Disebabkan bekas kekasih buat satu tindakan ini. Pemuda ini terus nekad untuk menikahinya.

Kehidupan Keluarga Viral

Pasangan pengantin muda, Icha dan Firdaus mendirikan rumah tangga pada 30 Januari lalu. Mulanya tak suka lama-kelamaan jatuh cinta. Begitulah kisah pengantin muda, Hanieysha Syafina Hanafi, 19, dengan suaminya Ahmad Firdaus Azizan, 21 yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 30 Januari lalu di Tok Jembal, Kuala Terengganu.

Pengantin perempuan yang lebih mesra disapa Icha itu mengakui bersyukur apabila perkenalan mereka berputik semula selepas dia membuka sekatan atau ‘unblock’ pemuda itu di Instagram dan siapa sangka akhirnya membawa kepada penyatuan mereka sebagai suami isteri.

“Saya mula kenal dengan Firdaus pada tahun 2016, masa tu saya sekolah lagi Tingkatan 2. Kami berkawan sekejap sahaja lepas tu saya macam tak suka dia dan terus ‘block’ di Instagram. Tiba-tiba tahun lepas saya buka senarai ‘block’ terus terdetik eh kenapa saya ‘block’ lelaki nih. Saya pun ‘unblock’ la dia. Masa bulan puasa, tak sampai beberapa hari dia pun DM saya ucap selamat berpuasa dan pada masa sama saya balas. Selepas tu dia ajak jumpa. Saya setuju tetapi ada syarat iaitu dia perlu datang rumah jumpa keluarga dahulu. Dia pun setuju dan itulah pertama kali kami jumpa dan selepas Hari Raya tahun sama dia sampaikan hasrat nak jadikan saya isteri,” ujarnya.

Detik di mana cinta antara Icha dan suaminya berputik selepas dia membuka sekatan di Instagram.

Tambah Icha yang kini bekerja sendiri, dia terkejut kerana masa berlalu sangat pantas dan tidak menyangka pemuda itu adalah jodohnya. Anak sulung daripada tiga beradik itu terus meminta Firdaus untuk berjumpa keluarga bagi menyampaikan hasratnya itu.

“Disebabkan mak ayah saya dah lama bercerai jadi dia perlu jumpa ibu saya sebelum ke Kuala Lumpur untuk dapatkan restu ayah saya. Apa yang saya fikir masa tu, biarpun usia kami muda tetapi kalau dia ikhlas dan tahu tanggungjawab tak ada salahnya.

Video yang dimuat naik Icha tular di aplikasi TikTok sehingga mendapat 28,000 tanda suka.

“Cuma biasalah terkejut sebab cepat sangat masa berlalu. Padahal sekian lama kami tak berhubung antara satu sama lain dulu. Bila dah ‘unblock’ tak sampai berapa lama hubungan terus jadi lebih serius. Itulah nama jodoh,” katanya.

Berkongsi kisah percintaannya terdahulu, kata Icha, dia pernah menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih yang merupakan seorang kaki pukul. “Bila kahwin saya luahkan rasa syukur di media sosial kerana suatu ketika dahulu saya pernah trauma disebabkan kekasih seorang kaki pukul.

Bersyukurnya saya diberikan jodoh ini. Ya, saya tak menafikan ini adalah pinjaman Allah tetapi kan lagi bagus kalau mereka mendoakan saya dengan suami.

“Saya pernah dipukul teruk depan mata ibu saya. Masa bercinta semua nampak manis, bila dah lama ibu saya tegas tidak benarkan saya teruskan hubungan itu. Bersyukurnya saya diberikan jodoh ini. Ya, saya tak menafikan ini adalah pinjaman Allah tetapi kan lagi bagus kalau mereka mendoakan saya dengan suami,” ujarnya mengenai kritikan ramai yang menganggap segala-galanya manis ketika bercinta.

Dalam pada itu, Icha meluahkan rasa sedih kerana ada juga segelintir warganet yang menganggap dia berkahwin kerana sudah terlanjur dan sebagainya.

“Kami kahwin muda, baru dua minggu tunang terus kahwin. Mesti dalam fikiran, ramai anggap negatif sahaja. Biarpun tak lakukan seperti tanggapan mereka tapi saya malas nak balas komen sebab tak ada faedah,” katanya.

Icha dan Firdaus berharap rumah tangga mereka yang dibina pada usia muda berkekalan hingga jannah.

Icha yang sejak kecil membesar dalam keadaan kedua ibu bapanya berpisah begitu menghargai sebuah kasih sayang seperti mana yang dirasainya ketika ini.

“Saya kurang kasih sayang seorang bapa jadi bila Allah SWT hadirkan insan yang istimewa ini pasti saya bersyukur tak terkata,” katanya. Kedua mereka yang berniaga sendiri ini berharap rumah tangga yang dibina akan dilimpahi rezeki, diberi kekuatan menempuh alam perkahwinan dan berkekalan hingga ke jannah.

Kahwin Tahun Lepas Dan Difahamkan Suami Sanggup Buat 3 Kerja Sejak Bujang. Perkongsian Yang Dibuat Oleh Pasangan Ini Secara Tak Langsung Raih Perhatian

Lumrah bagi pasangan yang sudah memasuki alam perkahwinan, sudah tentu mahu kan cahaya mata yang pastinya menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka. Baru baru ini, satu perkongsian di Tiktok raih lebih setengah juta tontonan dan memaparkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, memaparkan Shahrul Amri Ibrahim sebak apabila isterinya, Nurul Akma Abd Rasid menunjukkan alat ujian kehamilan dengan tanda ‘positif’ yang diletakkan di dalam sebuah kotak.Tak kekok bercerita,dia yang mesra disapa Shahrul mengakui cukup bersyukur atas berita gembira itu yang dianggap sebagai hadiah paling manis selepas mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu.

“Isteri ada mengadu tak sedap badan. Jadi dia ajak pergi beli alat ujian kehamilan. Selepas dah balik rumah dan dia tunjuk yang test tu positif, automatik mengalir air mata saya.“Sebenarnya kami pun tak jangka. Tapi kami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Bila Allah nak bagi zuriat, saya anggap ia nikmat terbesar dalam kehidupan.

“Bila dapat tahu isteri hamil, terus fikir nak kena bagi lebih perhatian selepas ini, sebab kandungannya juga masih di peringkat awal. Nak kena jaga betul-betul,” ujarnya. Difahamkan masing-masing berusia 25 tahun, Shahrul dan isterinya turut terkejut apabila video detik bersejarah mereka tular di TikTok.

Jelas Shahrul lagi, dia bersyukur apabila menerima banyak komen positif termasuklah doa dan kata-kata semangat untuk dia sekeluarga.“Saya kongsikan video itu sebagai tanda kenangan. Tak sangka akan tular. Saya cuma hasilkan video sebab teruja nak tengok result kehamilan isteri.

“Kebanyakannya bagi komen positif dan doa. Ada juga yang bagi nasihat. Saya terharu dengan semua komen.“Sangat bersyukur dikurniakan ramai insan yang baik-baik, Allah hadirkan mereka semua untuk bagi nasihat dan kata-kata semangat buat kami.“Pada masa sama, ada juga pasangan yang kongsi kisah mereka menanti zuriat. Saya doakan mereka semoga dikurniakan zuriat secepat mungkin, InsyaAllah,” ujar Shahrul.

JElas Juruteknik Perubatan di sebuah hospital itu, dia membatalkan segala rancangannya pada hari itu selepas menerima berita gembira kehamilan isteri.Shahrul yang menetap di Bangi, Selangor turut melakukan dua lagi kerja untuk menyara kehidupan.“Saya sebenarnya buat tiga kerja, sejak sebelum kahwin lagi. Dulu tujuannya untuk kumpul wang kahwin. Kemudian saya teruskan, sebab ada banyak komitmen. Isteri saya pula merupakan guru tadika.

“Pada hari dapat tahu isteri saya hamil, saya sebenarnya nak keluar buat GrabFood. Tapi saya batalkan niat dan duduk di rumah bersamanya,” ujar Shahrul berseloroh.Menceritakan mengenai perkenalan mereka pula, Shahrul mendedahkan dia dan isteri berkenalan pada tahun 2017 menerusi laman cari jodoh Muslim, Baituljannah.

“Saya kenal dia lebih kurang dua tahun sebelum kami kahwin, jumpa jodoh dekat laman web cari Baituljannah.“Selepas habis diploma dulu, saya memang hasrat nak cari kerja, pada masa sama saya fikir nak cari calon isteri. Jadi, kami berkenalan di situ sebelum mendirikan rumah tangga tahun lepas,” ujarnya lagi.

Ada Hari Sekeping Capati Pun Tak Terjual. Anak Kepada Cef Ini Kongsi Ayahnya Sanggup Kejar 2 Kerja Sehari Sehingga Undang Sebak Dalam Kalangan Warganet

Seperti yang kita semua maklum selepas sahaja kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi secara dine in atau makan di premis dengan prosedur SOP bermula 10 Feb,membuatkan peniaga kecil menarik nafas lega.

Baru baru ini keluhan seorang anak kepada penjual capati pada malam sebelum kebenaran itu mengundang sebak di kalangan warganet.”Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang. Kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong.

“Jadi, tolong petang je sampai tutup malam. Tapi sebab PKP tak boleh dine-in ni, slow ,” tulis seorang pemuda yang merujuk kepada prestasi jualan capati yang mengecewakan.Pemuda tersebut, Farhat Nadzmi Mohd Nizam berkata, bapanya mula berniaga capati di sebuah medan selera di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sejak Oktober lalu.

Selain itu,dia memberitahu bapanya melakukan kerja sepenuh masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.”Ayah kerja syif di KLIA. Jadi, ayah buka gerai capati selepas atau sebelum syif bertugas, atau sepanjang hari pada hari ayah tidak bekerja.

“Tapi bila PKP tak membenarkan dine-in, bisnes capati ayah terjejas sampaikan nak tengok orang datang bungkus pun susah,” kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.Sementara itu, bapa Farhat iaitu Mohd Nizam Abu Bakr pula berkata, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai cef kira-kira 25 tahun itu.

Jelas Bapa kepada dua anak itu, dia kini bertugas di bahagian kargo, tetapi sebelum itu bertugas sebagai cef untuk pengendalian makanan dalam pesawat.”Tugas saya bertukar ke bahagian kargo ekoran penerbangan komersial terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur kerana masih bekerja walaupun gaji dipotong.

Pada peringkat awal, katanya, secara purata capati yang dapat dijual adalah antara 40 hingga 50 keping sehari, dan prestasi merosot ketika PKP dikuat kuasakan.”Bila tak boleh dine-in waktu PKP, ada hari sekeping capati pun tak terjual. Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga,” ujarnya.

NAmun begitu, posting anaknya menjadi perhatian sehari sebelum kelonggaran orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai makan telah membuatkan jualannya meningkat.”Hari pertama kelonggaran iaitu pada 10 Februari, jualan capati naik antara 30 hingga 35 keping. Lepas tular terus naik mendadak sehingga 100 keping!

“Sebenarnya selepas posting itu tular, ramai yang nak tempah lebih daripada itu. Tapi, saya dan anak-anak tak menang tangan dengan keupayaan yang terhad. Jadi, kami letakkan had 100 keping capati sehari untuk menjamin kualiti,” katanya.

Dia bersyukur dengan kelonggaran yang diberikan dan penularan posting, Mohd Nizam turut menerima banyak cadangan supaya menghasilkan capati bagi makanan sejuk beku.”Misi saya untuk mempunyai central kitchen (dapur berpusat) pada masa akan datang bagi membolehkan saya membuka lebih banyak cawangan menjual capati, insyaAllah,” katanya.

Pengantin Tengah Syok Bergambar Sekali Terkejut Bila Tiba Tiba Kena Angkut Dengan Lori Polis Gara Gara Ingkar Arahan Pkp. Sekali Ini Yang Pengantin Ni Kena Buat Ramai Terkedu.

LANGKAWI – Sepasang pengantin berpakaian sedondon yang sedang leka bergambar kenangan di kawasan sungai berhampiran kongsi bilis, Taman Nilam di sini ditahan polis kelmarin. Selain pasangan tersebut, 17 individu termasuk pengiring pengantin turut ditahan polis pada pukul 6.30 petang susulan ingkar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, kesemua mereka dit.ahan sepasukan polis yang kebetulan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut. “Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dit.ahan sebelum dibawa ke balai polis.

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP. “Hasil pemeriksaan juga mendapati kebanyakan mereka menetap di Taman Nilam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shariman, kesemua mereka dibebaskan pada hari yang sama selepas tlndakan kompaun dikenakan. Dalam perkembangan sama, Shariman memberitahu pihaknya meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan susulan orang ramai suka berkumpul di tepi sungai dan padang tersebut. Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kumpulan pasangan tersebut dibawa ke balai menaiki lori polis bersama beberapa individu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *