Kawan baiknya ini sanggup hadiahkan sesuatu ini untuk menghargainya. Sekali ini caranya dia buat kejutan.

Amalan Kehidupan Viral

Kawan baik adalah antara seseorang yang ada dengan kita saat susah mahupun senang. Namun, ada juga persahabatan yang tidak sesempurna yang kita bayangkan. Namun, ada juga yang dilakukan perkara negatif oleh kawan baik sendiri. Andai terjumpa dengan sahabat yang baik, maka hargailah sebaik-baiknya silaturahim tersebut.

Cara untuk kita tunjukkan perasaan hargai kita pada teman baik yang sentiasa membantu semasa dalam kesusahan itu banyak. Namun, wanita ini memilih untuk menghadiahkan barang kemas kepada kawannya sendiri sewaktu sedang asyik makan malam shellout di rumahnya. Dek kerana mereka semua sedang menikmati hidangan shellout, pada awalnya pengantin baru berkenaan agak geli selepas menemukan sejenis seafood pelik.

Tapi siapa sangka ‘binatang’ aneh tersebut rupanya berisi sebuah gelang emas lipan yang cukup tebal. Gembira dengan pemberian tersebut, wanita berbaju hitam itu terus membuka bungkusan lalu tersengih hingga ke telinga. Kata @attyrasaari, ini adalah penghargaan istimewa kerana kawannya sentiasa ada ketika susah senang malah pernah memberikan emasnya sendiri untuk digadai demi menghulurkan bantuan.

Menjengah ke ruangan komen, warganet menjadi sangat terharu dengan niat baik empunya video berkenaan. Tidak ketinggalan, mereka alah bercita-cita membuat kejutan sama suatu hari nanti.

Majikan Ini Menghadiahkan Pembantu Rumahnya Sesuatu Ini Pula. Tidak Sangka Hadiah Ini Bukanlah Pertama Kali Dan Pernah Dapat Gelang Emas Juga.

Kak Bie menunjukkan dua pembantu rumahnya yang menerima kejutan hadiah telefon bimbit. “Untungnya dapat bos yang baik hati!” Demikian komen seorang warganet terhadap sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok, menunjukkan seorang wanita membuat kejutan hadiah buat dua pembantu rumahnya. Menerusi rakaman tersebut, ia bukanlah hadiah yang pertama diberikan oleh majikan tersebut sehingga kedua-dua pembantu rumah cuba meneka apakah kejutan kali ini.

Bibik Nor (kiri) dan bibik Kini.

Hadiah itu merupakan telefon bimbit serta aksesori gajet untuk setiap seorang, yang mungkin tidak terlintas dalam fikiran majikan kerana ia hanya mengganggu tumpuan pembantu rumah. Majikan berkenaan, Hartini Sulaiman berkata, kejutan tersebut dibuat untuk dua pembantu rumahnya warga Indonesia berusia 40 dan 27 tahun, yang berkhidmat lebih setahun lalu. Wanita berusia 41 tahun itu memberitahu, idea tersebut bermula selepas telefon bimbit milik salah seorang daripada pembantu rumahnya itu mengalami kerosakan.

“Telefon milik salah seorang bibik (panggilan pembantu rumah) rosak, dan dia ada menyuarakan hasrat untuk membeli telefon yang baru sebaik dapat gajinya akan datang. Saya pun tergerak hati untuk menghadiahkannya telefon yang baru. Tapi kalau saya beli untuk seorang bibik saja, nanti seorang lagi bibik akan terasa. Jadi, saya hadiahkan untuk kedua-duanya untuk berlaku adil,” katanya.

Kak Bie (tengah) menganggap dua pembantu rumahnya seperti keluarga.

Lebih dikenali sebagai Kak Bie, katanya, dia tidak melihat ‘bibik-bibiknya’ sebagai pembantu rumah semata-mata, sebaliknya telah dianggap sebagai keluarga.

“Mereka saya anggap lebih kepada famili. Saya tahu segelintir majikan termasuk dalam rakan-rakan saya mengalami pengalaman buruk dengan pembantu rumah mereka. Syukur saya tiada masalah dengan bibik-bibik. Mereka rajin dan bagus buat kerja, jadi adalah wajar untuk saya hargai mereka,” ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Dua pembantu rumah turut menerima hadiah gelang emas.

Usahawan bagi produk kecantikan itu bagaimanapun tidak melihat pemberian tersebut akan mengganggu konsentrasi pekerjanya kerana mereka telah mempunyai gajet sendiri sejak mula berkhidmat dengannya. “Kedua-dua mereka telah berkahwin dan keluarga masing-masing di Indonesia. Bibik Kini (40 tahun) dah ada tiga anak dan bibik Nor (27 tahun) pula belum lagi dikurniakan zuriat.

Syukur saya tiada masalah dengan bibik-bibik. Mereka rajin dan bagus buat kerja, jadi adalah wajar untuk saya hargai mereka

“Seminggu sekali mereka akan berhubung dengan suami dan keluarga bagi mengubati kerinduan. Sebagai majikan, kita boleh pantau pergerakan dan aktiviti mereka, tapi jangan putuskan hubungan dan kasih mereka dengan keluarga,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu. Bukan hadiah pertama, Kak Bie memberitahu, banyak hadiah yang telah diberikan kepada kedua-dua pembantu rumahnya itu termasuk yang pernah berkhidmat dengannya sebelum ini.

Kak Bie merupakan usahawan produk kecantikan.

“Biasanya baju, tudung dan produk kecantikan. Saya juga pernah hadiahkan mereka gelang emas sewaktu pemberian bonus kepada pekerja syarikat saya akhir tahun lalu. Jika sebelum ini saya berikan mereka wang bonus, tapi kali ini saya ubah dengan berikan gelang emas sebagai bonus tahunan kepada kira-kira 40 kakitangan. Dua bibik serta dua pengawal keselamatan saya juga saya hadiahkan gelang emas pada majlis yang sama akhir tahun lalu,” katanya yang menetap di Rantau Panjang, Kelantan.

Sehubungan itu, Kak Bie berkata, adalah wajar untuk menghargai pembantu rumah sekiranya mereka benar-benar berkhidmat dengan komited dan ikhlas. Tuhan bagi kesenangan kepada kita bukan untuk kita rasa seorang, tapi rezeki itu turut dikongsikan dengan ramai orang termasuklah pembantu rumah,” katanya.

Tomok Sendiri Yang Menghantar Pembantu Rumah Ke Lapangan Terbang. Sebak Satu Keluarga Tomok Terpaksa Hantar Bibik Balik Kampung

Baru baru ini, penyanyi Tomok telah membuat perkongsian yang mereka sekeluarga sebak apabila pembantu rumahnya sudah tamat perkhidmatan dan akan dihantar pulang ke Indonesia. Melihat ruangan komen, Ramai yang turut merasai suasana tersebut setelah melihat anak sulung Tomok, Arrian dan isterinya,Ayu.

Bak kata orang, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Terima kasih Daimah jaga keluarga saya dengan baik selama dua tahun. Selamat pulang ke Indonesia. Sampai jumpa lagi. Tambah Tomok menerusi kapsyen yang ringkas dikongsikannya itu mengucapkan ucapan terima kasih kepada pembantu rumahnya. Dia sendiri yang menghantar pembantu rumah ke lapangan terbang sambil disaksikan oleh isteri, ibu dan anaknya dengan perasaan sedih.

Ramai waragnet turut bersedih melihat video yang dikongsikan Tomok ini. Mereka turut menyifatkan Tomok dan keluarga beruntung kerana pernah memiliki seorang pembantu rumah yang sayangkan mereka sekeluarga.

Tomok Dan Anak Anak Siap Belajar Mengaji Dengan Isteri. Tak Sangka Kapsyen Tomok Ini Yang Menjadi Perhatian Warganet

Tak dinafikan mendidik anak berkenaan ilmu asas agama adalah merupakan antara perkara wajib dilakukan oleh para ibu bapa. Sangatlah disarankan sejak anak masih kecil bagi bagi memudahkan untuk mereka membentuk sahsiah diri. Anda mesti pernah dengar pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jelas Shah Indrawan Ismail atau gemar dipanggil Tomok, dia telah membuat perkongsian yang mereka mengamalkan pengajaran mengaji Al-Quran di rumah.

Tomok tak lupa juga memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan isterinya,Siti Rahayu sedang mengajar mengaji kepada anak anaknya iaitu Arrian dan Andra. Namun begitu,penyanyi lagu Bagaikan Bidadari itu juga dilihat turut sama belajar dengan isterinya.

“Alhamdulillah, hari ini takda rotan kat sebelah,” tulis Tomok di bahagian kapsyen.Difahamkan lagi, kapsyen itu merujuk kepada ‘posting’ terdahulu di mana Tomok berkongsi gambar isterinya yang memakai telekung sambil memegang sebatang rotan.

Haaa ni barulah betul pasangan yang ‘sweet’! Walaupun sudah meningkat usia, tidak salah untuk pasangan suami isteri bersama-sama menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi memperbetulkan bacaan al-Quran.Melihat ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya memberi pelbagai reaksi positif terhadap perkongsiannya tersebut.Vokalis kumpulan New Boyz itu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.

Pernah Mempelajari Bahasa Sepanyol Dan Mandarin. Nabila Huda Kongsi Keterujaan Bila Belajar Iqra Bersama Anak

Baru baru ini,Nabila Huda berkongsi keterujaannya belajar mengaji Iqra bersama anaknya,Keissha Laila bagi memenuhi masa eskoran PKP dijalankan semula. Yang menarik sekali, ini kali pertama aktres itu belajar membaca Iqra seumur hidupnya.

Kata pelakon berusia 37 tahun itu,bahkan sebelum ini dia pernah mempelajari bahasa Sepanyol dan Mandarin dan berasa sangat teruja kerana dapat menyertai kelas mengaji bersama anaknya.“Assalamualaikum. Selain daripada belajar bahasa Sepanyol dan Mandarin, hari ini merupakan hari pertama kami belajar Iqra bersama,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Menurut aktres filem Munafik itu lagi, sebelum ini dia bersama Keisha selalu berentap untuk menang dalam apa sahaja pertandingan dan bersetuju untuk sama-sama mengikuti kelas mengaji bersama anaknya.“Semestinya saya teruja sebab tidak pernah belajar Iqra seumur hidup. Masa dahulu kita belajar Muqaddam sahaja. Jadi kita lawn tengok siapa paling handal ,okey?” kata Nabila yang turutmemuat naik sekeping foto mengenakan hijab bersama anaknya dalam Instagram.

Perkongsian tersebut turut mendapat respons dalam kalangan rakan-rakan selebriti. Masing-masing memuji usaha anak kepada penyanyi legenda, Amy Search itu.“Hanya doa yang baik untuk awak dan seisi keluarga. Allah SWT memberkati awak dan orang yang awak sayangi selalu,” kata penyanyi Faizal Tahir. – K! ONLINE

Sekali Lagi Alami Kehilangan Kandungan. Nabila Huda Luah Rasa Sedih Dan Cerita Punca Dia Disahkan Kehilangan Kandungannya Buat Kali Kedua

Pelakon Nabila Huda berkongsi khabar sedih bayi yang dikandungnya gugu kali kedua pada Isnin.Dedah Nabila, dia mengalami pengeluaran cecair merah sebelum disahkan kehilangan kandungan.”Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya kehilangan kandungan lagi buat kali kedua.”Masa pertama kali tahu saya macamtu, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.

“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.”Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paran0id. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatvh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Stories pada Rabu.

Nabila yang merupakan salah satu juri The Masked Singer Malaysia yang kini hangat ditayangkan di Astro Warna setiap Jumaat pukul 9 malam mengatakan dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.”Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….

“Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir… Sakit rasanya…,” tambahnya.Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah kehilangan kandungan pada April tahun lalu.Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *