Shuib bawa mentua ke sesuatu tempat ini yang penuh dengan memorinya. Kini Shuib dedahkan memorinya dulu.

artis Kehidupan Keluarga

Kejayaan yang dimiliki pemilik nama penuh Shahmira bin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu ini seringkali menjadi bualan masyarakat. Menurut Shuib, kehidupannya sejak kecil amatlah daif sehingga dia terpaksa tinggal bersama neneknya selama 17 tahun. Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya mengimbau kenangan susah dan senang kehidupannya ketika membesar di sebuah rumah kayu suatu masa dahulu.

” Inilah rumah yang saya duduk dari umur 8 bulan – 17 tahun, tidur dekat ruang tamu pakai kelambu, pakai pelita,malam-malam boleh dengar bunyik cengkerik. Rindu nak balik sini lagi, rumah yang mengajar erti apa itu “hidup”. Jangan kisah dari mana kita datang kerana Value kita tetap tinggi. Selamat Malam semua”, tulis Shuib

Dalam gambar tersebut juga kelihatan Shuib bersama bapa mentuanya Raissuddin Hamzah yang turut sama pulang ke kampung halaman Shuib bagi merasai pengalaman suasana kampung di mana menantunya itu membesar. Rata-rata pengikut Shuib turut memdapat reaksi dari rakan-rakan artis yang menulis di ruangan komen, antaranya Amy Search, Afdlin Shauki, Pekin dan Feeya Iskandar. Sebelum ini kisah inspirasi itu telah dikongsikan oleh Shuib menerusi sebuah rancangan television bertajuk Disebalik Tawa yang disiarkan di saluran Astro Warna.

” Saya lahir di Johor Bahru dan ketika umur saya lapan bulan saya berpindah dan tinggal bersama arwh nenek saya di Parit Buntar, Perak selama 17 tahun.

” Tempoh 17 tahun itu saya boleh katakan tak semua orang dapat rasa kerana kehidupan saya sangat susah. Maksudnya tiada elektrik, tiada air. Hanya rumah papan yang mempunyai satu bilik sahaja.” katanya “Air diambil setiap petang pakai baldi, mandi dekat parit, tandas di luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita, motor tiada yang ada cuma basikal, belanja sekolah 50 sen, Sabtu dan Ahad tangkap belut buat tambah-tambah duit sekolah,” katanya.

Shuib turut memberi tahu, dia tidak mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna kerana dia lebih gemar untuk membuat kerja kampung untuk membantu keluarganya.

” Saya sekolah pun ikut hati jer sama ada nak pergi atau tidak. Masa tingkatan tiga hampir 6 bulan saya tidak ke sekolah kerana saya lebih suka cari duit untuk bantu keluarga. Kalau anda nak tahu saya lebih suka buat kerja kampung seperti tangkap belut dan kupas kelapa. Hasilnya dapat lah juga RM3 untuk 100 biji kelapa”, ceritanya lagi.

Kata Shuib lagi, kejayaan kumpulan Sepah telah banyak mengubah hidupnya ditambah pula dengan kehadiran isteri, Siti Sarah yang sentiasa ada bersamanya disaat susah dan senang.

” Saya ingin berterima kasih kepada Sarah kerana dialah antara orang yang banyak membantu kerjaya saya sebagai seorang pelawak. Jika bukan kerana dia mungkin saya tidak berada di mana saya berada sekarang”, tambah Shuib

Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Hasil perkongsian hidup, sehingga kini mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Dah Jumpa Pengganti Bagi Menggantikan Tempat Shuib. Mark Adam Diumumkan Sebagai Pengacara Terbaru Bermula Isnin Selepas Shuib Undurkan Diri

Selepas masing masing berteka teki siapa yang menggantikan tempat Shuib ,akhirnya terjawab juga akhirnya artis ini akan memulukan kerjaya baharu sebagai penyampai radio. Ini dia Mark Adam. Difahamkan pelakon dan juga penyanyi,Mark Adam diumumkan sebagai penyampai radio baharu untuk segmen Geng Pagi Hot bermula isnin.

Dimaklumkan juga,Mark akan bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas Shuib buat pengunduran pada hujung Januari yang lalu. Jelas Mark,”Kerjaya saya terus berubah 360 darjah. Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai di Hot FM, saya fikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tetapi tanggungjawab yang perlu saya galas.”

Saya sedar peluang sebegini bukan datang selalu dan terus membuat keputusan untuk menyertai Hot FM. Peluang ini juga memberi ruang untuk saya mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru,” katanya.iSelain itu, Mark berkata dia sedar mengenai kekurangannya bertutur dalam bahasa Melayu, namun tidak menjadikan ia sebagai halangan untuk menghiburkan pendengar.Malah, dia mengakui teruja untuk memulakan tugas selepas menjalani sesi latihan bersama Fizie selama hampir sebulan.

“Bahasa Melayu bukanlah bahasa pertama saya, jadi untuk bertutur dengan lancar sebagai penyampai radio merupakan satu cabaran buat saya tetapi saya juga melihat peluang di Hot FM ini adalah salah satu cara untuk memperbaiki bahasa pertuturan saya.

“Sememangnya perasaan sangat teruja untuk ke udara, tetapi rasa gugup memang ada kerana bukan mudah untuk menghiburkan pendengar menerusi radio.”Kalau di program TV, saya tak cakap apa-apa pun orang sudah terhibur dan boleh bergelak ketawa. Tetapi, di radio saya kena sentiasa ada idea untuk dilontarkan dan pastikan para pendengar memahami informasi yang disampaikan.

“InsyaAllah, saya bersama Fizie dan Hot FM akan mencuba untuk menyajikan pengisian yang terbaik dan semoga para pendengar akan terhibur setiap pagi bersama GPH di Hot FM,” ujarnya.Sebelum ini, GPH yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi dikendalikan oleh Shuib, Shuk Sahar dan Fizie.

Namun begitu Shuk digntung tugas sementara pada 25 Januari lalu bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman mengenai isu rumah tangga pelawak itu yang tular di media sosial. Sehingga kini, pihak pengurusan Hot FM mengesahkan bahawa isu ini masih dikaji dan dalam perbincangan dan sebarang pengumuman akan diumumkan kelak.

Siap Ada Barang Hantaran Macam Beg Berjenama Dan Bermacam Lagi. Shuk Kejutkan Orang Ramai Dengan Bawa Rombongan Datang Pinang Balik

Baru beberapa minggu yang lalu,heboh tentang cerita panas berkaitan pelawak,penyampai radio iaitu Shuk Sahar yang dikatakan menjalinkan hubugan dengan wanita lain. Dan lebih mengejutkan lagi, Masalah rumah tangga telah dibongkarkan oleh isterinya iaitu Rossalennah Natassiah Asshaferah menerusi beebrapa posting di laman IG.

Malahan lebih mengejutkan apabila semalam Shuk membuat kejutan yang tak disangka sangka dengan muncuk dalam keadaan yang mencurigakan melalui IG Live yang dibuat oleh isterinya. Lengkap memakai persalinan seperti raja sehari, artis tersebut meminta kebenaran isterinya untuk berkahwin lagi. Sera yang ketika itu terkejut dengan permintaan tiba ti a itu hanya mampu tercengang sambil ditenagkan oleh rakannya.

Ternyata semua itu helah pengacara tersebut untuk memujuk kembali isteri kesayangan. Shuk siap datang berjumpa Sera dengan satu rombongan meminang dengan pelbagai barang hantaran seperti beg tangan berjenama,barang kemas dan sebagainya. Tambahan pula, pengacara berusia 34 tahun tersebut juga dilihat sempat membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan isteri, selain mengaku kesalahan yang dibuat. Usaha tersebut dibuat untuk memperbaiki kembali hubungan antara mereka berdua.

Ada Warganet Berani Tinggalkan Komen Yang Tidak Elok. Sekali Ini Respon Padu Dari Isteri Shuk Sendiri

Baru baru ini,heboh kisah rumah tangga palawak,pengacara dan penyampai radio iaitu Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah dan pelbagai komen yang diterima daripada warganet. Selain daripada medoakan agar hubungan mereka kembali jernih,ada juga sesetengah warganet yang sanggup tinggalkan komen yang berunsur tidak elok.

Berdasarkan komen di IG milik Rossalennah,ada seorang pengikut mengingatkan untuk tidak membuka aib suami ketika berselisih faham.Lebih menggelikan, apabila individu tidak bertanggungjawab itu tinggalkan komen ‘kotor’.

“Maaf la abang cakap sikit untuk adik berdua..Shuk lepas ni bini hang merajuk hang sumbat ja *** hang dalam mulut dia.”Nanti pandai la dia datang balik kat hang. Kalau dia burukkan hang kat Instagram (IG), hang buat ja lagu tu.”Dia pun tak boleh hidup tanpa *** hang. Simpan aib suami baik-baik,” tulis pengguna yang menggunakan nama @fathullah_noor.

Tidak mendiamkan diri, Rossalennah membidas dengan menyatakan lelaki itu tidak layak untuk berkahwin.”Maaf ya, perempuan bukan untuk ditindas. Kalau macam tu awak anggap perempuan, awak tak layak bernikah dan hidup berumah tangga. Isteri bukan sekadar lmpias nafsu,” balasnya.

Terdahulu,Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara Salleh.Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.Susulan isu itu, Shuk secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).Ingin memulihkan keadaan, Shuk tampil mengakui kesilapan dirinya menerusi sebuah entri yang dimuat naik di IGnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *