Si cilik ini tak kekok bantu ibu di dapur. Rupanya dia dah mula tunjuk minat sejak umur 2 tahun dan ini cara ibunya pantau.

Amalan Kehidupan Keluarga Viral

Syazwi langsung tidak kekok ketika berada di dapur kerana sudah mula menunjukkan minat memasak seawal usia 2 tahun. Lumrah anak kecil, mereka sememangnya gemar meneroka dan mencuba sesuatu perkara baharu. Asalkan bermanfaat dan tidak merbahaya, ibu bapalah seharusnya memainkan peranan dengan membimbing anak-anak mengembangkan ‘bakat’ mereka. Sebagaimana posting seorang pelayar ini di Facebook, dia berkongsi mengenai minat anak kecilnya yang gemar memasak.

Baharu mencecah dua tahun setengah, namun si cilik ini tidak kekok ‘beraksi’ di dapur jika mahu dibandingkan dengan anak kecil sebaya usianya. Nurul Nazireen Khazali berkata anak sulungnya, Syazwi Nufail Syazwan sudah mula menunjukkan minat untuk memasak seawal usia dua tahun lantaran sering mengikutnya ke dapur.

Syazwi sudah mula menunjukkan minat mahu memasak seawal usia 2 tahun.

“Bila saya memasak, dia selalu suruh dukung sebab nak tengok apa yang kita buat… lama kelamaan dia suka nak ‘take part’ bersama ketika saya masak. Melihatkan minatnya itu, kami menyediakannya kerusi yang selamat untuk dia berdiri setiap kali mahu menjadi pembantu saya di dapur. Jadi dia lebih mudah untuk belajar dan tentunya dengan pengawasan saya,” ujar wanita berusia 29 tahun mengenai anak sulungnya yang berusia dua tahun tujuh bulan itu.

Bercerita lebih lanjut, Nurul Nazireen berkata anak lelakinya itu lebih berperanan sebagai pembantunya ketika di dapur. “Mungkin ada yang silap faham di mana mereka ingat Syazwi masak dari A sampai Z. Sebenarnya Syazwi lebih kepada ‘kitchen helper’ saja. Dia akan buat ikut instruction saya, contohnya masukkan bahan-bahan, mengacau adunan dan sebagainya,” jelasnya.

Selain mendedahkan mengenai aspek keselamatan ketika berada di dapur, Nurul Nazireen akan turut bersama-sama Syazwi bagi memantau setiap aktivitinya.

Menurut Nurul Nazireen, selepas berkongsi aktiviti anaknya di media sosial, dia tidak lepas daripada menerima komen daripada segelintir warganet yang menyuarakan kebimbangan dari aspek keselamatan. “Itulah perkara pertama yang perlu dititikberatkan ketika Syazwi berada di dapur. Pastikan anak-anak faham apa itu bahaya. Bila berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti terpercik minyak panas dan sebagainya.

Sebenarnya Syazwi lebih kepada ‘kitchen helper’ saja. Dia akan buat ikut instruction saya.

“Saya akan terangkan kepada Syazwi mengenai sebab dan akibat setiap sesuatu benda… sebab anak-anak usia ini mereka masih tak tahu makna bahaya. Jadi kena terangkan dengan jelas supaya mereka faham. Macam Syazwi, dia mudah faham apabila kita terangkan. Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibu bapa kena lebih tahu keupayaan anak-anak. Mulakan dengan pisau plastik terlebih dahulu. Jika anak sudah pandai mengawal baru bertukar ke pisau yang lebih ‘advance’. Syazwi menggunakan pisau dari Ikea. Dapur pula, kami tidak guna dapur gas tetapi induction cooker. Yang penting, pastikan persekitaran yang sesuai dan selamat,” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Nurul Nazireen dan suami sentiasa memberi galakan dan sokongan terhadap minat anak mereka.

Dalam pada itu tambah Nurul Nazireen, selain membantunya di dapur, anaknya itu juga gemar membantunya melakukan kerja rumah yang lain seperti menjemur dan melipat pakaian.

“Benda-benda yang Syazwi gemar lebih menjurus kepada perkara ‘practical life’. Kita tak perlu paksa, tapi kalau mereka tunjukkan minat, apa kata masa itu kita ambil peluang untuk bimbing mereka. Beri kebebasan mereka meneroka tapi mereka juga kena tahu hadnya dan pastikan di bawah pengawasan kita,” ujarnya lagi.

Anak Gerak Bangun Pukul 3 Pagi Ajak Main Layang Layang. Sekali Ini Ayah Dann Ibu Kepada Budak Ini Buat

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berlangsung,karenah dan ragam anak anak ini memang sangat luar biasa dan sukar untuk dijangka. Macam kita sedia maklum,anak adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri dan tidak dinafikan segala permintaan mereka sentiasa dipenuhi.

Demikianlah kisah si bapa yang berusia 32 tahun ini apabila dia berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan anaknya yang digelar Bambam walaupun berasa ia sesuatu yang mustahil untuk dilakukan lebih-lebih ketika ramai sedang dibuai mimpi.“Bambam buat hal lagi… kalau tengah malam minta nasi goreng ikan bilis itu perkara biasa, tetapi lain macam pula perangai kali ini. Boleh pula awak kejut ayah nak ajak main layang-layang, ” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Shahrul Ridzuan Abu Hassan yang menetap di Banting, Selangor berkata anaknya, Muhammad Asy-Syakirin yang berusia tiga tahun memang banyak sangat gelagat dan semuanya dilakukan secara spontan.Si bapa itu memberitahu bahawa sebenarnya dia langsung tidak jangka perkongsiannya itu akan tular dan mendapat banyak komen dalam kalangan ibu bapa biarpun yang positif atau negatif.

Sehingga kini perkongsian di laman Facebook itu mendapat 12,000 tanda suka dan rata-rata ramai yang terhibur.“Saya pun pelik kadang-kadang anak saya ini memang banyak kerenah dan ada masa sangat melucukan. Apa yang dia buat semuanya tak tahu dia belajar dari mana atau entah ikut siapa, memang spontan.

“Perkongsian itu biasa sahaja, kenangan untuk saya anak beranak tetapi kalau ada yang terhibur tu baguslah.. kalau yang tak berapa suka sebab ingat saya terlalu manjakan anak, mereka salah, ” ujarnya.Jurutera teknikal ini mengakui kerap tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan (outstation) dan terasa sedih jika tidak dapat melayan permintaan anaknya.

Bercerita lanjut mengenai kejadian lucu bersama anaknya yang tular di laman Facebook, Shahrul berkata ketika dia nyenyak tidur Bambam mengejutkannya pada Khamis lalu, kira-kira dalam pukul 3 pagi.“Saya mula agak terkejut dia gerak pukul 3 pagi dan masa tu saya ingat dia mengigau tetapi bila tengok muka, senyuman dia nampak cergas semacam ja.

Shahrul bersama isterinya, Nur Asyikin dan dua orang cahaya mata Muhammad Asy-Syakirin, 3 dan Nur Asy-Syifa Husna yang kini berusia tujuh bulan.“Selalunya dia akan bangun kalau nak susu atau lapar sahaja tetapi lain pula jadinya kali ini, boleh pula ajak saya main layang-layang.

“Saya masa tu buntu tak tahu nak buat apa, saya kejutkan isteri dan tanya nak buat macam mana. Kalau tunggu esok pun bukan boleh main kat luar dan sebagainya. Saya pun bangun solat sunat dua rakaat. Lepas sahaja bagi salam saya nampak kerusi. Masa tu datang idea, ” ujarnya.Kemudian, Shahrul bersama isterinya iaitu Nur Asyikin Abdul Khak Salim, 32 terus bangun ke ruang tamu, menutup kipas siling, seterusnya mengambil kipas kecil dan layang-layang untuk melayan anak sulung mereka itu.

Shahrul sentiasa melayan kerenah anaknya dan menganggap gembira anaknya itu satu kebahagian besar baginya.“Dapat sahaja idea guna kipas untuk main layang-layang tu, saya terus ajak isteri ke ruang tamu untuk bermain dengannya.“Yang terkejut, dia boleh buat tanda ‘peace’ padahal isteri saya tak cakap pun nak ambil gambar atau apa.

“Saya sebenarnya bukan apa nak gembirakan hati dia sahaja. Saya tegas cuma takut apa-apa terjadi kalau tak sempat penuhi permintaan dia. Selagi saya mampu buat, apa salahnya, ” katanya.Dalam pada itu, Shahrul juga berkongsi bersama mStar bahawa sebelum ini anaknya itu pernah tular kira-kira tiga minggu lepas apabila dia menggantikan ikan laga Shahrul dengan ikan bilis.

“Sejujurnya saya gembira tengok perkembangan dia membesar. Dia pernah tukar ikan laga saya dengan ikan bilis dan dia ambil ikan laga saya letak dalam kolam yang agak besar depan rumah sebab dia cakap mimpi ikan laga nak hidup bebas, ” ujarnya sambil ketawa.Pada Disember lalu, pernah tular kisah si bambam ini menggantikan ikan laga ayahnya dengan ikan bilis.

Biarpun ramai warganetyang memuji tindakan si bapa ini tetapi ada juga yang tinggalkan komen negatif dengan berkata Shahrul terlalu manjakan anak.“Saya terima semua komen itu dengan hati yang terbuka. Biasalah ada yang boleh terima tindakan saya, ada yang tak.

“Sebenarnya anak saya ini dulu dia kerap sangat sakit, tiga bulan sekali masuk hospital sampai kena duduk di wad seminggu dua tetapi alhamdulillah sekarang dah sihat banyak sebab itu saya nak dia ceria selalu, ” jelasnya.Shahrul mendirikan rumah tangga bersama Nur Asyikin pada tahun 2016 dan selain Bambam, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Asy-Syifa Husna yang baru berusia tujuh bulan.

Sebak Jodoh Tak Kesampaian. Wanita Kongsi Cerita Bakal Suami Pergi Dulu Selepas 10 Minit Bertemu Kali Terakhir Dan Tular Di Twitter

Husnina dan Allahyrhm Muhammad Ilham bersama sijil kursus perkahwinan.“SAYANG, kenapa tinggalkan saya seorang? Awak janji nak nikah dengan saya this year, kenapa awak pergi dulu?”Begitulah ciapan penuh meruntun jiwa oleh seorang wanita di Twitter, meluahkan kesedihannya ekoran pemergian bakal suami, sehingga membuatkan rata-rata warganet turut sama berduka.

Perkongsian tesebut sehingga kini meraih melebihi 10,000 retweet malah warganet juga memberikan kata-kata semangat buat wanita itu.Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nur Husnina Azman berkata bakal suaminya, Muhammad Ilham Norsham pergi buat selamanya pada Ahad lalu, akibat kejadian jalan raya.

Lebih menyedihkan kata Nur Husnina, lelaki tersebut ditimpa kecelakaan ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya.”Malam itu beliau baru je datang rumah keluarga saya di Klang, Selangor. Kira-kira 10 minit selepas beliau bergerak pulang, saya dapat panggilan telefon daripada kakaknya menyatakan beliau kejadian yang tidak diingini di Lebuhraya Persekutuan.

“Saya fikir hanya kejadian biasa. Saya kemudian cuba hubungi telefon bimbitnya, dan ia disambut oleh orang lain yang memberitahu owner telefon terlibat dengan kejadian terbabit. Kali kedua saya hubungi, orang di sebelah sana beritahu dia sudah tiada,” ceritanya.

Husnina dan Muhammad Ilham sudah tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing.Menurut wanita ini yang senang disapa sebagai Husnina, meskipun begitu, dia enggan percaya khabar duka yang baru didengari sebentar tadi.Lantas tanpa berlengah, dia ditemani ibu dan bapanya segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan lelaki tersebut.

“Sebaik sampai, dia sedang terbujur di tempat kejadian. Dia yang menunggang motosikal terlnggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan.”Saya segera berlari mendapatkannya yang sedang kaku… keadaan beliau ketika itu tak ubah seperti orang yang sedang pengsan. Beliau tidak mengalami luka luaran yang teruk pun.

Husnina turut berkongsi mengenai kisahnya dengan menerusi thread.“Ketika itu salah seorang orang awam yang berada di situ memeriksa denyutan nadi beliau, dan mengesahkan bahawa beliau sudah hembuskan nafas terakhir.”Saya memang tak boleh terima khabar itu, apatah lagi kami baru saja berjumpa. Siapa sangka, rupa-rupanya ia adalah pertemuan terakhir kami sebelum sempat dinikahkan,” kata wanita berusia 23 tahun ini.Menurut Husnina, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Oktober tahun ini selepas tujuh tahun mengenali hati budi dan keluarga masing-masing.

“Sebenarnya sebelum ini dah plan untuk bernikah tapi tertangguh gara-gara PKP dan pandemik Covid-19. Jadi kami sepakat untuk bernikah hujung tahun ini.”Siapa sangka dia pergi terlebih dahulu meninggalkan kami. Empat hari selepas pemergiannya, kehidupan sangat berbeza. Tiada lagi insan yang rajin hantar mesej setiap hari, tiada lagi orang yang mendengar masalah.

“Hati memang kosong… pergi kerja teringat beliau, buat apa pun teringat beliau. Apa yang saya tak boleh lupa adalah senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. Saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan tatap gambar serta video beliau setiap kali teringatkannya,” ceritanya.

Husnina (dua, kanan) dan Muhammad Ilham (tiga, kiri) bersama keluarga masing-masing ketika majlis perkahwinan kakak kepada beliau.Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di Twitter, Husnina berkata dia pada mulanya sekadar mahu mengabadikan kenangan bersama beliau.

“Tak sangka beliau dan ramai beri kata-kata semangat… terima kasih saya ucapkan. Apa yang boleh saya kata, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu,” katanya sambil menambah, perkara pertama yang akan dilakukannya sebaik sahaja ada kelonggaran merentas negeri adalah menziarahi tempat persemadian beliau di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *