongsikan.

Adik ini dikatakan sedang menjalani tempoh kuarantin di Maeps Serdang. Orang ramai yang turut bersimpati di dalam pusat kuarantin itu turut memberikan sokongan moral.Mereka membuat bacaan yassin dan tahlil untu arwah ayah adik ini. Orang ramai yang berada disana juga turut memberikan sumbangan kepada adik ini.

Sudah semestinya  ia membuatkan kami rasa sebak bahkan warganet juga apabila mengenangkan nasib ini, lebih menyedihkan lagi apabila melihat riakk wajah adik ini. Mungkin dia sunyi berseorangan dalam pusat kuarantin sebab ayah dia dah tak ada.Tak boleh bayangkan kalau aku ada dalam situasi ini – Warganet

Orang ramai yang ingin salurkan bantuan boleh berikan sumbangan anda ke nombor akaun Maybank,  Nur Kamilatul Alifah, 162021615921 atau ke nombor akaun ibunya NORASAH BINTI ABDUL AZIZ, Agrobank seperti yang tertera dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *