Suami sanggup pergi ke kedai runcit untuk mengambil sesuatu hanya kerana risaukan isteri terkena sesuatu ini. Ianya turut dapat perhatian warganet.

Kehidupan Keluarga Viral

Hubungan suami isteri tidaklah selalunya indah. Setiap hubungan pasti akan ada pasang surutnya untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Namun, jika ditakdirkan mendapat suami yang memahami dan menyayangi isteri pasti merupakan satu rezeki yang tak ternilai daripada Allah SWT.

Namun, tular satu perkongsian daripada seorang pengguna di aplikasi Tiktok yang dikenali sebagai Putri Harissa. Di dalam perkongsian itu, dia meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang suami yang sangat memahami penat lelah isteri mencari rezeki.

Hujan lebat, nanti basah tak selesa

Video yang menerima lebih 100,000 tontonan itu memaparkan si suami sanggup pergi ke kedai runcit berdekatan untuk mengambil plastik sebelum membalut kasut yang dipakai isterinya agar tidak terkena air hujan. Menerusi video itu lagi, dapat dilihat suami wanita tersebut bekerja sebagai ‘rider’ penghantar makanan demi mencari wang untuk terus menyara keluarga tercinta.

“Ya Allah murahkan rezeki kami sekeluarga, lindungi suamiku dari segala bahaya. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal ke Jannah. Amin,” tulisnya. Menjengah ke rungan komen, rata-rata warganet teruja melihat sikap tulus suaminya selain turut mendoakan agar dikurniakan rezeki yang berpanjangan.

Rezeki dapat suami yang penyayang

Moga kekal bahagia hingga syurga

Ya Allah, moga dipermudahkan segalanya

Alhamdulillah, jaga suami baik2

Tersentuh hati melihatnya! Semoga dilimpahkan rezeki dan kasih sayang yang berpanjangan. Bila sentiasa bersyukur dengan kehidupan sederhana, inshaallah rumah tangga kekal bahagia. Sumber: TikTok AuroraRose

Suami Sering Buat Kejutan Pelik. Kali Ni Dia Hadiahkan Ini Pula Dalam Kuah Tomyam.

Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya ingin memiliki keluarga yang bahagia dan harmoni. Apa yang paling penting dalam rumah tangga adalah persefahaman, komunikasi yang baik dan sikap tolak ansur diantara satu sama lain.

Semestinya dalam membahagiakan rumahtangga ada pelbagai cara. Malah jika anda mendapat pasangan yang menghargai satu sama lain anda akan lebih bahagia melayari bahtera perkahwinan. Seperti kisah seorang wanita bernama Aien Suraya ini pernah mendapat kejutan apabila dihadiahkan barang kemas oleh suaminya.

Dapat hadiah dalam bekas plastik berisi air batu

Sebelum ini suaminya meletakkan hadiah tersebut di dalam bekas plastik yang berisi air batu. Semalam, suami sekali lagi membuat kejutan buat isteri tersayang di dalam makanan ketika pasangan ini sedang menjamu selera.

Kejutan ketika sedang makan

Menerusi perkongsian di laman Facebook Aien Suraya, video yang dikongsikan memaparkan kejutan berkenaan dilakukan suami tanpa disedarinya. Sedari awal Aien turut merasa pelik apabila melihat suaminya yang sibuk merakam video ketika mereka sedang makan.

Baru minggu lepas dapat suprise hari nie dia buat lagi

“Patutlah masa nak ambik nasi pun duk main rakam je rupa nya ada something. baru je minggu lepas dapat surprise hari ni dia buat surprise dalam tomyam pulak dah”. ingatkan apa benda lah dalam tomyam, lepas dia gelak tu bru ain dapat tangkap ni mesti kerja dia ni”. 

Tak sangka dapat sesuatu diidamkan isteri

“Tak sangka dapat lipan baru hari ni dah la sesuatu yang di idamkan seorang istri pulak tu”. Terima kasih abg sebagai tanda terima kasih abg suruh je syg buat kerja apa syg buat. semangat ni semangat”.

Suami letak emas dalam kuah tomyam

Tidak diduga, rupanya suaminya itu mempunyai agenda tersendiri dalam diam apabila meletakkan emas yang dibungkus di dalam plastik ke dalam kuah tomyam.

Ketika sedang menjamu selera, Aien ternampak bungkusan plastik yang agak pelik di dalam kuah tomyam ketika sedang mengambil makanan tersebut.

Hadiah sempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang

Kelihatan raut wajah Aien bertukar menjadi teruja dan sempat tertawa dengan keletah suaminya dan bergegas ke sinki untuk membasuh gelang tersebut.

Bertuah miliki suami yang penyayang

Difahamkan, kejutan yang dilakukan suaminya itu bersempena dengan ulang tahun Aien yang bakal disambut minggu hadapan.

Hargai penat lelah isteri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira kerana suami Aien menghargai usaha isterinya selama ini. Mereka turut menitipkan doa semoga pasangan ini terus bahagia dan turut mengucapkan selamat hari lahir kepada wanita ini. Malah, mereka menyifatkan Aein bertuah kerana memiliki suami yang penyayang. – Sumber dipetik dari Yoy Network, Facebook Aien Suraya

Askar Plan Balik Cuti Nak Buat Kejutan Buat Isteri Sampai Terpaksa Lakukan Ini. Sampaikan Ganti Sesuatu Ini Untuk Hadiahkan Pada Isteri.

Setahun di Lubnan, Izzat dan isterinya kembali bersua pada Sabtu lalu. Setahun mengikuti misi pengaman di Lubnan, suami tiba-tiba muncul di hadapan rumah. Begitulah kisahnya yang berlaku apabila Nur Hidayah Rusli, 33, terkejut melihat kehadiran suaminya, Izzat Farhan Jamaluddin, 32, yang juga seorang tentera di hadapan kediaman isteri di Sepang, Selangor pada Sabtu lalu.

Anggota tentera yang mesra disapa Izzat itu mendedahkan turut bersepakat dengan rakan-rakan isterinya dalam merealisasikan kejutan berkenaan yang sudah lama dirancang. Namun katanya, dia juga terpaksa dikuarantin di sebuah hotel sejurus tiba baru-baru ini sebelum melaksanakan kejutan berkenaan pada Sabtu lau.

“Kami 150 orang mengikuti misi di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun di sana. Saya pergi pada Oktober 2020 dijangka pulang Oktober 2021. Sekarang saya balik cuti sebulan dan akan ke sana pada 13 Februari ini. Saya dah tiga tahun berkahwin. Sejak saya ke Lubnan, isteri menyewa dengan rakan-rakannya. Jadi sebelum balik saya dah berpakat awal-awal dengan rakan serumah isteri.

Izzat dikuarantin di ibu negara sejurus tiba baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh kuarantin di Kuala Lumpur, saya juga terpaksa berlakon setiap kali buat video call. Pakai uniform dalam bilik hotel, duduk belakang dinding. Bila hantar mesej pun saya ikut macam masa saya di Lubnan,” ujarnya. Menurut Izzat, dia cukup gementar untuk membuat kejutan itu memandangkan sudah lama tidak bersua muka dengan isterinya.

Isteri saya marah, dia kata kenapa tipu? Kenapa tak bagitahu dah balik?

Selain kepulangan penuh kejutan itu, dia turut membeli sebuah gajet sebagai hadiah atas kesabaran isterinya sepanjang berjauhan selama ini. “Syukur Alhamdulillah, saya rasa bersyukur, impian jadi kenyataan dapat buat kejutan tu. Saya juga ada belikan iPhone 12 Pro untuk dia. Saya buat kejutan, letak telefon tu dalam kotak KFC. Reward untuk dia kena tinggal di sini. Kawan-kawan serumah dia empat orang turut ambil cuti pada hari tu, mereka beli makanan untuk raikan kami.

Mereka mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu.

“Kalau ikut rancangan asal, saya dah tempah resort di Pulau Redang, mak saya pula berada di Kuching, Sarawak. Tapi semua tak boleh dilaksanakan sebab Covid-19. Untuk habiskan tiga minggu cuti, saya sewa sebuah tempat di Sepang buat sementara waktu sebelum balik ke Beirut bulan depan,” jelasnya.

Menerusi video yang dikongsi, isterinya yang terkejut melihat kehadiran Izzat di hadapan rumah sempat melemparkan selipar ke atas jalan raya. Jelas Izzat, isterinya geram kerana tidak diberitahu terlebih dahulu mengenai kepulangan itu.

Antara babak dalam video kejutan berkenaan.

“Kalau tengok video tu boleh nampak yang saya nervous. Dari keluar hotel, pergi beli telefon sehingga ke rumahnya, saya nervous. Isteri saya marah, dia kata kenapa tipu? Kenapa tak bagitahu dah balik?” ujarnya berseloroh.

Kata Izzat yang masih belum diberi rezeki cahaya mata, dia bagaimanapun cukup bersyukur dapat pulang dengan selamat dan bertemu dengan buah hatinya itu yang kini berkhidmat sebagai kakitangan Qatar Airways. Dalam pada itu, dia sempat menitipkan pesanan buat rakyat negara ini agar terus tabah dalam menghadapi Covid-19 dan meminta semua terus menjaga diri sepanjang tempoh pandemik ini.

Gadis Ini Tidak Menyangka Dengan Kejutan Yang Dibuat Oleh Ibu Bapanya. Abang Sanggup Berhenti Tepi Jalan Untuk Try Jubah.

Ruhana Syakirah (kanan) menerima kejutan daripada ibu bapanya dengan meraikannya tamat pengajian dalam satu majlis di kediamannya di Alor Setar, Kedah. foto ihsan DJ Don  Begitulah suasana kenduri-kendara yang dihadiri ramai tetamu. Siap dengan pentas dan simbolik perasmian hingga ke alunan gamelan berkumandang, majlis yang diadakan di rumah ibarat istiadat konvokesyen di universiti.

Namun, ia adalah kejutan untuk seorang gadis yang menamatkan pengajiannya, dan kemudian memakai jubah konvokesyen seolah-olah berada di majlis sebenar.

Bercakap kepada mStar, bapa kepada gadis itu, Saadon Awang berkata, kejutan tersebut merupakan majlis untuk meraikan anak perempuannya, Ruhana Syakirah, 22, yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di Universiti Malaya (UM), tahun ini.

Syakirah turut dikejutkan dengan kek..

Bapa berusia 54 tahun itu memberitahu, majlis yang diadakan di kediamannya di Alor Setar, Kedah itu susulan penangguhan majlis konvokesyen yang diputuskan oleh pihak universiti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

“Jadi kami sekeluarga membuat perancangan dua minggu dengan kerjasama rakan-rakan anak bagi memastikan kejutan ini berjaya. Perkara pertama yang kami lakukan adalah menyembunyikan skrol dan transkrip pengajiannya sehingga dia asyik bertanya mana skrol tak sampai-sampai lagi,” katanya kepada mStar sambil menambah pelbagai alasan yang diberikan selain mengalihkan tumpuan anaknya itu.

Abang Syakirah membeli jubah di UM dan mencubanya di tepi jalan.


Lebih dikenali sebagai DJ Don, katanya, mereka turut membeli jubah konvokesyen di UM dengan bantuan seorang anak lelakinya yang bekerja di Kuala Lumpur. “Anak lelaki saya yang berusia 27 tahun iaitu abang Ruhana sanggup berhenti tepi jalan, untuk try pakai jubah sebab nak pastikan semula saiz yang dibeli benar-benar sepadan dengan adiknya,” katanya. Menjelang hari yang dijadualkan untuk majlis kejutan Sabtu minggu lalu, bapa kepada tujuh anak itu mendapatkan bantuan rakan-rakan baik anaknya untuk membawa anaknya itu keluar ke bandar.

Syakirah (kiri) menerima ‘skrol’ daripada majikannya.

Jelasnya, ia bagi membolehkan mereka membuat persiapan dengan pemasangan khemah, meja dan kerusi serta hidangan termasuk ketibaan tetamu jemputan. “Saya suruh kawan-kawan baik dia bawa dia keluar dari pagi sampai ke malam, temankan beli baranglah, jalan-jalanlah. Pukul 8 malam baru hantar dia balik. Setiba di rumah, anak memang tertanya-tanya tiba-tiba rumah meriah siap pasang khemah dan ramai orang. Dia tanya kami majlis apa, kami cakap ada perasmian dan kenduri kesyukuran.

Majlis kejutan ini merupakan penghargaan buat dia di atas penat-lelahnya sepanjang pengajiannya di universiti

“Tapi saja kenakan dia, kami minta dia menyempurnakan upacara perasmian sebagai ‘denda’ sebab dia keluar dari pagi tapi tak tolong untuk buat persiapan majlis,” tambahnya. Menurut DJ Don, anak ketiganya itu hanya menyedari majlis itu untuk meraikannya apabila sepanduk di pentas diturunkan, dan tertera ucapan tahniah.

DJ Don (kiri) meraikan anaknya, Syakirah yang tamat pengajian di UM.

“Muzik gamelan dipasang seperti mana yang sering dimainkan di dalam dewan kebanyakan universiti ketika istiadat konvokesyen. Anak kemudian memakai jubah yang dibeli di UM. Skrol pula disampaikan sendiri oleh majikannya ketika latihan praktikal sehingga diserapkan sebagai pekerja di syarikat yang sama,” katanya sambil menambah majlis turut diserikan dengan doa kesyukuran, acara potong kek dan pemberian hadiah serta jamuan makan.

Beliau yang merupakan pengusaha stesen minyak menyifatkan majlis kejutan itu sebagai tanda penghargaan buat anaknya itu yang selama ini bertungkus-lumus untuk menamatkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda.

“Dengan norma baharu ini, majlis kejutan ini merupakan penghargaan buat dia di atas penat-lelahnya sepanjang pengajiannya di universiti. Siang malam dia berada di studio untuk menyiapkan tugasan. Walaupun dia pernah hampir putus asa, tapi dia tetap komited dengan meneruskan pengajian di atas sokongan moral kami sekeluarga. Dia seorang anak yang baik dan wajar dihargai di atas kesungguhannya,” kata DJ Don.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *