Cekyana tampil untuk membalas budi sahabat sejatinya ini. Tak sangka ianya dibalas dengan hadiah sesuatu ini jumlahnya RM 30k.

Amalan Kehidupan Viral

Cekyana akui sanggup habiskan duit demi ingin membuat kejutan kepada sahabat baiknya, Cikzaza. Sahabat sejatinya itu sentiasa ada untuknya saat susah mahupun senang.

Disebabkan ‘nilai’ itulah, ada individu yang tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sahabat sejati mereka dengan barangan yang bernilai ribuan ringgit, sebagaimana yang dilakukan oleh wanita ini. Menerusi satu perkongsian video di media sosial, wanita bernama Cekyana membuat kejutan menghadiahkan sahabat baiknya yang dikenali sebagai Cikzaza dengan seutas rantai emas bernilai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 ketika hari lahir wanita itu, baru-baru ini.

Perkongsian video tersebut mengundang perhatian ramai apabila dimuat naik di Instagram dan juga aplikasi TikTok, malah rata-rata warganet melahirkan rasa kagum mereka dengan persahabatan kedua-dua wanita tersebut. Menurut wanita yang juga seorang pengasas syarikat berasaskan makanan, Makan-Makan Cekyana (MMC), kejutan yang dirancang sempena hari lahir sahabatnya pada 15 Februari lalu dilakukan dengan penuh berhati-hati agar tidak terkantoi.

Cekyana merancang kejutan untuk hari lahir sahabat baiknya, Cikzaza dengan teliti agar tidak dapat dihidu.

“Bab nak rancang kejutan tu sangat-sangat susah. Saya sediakan Plan A dan Plan B sebagai ‘back up’. Semua kejutan 100 peratus dirancang oleh saya dan dibantu oleh staf-staf yang memastikan kelancaran agar ‘prank’ berjaya. Pertama, saya sengaja prank Cikzaza kononnya bibik dia lari… dalam masa yang sama saya prank dia kononnya ada dua masalah lain yang dia kena handle. Kiranya masa tu dia kena handle tiga masalah dalam masa yang sama. Semuanya nak trigger dia supaya menangis… nak main emosi dia. Masa tu saya beritahu saya tak sihat dan dia kena selesaikan. Bila dapat panggilan bibik lari, dia kalut pulang ke rumah sambil menangis. Masa itulah kita rancang surprise dekat rumah dia,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Cekyana.

Cekyana memakaikan seutas rantai emas yang dihadiahkannya kepada Cikzaza yang bernilai RM20,000.

Seronok melihat insan di sekelilingnya gembira, Cekyana berkata dia gemar melakukan kejutan untuk menghargai mereka.

“Sebelum ini saya kejutkan suami dengan sebuah kereta Ford Mustang, kali ini giliran sahabat baik saya pula. Pada mulanya dia hanya mahukan karpet Iran sebagai hadiah. Kiranya dah tak jadi kejutan. Kemudian masa dekat rumah, dia terkejut bila tahu ada lagi kejutan hadiah untuknya iaitu rantai emas dan wang tunai,” ujar usahawan berusia 25 tahun yang terkenal dengan produk Cek Yana Oden Viral.

Saya ingat lagi masa nak kahwin, dia bantu dahulukan wang RM500 sedangkan itu sahaja wang yang dia ada. Dia langsung tak berkira dengan saya.

Bercerita mengenai persahabatan mereka, Cekyana berkata dia dan Cikzaza yang hanya berbeza usia setahun, menjalinkan persahabatan sejak 2017.

“Saya dan Cikzaza, yang juga co-founder MMC berkenalan ketika kami masing-masing tak ada apa-apa, sehinggalah menubuhkan syarikat bersama. Sebelum ni kami jual baju bayi dan macam-macam lagi. Saya ingat lagi masa nak kahwin, dia bantu dahulukan wang RM500 sedangkan itu sahaja wang yang dia ada. Dia langsung tak berkira dengan saya. Ketika itu saya berjanji, bila saya senang, saya akan balas semula jasanya.

Cekyana merupakan pengasas bagi produk makanan, Cek Yana Oden Viral.

“Kami masing-masing tak berkira…. sepanjang berkawan, kami hanya fokus nak bantu orang. Dia tak pernah nak bercakap buruk pasal orang. Ada orang suka berkawan sebab harta, tapi dia seorang yang sangat setia… ada di setiap jatuh bangun saya,” ujarnya. Menurut Cekyana lagi, nilai persahabatan baginya amat berharga tambahan pula dikelilingi oleh insan berhati mulia dan positif.

“Dekat dunia ni, kalau orang buat baik, kita pun kena berbuat baik. Kalau mereka hargai kita, kita juga kena menghargai mereka. Bagi saya harta boleh dicari tapi nilai persahabatan tu yang susah nak dapat,” ujarnya lagi.

Cekyana Sanggup Perhabiskan Duitnya Sebanyak Ini Untuk Memberi Sumbangan Pada Pesakit Positif. Warganet Memuji Tindakan Yang Diambil Olehnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan video seorang kanak-kanak yang sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) kehilangan bapanya disebabkan C0vid-19. Suasana pilu yang menyelubungi video itu membuatkan banyak pihak terpanggil untuk menyantuninya dan menghulurkan sumbangan buat penghuni pusat kuarantin tersebut.

Beri sumbangan makanan kepada pesakit & frontliner

Salah seorangnya ialah usahawan berjaya yang sangat sinonim dengan produk Rempah Oden Viral Cekyana. Pengusaha produk tersebut yang dikenali sebagai Cekyana telah terpanggil untuk memberikan sumbangan makanan buat pesakit yang sedang dikuarantin dan juga staff barisan hadapan di MAEPS dan juga Pusat Rawatan Kusta Hospital Sungai Buloh.

Beli ribuan kotak KFC

Di laman Facebook Cekyana, dia dan teamnya telah pergi ke restoran makanan segera KFC dan membeli  4,000 kotak set makanan untuk diagihkan kepada penghuni dua lokasi pusat kuarantin yang dinyatakan sebelum ini.

Sama2 kongsi rezeki

Dalam perkongsian tersebut, Cekyana berharap pemberiannya yang tidak seberapa itu dapat menghadirkan senyuman buat penghuni kedua-dua pusat kuarantin C0vid-19 terbabit. Dia juga sempat berkongsi gambar-gambar senyuman di wajah penghuni Pusat kuarantin MAEPS dan Hospital Sungai Buloh apabila menerima makanan KFC daripadanya.

Wajah2 gembira di MAEPS

Semua dapat makan KFC di Hospital Sungai Buloh

Kongsi perjalanan memberi sumbangan di YouTube

Cekyana juga telah membuat video perjalanannya membeli dan menghantar sendiri makanan KFC ke dua lokasi pusat kuarantin ini dan dimuat naik ke saluran YouTube Masak Masak Cekyana sebagai salah satu bentuk kerja amal yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua pihak.

Insan2 berhati mulia

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut media sosialnya telah memuji tindakan murni yang dilakukan oleh usahawan itu. Mereka juga berasa gembira melihat Cekyana sama-sama berkongsi rezeki buat para frontliners dan pesakit Covid-19 yang sedang berju4ng melawan virus bahaya ketika ini.

Founder yang kaya & pemurah

Semoga dimurahkan rezeki Cekyana

Bantuan Khusus Buat Rakyat Selangor. Menteri Besar Selangor Akhirnya Dedahkan Jenis Jenis Bantuan Yang Bakal Disalurkan

Dilaporkan sebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0,kerajaan negeri Selangir telah mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri ini. Dinamakan Pakej Kita Selangor,ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa inisiatif bakal dan sedang dilaksanakan di bawah pakej ini, merangkumi bantuan khas rakyat sepanjang PKP, usaha merangsang ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan tabung khas COVID-19.”Bagi bantuan khas PKP, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM6 juta untuk melaksanakan saringan bersasar, dengan fokus diberi kepada warga emas, golongan B40 dan mahasiswa Selangor.

“Kerajaan negeri menerusi Selgate Healthcare telah menambahbaik fungsi aplikasi SELangkah untuk turut membantu dalam pengawasan kendiri (self monitor) pesakit COVID-19.”Bagi mengurangkan beban ke atas petugas barisan hadapan KKM, Bas Smart Selangor akan digunakan secara percuma untuk menghantar pesakit dari rumah ke MAEPS, Serdang.”Peruntukan RM100,000 pula diberikan setiap satu daripada 56 DUN menerusi PeruntukanKhas Selangor Mesra Rakyat, sekali gus membolehkan program atau aktiviti Mesra Rakyat yang melibatkan perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain boleh dilaksanakan secara terus,” ujarnya.

Amirudin juga mahu menyegerakan semua perancangan dan inisiatif yang dirancang dalam Belanjawan Selangor 2021.”Antara strategi utama ialah Program Digitalisasi di mana kerajaan negeri akan membelanjakan RM 369 juta melalui dana negeri dan anak-anak syarikat.”Pelaksanaan PKP bermula 13 Januari telah menuntut agar beberapa inisiatif ini dipercepatkan atas keperluan membantu golongan peniaga kecil, usahawan, penjaja yang terjejas serta pada masa yang sama memacu agenda digitalisasi Selangor,” katanya.

Tidak dilupakan, bantuan untuk negeri-negeri yang dilanda musibh banjir berjumlah RM2 juta.”Bagi menyantuni jiran-jiran tetangga kita, Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir #KitaSelangor berjumlah RM1 juta untuk negeri Pahang. Rakyat Kelantan dan Terengganu masing-masing akan turut menerima Sumbangan Bantuan Banjir berjumlah RM500,000,” tambahnya.

Dimaklumkan Fasa Kedua BPN 2.0 Dipercepatkan Dan Dikreditkan Mulai 21 Januari Ini. Ini Maklumat Lanjut Berkenaan BPN 2.0

PUTRAJAYA, 13 Jan – Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima termasuk pemohon baharu akan dipercepatkan mulai 21 Jan ini.Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan dan rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

“Bagi penerima B40, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada 21 Jan ini, manakala bagi penerima M40, turut sama dikreditkan ke dalam akaun bank pada 25 Jan berikutnya.“Bagi penerima tanpa akaun bank pula, pengeluaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan.

“Manakala bagi penerima tanpa akaun bank di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat mulai awal Februai sehingga 1 April di lokasi-lokasi pengeluaran yang akan diumumkan akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Dalam pada itu, bayaran fasa kedua BPN tersebut disalurkan melalui beberapa pecahan mengikut taraf penerima.

“Bagi penerima B40 dan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah, sebanyak RM1.21 bilion diperuntukkan kerajaan kepada 3.81 juta penerima.“Bagi penerima B40 bujang dan berpendapatan RM2,000 ke bawah pula, sebanyak RM0.7 bilion pula diperuntukkan kepada 4.08 juta penerima,” tambah kenyataan tersebut.

Selain itu, bagi penerima M40 dan isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000, sejumlah RM0.29 bilion diperuntukkan kepada 1.43 juta penerima.Manakala bagi penerima M40 bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000, sejumlah RM0.18 bilion diperuntukkan kepada 1.74 juta penerima.

“Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima, iaitu 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran atau peruntukan sebanyak RM7.18 bilion setakat ini,” jelasnya.Semakan kelulusan boleh dibuat di portal rasmi BPN melalui https://bsh.hasil.gov.my/ mulai 15 Jan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *