Ebit Lew kini tampil untuk bantu 9 keluarga yang terlibat dengan kejadian ini. Tak sangka siap beri ini juga untuk bantu kehidupan seharian.

artis Keluarga Semasa

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberi bantuan wang tunai dan barangan berupa peti ais dan mesin basuh kepada sembilan keluarga yang terjejas dalam kejadian rumah yang dijilat api di Kampung Pegawai Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Menurutnya, beliau sedih mendapat tahu sebanyak sembilan buah rumah musnah dalam kejadian tersebut menyebabkan kesemua penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

“Tiada tinggal apa-apa. Baju pun habis. Orang susah-susah juga kawasan ini. Berat ujian mereka. Saya beri setiap keluarga sumbangan wang tunai. Saya terus belikan sembilan peti ais dan sembilan mesin basuh untuk setiap keluarga. Hadiah buat mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ebit Lew berkata, beliau dimaklumkan sudah 30 tahun kesemua penghuni terbabit menetap di situ walaupun rumah mereka kecil dan hanya memiliki dua bilik tidur serta satu bilik air. Bagaimanapun, kata beliau, kesemua mereka mengadu berdepan isu berhubung status rumah mereka disebabkan tanah rezab.

“Sekarang mereka menumpang di rumah saudara dan ada rumah kawan-kawan. Harap masalah mereka dapat diselesaikan. Saya cuma ziarah dan beri sedikit sumbangan,” katanya.

Banyak Ilmu Dan Sirah Nabi SAW Yang Dia Peroleh. Ustaz Ebit Lew Terharu Sebak Dengan Pertemuan Dia Dengan Sheikh Habib Ali

Terbaru, Ustaz Ebit Lew berkongsi cerita dia berpeluang bertemu dengan agamawan yang diketahui ramai iaitu Sheikh Habib Ali Zainal Abidin dalam sebuah pertemuan. Katanya,pertemuan itu adalah saat yang dinanti nantikannya selama ini.

Berikut perkongsian yang dititipkan oleh Ustaz Ebit Lew di FBnya.Terharu sebak sangat rasa. Ya Allah macam mimpi dapat ziarah guru yang teramat mulia Syeikh Habib Ali Zainal Abidin.Masa saya tengah bersedih beliau call saya dan beri kata semangat yang asbabnya Allah beri kekuatan. Sifat dan layanannya terasa seperti keluarga dekat. Sayang dan terlalu hormat padanya.

Dijamu makan bersama. Pohon doa dan nasihat. Habib Ali pesan buat kerja ini setiap hari betapa Nabi SAW gembira. Walau ujian besar dan penat sangat.Tapi melihat hasilnya. Anak terbiar dapat disekolahkan dan dididik. Dapat melihat senyuman orang lain. Melihat kerja dan tanggungjawab lebih besar dan terus jangan berhenti.

Terasa rapat sangat dengan beliau. 2 jam bersama dapat banyak ilmu dan sirah Nabi SAW. Saat bersama Habib Ali terasa rindu pada Nabi SAW dan keluarga Nabi SAW.Ya Allah satu hari nanti temukanlah kami dengan Nabi SAW, keluarga Nabi SAW dan Para Sahabah (RHUM).

Almrhum ayahanda tercinta Habib Ali Zainal Abidin baru hembuskan nafas terakhir. Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus buat ayahanda beliau.Dan terus beri kekuatan pada Habib Ali Zainal Abidin sentiasa sihat dipanjangkan usia dan keberkatan untuk terus membimbing ummah- Ebitlew

Isteri Seorang Yang Tidak Banyak Cakap Dan Sentiasa Hadiahkan Senyuman. Ustaz Ebit Lew Kongsi Sikap Isterinya Yang Ramai Tak Tahu

Siapa sahaja yang tidak mengenali Ustaz Ebit Lew. Malahan kaum Cina dan India juga turut mengenali UEL dan memuji sifat murninya yang membantu golongan susah tanpa mengira bangsa, Terbaru, Ebit ada berkongsikan cerita mengenai keperibadian isterinya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya. Ebit turut meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang solehah dan berterima kasih kepada bidadarinya itu kerana menjaga dan mendidik anak-anak mereka.

“Saya bisik pada bidadari saya setiap pagi. Hargai sedikit masa yang ada. I love you sayang. Terima kasih selalu jaga anak-anak. Didik anak-anak.  Setiap pagi selalunya dapat bercakap sekejap dengan bidadari tercinta. Lepas tu keluar rumah balik dah lewat malam.

“Jika ada masalah besar tiba-tiba tak balik beberapa hari. Tapi nak tahu tak, bidadari inilah yang selalu beri semangat dan doa,” tulisnya. Kata Ebit isterinya seorang yang tidak banyak cakap dan sentiasa menghadiahkan senyuman. Bidadarinya juga sentiasa berdoa untuk dirinya dan setiap insan di dunia.

“Ya Allah jika ada pahala untuk sedikit usaha kecil ini saya hadiahkan pahala buat ibubapa saya. Saya hadiahkan pahala buat bidadari ini yang sebenarnya pejuang.“Tak banyak cakap, tak pandai komplen. Tak pernah mengeluh. Sentiasa hadiahkan senyuman. Banyak berkrban dan berdoa menangis untuk suami dan setiap insan atas dunia ini.. Terima kasih bidadariku,” tulisnya lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan Akui Rasa Malu Pada Ustaz Ebit Lew Kerana Sesuatu Ini. Sekali Ini Penjelasannya Buat Soal Isu Ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa malu dengan sikap pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang disifatkan bak ‘hero’ dalam membantu golongan memerlukan.

“Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat,” katanya ketika mengulas tentang pendakwah tersebut yang lebih pantas melakukan segala kerja amal dan sumbangan.

Menerusi laporan Bernama, Annuar mengakui beliau mahu bertemu dengan Ebit untuk berkongsi perkara berkaitan kebajikan dan sumbangan kepada rakyat yang mungkin boleh dipelajari daripadanya.

“Mungkin saya berbeza pandangan sedikit, peranan NGO lain dan peranan kerajaan lain, tetapi dalam masa yang sama kita (pemimpin) harus ada perasaan malu, bukan malu dalam bentuk yang negatif, malu yang positif. Ini sebab orang yang tiada kuasa macam beliau sanggup berbuat lebih, bagaimana kita orang yang ada kuasa, kita tidak berbuat cukup,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Annuar juga berkata tanggungjawab kerajaan tidaklah seperti peranan NGO. Hal ini kerana kerajaan juga perlu menumpukan untuk merangka dasar yang baik. Selain itu, beliau juga mencadangkan agar kerajaan perlu mengadakan agenda dan program yang mungkin tidak dilihat oleh rakyat sekarang tetapi hasilnya dilihat dalam tempoh jangka masa lebih panjang.

“Kalau ada sesuatu masalah kita turun dan selesaikan, itu pun penting tapi sebagai kerajaan terutamanya kita harus memikir jauh daripada itu. Jadi kalau tidak nampak turun padang bukan bermakna kerajaan tidak berfumgsi, tetapi adalah lebih baik kalau kita menguruskan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar yang baik …sementara kita juga terus menjadi sebuah kerajaan yang prtihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Ebit Lew Antara Nama Yang Dikenali Ramai. Sekali Wanita Ini Dedahkan Perangai Sebenar Ebit Lew Yang Tidak Diketahui Ramai.

Ebit Lew bukan lah suatu nama asing buat rakyat di Malaysia. Boleh dikatakan setiap orang di setiap negeri sudah pun menerima bantuan darinya. Di pelusuk mana pun sekiranya terdapat orang susah, pasti akan dibantu oleh dirinya sendiri. Dengan sumbangan yang diberikan olehnya pasti setiap orang akan terharu dan rasa seperti mustahil orang seperti kita akan dapat memberinya.

Siapa sangka ketika penduduk mempunyai masalah air, Ebit Lew jugalah yang tampil menghantar lori air. Dan ketika ibu bapa sedang runsing dengan gajet yang ingin diberikan oleh anak untuk pembelajaran online di sekolah, Ebit lew jugalah yang datang dan menghadiahkan tablet dan macam-macam lagi bantuan yang diberikan oleh Ebit Lew sendiri.

Tapi tahukah anda siapa sebenarnya Ebit Lew ? Pasti ramai belum tahu siapakah yang sebenarnya Ebit Lew sebelum beliau menjadi sesuatu nama yang dibanggaka di satu Malaysia. Cerita ini diambil dari laman Facebook salah seorang yang dikatakan sahabat Ebit Lew, Noor laila Aniza Binti Zakaria. Dia juga turut menceritakan siapa sebenarnya Ebit Lew sebelum dikenali ramai.

“Saya antara sahabat yg menyaksikan Ebit Lew, org yg betul2 susah miskin, dikritik, dikenakan, diketawakan.. Tiba-tiba Allah beri kekayaan padanya yg bukan sedikit. Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing2 belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang. Dulu kami kerja selang satu meja waktu di Company Dato Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ni antara yg selalu dtg kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat. Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sgt. Saya beli barang2 hiasan, dan hias dengan bunga2 warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja”. Katanya.

“Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah Nabi. Kalau dgr Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah2 sahabat. Bila dia ada masalah, dia dtg cari sy dan terus cerita pung pang pung pang apa org kritik dia. Selepas 2 bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call sy kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya. Saya pilih dan minta kedai gubahkan dgn sgt cantik. Tak lama sy terima whatspp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dgn senyum manis. Ya tuhan, hati sy sgt2 berbunga. Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup2. Kata dia, “cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati.

“Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian2 tempat..saya tanya dia.. “Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” ( soalan saya 14 tahun dlu waktu tak faham *hakikat memberi* )dan saya tahu dia memang tak ada duit. Ebit jawab.. “Takpe laila.. Keluar je jemaah dlu.. Nanti Allah ganti” Dulu keretanya buruk sgt2. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Org ketawakan dia.. Kawan2 kata, “Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Sapa nak dgr cakap ko.. Sapa nak dgr ko ceramah.. Tak laku”

” Memang org kenakan dia cukup2, ketawakan dia cukup2.. Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yg dia nak buka 10 cwgn tahun lepas.Akhirnya Allah makbulkan dlm 2bulan. Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam2 perancangan dia yg dia bagitahu saya, Allah bg semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah! Sampai kes org sakit hati,kritik ke.. Tu perkara biasa Sampai dia kata, kdg Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah. Tp saya tahu, tu kata2 saja. Kata2 org yg letih sgt berjuang dgn karenah pelbagai pihak tp cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua org peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu x pernah padam dalam dirinya.

“Amalan dia yg sy takkan lupa yg sy tengok di ofis selama 4 tahun tiap2 hari tanpa gagal. Rajin sgt2 usaha, Qailulah, Cara tidur ikut sunnah Nabi, Selalu belanja kami, Senyum setiap hari, Nangis bila berdoa, Dhuha 6 rakaat dan lebih, Solat jemaah & bersiap awal ke Masjid tanpa gagal, Berbuat baik dgn isteri tanpa gagal, Amalan memberi hadiah buat isteri, Berbuat baik dgn mak ayah, adik beradik, Keluar dakwah, Amalan doa khusus. Inilah antara yang Ebit lew amalkan. Nampak macam biasa2… Kita pun tahu amalan tu.. Tapi dia ada amalan memaafkan org dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.. ” Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *