Sebuah jambangan bunga berasaskan wang kertas bernilai RM1500 dan telefon pintar baru buat ibunya. Ruhainies kongsi kejutan buat ibunya

artis

Amboi,bukan kemain lagi Ruhainies kalini. Terbaru Ruhainies memberikan sebuah kejutan jambangan bunga berasaskan wang kertas kepada ibunya. Bersempena dengan ulang tahun ibunya iaitu Che Bunga Salleh, Ruhainies menghadiahkan ibunya sebuah jambangan bunga berasaskan wang kertas bernilai RM1500 dan telefon pintar baharu.

Kata Ruhainies,dia tidak dapat memberikan hadiah barang kemas seperti tahun sebelum ini kerana khuatir bawa ibunya keluar susulan kes makin meningkat. Jelas Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas lagi, adik-beradik yang lain turut memberikan hadiah berbentuk wang tunai pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 ibu mereka, malam Jumaat.

“Kalau ikutkan, setiap tahun selalunya saya akan bawa ibu pergi ke kedai emas dan belikan dia rantai atau gelang… apa-apa saja tapi emas sebab dia suka.”Tapi tahun ini PKP dan kes Covid pun semakin meningkat, saya tak berani nak bawa dia keluar. Jadi, saya beri hadiah duit dan handphone baharu untuk dia. Jumlah duit pada jambangan bunga hanya RM1,500 sahaja.

“Sebab ini kali pertama saya tempah jambangan bunga duit macam itu… tak berani nak letak duit banyak sangat. Adik-beradik lain pun beri duit sahaja untuk tahun ini,” kata Ruhainies.Perkongsian video pelakon berusia 29 tahun itu memberi kejutan hadiah jambangan bunga berbentuk duit di laman Instagram miliknya pada malam, Jumaat menarik perhatian warganet.

Majoriti warganet turut memberi ucapan selamat hari lahir dan terhibur melihat aksi ‘comel’ ibu Ruhainies yang terkejut melihat hadiah jambangan bunga duit itu.Dalam pada itu, pelakon drama siri Lelaki Lingkungan Cinta ini memberitahu dia sentiasa mahu menggembirakan kedua ibu bapanya selagi mereka masih hidup.

“Sudah tentu dia terkejut dan gembira dapat kejutan daripada anak-anak. Tambahan pula, ini kali pertama dia dapat jambangan bunga berbentuk duit. Bagi saya, ini saja peluang yang saya tak nak lepaskan.”Nanti bila masing-masing dah kahwin dan tinggal berasingan dah tak sama macam sekarang. Sebab kita dah ada tanggungjawab baharu. Sekarang ini, saya memang fikir nak gembirakan ibu dan bapa saya sahaja.

“Setiap kali ada sambutan apa-apa, kami adik-beradik mesti merancang kejutan sebab itu cara kami menghargai satu sama lain. Saya tak nak rasa menyesal kalau tak dapat nak gembirakan keluarga.”Sementara semua orang masih ada dan dalam keadaan sihat, kita buat apa yang kita mampu untuk gembirakan mereka terutama ibu bapa kita,” ujarnya

Asyik Belikan Beg Tangan Puluhan Ribu. Mengejutkan Tiba Tiba Teman Lelaki Ruhainies Tampil Bersuara Dedahkan Kenapa Masih Tak Kahwin Lagi Dengan Ruhainies.

Kekasih hati pelakon Ruhainies, ahli perniagaan yang juga yang dikenali sebagai Mr. E menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran yang ke-28 pelakon itu semalam. Mr. E berkata, dia sudah menghadiahkan lebih enam beg tangan kepada pelakon itu dan setiap satu dianggarkan bernilai puluhan ribu.

” Sebenarnya, Ruhainies amat menyukai beg tangan. Beg tangan terbaharu yang saya hadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya adalah beg yang keenam buatnya. ” Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.

” Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu. ” Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak? ” Lagipun saya memang suka berikan hadiah edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.

” Bagi saya, dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi Ruhainies yang diadakan di Hotel W, di sini, semalam. Selain keliibat Mr.E, majlis terbabit turut dihadiri rakan terdekat dan peminat tercinta pelakon itu.

Menurut Mr E, dia mengakuii sudah bersedia untuk memiikul tanggungjawab sebagai suamii kepada aktres itu. ” Saya sudah bersedia menjadi suamiinya sampai bila-bila. Hal ini juga sudah kami bincangkan secara serius.

Permintaan ibu bapa Ruhianies, tunggu kakaknya kahwiin dahulu

” Insya Allah jika tiada aral meliintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwiin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies. ” Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

” Apa pun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doakan yang terbaik,” katanya. Lahir 27 Julai 1992, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain. Selain bergelar pelakon, Ruhainies juga merupakan duta kepada produk jenama Ruza dan Ruhainies Rosy Secret. Beliau juga ialah adik kepada pelakon Risteena Munim.

Sementara Risteena yang kini berusia 30 tahun sudah bertunang dengan pelakon Isa Khan pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: asiakini via klmenjerit

Sumber : TTK

Ruhainies tak guna produk mahal untuk cantik

PELAKON popular Ruhainies menghabiskan hampir RM2,000 sebulan untuk penjagaan badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia tidak menggunakan produk mahal untuk penjagaan kulit wajah.

“Saya tak pakai produk mahal pun untuk menjaga kulit. Pemikiran kebanyakan orang pakai produk mahal baru kulit cantik. “Alhamdulillah, kulit saya tak perlukan produk mahal untuk kekal sihat dan tak bermasalah. Produk saya gunakan pun biasa-biasa saja.

”Saya peruntukan kurang RM2,000 sebulan untuk keseluruhan penjagaan badan,” katanya kepada Harian Metro. Ruhainies yang ditemui pada pelancaran cawangan kelima sebuah butik kecantikan di pusat beli-belah di Puchong berkata, dia juga tidak mempunyai tip tertentu dalam penjagaan kecantikan dan kekal langsing.

“Setiap minggu saya luangkan masa sekali pergi urut dan spa. Selain itu saya berenang untuk kesihatan dalaman. Saya memang tak pergi gimnasium. “Untuk kekal langsing saya tidak ada tip. Saya beruntung sebab metabolisma tinggi. Jadi, kalau makan nasi jam 2 ke 3 pagi pun, saya okay. Saya tak kawal sangat. “Orang kata apabila sampai satu tahap umur tahap metabolisma makin turun dan badan akan cepat naik. Waktu itu baru saya akan jaga. Buat masa sekarang nak nikmati apa saja makanan,” katanya.

Dugaan terbesar Ruhainies

TIGA tahun bercinta bukan tempoh yang singkat. Dalam pada diulit bahagia, tentu ada dugaan kecil yang perlu dihadapi setiap pasangan bercinta.Situasi sama dilalui pelakon cantik, Ruhainies yang kini hangat bercinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E. Kisah bahagia mereka sering menjadi perhatian banyak pihak termasuk media dan peminat.

“Tipulah kalau bercinta tidak ada dugaan. Saya pun macam orang lain juga, ada pancaroba dalam perhubungan. “Saya dapati orang sekeliling saya pun berdepan pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka. Namun, saya percaya pada takdir Allah SWT. Tidak kisahlah lama atau sekejap bercinta, jika tertulis itu jodoh kita, maka ia akan terjadi,” katanya.

Menurutnya, antara dugaan terbesar dalam hubungan cintanya ialah kemunculan individu yang juga memancing hati Mr E. “Ada juga orang yang cuba kacau kekasih saya. Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak mti. Belakang saya, mereka galak mencuba.

“Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah,” Katanya. Berkongsi lanjut mengenai kisah cintanya, Ruhainies berkata dia tidak mahu terburu-buru untuk menyimpul hubungan itu dengan perkahwinan kerana ingin memberi laluan kepada kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena untuk berumah tangga terlebih dulu.

“Saya nak tunggu kakak dulu dan kalau boleh tak mahu melangkah bendul. Namun, kalau ditakdirkan saya berkahwin dulu sebelum kakak, saya okey. “Kekasih saya pun ada bercakap dengan saya, kalau boleh nak mempercepatkan supaya kami dapat hidup bersama. Bagaimanapun, seboleh mungkin saya nak bertunang dulu. Lagipun, saya masih muda,” katanya.

Beralih perihal kerjaya, Ruhainies berkata dia kini perlu membahagikan masa antara dunia lakonan dan perniagaan. “Setiap benda yang saya lakukan, saya akan buat bersungguh-sungguh. Tak kiralah dalam lakonan ataupun perniagaan. “Tahun ini saya buka kafe yang diberi nama Bites Dessert. Insya-Allah, tahun depan saya akan mantapkan lagi kerjaya lakonan dan pada masa sama mengembangkan perniagaan yang diusahakan,” katanya.

Meskipun seronok berniaga, Ruhainies tidak akan sesekali memperlahankan kembara seninya. “Sesibuk mana pun, saya tetapi akan berlakon macam biasa. Alhamdulillah, kekasih saya pun menyokong keputusan ini dan bersama-sama mencari idea untuk mengukuhkan bisnes,” katanya.

Terbaharu, Ruhainies baru selesai penggambaran dua telefilem iaitu Ustaz Rock dan Ara. Selepas ini, dia akan terbabit dengan drama 26 episod, Bisikan Cinta Ramadan yang akan memulakan penggambaran Disember nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *