Tular seorang doktor ini dedah kesan sampingan vaksin covid 19. Sekali doktor ini dipanggil pihak berkuasa.

Covid 19 Dunia ISU SEMASA Viral

Di Facebook, seorang doktor di klinik kecantikan iaitu Dr Roland Victor cetus kontroversi apabila dia berkongsi video pandangannya mengenai vaksin Covid-19 yang akan diambil oleh rakyat Malaysia bermula bulan hadapan. Tambahnya lagi, dia juga menyatakan kesan-kesan dan alahan apabila individu yang bakal menyuntik vaksin. Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Dr Roland telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataannya mengenai vaksin Covid-19 setelah ada laporan yang dibuat terhadap dia.

Memberitahu kesan pengambilan vaksin

Menerusi keterangan mengenai vaksin Covid-19 yang dijelaskan Dr Roland video berdurasi satu jam menjelaskan mengenai keberkesanan vaksin tersebut. Katanya, vaksin yang bakal diedarkan itu juga terdapat beberapa alahan kepada golongan asma, individu yang mengalami kesukaran bernafas, HIV dan golongan yang ada imuniti lemah tidak disarankan untuk mengambil vaksin ini. Tambahnya, dia juga memberitahu kesan daripada pengambilan vaksin tersebut.

Lebih dari 1/10 orang akan rasa sakit di bahagian dicucuk. Akan rasa simptom keletihan, sakit kepala, sakit otot dan sendi, demam mungkin sampai menggigil. 1 daripada 100 orang mungkin akan ada kemerahan, dan mungkin ada muntah-muntah. 1 daripada 1000 orang mungkin akan ada bengkak-bengkak di bahagian ketiak atau leher. Rasa sangat lemah, sakit berlarutan di bahagian tangan dan insomia.

‘Saya akan beri kerjasama’

Susulan kenyataannya selama kira-kira sejam mengenai kesan pengambilan vaksin itu, Dr Roland dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan setelah menerima laporan dari seorang individu. “Memang I dapat laporan polis yang telah dibuat ke atas saya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Berkenaan satu video yang saya buat mengenai vaksin. Saya akan tampil untuk memberi keterangan. Jangan risau, saya rasa ini benda kecil saya. Saya teguh dengan kenyataan saya. Saya rasa kenyataan saya betul kepada rakyat dan mereka akan tahu risiko-risiko yang mereka akan dapat.”

Dr Roland memberi keterangan kira-kira 2 jam 30 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. Polis tidak memaklumkan sama ada dia akan dipanggil semula untuk memberi keterangan atau sebaliknya, namun, dia bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil sekali lagi. Sumber: The KL Sky Clinic, Harian Metro

Doktor Ini Menceritakan Pengalamannya Yang Susah Untuk Dia Sendiri Lihat. Tak Sangka Ayah Dan Anaknya Lakukan Ini Sewaktu Menunggu Giliran.

Gambar sekadar hiasan.

Doktor ini akui terdapat pelbagai ragam pesakit yang sedang menunggu giliran di klinik. Seperti yang terlihat, bukannya sebilangan orang yang menunggu giliran mereka. Malah, setiap pesakit yang sedang menunggu pastinya mempunyai banyak masa terluang sebelum nama mereka dipanggil.

Seorang bapa membaca buku di klinik. – gambar hiasan

Di sinilah tempat yang boleh menguji kesabaran, jika tidak tahan memang mengundang amarah. Waktu ini juga kelihatan melakukan aktiviti masing-masing di tempat menunggu yang disediakan. Gelagat seorang bapa bersama seorang anaknya yang sedang menunggu giliran telah menarik perhatian seorang doktor untuk berkongsi mengenai kisah dua beranak itu.

“Mata saya terpaku pada ayah dan anak ni. Mereka tengah menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor. Masing-masing sedang tekun membaca buku. Jujur cakap, jarang nak nampak seorang ayah membaca buku ketika menunggu. Anak kecil kita ni nampak je muka macam tak tahu apa-apa. Tapi apa yang mereka lihat walaupun cuma satu kali, ia jauh lebih berkesan daripada mendengar nasihat yang diulang 100 kali,” tulis Dr Redza Zainol menerusi satu perkongsian di laman Facebook.

Apa yang dia lihat, yang dia dengar, laju je diserap masuk macam span. Sampai masanya nanti dia akan amalkan semua yang dia dah serap tu

Rentetan kisah dua beranak itu, beliau turut mengimbas kembali kunjungan ibu bapa ke klinik dan mengadu mengenai perihal anak-anak mereka.

Ramai ibu bapa mengadu anak-anak mereka ketagihan gajet. -gambar hiasan

“Ada mak mengadu anak makan nuget setiap hari. Dia sendiri mengaku nuget tu tak bagus. Tapi bila ditanya, dialah yang beli berpaket-paket dan simpan dalam peti ais. Ada ayah mengadu anak tak pandai membaca dan tak kenal huruf. Tapi bila ditanya, ayah tu pun tak pernah sentuh buku di rumah. Buku cerita pun tak beli langsung untuk anak,” ujarnya.

Bukan sekadar itu, Dr Redza berkata, ratusan ibu bapa turut mengadu kepada beliau mengenai ketagihan anak mereka terhadap gajet. “Tapi kita sendiri duk ralit berkepit dengan gajet di depan anak. Kita cakap kat anak jangan minum air gas sebab banyak gula tapi kita terang-terang simpan stok air gas dalam peti ais,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar berhati-hati dalam setiap tindakan mereka kerana ia akan mempengaruhi anak-anak. “Depan anak kena berhati-hati sebab otak anak kita tu semuanya hebat belaka. Apa yang dia lihat, yang dia dengar, laju je diserap masuk macam span. Sampai masanya nanti dia akan amalkan semua yang dia dah serap tu. We lead not by our words but by example,” katanya.

Lebih Teruk Dari Sebelumnya. Doktor Ini Luah Terpaksa Kuarantin Buat Kali Kedua Dan Sikap Pesakit Yang Dia Lalui Sehinggakan Terpaksa Hadap HSO Semula

Terbaru,gara gara waris pesakit Covid19 yang tidak jujur,seorang doktor ini berkongsi luahan apabila rakan setugas terpaksa dikuarantin.Acap kali kita disajikan dengan perkongsian cerita di mana petugas barisan hadapan dijangkiti covid19 atau terpaksa dikuarantin gara gara pesakit tidak bersikap jujur.

Dan terkini,seorang doktor turut meluahkan rasa kecewa kerana perlu kuarantin kali kedua selepas seorang pesakit yang hadir mendapatkan rawatan di klinik kesihatan tempatnya bertugas,disahkan positif covid19. Menerusi IG Story dan dikongsikan semula oleh akaun Twitter Malaysia ,doktor wanita tersebut berkata dia baharu sahaja selesai menjalani Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order ( HSO ) sebelum diarahkan untuk menjalani HSO semula

Menurut doktor tersebut, pengalaman pada kali ini lebih teruk berbanding yang sebelumnya.”Baru je lepas HSO tapi kena swabbing dan HSO balik… tapi kali ini lagi teruk.”Kali ini memang sakit, sampai menjrit. Memang dalam sangat kena jolok. “Balik rumah dengan basic PPE (peralatan perlindungan peribadi) nak ambil baju, barang kelengkapan untuk pergi kuarantin,” tulis doktor tersebut sambil memuat naik beberapa keping gambar ketika dia menjalani ujian calitan (swab).

Tambahan pula, antara luahan doktor berkenaan yang kecewa dengan sikap waris pesakit yang enggan memberikan maklumat tepat kepada petugas perubatan.Menurut doktor ini, segala-galanya bermula sehari sebelumnya di mana bahagian kecemasan klinik kesihatan tempatnya bertugas dikunjungi oleh seorang pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

“Relative (waris) beritahu mak dia tak sedarkan diri sebab ada kncing manis (hypo), bila kita soal jawab bertalu-talu, diorang bagi info tak sahih semata-mata nak kami segera selamatkan mak dia. Rupa-rupanya mak dia tak sedarkan diri sebab sesak nafas.”Dahlah tak bagi kerjasama dalam memberi info, lepas tu masuk berkumpul dalam kecemasan ramai-ramai pulak, dah suruh tunggu di luar… tak dengar kata,” luahnya.

Pesakit tersebut kemudian perlu diintubasi dengan mesin bantuan pernafasan dan berada di dalam keadaan tidak sedar, sebelum dipindahkan ke hospital tidak lama kemudian.Beginilah keadaan imbasan x-ray paru-paru pesakit yang disahkan positif Covid-19 sebagaimana yang dikongsi oleh doktor berkenaan.

“Pukul 3 pagi tadi dapat berita, pesakit tu positif Covid-19. Maka menangis la semua yang attend case.“So hari ini semua staf yang attend case dia kena kuarantin (HSO) dan swabbing tiga kali. Kitorang diarahkan oleh pakar unit sakit berjangkit tak boleh kuarantin di rumah yang ada famili.

“Sebab gene-strain virus dia tu kuat sangat, plus dia datang dari kampung yang ada kluster. Jadi lmpuhlah staf di kecemasan situ yang handle case tu sebab semua kena HSO,” luahnya lagi.Tambahnya, situasi tersebut nyata menyulitkan ramai pihak apabila petugas kesihatan ‘lmpuh’ disebabkan sikap tidak jujur pesakit dan waris yang terlibat.

“Nasib baik PKP dan tak boleh rentas negeri. Bila ramai staf yang kena HSO dan infected (dijangkiti), so siapa yang nak selamatkan dan rawat semua?”Pekerja kesihatan beriya nak selamatkan nyawa orang sampai nak tergadai nyawa sendiri. Kerja penat, buat itu buat ini tak kena, bersengkang mata standby case, tak kena sikit kena marah, kena complain, last last bawak balik virus dekat famili,” ujarnya lagi.

Ternyata sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 18,700 retweet selain dibanjiri komen warganet yang turut sama mengkritik segelintir individu yang langsung tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.”Saya yang jaga kaunter saringan dan fever center dekat klinik pun penat. Bila ditanya tak jawab. Dah masuk dalam klinik kantoi dengan staf lain sebab ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan lepas swab. Terkilan juga rasa bila diri sendiri kena marah sebab orang macam ni,” komen seorang warganet”Benda paling penting sekali manusia lupa ialah common sense. Nak selamatkan diri dan famili sendiri je… orang lain mana nak ambil kisah,” tulis warganet lain pula.

Ibu Langsung Tak Bau Minyak Atar. Pemuda Ini Kongsi Tanda Tanda Yang Ada Pada Ibunya Sebelum Disahkan Positif Covid19

Macam yang diperkatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian Covid19, virus itu sudah berada dalam komuniti kita. Tanpa disedari, seseorang itu mungkin terdedah kepada jangkitan virus ini. Itulah yang dilalui oleh seorang anak apabila ibu kesayangan dijangkiti Covid19.

“Pada masa ini, virus sudah berada dalam kalangan kita. Sesiapa sahaja boleh positif Covid-19,” tulis seorang pemuda menerusi ciapan di laman Twitter sehingga menjadi tular.Perkongsian Amir (bukan nama sebenar) sehingga menjadi tular. Kata pemuda berkenaan, Amir (bukan nama sebenar) berkata, ibunya yang berusia 50an disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu.

Anak muda berusia 20an itu memberitahu, ibunya menjalani ujian saringan Covid-19 selepas mengalami beberapa gejala seperti demam, penat dan sakit tekak.”Susulan keputusan positif Covid-19, mak saya dibawa dengan menaiki ambulans ke Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia) untuk menjalani rawatan,” katanya ketika dihubungi yang merujuk kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Serdang, Selangor itu.

“Mula-mula mak mengalami demam, kejap elok dan kejap tak okay selama beberapa hari. Bila buat ujian RTK keputusan mak adalah negatif.”Tapi mak kemudian hilang deria rasa dan bau. Paling ketara, mak langsung tak bau minyak atar, minyak wangi yang baunya cukup kuat yang kebiasaannya dipakai oleh orang Arab. Kat rumah ni, ayah yang selalu pakai minyak atar.”Bayangkan kalau minyak atar tu kalau imam pakai kat atas mimbar di masjid… makmum yang baru datang masa tahiyat akhir ketika solat berjemaah pun boleh bau. Tapi mak memang tak bau,” ujarnya yang menetap di Selangor.

Sehubungan itu, Amir menasihatkan semua pihak yang mengalami gejala terutama mereka dalam kalangan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 agar segera membuat ujian saringan.Jelas Amir, ibunya bagaimanapun bukanlah kontak rapat kepada individu yang dijangkiti virus itu tetapi dipercayai kes jangkitan dalam komuniti atau kes sporadik.

Amir kini menjalani kuarantin di rumah.”Demam, sakit tekak, sakit kepalanya semuanya simptom. Jangan takut untuk buat ujian, adalah lebih baik kita tahu apakah status kita sekiranya ada gejala atau kontak rapat daripada nanti memberi kesan kepada ahli keluarga kita.”Walaupun keputusan positif, janganlah marah atau nak salahkan mereka (pesakit Covid-19) yang memang dah cukup sedih.

“Faham anda terkejut, risau terjangkit tapi orang yang positif Covid-19 ni tak minta pun terkena, apatah lagi nak jangkitkan kepada orang. Adalah lebih baik kita memberi sokongan antara satu sama lain,” tambahnya.Susulan menjadi kontak rapat, Amir memaklumkan telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif.”Saya kini menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Saya mohon kepada semua mendoakan agar mak saya diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *