Suami menyambut kelahiran anak dalam kereta tepi highway sampai lupa nak azan. Wanita cerita detik paling bersejarah buat mereka

Viral

Hari bersejarah buat pasangan ini bila si isteri menceritakan detik melahirkan bayi di dalam kereta sambil dibantu oleh suami. Lumrah bagi seorang ibu yang sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin,pastinya mereka mahu proses melahirkan bayi berjalan dengan lancar.

Tambahan pula, kelahiran kadang kala sukar untuk dijangkakan dengan tepat sungguhpun pada ketika si ibu sudah menunjukkan tanda-tanda awal. Demikianlah juga dengan kisah yang dilalui oleh wanita ini, yang melalui pengalaman lucu yang pasti sukar untuk dilupakan kerana melahirkan bayi di dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk ke hospital.

“Suamiku doula dan bidan?!!! Mungkin tajuk agak memeranjatkan, tapi itulah hakikatnya apa yang terjadi kepada keluarga kami di pagi hari semalam, suami menyambut kelahiran anak dalam kereta tepi highway,” begitulah mukadimah coretan wanita berkenaan di Facebook yang menjadi tular di media sosial.

Wanita yang mesra disapa sebagai Farah, dia sudah mengalami tanda-tanda awal untuk bersalin dua hari sebelumnya, namun diminta untuk pulang memandangkan ‘laluan’ hanya terbuka dua sentimeter dan dia hanya mengalami kontraksi ringan.

“Pada awal pagi 13 Februari sekitar pukul 1 pagi, kontraksi dah mula kerap dan mulut dah tak henti-henti berzikir.”Dalam pukul 3.30 pagi rasa sakit makin kuat, terus bersiap pakai tudung dan kemas barang wajib bawa ke hospital takut ada yang tertinggal. Pukul 4 kejut suami, terus masuk bilik dukung anak sulung umur 7 tahun masuk kereta,” imbasnya.

Ketika dalam perjalanan ke hospital yang terletak kira-kira satu jam dari rumah mereka di Desaru, Johor, air ketubannya keluar dan dia segera memaklumkan suami.”Dalam pukul 4.30 pagi, saya minta suami berhenti kereta di tepi jalan sebab rasa kepala baby dah nak keluar sangat.

“Ketika itu dekat R&R Layang, kira-kira 15 minit lagi nak sampai hospital. Suami dah gelabah tak tahu nak buat apa tapi dia cuba nak cool dan tak panik. Dahlah memang tak ada orang dan kereta lalu lalang.”Dia buka bonet ambil kain tuala, dia buka pintu kereta bagi ada pengudaraan. Kemudian dia bantu dan minta tarik nafas untuk meneran. Mujur suami ada pengalaman teman saya dekat bilik bersalin masa lahirkan anak sulung, tujuh tahun lepas.

“Alhamdulillah dalam 10 minit bersusah payah, akhirnya saya lahirkan bayi lelaki seberat 3.36 kilogram dengan disambut oleh suami,” jelas wanita berusia 29 tahun ini sambil menambah, mereka kemudian meneruskan perjalanan ke hospital.

“Bukan itu sahaja, kalau ingat balik, sebenarnya banyak kejadian lucu. Siap kami berhenti lagi sekali selepas itu sebab suami terlupa nak azankan baby.”Apapun syukur, semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah, bayi ini Allah beri sebagai ganti selepas kami kehilangan anak kedua, Nur Fatin Husna pada 2019.”Tak sangka tular pula. Selain nak abadikan kenangan, posting tu juga boleh dijadikan semangat untuk suami isteri agar bersedia menyambut kelahiran jika berlaku situasi mengejut seperti ini. Yang penting, kena ada serba sedikit pengetahuan,” ujarnya lagi.

Ada Hari Sekeping Capati Pun Tak Terjual. Anak Kepada Cef Ini Kongsi Ayahnya Sanggup Kejar 2 Kerja Sehari Sehingga Undang Sebak Dalam Kalangan Warganet

Seperti yang kita semua maklum selepas sahaja kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi secara dine in atau makan di premis dengan prosedur SOP bermula 10 Feb,membuatkan peniaga kecil menarik nafas lega.

Baru baru ini keluhan seorang anak kepada penjual capati pada malam sebelum kebenaran itu mengundang sebak di kalangan warganet.”Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang. Kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong.

“Jadi, tolong petang je sampai tutup malam. Tapi sebab PKP tak boleh dine-in ni, slow ,” tulis seorang pemuda yang merujuk kepada prestasi jualan capati yang mengecewakan.Pemuda tersebut, Farhat Nadzmi Mohd Nizam berkata, bapanya mula berniaga capati di sebuah medan selera di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sejak Oktober lalu.

Selain itu,dia memberitahu bapanya melakukan kerja sepenuh masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.”Ayah kerja syif di KLIA. Jadi, ayah buka gerai capati selepas atau sebelum syif bertugas, atau sepanjang hari pada hari ayah tidak bekerja.

“Tapi bila PKP tak membenarkan dine-in, bisnes capati ayah terjejas sampaikan nak tengok orang datang bungkus pun susah,” kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.Sementara itu, bapa Farhat iaitu Mohd Nizam Abu Bakr pula berkata, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai cef kira-kira 25 tahun itu.

Jelas Bapa kepada dua anak itu, dia kini bertugas di bahagian kargo, tetapi sebelum itu bertugas sebagai cef untuk pengendalian makanan dalam pesawat.”Tugas saya bertukar ke bahagian kargo ekoran penerbangan komersial terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur kerana masih bekerja walaupun gaji dipotong.

Pada peringkat awal, katanya, secara purata capati yang dapat dijual adalah antara 40 hingga 50 keping sehari, dan prestasi merosot ketika PKP dikuat kuasakan.”Bila tak boleh dine-in waktu PKP, ada hari sekeping capati pun tak terjual. Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga,” ujarnya.

NAmun begitu, posting anaknya menjadi perhatian sehari sebelum kelonggaran orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai makan telah membuatkan jualannya meningkat.”Hari pertama kelonggaran iaitu pada 10 Februari, jualan capati naik antara 30 hingga 35 keping. Lepas tular terus naik mendadak sehingga 100 keping!

“Sebenarnya selepas posting itu tular, ramai yang nak tempah lebih daripada itu. Tapi, saya dan anak-anak tak menang tangan dengan keupayaan yang terhad. Jadi, kami letakkan had 100 keping capati sehari untuk menjamin kualiti,” katanya.

Dia bersyukur dengan kelonggaran yang diberikan dan penularan posting, Mohd Nizam turut menerima banyak cadangan supaya menghasilkan capati bagi makanan sejuk beku.”Misi saya untuk mempunyai central kitchen (dapur berpusat) pada masa akan datang bagi membolehkan saya membuka lebih banyak cawangan menjual capati, insyaAllah,” katanya.

Pengantin Tengah Syok Bergambar Sekali Terkejut Bila Tiba Tiba Kena Angkut Dengan Lori Polis Gara Gara Ingkar Arahan Pkp. Sekali Ini Yang Pengantin Ni Kena Buat Ramai Terkedu.

LANGKAWI – Sepasang pengantin berpakaian sedondon yang sedang leka bergambar kenangan di kawasan sungai berhampiran kongsi bilis, Taman Nilam di sini ditahan polis kelmarin. Selain pasangan tersebut, 17 individu termasuk pengiring pengantin turut ditahan polis pada pukul 6.30 petang susulan ingkar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, kesemua mereka dit.ahan sepasukan polis yang kebetulan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut. “Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dit.ahan sebelum dibawa ke balai polis.

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP. “Hasil pemeriksaan juga mendapati kebanyakan mereka menetap di Taman Nilam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shariman, kesemua mereka dibebaskan pada hari yang sama selepas tlndakan kompaun dikenakan. Dalam perkembangan sama, Shariman memberitahu pihaknya meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan susulan orang ramai suka berkumpul di tepi sungai dan padang tersebut. Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kumpulan pasangan tersebut dibawa ke balai menaiki lori polis bersama beberapa individu.

Tengah Pkp Selamba Je Boleh Buat Majlis Pertunangan. Ramai Yang Bengang Bila Ank Sheila Rusly Buat Majlis. Mengejutkan Siap Ada Yang Nak Keluarkan Surat Saman Lagi.

Baru-baru ini, anak sulung Sheila Rusly dan Jinggo telah selamat bertunang dengan pelakon, Elisya Sandha. Pertunangan itu dimaklumkan kedua-dua pihak melalui media sosial masing-masing termasuklah kakak Elisya sendiri, Fasha Sandha.

Bagaimanapun, menurut Gempak, majlis tersebut mendapat kritikan dan dipersoalkan oleh warganet di Twitter memandangkan ianya dilakukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sedang berlangsung sejak 13 Januari lepas.

Umum mengetahui, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP tidak membenarkan sebarang majlis keramaian. Melalui Twitter, seorang pengguna mempersoalkan tindakan kedua-dua buah keluarga itu melangsungkan majlis itu.

Kenapa ada anak artis buat majlis tunang? Bukan SOP PKP tak boleh buat majlis pertunangan ke? Ramai orang terpaksa cancel majlis merisik & tunang sebab PKP, tapi artis elok je buat, siap upload IG lagi.” Bukan itu saja, mereka juga turut mengaitkan situasi berkenaan dengan isu ‘double standard’ apatah lagi ramai rakyat marhaen yang terpaksa batalkan majlis dan ada yang ditangguhkan berkali-kali kerana keadaan tidak mengizinkan.

Ramai kot terpaksa tangguh berkali kali majlis merisik tunang, ada yang tak tunang terus kahwin sebab nak patuh SOP PKP, kalau ingkar kena sman.” Tapi tu la, yang ni semua rakyat biasa la. Untuk artis SOP lain kot.”

“Sila keluar surat saman” Melalui ruangan komen, ramai jugalah warganet lain yang bersetuju dan mengaku turut berfikir tentang hal yang sama. Mereka juga rasa geram dengan situasi sebegitu kerana seharusnya pihak berkuasa bersikap adil dan sama rata tidak kira status seseorang.

Ada yang turut tag pihak berwajib dan meminta agar kes itu disiasat serta tindakan sepatutnya diambil terhadap pihak sana kerana terang-terangan telah ingkar SOP ketika PKP. Bukan itu saja, ramai yang berpendapat situasi itu tidak adil bagi mereka

yang telah membatalkan atau terpaksa menangguhkan majlis kerana perlu patuhi SOP ditetapkan oleh kerajaan. Namun, golongan ‘kayangan’ pula sewenang-wenangnya boleh ingkar SOP tanpa dikenakan apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Lobakmerah

Baru Je Beberapa Harilepas Tular Tentang Elisya Sandha Bertunang Dengan Ank Sheila Rusly Sekali Tiba Tiba Fasha Sandha Tampil Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Sebak.

Selepas menjadi bualan hangat peminat, akhirnya pelakon Elisya Sandha dan anak lelaki kepada penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly yang dikenali sebagai Uzair Haqimy selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada Ahad.

Biarpun begitu, Fasha Sandha yang merupakan kakak kepada selebriti jelita itu turut berkongsikan detik bahagia adiknya dengan pasangan. Detik itu turut dikongsikan bersama satu rakaman video dan dengan berkapsyenkan kata-kata yang panjang buat adiknya itu.

“Melepaskanmu, bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi our baby girl. Walaupun berat untuk kami, sejujurnya apa saja yang akan membuatmu bahagia. Kami turuti, bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia.

Persanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing-masing kerana manusia itu diciptkan Tuhan tidak sempurna namun disebalik ketidaksempurnaan itu Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.

“Welcome to the family, Uzair Haqimy! Alhamdulillah keluarga kami kini menjadi lebih besar, Syukur Alhamdulillah. Semoga kasih sayang dan cinta kalian, kekal dan bahagia ke Jannah.” Posting Fasha Sandha bagaimanapun turut menerima komen daripada pasangan sama cantik, sama padan itu dengan mengucapkan terima kasih kepadanya dan dalam pada masa yang sama, kapsyen panjang Fasha Sandha mengundang sebak peminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *