Wanita ini akui pernah makan nasi dengan garam. Sekali wanita ini bangkit jual sesuatu ini dan terus capai jualan sebanyak RM4 juta setahun.

Amalan Pengetahuan Viral

Tak semua orang dilahirkan berharta. Ada yang perlu berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk menyara diri dan keluarga. Bagi Siti Zaharah Ismail atau lebih dikenali sebagai Zara, segala kesusahan hidupnya suatu ketika dahulu kini membuahkan hasil apabila dia berjaya meraih pendapatan yang lumayan hasil perniagaan kain pasangnya yang bermula dengan modal RM40 sahaja.

Berasal daripada keluarga penoreh getah, ada kalanya mereka sekeluarga hanya makan nasi dengan garam atau bubur kosong bersama gula. Bagi memperbaiki kehidupan, Zara tekad berniaga kerepek dan pes tomyam untuk menampung hidup. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila perniagaan itu tidak membuahkan hasil. Pernah tidak cukup duit untuk makan, wanita ini terpaksa memecahkan tabung untuk membeli makanan. Dengan wang hanya RM1.20, dia menggunakan wang itu untuk membeli biskut Tiger.

Tidak berputus asa, wanita ini memulakan bisnes kain dengan bermodalkan RM40 untuk mendapatkan sedikit demi sedikit kain pasang daripada pembekal pada tahun 2017. Bagi menjimatkan kos, Zara melakukan semuanya dari mengangkat kain, melayan pelanggan sehinggalah menguruskan pembungkusan.

Berkat usahanya, semakin hari, produk jualannya semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Setiap hari, ada sahaja tempahan dari pelanggannya. Mengambil kesempatan ini untuk memajukan lagi perniagaannya, Zara mula menyertai kelas bimbingan pemasaran dengan Najib Asaddok melalui kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM).

Lumrah penuntut ilmu, makin belajar, makin sedar banyak yang belum diketahui. Dari situ, dia mula menyedari pelbagai teknik yang betul untuk menarik pelanggan. “People buy with their heart not their head.”

Ayat inilah yang membuatkan wanita ini tersentak dan sedar untuk menambah baik teknik pemasaran dalam perniagaannya. Dari tontonan ‘kosong’ ketika buat siaran di Facebook Live, kini Zara sudah boleh bersenang hati apabila berjaya meraih jualan RM40,000 selepas konsisten membuat live di platform tersebut.

Bukan itu sahaja, berpandukan Formula Online Rocket Marketing (ORM), jualannya daripada RM5,000 sebulan terus melonjak naik kepada RM500,000 sebulan. Malah, wanita ini berjaya meraih jualan sebanyak RM4 juta pada tahun 2020 manakala jualannya pada 11.11 yang lalu telah mencecah RM71,449 sehari. Hebat bukan?

Antara pencapaian dalam bidang perniagaan yang dikecapi oleh Zara termasuklah pembukaan butik FYZARA pada tahun 2018 yang lalu dan lebih membanggakan, pada 18 Disember 2020 dia berjaya menerima Anugerah Nona Superwoman bagi Nona Best Textile Entrepreneur Award.

Menurut Najib Asaddok, rahsia kejayaan Zara adalah dia bijak gunakan teknik dan formula tarik 10x ganda lebih ramai pelanggan.. Tidak hairan lah dia mampu raih jualan yang tinggi setiap bulan. Kalau Zara boleh, kenapa tidak anda?

Kejayaan tak akan datang bergolek kalau tak ada usaha dan tindakan untuk berjaya. Apa kata anda dapatkan E-Book 10 Strategi Tarik Pelanggan Online yang bernilai RM199 dan kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA) yang bernilai RM499 secara PERCUMA.

Bukan tu je, anda juga berpeluang untuk dapat Video Panduan Setup Facebook Page dan Like Marketing yang bernilai RM249. Kalau nak ikutkan, semua ni sepatutnya bernilai RM947, tapi anda boleh dapatkan secara PERCUMA je daripada Najib Asaddok di www.NakTarikPelanggan.com

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Nak Tarik Pelanggan www.naktarikpelanggan.com atau emel sales@momentuminternet.com atau hubungi talian 07-7717296 @ wasap.my/60108048800. Jom belajar teknik menarik pelanggan bersama Najib Asaddok di Facebook, Instagram, atau Youtube rasmi beliau di pautan yang telah disertakan.

Disebabkan Harga Murah Tak Dapat Untung Peniaga Telur Ini Sanggup Lakukan Ini. Sekali Ini Respon Warganet.

Tldak dinafikan lagi, sepanjang tempoh pndemik Covid-19 ini ramai individu yang terkesan. Ada rakyat marhaen yang terputus bekalan makanan kerana hiIang sumber pendapatan. Malah, ada yang sanggup mengambil tanpa izin demi sesuap nasi untuk keluarga di rumah, apabila sudah buntu nak cari duit dari mana.

Bagaimanapun, masih ada golongan yang tldak bersyukur dengan situasi mereka sehingga sanggup melakukan pembaziran dengan membuang makanan yang masih elok semata-mata mengikut perasaan. Begitulah yang terjadi di negara jiran kita, Ind0nesia dimana seorang lelaki bertindak membuang semua telur ayam yang berada dalam kenderaan sebelum dicampakkan ke dalam sawah.

Buang sebab harga telur ayam murah.

Lelaki yang berasal dari Jawa Timur itu dipercayai merupakan seorang pengusaha telur ayam. Difahamkan, dia dalam keadaan marah kerana harga dagang yang ditawarkan terlalu murah. Menerusi video tersebut, selepas merungut, dia mencampakkan kesemua telur ayam ke dalam sawah padi sambil dibantu oleh segelintir individu sementara perakam video meminta lelaki itu bersabar. Berikutan itu, rata-rata warganet yang melihat kelakuan lelaki terbabit berasa sedih dan mengkritik tindakannya.

Sepatutnya beri kepada orang svsah

Oleh kerana terlalu ikutkan emosi dan amarah, lelaki itu tidak sedar bahawa dia telah kerugian besar. Malah, sifat tldak bersyukurnya juga semakin membuatkan ramai orang sakit hati dengan perbuatannya.

Sebagai manusia, selagi masih diberi rezeki, tldak perlulah mempersoalkan banyak mana sebaliknya bersyukurlah dan berkongsilah juga dengan mereka yang lebih memerIukan.

Suami Gaji Tinggi Tapi Lebihkan Pada Kereta. Bila Isteri Minta Cheese Cake Pun Dia Kata Mahal Sampai Sanggup Bawa Ke Sini Bila Isteris Sakit.

Salam admin, aku nak kongsi kisah manis hidup aku dengan korang. Cukup manis kalau dikenang semula. Aku seorang suri rumah sepenuh masa, jana duit dengan jual barangan online je. Dalam banyak – banyak kejadian, aku nak cerita satu ni je kat korang. Satu hari aku teringin sangat nak makan cheese cake leleh yang orang duk post kat fcebook, dalam group tempat aku ni memang nampak sedap sangat kek tu.

Aku memang penggemar cheese cake dari dulu tapi yang ni memang nampak sedap giIa dekat mata aku.. Aku gagahkan diri mintak duit dengan suami, harga kek tu RM25 sekali caj COD. Tapi dia kata, “bapak mahal kek apa awak nak beli tu? Tak payah lah membazir je beli kek mahal – mahal.” Aku pun senyap je pendam terliur tu dalam hati

Satu hari kami pergi Tesco. Kami lalu tempat kek tu dia cakap, “hah, itu hari awak nak makan kek kan? Ambik yang tu, abang belanja.” Kek tu harga RM3.50, aku beli jugak sekali tak sedap min, keras, lemau. Aku tak cakap pun kat suami tak sedap, aku makan je.. Dia try sesudu je pastu dia kata, “ish makanan macam ni abang tak hadap, makanan awak je ni.” Tapi aku tetap tak puas hati sebab aku nak jugak kek tu.

Aku niaga, kumpul duit sendiri walaupun lambat cukup. Bila dah cukup aku order, dah smpai orang tu delivery aku rasa macam nak terbang min. Punyalah sedap! Aku sayang nak makan banyak aku simpan dalam peti ais. Sekali esoknya aku nak makan lagi dah habis min.

Aku tanya suami aku dia cakap, “abang try. Sedap jugak kek tu.” Aku dahlah payah nak dapat benda tu min. Lepastu aku kumpul duit lagi nak order lagi. Aku nak order 2 bekas supaya aku puas makan. Dia tak bagi dikatanya membazir, tapi bila aku beli satu dia habiskan lagi. Suami aku ni memang sangat payah nak keluar duit kalau untuk aku.

Cuba kalau untuk kereta dia, sekali gaji dia beli sportrim, sekali gaji dia balut leatherseat, sekali gaji, itu ini untuk kereta dia. Gaji dia bukan sikit, RM4k lebih jugak sebulan. Tapi dalam 4k tu berapa sen je bahagian aku sebulan dia laburkan. Ye aku tau dia beli aku tak semahal dia beli kereta dia, sebab tu dia perlakukan aku padan dengan harga je.

Tapi bukan kereta dia yang jaga dia masa demam, masak untuk dia, kemas umah dia, basuh baju dia. Aku ni jenis wife tak banyak bunyi min. Aku takut jatuh derh4ka kalau aku tengking dia. Hari tu aku s4kit perut giIa, k3ncing berdar4h. Dia bawak aku kIinik 1malaysia je min sebab hospitaI besar jauh dengan tempat kami.

KIinik tu bagi surat suh bawak aku pergi hospitaI besar sebab diorang tak ade ubat. TAK dibawaknya aku ke sana sebab jauh, padahal kIinik swasta banyak je. Sampailah aku sembuh sendiri, seminggu jugak aku tahan s4kit tu. Kalau dia belanja aku makan kat kedai pun harga sekali air tak lebih RM6.

Ada sekali tu aku masih ingat kami makan kat kedai thailand sebab banyak kedai tutup masa tu. Aku dah exc1ted sebab nampak makanan sedap – sedap. Aku order nasi goreng seafood kat situ dengan air suam, sekali masa bayar RM18 habis. Terk3jut jugak suami aku masa tu, dia tanya cashier harga nasi satu – satu. Rupa – rupanya harga nasi aku RM7 sepinggan.

Sampai kesudah dia ungkit cakap nasi aku lah yang mahal, menitik air mata aku dalam keta min. Selepas tu aku nekad tak nak makan luar dah Tiba – tiba waktu macam ni aku teringat dekat abah umi aku. Mereka tak pernah berkira aku nak makan apa dulu.

Aku cakap je terliur itu ini terus tanya berapa, lepastu pasti hulur duit suruh aku beli dan boleh makan. Setakat setahun lebih kahwin ni, aku bukan main selekeh. Maaf min aku punya coretan panjang lebar. Aku tak tau nak mengadu dekat sesiapa dah.

Kalau dekat orang lain dik4tanya membuka a1b plak, dekat sini jelah boleh sebab korang tak kenal kami. Terima kasih banyak – banyak admin kalau siar cerita aku..

Komen Warganet :

Ayu Aiyuwa : Amboi, bila bini mintak duit nak beli cake tak nak bagi. Dah bersusah – susah bini tu kumpul duit beli cake dan makan sikit – sikit, dia pulak yang baIun sampai habis. Elok lakinya ni kena ciri1t bir1t la masa tu..

Cahaya Hayati Zainol : Mungkin sebab ni ada ibu bapa agak memilih untuk menerima calon menantu. Anak yang dijaga dan ditatang dari kecik dengan kasih sayang, cukup makan pakai, alih – alih dapat kat orang lain dilayan seperti menumpang. Nak makan pun seperti pengemis terp4ksa meminta – minta, sedih ye. Ibu bapa sekarang memang kena lebih berhati – hati sebab banyak lelaki sekarang yang tak bertanggungjawab. Mereka nak rasa apa, bukan mereka yang jaga si isteri dari kecil. Dapat dekat mereka pun dah besar panjang, dah sempurna. Kadang – kadang layan si isteri ibarat orang luar yang membebankan mereka. Kalau bukan suami, si mertua plak yang buat perangai.

Nilung Nil : Saya paling sensitif kalau bab makan ni, lagi – lagi yang diungkit tak sudah.. Memang aku munt4hkan balik sebolehnya dekat orang tu.. Apa jadah suami kedekut giIa dengan isteri ni..

Nlyn Nlyn : Dah pernah rasa macam ni, suami jenis suka ungkit. Kalau sis bertahan, sis mmg power la. Macam aku ni, 7 tahun je bertahan. Tuhan pun tak nak aku s4kit jiwa, lalu dipisahkan kami. Syukur la, kalau lagi lama mungkin aku giIa masuk hospitaI tampoi.

Raman Shah Aboy : Simpati dengan nasib puan, moga puan ada rezeki sendiri. Sebelum puan kahwin sikap suami memang kedekut atau lepas kawin baru kedekut…? Moga ada rezeki puan nanti yea..

Rohmah Suitar : Perkahwinan itu macam 1 percaturan, kalau dapat suami yang berkira memang nasib lah. Tapi kalau dapat suami yang ok, selalu belanja isteri, bersyukurlah. Isteri itu pembawa rezeki, kalau dia lebihkan kereta dia, kahwin je la dengan kereta tu.

Kalaulah saya dekat tempat TT dah lama saya cakap. Bukan nak derh4ka tapi tak nak dia tanggung d0sa, tambah d0sa dengan mengabaikan isteri dan anak. Alhamdulillah, dapat suami yang tak berkira dan sebagai isteri sentiasa memberi bantuan bila diperlukan, inshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *