Ramai nak jadi menantu lepas heboh fenomena mak mentua memahami. Wanita ini kongsi cara pemikiran seorang makcik ini

Viral

Lazimlah jika kita selalu dihidangkan dengan cerita mengenai masalah ibu mentua dengan menantu. Boleh dikatakan isu ini menjadi salah satu masalah dalam rumah tangga dan termasuklah isu tiada persefahaman antara satu sama lain yang sudah tentu perlu mencari jalan penyelesaian untuk memastikan ikatan perkahwinan kekal selamanya.

Tak dapat dinafikan rata-rata ramai wanita di luar sana mengharapkan layanan baik ketika menjadi ahli keluarga si suami.Begitulah yang dirasai wanita yang berusia 27 tahun itu apabila dia terbaca komen menarik seorang makcik yang dikenali sebagai Linda di laman Facebook.

Beliau yang mempunyai nama lebih kurang sama iaitu Siti Fazlinda Husin berkata dalam banyak-banyak komen hanya makcik itu sahaja yang berfikiran lain daripada lain.“Saya mungkin tak ada pengalaman nak cakap mengenai mak mentua tegas, jaht dan sebagainya sebab belum berkahwin tetapi banyak dengar serta baca kisah buruk daripada yang baik.

“Jarang sekali saya nak baca komen tambah lagi dekat Facebook, tiba-tiba hari tu dia naik di timeline saya sebab ada kawan yang share.“Saya baca macam teruja sebab ayat dia memang memberi kesan yang mendalam. Bukan itu sahaja, didikan yang dia beri pada anaknya buat saya kagum sangat.

“Bukan saya kata isteri perlu senang-lenang tak buat kerja rumah tetapi kalau sama kerja sama sibuk apa salahnya kerja rumah pun buat sekali, ” ujarnya.Tambah Fazlinda lagi, lebih menarik lagi di ruangan komennya warga Twitter berkongsi maklumat tentang makcik Linda itu.

Difahamkan sehingga kini perkongsian itu meraih 41,000 likes dan 30,000 retweets.“Lawak betul.. Gigih waragnet DM makcik tu tanya ada berapa orang anak. Ada yang bujang tak dan kebetulan pula makcik Linda cakap anaknya semua lelaki dan masih mempunyai seorang yang belum berkahwin.

“Nasib baik makcik Linda tu sporting layankan ja perangai warganet ni.“Saya taklah sampai DM, saya kongsi dekat Twitter pun sekadar untuk hiburan saja tetapi dah semua berebut saya pun nak jugalah kalau diberi kesempatan, ” ujarnya berseloroh.Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, dia belum pernah melihat situasi itu di depan mata kerana ibunya hanya mempunyai menantu lelaki.

“Saya mempunyai tujuh adik beradik, hanya yang bongsu sahaja lelaki. Lain semua perempuan jadi mungkin tak ada isu tu dalam keluarga lagi sebab menantu ibu semuanya lelaki.“Takut juga rasanya nak kahwin kalau tiba-tiba tak sebulu dengan mak mentua tetapi bagi saya menantu pun main peranan penting, perlu jaga tingkah laku juga, ” jelasnya.

Kahwin Tahun Lepas Dan Difahamkan Suami Sanggup Buat 3 Kerja Sejak Bujang. Perkongsian Yang Dibuat Oleh Pasangan Ini Secara Tak Langsung Raih Perhatian

Lumrah bagi pasangan yang sudah memasuki alam perkahwinan, sudah tentu mahu kan cahaya mata yang pastinya menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka. Baru baru ini, satu perkongsian di Tiktok raih lebih setengah juta tontonan dan memaparkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, memaparkan Shahrul Amri Ibrahim sebak apabila isterinya, Nurul Akma Abd Rasid menunjukkan alat ujian kehamilan dengan tanda ‘positif’ yang diletakkan di dalam sebuah kotak.Tak kekok bercerita,dia yang mesra disapa Shahrul mengakui cukup bersyukur atas berita gembira itu yang dianggap sebagai hadiah paling manis selepas mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu.

“Isteri ada mengadu tak sedap badan. Jadi dia ajak pergi beli alat ujian kehamilan. Selepas dah balik rumah dan dia tunjuk yang test tu positif, automatik mengalir air mata saya.“Sebenarnya kami pun tak jangka. Tapi kami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Bila Allah nak bagi zuriat, saya anggap ia nikmat terbesar dalam kehidupan.

“Bila dapat tahu isteri hamil, terus fikir nak kena bagi lebih perhatian selepas ini, sebab kandungannya juga masih di peringkat awal. Nak kena jaga betul-betul,” ujarnya. Difahamkan masing-masing berusia 25 tahun, Shahrul dan isterinya turut terkejut apabila video detik bersejarah mereka tular di TikTok.

Jelas Shahrul lagi, dia bersyukur apabila menerima banyak komen positif termasuklah doa dan kata-kata semangat untuk dia sekeluarga.“Saya kongsikan video itu sebagai tanda kenangan. Tak sangka akan tular. Saya cuma hasilkan video sebab teruja nak tengok result kehamilan isteri.

“Kebanyakannya bagi komen positif dan doa. Ada juga yang bagi nasihat. Saya terharu dengan semua komen.“Sangat bersyukur dikurniakan ramai insan yang baik-baik, Allah hadirkan mereka semua untuk bagi nasihat dan kata-kata semangat buat kami.“Pada masa sama, ada juga pasangan yang kongsi kisah mereka menanti zuriat. Saya doakan mereka semoga dikurniakan zuriat secepat mungkin, InsyaAllah,” ujar Shahrul.

JElas Juruteknik Perubatan di sebuah hospital itu, dia membatalkan segala rancangannya pada hari itu selepas menerima berita gembira kehamilan isteri.Shahrul yang menetap di Bangi, Selangor turut melakukan dua lagi kerja untuk menyara kehidupan.“Saya sebenarnya buat tiga kerja, sejak sebelum kahwin lagi. Dulu tujuannya untuk kumpul wang kahwin. Kemudian saya teruskan, sebab ada banyak komitmen. Isteri saya pula merupakan guru tadika.

“Pada hari dapat tahu isteri saya hamil, saya sebenarnya nak keluar buat GrabFood. Tapi saya batalkan niat dan duduk di rumah bersamanya,” ujar Shahrul berseloroh.Menceritakan mengenai perkenalan mereka pula, Shahrul mendedahkan dia dan isteri berkenalan pada tahun 2017 menerusi laman cari jodoh Muslim, Baituljannah.

“Saya kenal dia lebih kurang dua tahun sebelum kami kahwin, jumpa jodoh dekat laman web cari Baituljannah.“Selepas habis diploma dulu, saya memang hasrat nak cari kerja, pada masa sama saya fikir nak cari calon isteri. Jadi, kami berkenalan di situ sebelum mendirikan rumah tangga tahun lepas,” ujarnya lagi.

Ada Hari Sekeping Capati Pun Tak Terjual. Anak Kepada Cef Ini Kongsi Ayahnya Sanggup Kejar 2 Kerja Sehari Sehingga Undang Sebak Dalam Kalangan Warganet

Seperti yang kita semua maklum selepas sahaja kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi secara dine in atau makan di premis dengan prosedur SOP bermula 10 Feb,membuatkan peniaga kecil menarik nafas lega.

Baru baru ini keluhan seorang anak kepada penjual capati pada malam sebelum kebenaran itu mengundang sebak di kalangan warganet.”Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang. Kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong.

“Jadi, tolong petang je sampai tutup malam. Tapi sebab PKP tak boleh dine-in ni, slow ,” tulis seorang pemuda yang merujuk kepada prestasi jualan capati yang mengecewakan.Pemuda tersebut, Farhat Nadzmi Mohd Nizam berkata, bapanya mula berniaga capati di sebuah medan selera di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sejak Oktober lalu.

Selain itu,dia memberitahu bapanya melakukan kerja sepenuh masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.”Ayah kerja syif di KLIA. Jadi, ayah buka gerai capati selepas atau sebelum syif bertugas, atau sepanjang hari pada hari ayah tidak bekerja.

“Tapi bila PKP tak membenarkan dine-in, bisnes capati ayah terjejas sampaikan nak tengok orang datang bungkus pun susah,” kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.Sementara itu, bapa Farhat iaitu Mohd Nizam Abu Bakr pula berkata, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai cef kira-kira 25 tahun itu.

Jelas Bapa kepada dua anak itu, dia kini bertugas di bahagian kargo, tetapi sebelum itu bertugas sebagai cef untuk pengendalian makanan dalam pesawat.”Tugas saya bertukar ke bahagian kargo ekoran penerbangan komersial terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur kerana masih bekerja walaupun gaji dipotong.

Pada peringkat awal, katanya, secara purata capati yang dapat dijual adalah antara 40 hingga 50 keping sehari, dan prestasi merosot ketika PKP dikuat kuasakan.”Bila tak boleh dine-in waktu PKP, ada hari sekeping capati pun tak terjual. Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga,” ujarnya.

NAmun begitu, posting anaknya menjadi perhatian sehari sebelum kelonggaran orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai makan telah membuatkan jualannya meningkat.”Hari pertama kelonggaran iaitu pada 10 Februari, jualan capati naik antara 30 hingga 35 keping. Lepas tular terus naik mendadak sehingga 100 keping!

“Sebenarnya selepas posting itu tular, ramai yang nak tempah lebih daripada itu. Tapi, saya dan anak-anak tak menang tangan dengan keupayaan yang terhad. Jadi, kami letakkan had 100 keping capati sehari untuk menjamin kualiti,” katanya.

Dia bersyukur dengan kelonggaran yang diberikan dan penularan posting, Mohd Nizam turut menerima banyak cadangan supaya menghasilkan capati bagi makanan sejuk beku.”Misi saya untuk mempunyai central kitchen (dapur berpusat) pada masa akan datang bagi membolehkan saya membuka lebih banyak cawangan menjual capati, insyaAllah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *