Wanita ini cuba sembunyikan anak dalam bonet kereta hanya untuk ini. Sekali kantoi dengan pihak berkuasa dan ini tindakan yang diambil.

Covid 19 Dunia ISU SEMASA

SEBERANG JAYA – Cubaan seorang wanita yang menyembunyikan anak tirinya di dalam but kereta untuk merentas daerah tidak berhasil selepas dikesan polis dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) di sini petang Rabu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, wanita berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Proton Waja bersama rakan anak tirinya datang dari arah Butterworth menuju ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, ketika pemeriksaan anggota polis mendapati wanita itu kelihatan mencurigakan sebelum mengarahkannya berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut.

Gambar remaja lelaki yang tular di laman sosial selepas dia ditemui di dalam but kereta pada sekatan jalan raya di Seberang Jaya pada Rabu. Menurutnya, pemeriksaan di bahagian but belakang menemui anak tirinya berusia 14 tahun sedang baring menyembunyikan diri dan memberikan alasan tindakan itu hanya untuk elak daripada ditahan berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka memberi alasan mahu ke pasar raya untuk membeli pakaian. Bagaimanapun wanita berkenaan gagal menunjukkan permit pergerakan merentas daerah dan dikompaun kerana ingkar dengan SOP PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Shafee berkata, tindakan kompaun diambil mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 2021, manakala anak tiri dan rakannya diberikan amaran kerana masih di bawah umur.

Katanya, mereka juga telah diarahkan berpatah balik setelah tindakan kompaun diambil. Tular gambar seorang remaja lelaki di laman sosial yang ditemui di dalam but kereta semasa sekatan jalan raya. Rata-rata warganet beranggapan perbuatan remaja berkenaan adalah taktik terbaharu untuk merentas negeri dan daerah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Boleh gerak lebih radius 10km, larangan rentas daerah dan negeri kekal

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan membenarkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dari lokasi tetapi mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri. Pergerakan lebih 10 km ini adalah dibenarkan di semua negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.

“Selepas mengambil kita keputusan kerajaan sebelum ini yang membenarkan banyak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi, adalah tidak relevan untuk kita terus melar4ng mana-mana pihak bergerak dalam radius 10 km. Bagaimanapun larangan merentas daerah dan negeri setakat ini masih lagi dikekalkan di semua negeri,” katanya dalam sidang media harian C0VID-19, hari ini.

Pengantin Tengah Syok Bergambar Sekali Terkejut Bila Tiba Tiba Kena Angkut Dengan Lori Polis Gara Gara Ingkar Arahan Pkp. Sekali Ini Yang Pengantin Ni Kena Buat Ramai Terkedu.

LANGKAWI – Sepasang pengantin berpakaian sedondon yang sedang leka bergambar kenangan di kawasan sungai berhampiran kongsi bilis, Taman Nilam di sini ditahan polis kelmarin. Selain pasangan tersebut, 17 individu termasuk pengiring pengantin turut ditahan polis pada pukul 6.30 petang susulan ingkar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, kesemua mereka dit.ahan sepasukan polis yang kebetulan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut. “Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dit.ahan sebelum dibawa ke balai polis.

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP. “Hasil pemeriksaan juga mendapati kebanyakan mereka menetap di Taman Nilam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shariman, kesemua mereka dibebaskan pada hari yang sama selepas tlndakan kompaun dikenakan. Dalam perkembangan sama, Shariman memberitahu pihaknya meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan susulan orang ramai suka berkumpul di tepi sungai dan padang tersebut. Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kumpulan pasangan tersebut dibawa ke balai menaiki lori polis bersama beberapa individu.

Tengah Pkp Selamba Je Boleh Buat Majlis Pertunangan. Ramai Yang Bengang Bila Ank Sheila Rusly Buat Majlis. Mengejutkan Siap Ada Yang Nak Keluarkan Surat Saman Lagi.

Baru-baru ini, anak sulung Sheila Rusly dan Jinggo telah selamat bertunang dengan pelakon, Elisya Sandha. Pertunangan itu dimaklumkan kedua-dua pihak melalui media sosial masing-masing termasuklah kakak Elisya sendiri, Fasha Sandha.

Bagaimanapun, menurut Gempak, majlis tersebut mendapat kritikan dan dipersoalkan oleh warganet di Twitter memandangkan ianya dilakukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sedang berlangsung sejak 13 Januari lepas.

Umum mengetahui, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP tidak membenarkan sebarang majlis keramaian. Melalui Twitter, seorang pengguna mempersoalkan tindakan kedua-dua buah keluarga itu melangsungkan majlis itu.

Kenapa ada anak artis buat majlis tunang? Bukan SOP PKP tak boleh buat majlis pertunangan ke? Ramai orang terpaksa cancel majlis merisik & tunang sebab PKP, tapi artis elok je buat, siap upload IG lagi.” Bukan itu saja, mereka juga turut mengaitkan situasi berkenaan dengan isu ‘double standard’ apatah lagi ramai rakyat marhaen yang terpaksa batalkan majlis dan ada yang ditangguhkan berkali-kali kerana keadaan tidak mengizinkan.

Ramai kot terpaksa tangguh berkali kali majlis merisik tunang, ada yang tak tunang terus kahwin sebab nak patuh SOP PKP, kalau ingkar kena sman.” Tapi tu la, yang ni semua rakyat biasa la. Untuk artis SOP lain kot.”

“Sila keluar surat saman” Melalui ruangan komen, ramai jugalah warganet lain yang bersetuju dan mengaku turut berfikir tentang hal yang sama. Mereka juga rasa geram dengan situasi sebegitu kerana seharusnya pihak berkuasa bersikap adil dan sama rata tidak kira status seseorang.

Ada yang turut tag pihak berwajib dan meminta agar kes itu disiasat serta tindakan sepatutnya diambil terhadap pihak sana kerana terang-terangan telah ingkar SOP ketika PKP. Bukan itu saja, ramai yang berpendapat situasi itu tidak adil bagi mereka

yang telah membatalkan atau terpaksa menangguhkan majlis kerana perlu patuhi SOP ditetapkan oleh kerajaan. Namun, golongan ‘kayangan’ pula sewenang-wenangnya boleh ingkar SOP tanpa dikenakan apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Lobakmerah

Baru Je Beberapa Harilepas Tular Tentang Elisya Sandha Bertunang Dengan Ank Sheila Rusly Sekali Tiba Tiba Fasha Sandha Tampil Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Sebak.

Selepas menjadi bualan hangat peminat, akhirnya pelakon Elisya Sandha dan anak lelaki kepada penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly yang dikenali sebagai Uzair Haqimy selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada Ahad.

Biarpun begitu, Fasha Sandha yang merupakan kakak kepada selebriti jelita itu turut berkongsikan detik bahagia adiknya dengan pasangan. Detik itu turut dikongsikan bersama satu rakaman video dan dengan berkapsyenkan kata-kata yang panjang buat adiknya itu.

“Melepaskanmu, bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi our baby girl. Walaupun berat untuk kami, sejujurnya apa saja yang akan membuatmu bahagia. Kami turuti, bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia.

Persanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing-masing kerana manusia itu diciptkan Tuhan tidak sempurna namun disebalik ketidaksempurnaan itu Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.

“Welcome to the family, Uzair Haqimy! Alhamdulillah keluarga kami kini menjadi lebih besar, Syukur Alhamdulillah. Semoga kasih sayang dan cinta kalian, kekal dan bahagia ke Jannah.” Posting Fasha Sandha bagaimanapun turut menerima komen daripada pasangan sama cantik, sama padan itu dengan mengucapkan terima kasih kepadanya dan dalam pada masa yang sama, kapsyen panjang Fasha Sandha mengundang sebak peminat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/2021/02/02/pada-angah-elisya-masih-lagi-our-baby-girl-fasha-sandha/

Majlis Diadakan Secara Sederhana Dan Dihadiri 15 Tetamu. Sheila Rusly Bongkar Punca Dia Terima Elisya Sandha

Semalam heboh tentang gambar Sheila Rusly memeluk seorang wanita memakai busana putih. Berhubung dengan isu tersebut,pelakon dan penerbit Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya,Uzair Haqimy,25 telah selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon iaitu Elisya Sandha,21 petang semalam. Sheila berkata,majlis diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 tetamu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga pelakon popular,Fasha Sandha.

Kata Sheila,”Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.”Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,”Sheila berkata, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.

“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.”Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” ujarnya.

Menceritakan kriteria Elisya membuatkan hati terbuka menerimanya sebagai bakal menantu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mendedahkan, selain gadis idaman Haq, pelakon Misteri Mona itu juga diyakini mampu membahagiakan anak sulungnya itu.”Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.

“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” cerita Sheila.Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Sementara itu, Elisya ketika dihubungi meluahkan rasa syukur dengan statusnya sebagai tunangan orang.”Maaf saya agak sibuk hari ini. Apa-apapun, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik. Terima kasih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.Majlis pertunangan itu turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial mereka.Perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah apabila masing-masing gembira dengan penyatuan dua keluarga itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *