Wanita ini mula mundar mandir setelah berada di suatu tempat ini. Bila ditanya rupanya ini yang berlaku.

Kehidupan Keluarga Viral

Pemuda ini mulai pelik setelah wanita ini masuk ke stesen minyak dan terus pergi rak makanan tapi hanya mundar mandir di kawasan itu. Apabila ditanya lebih lanjut, rupanya dia tidak mempunyai wang untuk makan. Pemuda yang digelar Ashraff ini sendiri bingung kenapa pada hari jumaat yang lalu itu hatinya betul-betul bertekad untuk pergi ke stesen minyak BHP di Mutiara Damansara. Jadi bila perkara ini terjadi, baru dia memahami takdir ingin menemukan wanita bernama Azizah ini untuk membantu dirinya. Di sinilah dia mula memperhatikan gelagat aneh Azizah.

Ashraff menceritakan kisahnya dilaman Facebooknya, “Sampai di BHP abang ke counter buat bayaran ade sorang makcik ni masuk dgn jalan yg slow dan sedikit mengesot…. abang dok perati je dari luar… kecik beso kecik beso abang tgok…

“Makcik tadi mundar mandir dalam kedai tgok roti tengok keropok tengok MAGGI then letak balik ? last sekali dia beli air mineral 500ml ke counter keluar duit rm5 bayar… lepastu dia keluar menuju ke bawah pokok sebelah BHP…”

Setelah melihatkan keadaan Azizah yang berjalan mundar mandir itu, timbul perasaan risau didalam hati Ashraff dan dia kemudiannya memberanikan diri untuk menegur wanita itu.

“Asalaamualikum makcik,” sapa Ashraff. “Saya nak tanya tadi makcik dekat BHP pegang MAGGI CUP tu kenape tarok balik? Dah makan belom?” Azizah menjawab salam yang diberikan Ashraff dan menjelaskan bahawa makanan segera tersebut terlalu mahal buatnya. Dia kini hanya berpaut pada wang RM5 ini sahaja sementara menunggu gajinya dibayar.

Ashraff yang tersentuh hati mendengar jawapan itu kemudiannya menawarkan diri untuk membayar makanan tambahan buat Azizah. Setelah mereka bersuai kenal untuk seketika barulah Ashraff mengetahui keadaan sebenar yang menimpa Azizah.

Tulis Ashraff, “Nama dia Azizah berasal dari Langkawi, berkahwin dan ade anak2 di Langkawi,dulu tinggal di Penchala bersama suami tapi kini tinggal sendiri di Kota Damansara menyewa bilik bersama pekerja Indonesia & Madura… sewa bilik beliau sebulan rm150 …. beliau bekerja sebagai tukang sapu di Jalanan area Mutiara Damansara dengan gaji Rm700 sebulan…”

“Suami ??? Kini telah tinggalkan dia GANTUNG TAK BERTALI setelah mendapat hasil jualan tanah pusaka di kampong.” Ashraff nekad untuk membantu wanita yang dilanda kesusahan ini, dan berjanji untuk membawa bantuan barangan dapur keesokan harinya. Bagaimana kalau tak ikat, Kait dengan duri-durinya; Bagaimana aku tak ingat, Orang baik hati budinya. Kami ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ashraff kerana budinya yang baik dan kerana sudi berkongsi kisah menyentuh hati ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya, antaranya:

1- Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT

Jika kita bersedekah dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah, pasti akan bertambah keimanan kita terhadapNya.

Dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah sangat menyayangi akan golongan hambaNya yang banyak memberi keranaNya, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

2- Mendapat Ganjaran Pahala

Setiap amalan baik yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT. Ini termasuklah dalam perbuatan memberi dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan.

Firman Allah ;

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nissa:114)

3- Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan

Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita.

Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu. Jika bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam keluarga, kesenangan dalam bekerja dan sebagainya. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak terbatas.

Tular Sebuah Video Seorang Ibu Sedang Sibuk Memunggah Sampah. Rupanya Ini Sebabnya Kenapa Dia Buat Begitu.

Di TikTok, viral sebuah video di mana seorang ibu sedang memunggah sampah yang boleh dikitar semula demi kelangsungan hidup keluarganya. Lebih menyedihkan, wanita tersebut turut membawa tiga orang anaknya menaiki motosikal sewaktu memunggah sampah.

Jangan kedekvt hulur bantuan

Kalau jumpa orang yang susah atau memerlukan bantuan macam ni, jangan kedekvt untuk menghulurkan bantuan. Walau sedih janji kita dapat meringankan beban mereka. Kejadian yang dirakam oleh Nadya Zaira ini dipercayai berlaku di Tumpat, Kelantan. Kelihatan seorang ibu sedang memunggah sebuah tong sampah dan mencari barang yang boleh dikitar semula pada waktu tersebut. Lebih tersentuh, tiga orang anaknya turut ikut bersama pada masa tersebut.

Menerusi video itu juga, suami Nadya yang berbaju bewarna putih, kelihatan menghulurkan wang kepada salah seorang anak wanita tersebut. Suaminya turut berpesan agar wanita itu membeli nasi menggunakan wang yang telah diberikan olehnya itu.

Bantu antara satu sama lain

Rata-rata warganet memberikan pujian kepada suami isteri ini di atas keprihatinan mereka terhadap insan yang kurang berkemampuan.

Tuan Rumah Ini Terpaksa Keluarkan Duit Yang Banyak Atas Apa Yang Jadi. Rupanya Ini Yang Penyewa Rumah Ini Buat.

Kisah rumah sewa yang ditinggalkan dalam keadaan yang teruk memang selalu kita dengar. Banyak kali juga berlaku di mana, tuan rumah terpaksa menanggung kerugian yang sangat tinggi apabila kejadian ini terjadi. Di Facebook, seorang tuan rumah yang dikenali sebagai Inca Madina, berkongsi beberapa foto mengenai keadaan rumahnya sebaik sahaja ‘penyewa dari neraka’ itu dipercayai lari meninggalkan rumah berkenaan.

Nak menangis rasa

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan oleh Inca, keadaan rumahnya boleh dikatakan terlalu teruk dan tidak dijaga oleh penyewa yang lari itu. Jika dilihat di ruangan dapur, pelbagai sampah sarap termasuk kotak telur dibiarkan begitu sahaja. Lebih teruk, ruang tamu rumahnya juga kelihatan seperti ‘tapak pembinaan’ yang dipenuhi pelbagai tin, botol serta tong besar.

Menjengah di ruangan bilik pula, pelbagai kain turut dibiarkan sebegitu sahaja tanpa disusun. Malah, perabot seperti meja dan almari juga dibiarkan dalam keadaan yang tidak teratur.

Buruknya perangai

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geram sebaik sahaja melihat keadaan rumah yang dikongsikan oleh Inca itu. Mereka turut berharap setiap penyewa rumah mempunyai rasa tanggungjawab ketika hendak keluar dari rumah sewa yang didiami. Sumber: Inca Madina

14 Pelajar Universiti Terpedaya Dengan Seorang Ejen Rumah Sewa. Sudah Diberi Deposit Sebanyak Ini Sekali Kunci Tak Diserahkan.

Rumah sewa yang dijanjikan. Kemudahan lampu dan kipas masih tidak dipasang selepas bayaran deposit dibuat. Sekumpulan pelajar universiti tidak menyangka hasrat untuk menyewa sebuah rumah buat pertama kali berakhir dengan nasib buruk seperti ini.

Rumah sewa yang dijanjikan bukan sahaja masih belum dilengkapi katil untuk penyewa, malah tiada kemudahan elektrik dan air. Lebih menyedihkan apabila kunci rumah sewa tidak diberikan meskipun mereka telah membayar deposit berjumlah hampir RM4,000. Salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Nurin berkata, dia bersama 13 rakan menyewa sebuah rumah berkonsepkan town house dua tingkat dengan empat bilik di Nilai, Negeri Sembilan.

Iklan rumah sewa yang menarik perhatian sekumpulan pelajar.

Pelajar berusia 20 tahun itu memberitahu, mereka baru pertama kali mahu menyewa di luar kampus kerana sebelum ini diberikan kemudahan asrama oleh pihak universiti bagi tahun pertama pengajian.

“Kami jumpa seorang lelaki yang jadi ejen untuk rumah sewa tu. Masa datang mula-mula tu lampu, kipas dan meter air pun tak ada sebab kawasan perumahan baharu. Tapi katanya pemasangan segala kemudahan termasuk pengubahsuaian akan dibuat sepanjang tempoh cuti semester kami,” katanya kepada mStar sambil menambah bahawa bayaran deposit telah dibuat pada September lalu.

Nurin berkata, pengajian untuk sesi baharu sepatutnya dibuka pada November lalu bagaimanapun diteruskan secara dalam talian berikutan arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti kerana peningkatan kes Covid-19.

Individu yang didakwa berurusan dengan mereka untuk rumah sewa

“Tapi pada pertengahan November, kami dapat notis untuk kembali mengikuti pengajian di universiti pada Disember. Kami call dia (ejen) untuk minta kunci rumah, tapi dia tak muncul seperti yang dijanjikan dengan pelbagai alasan. Tiga hari berturut-turut dia bagi alasan dan dia masih tak bagi kunci rumah sewa. Bayangkan sebahagian daripada kami datang dari kampung nak masuk rumah, tapi tak dapat. Antara kami menangis fikir mana nak tidur malam pertama sampai di Nilai hari tu. Mujur ada kawan-kawan lain yang menyewa berdekatan sudi menumpangkan kami sementara mendapat kunci rumah sewa,” katanya dengan nada kesal.

Apa yang menjadi tanda tanya adalah milik siapakah rumah yang kononnya nak disewakan tu. Sebab dia tak nak bagi kunci rumah tapi pintu rumah tak berkunci.

Selepas mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan lain yang merupakan bakal penyewa, Nurin yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor memberitahu, mereka memutuskan untuk tidak mahu menyewa di rumah tersebut dan menuntut bayaran balik deposit.

“Ada antara kami datang semula ke rumah sewa tu pada Disember lalu untuk ambil barang-barang yang kami tinggalkan pada Ogos sebelum bercuti. Tapi rumah tak berkunci. Tapi apa yang paling mengejutkan adalah kipas dan lampu masih belum dipasang selepas tiga bulan. Katil lagilah tak ada. Kami rasa dah tertipu dengan lelaki ini,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Tiada pengubahsuaian atau pemasangan kemudahan dibuat selepas lebih tiga bulan.

Susulan perkongsian kisah rumah sewa dikongsikan mereka di laman sosial menjadi tular, jelasnya, beberapa individu turut mendakwa ditipu dengan lelaki yang sama seperti tidak membayar hutang seperti yang dijanjikan, malah tidak membayar sewa rumahnya sendiri.

Menurut Nurin, dia bersama rakan-rakan merancang untuk membuat laporan polis sekiranya lelaki berkenaan masih berdolak-dalik untuk memulangkan semula bayaran deposit.

“Kami sebelum ini tiada pengalaman menyewa rumah, dan perkara yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati. Kerana terlalu percayakan orang sampai tak ambil kunci rumah walaupun bayaran deposit telah dijelaskan. Namun, apa yang menjadi tanda tanya adalah milik siapakah rumah yang kononnya nak disewakan tu. Sebab dia tak nak bagi kunci rumah, tapi pintu rumah tak berkunci. Adakah dia ejen atau ia sebenarnya rumah kosong?” katanya sambil menambah sebahagian mereka terpaksa menyewa di rumah sewa yang baharu susulan kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *