Kini kumpulan pertama vaksin Covid 19 telah tiba di Malaysia. Setiap orang akan peroleh mengikut fasa fasa yang telah ditetapkan ini.

Covid 19 Dunia KESIHATAN

Kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Ahad melalui penerbangan MH604. Pesawat tersebut selamat mendarat di KLIA, kira-kira pukul 10.10 pagi.

Penerbangan itu dikendalilkan oleh MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo). Kesemua 312,390 dos vaksin itu diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300. Perjalanan vaksin tersebut dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Antara kenamaan yang bakal menyaksikan ketibaan vaksin di KLIA adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada Isnin pagi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan laman sesawang www.VaksinCovid.gov.my di mana program berkenaan akan bermula 26 Februari ini.

Kumpulan vaksin Covid-19 pertama tiba di Malaysia.

Awal bulan ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, kerajaan akan memulakan program tiga fasa itu dengan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu. Sementara itu, fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya. Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

Pada 8 Januari lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh NPRA, sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.

Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vaksin itu. Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin Covid-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.

Tiada Lagi Kes Pemergian Selepas Menerima Vaksin Covid 19. Sekali Pakar Akui Ada Kesan Sampingan Seperti Ini.

Kes pemergian selepas suntikan vaksin juga dilaporkan secara praktikal bahawa ia tidak berkaitan dengan vaksin. Vaksin Covid-19 diyakini selamat dengan kesan sampingan yang minumun, kata seorang pakar penyakit berjangkit tempatan.

Ketua Unit Penyakit Berjangkit Hospital Pulau Pinang, Dr Chow Ting Soo berkata, ia terbukti di Amerika Syarikat (AS) yang memulakan vaksinasi secara besar-besaran sejak awal Disember tahun lalu, dengan sekitar 25 juta dos yang telah diberi. Ujarnya, kes kehilangan selepas suntikan vaksin juga dilaporkan secara praktikal bahawa ia tidak berkaitan dengan vaksin.

“Kesan sampingan yang paling biasa adalah sakit kepala, sakit otot dan sakit di tempat suntikan. Ada laporan tentang anafilaksis, tindak balas alergi yang teruk, dan itu akan terjadi dalam 10 hingga 15 minit setelah suntikan. Ini dianggap reaksi terhadap bahan dalam vaksin yang disebut polietilena glikol,” katanya.

Dr Chow menerajui pasukan 16 doktor dan ahli farmasi sebagai sebahagian daripada penyelidikan global untuk mengatasi novel coronavirus SARS-CoV-2 di bawah inisiatif Organisasi Kesihatan Sedunia. Ujarnya, data yang diterbitkan mengenai dua vaksin yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA), kesan buruknya hampir serupa antara kumpulan plasebo dan vaksin. Tambahnya, mereka yang berumur lebih dari 60 tahun dan mempunyai komorbiditi harus mengambil vaksin.

“Selain petugas barisan hadapan, penjaga di fasiliti kesihatan juga harus diberi vaksin kerana mereka adalah orang yang perlu menjaga golongan yang rentan. Sebagai orang yang memimpin pasukan penyelidikan, saya pasti akan mengambil vaksin,” katanya.

Dr Chow berkata, mereka yang mempunyai sejarah alergi teruk terhadap ubat-ubatan atau makanan tertentu dan mereka yang mempunyai penyakit imun tidak perlu berjumpa doktor sebelum suntikan vaksin. “Selebihnya penduduk atas 18 tahun harus diberi suntikan vaksin secara berperingkat,” tambahnya.

Ujarnya, terdapat dua vaksin Covid-19 yang diluluskan oleh FDA – Pfizer-BioNTech dan Moderna. Tambahnya, vaksin Pfizer-BioNTech telah menunjukkan kadar keberkesanan 95 peratus dalam perlindungan terhadap Covid-19 sederhana hingga teruk semasa percubaan Tahap 3 terhadap lebih dari 43,000 orang. Bagi vaksin Moderna, 30,000 sukarelawan menerima plasebo atau dua dos vaksin dan hasilnya adalah kadar keberkesanan 94 peratus. – The Star.

Kini Rakyat Malaysia Yang Sudah Menerima Vaksin Sahaja Berkemungkinan Boleh Lakukan Sesuatu Ini. Ianya Mungkin Berlaku Setelah Hampir Semua Rakyat Sudah Menerimanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan mana-mana rakyat Malaysia yang menerima suntikan vaksin COVID-19 bakal memperoleh kelebihan untuk melancong dan mengembara ke luar negara pada masa akan datang. Ini kerana ada kemungkinan bahawa terdapat negara luar yang akan menetapkan syarat hanya individu yang diberikan suntikan vaksin sahaja boleh memasuki negara mereka, lapor Astro Awani.

Diberi percuma, dapat banyak kelebihan

Oleh itu, beliau menyarankan agar rakyat Malaysia untuk mengambil suntikan vaksin memandangkan ia diberikan secara percuma oleh kerajaan. “Untuk jangka masa panjang ia akan memberi kelebihan kepada mereka yang telah menerima suntikan (vaksin).

Saya tidak mahu mengatakan, tetapi (kebarangkalian) pada masa depan, contohnya untuk melancong ke luar negara, yang mana hampir semua penduduk telah menerima vaksin, mereka akan meletakkan beberapa syarat seperti satu dokumen (pengesahan) yang membuktikan anda telah menerima vaksin sekiranya ingin melancong ke negara tersebut.” Tambahnya lagi, ia mungkin jadi satu penghalang buat mereka yang tidak menerima vaksin kerana boleh merencatkan perjalanan. Katanya lagi, program vaksinasi juga dijangka akan membantu membangunkan semula ekonomi negara.

Bakal Terima Suntikan Vaksin Covid19 Pada Hari Pertama. Perdana Menteri Malaysia Dedahkan Akan Terima Pada 26 Februari

Dikhabarkan pada hari Ahad depan,vaksin Covid19 jenis Pzifer BioNTech akan tiba di negara kita manakala pelaksanaan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa pada 26 Feb. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan perdana menteri kita akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama dengan petugas barisan hadapan.

Semasa melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, perdana menteri berkata fasa pertama program itu akan melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Manakala fasa ketiga pula akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.Menurut Muhyiddin, program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 sekali gus diharap dapat menamatkan pandemik COVID-19.

“Ringkasnya, vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.Inilah juga maksud slogan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang saya perkenalkan secara rasmi hari ini, iaitu Lindung Diri, Lindung Semua,” katanya.

Kata Perdana Menteri berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif termasuk membolehkan sektor ekonomi dan pelancongan kembali dibuka.Beliau juga menyatakan begitu juga dengan aktiviti ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan kembali boleh dilakukan, namun masih terikat dengan amalan norma baharu.

“Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19.“Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihati semua rakyat supaya jangan berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin dan hadir pada waktu yang telah ditetapkan untuk menerima dos pertama dan dos kedua.Sementara itu, Muhyddin berkata Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan hari ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi.

“Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam kita menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang akan dilaksanakan di negara kita.Buku panduan itu boleh dimuat turun menerusi laman web www.VaksinCovid.gov.my yang turut dilancarkan hari ini.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *