Adik terpaksa menumpang di rumah kakak sebaik sahaja mak dan ayah telah pergi menghadap illahi. Namun ini pula cara adik beradik melayaninya.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga

Wanita ini diperlakukan seperti hamba oleh kakak sendiri selepas kehilangan ibu bapa. Bertuahnya seseorang jika dikurniakan keluarga yang penyayang dan harmoni. Namun, tidak semua insan bertuah dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sempurna kasih sayangnya, sebagaimana kisah seorang pelayar ini.

Menerusi satu coretan di laman Kisah Rumah Tangga, pelayar ini berkongsi luahan hatinya yang kesedihan kerana tidak pernah merasai nikmat kasih sayang daripada darah daging sendiri.

“Masa kecil umur tujuh tahun, mak ayah saya telah pergi. Kakak-kakak lima orang sudah berkawin. Salah seorang daripada kakak bela saya. Kakak tak ada anak, hanya seorang je anak angkat. Setiap hari saya akan dilakukan macam-macam. Hari-hari jadi makanan. Ya saya salah sebab saya jenis panjang tangan. Saya selalu ambil makanan tanpa izin sebab sehari kakak hanya suruh makan dua kali, itu pun makan sisa saki baki mereka. Saya dipaksa buat semua kerja rumah, ya saya sedar hidup menumpang tapi apakan kudrat saya di umur itu dipaksa melakukan semua kerja,” luahnya sedih.

Disebabkan hidup menumpang di rumah kakaknya, pelayar berkenaan dipaksa melakukan pelbagai kerja rumah. Gambar hiasan

Tidak tahan dengan layanan buruk yang diterima, pelayar itu akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah kakaknya, ketika berusia 15 tahun. Di kala remaja lain sibuk bergelumang dengan buku, pelayar ini pula terpaksa berdikari dan berusaha mencari kerja untuk menyara kehidupan.

“Alhamdulillah saya dapat kerja basuh pinggan, dan ada tempat tinggal disediakan. Tapi kakak masih kritik saya. Pukul saya di tempat kerja, Allahuakbar. Hanya Allah yang tahu deritanya hidup saya. Selepas itu, dia sudah tidak menemui saya lagi. Sejak bekerja, bos banyak membantu saya, banyak yang saya belajar. Hingga saya boleh buka bisnes sendiri. Dengan bisnes itulah saya mula dari awal sampailah saya mampu punya segala-galanya. Dan hidup saya Alhamdulillah cukup senang,” ceritanya.

Dulu masa saya dalam jagaan dia, saya pernah telan pil berpuluh-puluh biji tapi Allah masih sayang pada saya.

Namun, dia kemudian kembali diganggu oleh kakaknya dan kali ini lebih teruk kerana adik-beradiknya yang lain termakan hasutan wanita tersebut dan menyisihkan dirinya.

“Apa salah saya? Memang jahat sangatkah saya? Memang hidup saya untuk dibenci oleh keluarga sendiri? Dulu masa saya dalam jagaan dia, saya pernah telan pil berpuluh-puluh biji tapi Allah masih sayang pada saya. Walaupun sekarang saya punya segala-galanya tapi hati saya sakit, sedih dan kecewa. Orang yang tak berada di tempat saya akan cakap ‘Alaa teruskan je hidup kau, orang tak suka jangan paksa… lagipun kau dah hidup senang lenang’. Sungguh bukan tu yang saya nak. Saya nak adik beradik, saudara kandung tetap bersatu utuh. Bila solat, air mata mengalir mengenangkan ini semua. Bila depan suami saya nampak gembira. Bila seorang diri, saya sedih sangat. Hubungan saudara darah daging tak dapat dipisahkan. Kenapa keluarga saya macam ni?,” soalnya lagi.

Sungguhpun kini sudah ‘bebas’ daripada kekejaman kakaknya, namun wanita ini sedih setiap kali selepas solat apabila mengenangkan nasibnya dipulau keluarga.

Perkongsian pelayar itu dibanjiri dengan ratusan kata-kata semangat warganet yang mendoakannya tabah dengan ujian yang dihadapi.

“Betapa mulianya hati kamu, walaupun dah dilakukan macam-macam tetap ingat darah daging. Berdoalah semoga Allah beri hidayah kepada adik beradik kamu,” komen seorang pelayar. Sabar yer dik. Semua orang layak hidup bahagia dik. Cuma bahagia bersama adik-beradik tu belum lagi… Doa yang baik-baik,” komen pelayar lain pula. Namun ada juga warganet yang turut sama senasib dan berkongsi kisah hidup mereka.

Bila Kecil Dijaga Dengan Baik. Sekali Bila Besar Nak Bayar Bil Rawatan Ibu Bapa Pun Sampaikan Nak Bergaduh Adik Beradik.

Hari ni , Macam biasa aku incharge jabatan kecemasan salah sebuah hospital swasta . Macam2 kes lah datang. Dari tadi tak menang tangan . Dalam banyak2 kes yang datang ni , Ada satu kes yang aku rasa dapat beri iktibar kepada diri sendiri dan orang lain.

Datang seorang anak dan ibu berbangsa cina ke jabatan kecemasan. Emak dah berumur hampir 75 tahun . Si anak berumur linkungan 40+ tahun .Si Ibu Ada masalah tulang belakang , Yang bakal di bedah minggu depan.

So macam biasa aku ambik la history semua , So last sekali aku tanya… Ada insurance tak? Si anak geleng kepala .. “ Whatt ?!!” Aku berbisik sendirian “ Takde insurance ? “ Bisik hati “ Puan tak ada insurance , maknanya bayar sendiri ya ?” Tanya aku, Si anak mengangguk ..

Kalau aku kira2 balik ni , Makan puluh ribu jugak operation ni .. So aku teruskan bertanya.. “ You sure kan ? You self paying .. Sebab i rasa this operation mahal ..” Balas Aku. Si anak tadi mengangguk …
So aku pun saja la tanya , Kerja apa , Bisnes apa , Anak dia pun friendly, jenis melayan Si Anak ada 4 Adik beradik Semuanya kerja biasa saja . Bukan owner bisnes.

Jadi aku saja lah tanya , Banyak duit nak spend ni , Ok ke ? Dia balas… “ Kami adik beradik memang dari muda , 20 tahun dulu , Sudah buka satu akaun , Setiap bulan kami masuk duit dalam itu akaun . Simpan untuk emak . Kalau emak sudah tua .. Tak ada insurance , Jadi jika kami ada wang simpanan , Kami boleh hantar mak ke hospital yang terbaik .”

Fuh .. Lepas dia explain macam ni .. Dengan gaya dia yang sempoi , Handbag plain tak berjenama … Dengan senyuman dia bagi .. Bangga dia boleh bayar sendiri .. Tak payah nak tunggu insuran confirm bagai, Tak ada nak garu2 kepala .. Pehh .. Padu … Rasa macam kena lempang pun ada…

Betul jugak tu !! Dasyat , Mereka bukan berjawatan tinggi pun , Tapi bila adik beradik pakat menabung . Banyak boleh dikumpul Of course kalau boleh kita nak beri yang terbaik untuk ibu bapa kita , Kalau boleh nak hantar dorang ke hospital swasta. Lebih selesa dan cepat, Tak perlu bersesak di hospital kerajaan…

So dekat sini , Ramai di antara kita bergantung pada insuran. Kalau insuran dah tak cover ..? Pergi hospital kerajaan lah jawabnya kan ? Mungkin apa yang aku pelajari hari ni boleh diguna pakai untuk semua orang.

Kalau ada adik beradik ramai , Buka lah satu akaun untuk mak bapak yang tersayang , Tiap2 bulan menabung dekat situ. tak terasa sangat nanti Sikit sikit lama lama jadi bukit Untung makcik tu dapat anak anak macam ni …

Kalau korang ? Macam mana ? Nak masuk tahun 2021 dah ni … Iphone 12 , Ps5 Boleh beli , Honda ketam boleh modified ,… takkan simpanan untuk mak ayah pun nak berkira.. Kamon man… Nanti bila dapat tau kos pembedahan, Dah tak pasal gaduh adik beradik siapa nak tanggung kan ?

Ada ka orang kita amalkan sesuatu yang macam ni ? Sampai bila nak mintak bantuan orang lain ? Sampai bila nak mengharap kerajaan ? Sampai bila nak salah kan orang lain ? Sampai bila nak mengharap dengan insuran ? Sampai bila nak guna facebook minta derma ? Padahal dari awal kita boleh rancang kan .. Dah prepare ke duit tabung untuk mak bapak kita?

Kredit; Dr Yazeed Hair Johari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *