Tular rakaman CCTV yang ingatkan gadis ini dilarikan oleh orang yang tak dikenali. Sekali rupanya ini yang berlaku sehinggakan ramai yang tergamam.

Cerita Seram Dunia Viral

Tak dinafikan, golongan wanita sentiasa menjadi sasaran jen4yah kerana disifatkan lemah dan kurang pengetahuan dalam mempertahankan diri. Maka, mereka disarankan untuk sentiasa berhati-hati dan juga peka terutamanya jika sedang bersendirian.

Menerusi satu video rakaman CCTV yang tular di Twitter, seorang gadis dilihat sedang duduk di hadapan pagar rumahnya seolah-olah menunggu seseorang. Walau bagaimanapun, tiba-tiba saja datang sebuah kereta berwarna kelabu gelap berhenti di hadapannya. Namun gelagatnya yang terus berlari sebaik driver itu keluar dari keretea nyata menimbulkan rasa cemas penonton. Pemandu pun sakan lari sekali…Plot twist rupanya berebut nak buka pintu kereta

Driver itu yang dilihat menyarung hoodie turut sama berlari seperti ingin mengejarnya dari arah bertentangan. Akan tetapi jangkaan ramai meleset apabila mereka rupa-rupanya bergegas kerana berebut untuk membuka pintu kereta tersebut. Mengalah dengan sikap gentleman lelaki tersebut, gadis itu akhirnya masuk perlahan-lahan ke dalam kenderaan.

Marah betul tengok video ni…Ingatkan dah nak kena bawak lari Meskipun tidak diketahui apakah status sebenar kedua-duanya sama ada bercinta atau suami isteri, namun warganet nyata terhibur dengan paparan CCTV tersebut. Hal ini kerana pada awalnya ramai menyangka itu adalah sedutan dari video rakaman CCTV kejadian jen4yah.

Sifat lelaki yang disukai wanita.

Adalah satu kelegaan apabila kita menemui beberapa lelaki sebenar. Mereka memaparkan sifat yang penuh hormat dan berhemah, biarpun dengan cara kecil-kecilan, dan mengingatkan kita bahawa masih ada lagi yang baik di luar sana. Kadang kala, seorang wanita hanya memerlukan sedikit keikhlasan dan dilayan dengan tarikan romantis yang asli, bukannya pertunjukan besar-besaran mahupun mahal. Berbanding pendapat umum, masih sifat lelaki sebenar yang belum terkubur, malah disenaraikan di bawah adalah sifat lelaki sebenar yang terbukti:

Tolong bukakan pintu.

Seorang lelaki yang mengambil masa untuk membuka pintu kereta untuk anda adalah seseorang yang berharga, terutama pada cuaca yang tidak menentu ini. Adakah anda suka berdiri terbiar di luar kereta oleh pasangan anda? Hargai lelaki yang peduli akan keselesaan anda dahulu, walaupun tindakan ini hanya untuk beberapa saat

Pasang CCTV di kawasan berisik0 berlaku jenayah – MCPF

Yayasan Pencegahan Jen4yah Malaysia (MCPF) menyarankan pihak pemaju perumahan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap kawasan projek perumahan mereka yang dikenal pasti berisiko berhadapan kejadian jen4yah.

Naib Pengerusi Kanannya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ia adalah tanggungjawab pihak pemaju dalam memastikan keselamatan semua penghuninya terutama di kawasan tiada kemudahan ‘gated and guarded community’ (komuniti berpagar dan terjaga). Beliau berkata pemasangan CCTV terbukti dapat membantu polis menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan dengan lebih mudah dan pantas, sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Bagi golongan berkemampuan sememangnya digalakkan memasang CCTV tetapi tidak semua orang berkemampuan untuk memasang CCTV di rumah mereka. Justeru, mungkin pihak terbabit seperti pemaju (perumahan) menitikberatkan pemasangan CCTV seperti di kawasan jalan sunyi supaya dapat membantu ramai pihak dalam membanteras kejadian jenay4h di kawasan perumahan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Gadis Ini Tidak Menyangka Dapat Kumpul Duit Sehingga Peroleh Sesuatu Ini. Akhirnya Dia Buktikan Aplikasi Ini Dapat Jana Wang.

Hasil yang dilakukan kerja kerasnya sebelum ini, Nurin akhirnya berjaya peroleh kereta keduanya pada minggu lepas. Impak popularitinya diraih di laman Tiktok. Seorang pelajar akhirnya menunjukkan hasil aplikasi itu rupanya boleh menjana wang sekiranya digunakan dengan sebaiknya.

Menurut Nurin Lofa Adrianna Kirana, 17, hasil ulasan berbayar yang dibuat selama ini, dia sudah berjaya membeli dua buah kereta. Pada tahun lalu dia membeli sebuah kereta terpakai keluaran tempatan dan pada minggu lepas dia sekali lagi tersenyum apabila berjaya memiliki sebuah Toyota Vellfire.

Dia yang mesra disapa Nurin mengakui sama sekali tidak menyangka rezekinya cukup murah sejak menyertai TikTok pada Ogos tahun lalu. “Saya sudah beli sebuah kereta terpakai tahun lepas. Ini kereta kedua. Paling banyak saya dapat tentunya menerusi paid review. Memang tak sangka sangat, masa pertama kali buat review saya pun tak yakin. Saya buat pun sebab ada orang minta.

Nurin aktif di TikTok sejak Ogos tahun lalu.

“Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan pelanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan,” ujarnya yang memiliki 746,000 pengikut di TikTok. Mesra disapa Nurin, dia yang mengikuti pengajian secara ‘home school’ mendedahkan kehidupannya berubah sekelip mata kerana TikTok. Malah, ia sekaligus membuktikan kepada mulut-mulut jahat yang mengkritiknya selama ini bahawa dia juga boleh berjaya.

Saya cuma nak cakap, yang mana kritik atau sokong saya… terima kasih.

“Dulu kereta umi saya sangat teruk. Ada orang kat sekolah yang ejek,kritik kereta tu. Sebab tu saya beli sebuah kereta terpakai tahun lepas. Rasa macam tak percaya benda tu berubah sekelip mata. Sebelum ni pun, bilik saya berlantaikan tikar getah je. Tapi bila naik macam ni, saya tengok sekeliling saya berubah. Alhamdulillah boleh tanggung keluarga juga,” ujarnya.

Nurin bergambar dengan kereta baharu miliknya.

Kata Nurin yang popular kerana video membebel di TikTok, aplikasi itu boleh menjana wang jika digunakan dengan betul. “Walaupun saya selalu buat video membebel, saya selitkan dengan kata-kata positif. Guna ke arah yang betul. Saya cuma nak cakap, yang mana kritik atau sokong saya… terima kasih. Apa sahaja yang dikritik, saya ambil positif,” ujarnya lagi.

Nurin sebelum ini pernah menjadi individu berita kehilangan palsu.

Untuk rekod, Nurin sebelum ini pernah mendapat liputan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kehilangan palsu melibatkan dirinya di media sosial. Menerusi laporan pada 6 Disember lalu, dia kecewa apabila hal sensitif itu menjadi bahan jenaka individu tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekecohan ramai.

Pemuda Ini Sanggup Berikan Kereta Kesayangannya Untuk Sesuatu Ini. Sekali Ini Responnya Bila Ditanya Lepas Ini Akan Guna Kereta Apa.

Sanggup serahkan kereta kesayangan, yang diubah suai untuk ‘offroad’ demi kerja-kerja dakwah. Demikian antara perkongsian Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong dalam laman Facebooknya pada Ahad, menceritakan seorang lelaki yang sanggup menyerahkan keretanya kepada MRM untuk tujuan amal. Menerusi tangkap layar WhatsApp dikongsi, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

“Saya sebak apabila menerima mesej sahabat ini di Instagram. Bagaimana beliau sanggup berpisah dengan kenderaan yang beliau sangat sayangi iaitu Ford Ranger yang telah diubahsuai untuk ‘offroad’. Itu demi ‘pelaburannya di akhirat’. Allahuakbar. Alhamdulilah. Hari ini beliau telah menyerahkan kenderaan kesayangannya itu kepada kami dan kini kami di MRM perlu memastikan kenderaan kesayangannya itu terus berbakti kepada masyarakat agar beliau dan kami di MRM mendapat redha dan ganjaran di akhirat kelak. Amanah sahabat semua akan kami tunaikan sebaik mungkin,” tulisnya dalam Facebooknya pada petang Ahad.

Menerusi tangkap layar berkenaan, Zam berkata kereta tersebut sesuai untuk kerja-kerja berat termasuk meredah kawasan banjir. Ketika ditanya kereta apakah yang akan dipakai pada hari-hari mendatang, ini jawapan Zam:

“Ada la tu rezeki kereta lain kot. Tak tahu bang, tadi saya duduk seorang, bosan, tenung kereta…rasa banyak sangat benda tuhan bagi senang tapi tiada lagi kerja dakwah saya buat. Kereta ini tidaklah cantik tapi memang sayang betul dengan kereta ini. Kondisi terbaik yang saya buat ini. Ambillah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tak jumpa saya, jangan lupa tanya Zam mana,” tulisnya. – Sumber dipetik dari Awani, Facebook  FirdausWongMRM

Ada Menganggap Buat Kebaikan Untuk Menunjuk Nunjuk . Pemuda Ini Nafi Nak Show Off Selepas Dia Beli Makanan Di Tepi Jalan Dan Naik Kereta Lamborghini

BAru sahaja berkongsi aktiviti amal dan kebajikan di media sosial adakalanya akan menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan pengikut sehinggakan ada yang menganggap anda hanya membuat kebaikan untuk menunjuk-nunjuk atau tujuan publisiti semata-mata.Serba tak kena jadinya! Buat baik salah di mata warganet, buat jahat apatah lagi. Begitulah senario di dunia siber pada masa kini.

Bagaimanapun, tanggapan buruk orang ramai tidak menjadi penghalang buat seorang pemuda untuk terus berkongsi kebaikan dan amalan baik yang dilakukannya di media sosial.”Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain,” tulis pemuda itu pada video yang dikongsi di akaun TikTok Hasif Hamzi.

Tangkapan skrin video Hasif yang tular di media sosial.Dalam video yang dikongsi, dia dilihat turun dari kereta Lamborghini miliknya dan ‘memborong’ makanan yang dijual di tepi-tepi jalan, sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.

Video tersebut tular dan mendapat lebih 49,000 likes dan 2,000 komen.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Hasif Hamzi, 27, berkata dia tidak peduli apa orang lain kata asalkan dia tahu niatnya untuk membantu golongan yang memerlukan itu ikhlas.

“Saya bukan nak menunjuk-nunjuk sebenarnya. Saya cuma nak buka mata masyarakat yang golongan peniaga kecil ini pun susah dan mereka ini antara yang sangat terkesan dengan PKP.”Kebanyakan orang di luar sana akan tolong orang yang betul-betul susah. Ya bagus, tetapi kita kena sedar juga yang peniaga kecil ini hilang terus sumber pendapatan waktu PKP ini,” ujarnya.

Hasif menceburi bisnes produk minuman dan biskut.Muhammad Hasif yang mesra disapa Hasif berkata, sebagai usahawan dia sangat memahami kesusahan yang dirasakan peniaga-peniaga kecil apabila PKP dilaksanakan semula.Atas alasan itu juga dia tidak teragak-agak untuk singgah di beberapa gerai di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa untuk ‘memborong’ aneka makanan yang dijual.

Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Hasif yang mempunyai perniagaan sendiri dengan menjual air dan cookies jenama Chanrakter berkata ejen-ejen di bawahnya juga berniaga dengan membuka gerai di tepi jalan dan dia sedar bukan mudah untuk mereka melariskan produk ketika pandemik Covid-19.”Sambil beli makanan dan minuman untuk diri saya sendiri, tak sampai hati pula tengok mereka, sebab bila bermula PKP pendapatan mesti terjejas.

“Saya pun kongsi rezeki dengan membeli makanan yang mereka jual untuk disedekahkan kepada sesiapa yang datang untuk beli.”Dah 5 tahun saya berniaga, dari jual produk orang, lepas tu borong barang dari luar negara untuk jual sampailah sekarang keluarkan produk sendiri, saya memang faham sangat kesusahan berniaga ini macam mana,” katanya.


Hasif memberi inspirasi kepada ramai anak muda untuk berjaya dalam hidup.Tanpa mahu menghiraukan komen-komen negatif daripada orang ramai, Hasif berharap dia akan dapat membantu lebih ramai orang dengan rezeki yang diberikan kepadanya.”Ilmu dan rezeki yang saya ada saya tak akan pernah lupa untuk kongsi bersama mereka yang memerlukan.

“Saya harap video saya ini akan membuka mata dan hati lebih ramai orang untuk membantu mereka yang memerlukan.”Saya tak kisah pun janji saya tahu niat saya ikhlas. Biasalah dalam sepuluh komen positif mesti ada terselit satu dua yang negatif,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *