Wanita ini berharap dapat beli sesuatu ini untuk ibunya setelah perkara ini terjadi. Ibu sedih setelah ada tangan nakal yang cuba rosakkannya.

Kehidupan Keluarga Viral

Emilia berharap dapat membeli pokok orkid baharu sebelum menghantar ibunya pulang semula ke kampung pada minggu depan. Siapa yang tak sedih apabila pokok bunga yang dijaga rapi selama berbulan lamanya rosak angkara ‘tangan-tangan nakal’ yang tidak bertanggungjawab.

Begitulah kisah Jamaliah Mohamed, 77, atau lebih dikenali sebagai Mak Jem yang terkilan apabila pokok orkid miliknya musnah, dipercayai dirosakkan oleh kanak-kanak nakal di sekitar kediamannya di Kuantan, Pahang. Kisah Mak Jem mendapat perhatian ramai selepas anak bongsunya, Emelia Abdul Malik berkongsi video duka ibunya menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

“Biasalah, orang tua suka bunga. Bercakap dengan pokok-pokok, macam satu terapi. Sewaktu saya balik Kuantan, mak nak tunjuk pokok orkid tu. Tengok-tengok dah patah, memang ada budak-budak nakal selalu main di kawasan rumah kami. Dah patah, kemudian dicucuk balik dalam pasu. Mak memang frust. Dia tanam anak pokok tu, memang dia tunggu lama sangat. Orkid tu ambil masa lima ke enam bulan nak berbunga,” ujar anaknya yang mesra disapa Emelia.

Mak Jem gemar menanam bunga di halaman rumahnya.

Menurut pengusaha sambal bawang dan bilis yang menetap di Shah Alam, Selangor itu, dia bagaimanapun bersyukur apabila video yang dikongsi di TikTok menerima reaksi positif. Malah, ramai warganet turut menzahirkan rasa simpati mengenangkan nasib pokok bunga kesayangan ibunya itu.

“Video TikTok tu saya kongsi untuk sampaikan mesej mengenai kasih sayang anak kepada ibu, untuk bagi inspirasi kepada orang agar berjasa kepada ibu selagi mereka masih ada. Saya dah tak ada abah, jadi apa yang saya buat hanya bertujuan untuk menggembirakan emak,” ujarnya. Imbas Emelia lagi, ibunya juga tertidur dalam keadaan terkilan pada hari kejadian pokok orkidnya musnah.

Selain orkid, ada juga bunga-bunga lain. Tapi dia frust sebab orkid tu baru je berbunga, lebat berbunga.

“Selepas kejadian tu, dia nak ikut saya pergi kilang sambal. Tak jauh pun dari rumah mak. Saya tinggalkan dia dalam bilik menunggu. Kemudian suasana macam senyap je, tengok-tengok mak dah tertidur. Tidur dalam keadaan frust. Selepas itu saya bawa mak balik ke Shah Alam. Mak sebenarnya ada pemeriksaan kesihatan setiap empat bulan di Putrajaya. Sekarang dia ada di rumah kakak saya,” jelas Emelia lagi.

Perkongsian Emelia mengenai kisah itu tular di TikTok.

Kata Emelia, dia berharap dapat membeli pokok orkid baharu sebelum menghantar ibunya pulang semula ke kampung halaman pada minggu depan.

“Harap ada orkid untuk dibawa balik ke Kuantan. InsyaAllah saya akan cuba cari. Mak memang suka tanam pokok. Selain orkid, ada juga bunga-bunga lain. Tapi dia frust sebab orkid tu baru je berbunga, lebat berbunga,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya pula, Emelia mendedahkan dia pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan sebagai pramugari sebelum berhenti kerja pada tahun 2015. Pada 2019, dia kembali berkhidmat sebagai pramugari untuk penerbangan ke tanah suci Makkah, namun segalanya terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum kontraknya tamat pada pertengahan tahun lalu. Menurut Emelia, dia kini mengusahakan bisnes sambal itu dan berharap ia dapat membantu dirinya meneruskan kelangsungan hidup dalam era pandemik serba mencabar ini.

Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Emilia kini menjadi pengusaha sambal.

“Saya dulu pramugari. Kemudiannya syarikat ada masalah. Saya antara yang terpilih, jadi untuk beri sokongan kepada syarikat, saya berhenti. 2019 saya fly balik untuk penerbangan umrah dan haji. Kemudian Covid-19 pula melanda, kontrak saya habis pada Mei tahun lepas. Sekarang full time buat sambal. Tapi ada dugaannya juga, biasalah ramai yang berniaga. Banyak persaingan. Tapi saya tak kisah. Yang penting kita kena buat sesuatu untuk teruskan hidup. Nak buat jangan sekadar untuk duit je, tapi kena ikhlas. Untuk bagi orang suka makanan kita,” ujarnya anak bongsu daripada lima beradik itu lagi.

Remaja Ini Pelik Bila Pokok Ibunya Tinggal Ranting. Lepas Selak Daun Terbongkar Punca Pokok Ibunya Tinggal Ranting

Seringkali hobi berccuk tanam di halaman rumah sinonim dengan golongan wanita. Selain dapat mencantikkan landskap kediaman, ia juga seperti salah satu terapi yang boleh mengurangkan tekanan seharian. Tidak ketinggalan, seorang pemuda ini sempat berkongsi mengenai tanaman kesayangan si ibu yang musnah.

Habis licin pokok tinggal ranting je..Rupa-rupanya habis kena makan dengan ulat daun.Hasebi hairan apabila melihat pokok yang ditanam ibunya di halaman rumah cuma tinggal ranting. Malah boleh dikatakan tanaman tersebut ibarat kekeringan tanpa sebarang daun. Walhal, tumbuhan sekitar yang lain elok sahaja berdiri segar tanpa ada sebarang kerosakan. Rupa-rupanya semua adalah angkara ulat daun yang sedang berselera membuat ‘parti makan’.

Pergi kutip semua ulat daun masuk bekas..Bukan 2 atau 3 ekor tapi satu geng.Tanpa membuang masa, remaja berkenaan telah bertindak mengutip hampir kesemua haiwan tersebut pada dahan tanaman berdekatan. Lebih mengejutkan lagi, bukan cuma beberapa ekor malah boleh dikatakan penuh satu bekas.

Lepas dah kutip pergi bela pulak..Nak tengok jadi rama-rama ke tak
Merasa curious dengan cara haiwan tu beranak pinak, pemuda tersebut telah bertindak membela beberapa ekor ulat di dalam sebuah akuarium kecil. Malah dia juga siap menyediakan beberapa ranting pokok sebagai makanan kepada binatang itu.Sumber: TikTok m.hasebi 

Pintu Belakang Van Terbuka Secara Tiba Tiba. Tindakan Pemuda Ini Meraih Perhatian Ramai Setelah Video Rakaman Tersebut Tular Di Tiktok

Pemuda yang bernama Qush ini berkongsi video itu menerusi IG dan Tiktok. Dalam hidup ini , kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik,malah kita patut mengajak orang lain agar melakukan kebaikan. Begitu juga dengan jejaka ini yang berkongsi video di saat dia membantu seorang pemandu van di Subang Bestari,Selangor,Ahad lalu.

Kata Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar,25, menceritakan semula kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat itu.” Saya tengah memandu di di kawasan rumah sebenarnya masa itu. Tiba tiba pintu belakang van di hadapan kereta saya terbuka.”

“Terbuka masa van tengah bergerak, pakcik tu pula tak perasan. Kebetulan lampu isyarat merah, saya pun tahu lampu isyarat di situ memang lama.Qush berkata, dia sekadar mahu membantu dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.“Jadi saya turun dan tolong tutup pintu belakang van itu. Lepas saya tutup, nampak macam dia intai. Tapi kami tak sempat bertegur,” ujarnya.Berkongsi video di Instagram dan TikTok, usahawan kosmetik yang mesra disapa Qush itu turut menerima reaksi positif warganet.

Katanya lagi,dia menerima satu komen yang mempersoalkan kewajaranannya merakam video sambil membuat amal kebaikan. Tambahnya lagi yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ,dia secara spontan merakam vieo itu langsung tiada niat untuk menunjuk nujuk. Tambahan pula,telefon miliknya diletakkan di atas dashboard kereta dan dia yang bersendirian membuat rakaman berkenaan.

“Saya sebenarnya risau barang dalam van tu terjatuh ke atas jalan raya. Saya nampak macam ada tong cat.Qush merupakan seorang usahawan kosmetik.”Risau jika ia jatuh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.”Ada seorang individu tanya di ruangan komen, kenapa saya rakam video? Pada saya, kenapa tidak kita kongsi perkara positif.

“Bukan nak menunjuk. Cuma dalam tempoh sekarang, dengan pandemik Covid-19 lagi, inilah masanya kita gunakan hashtag #KitaJagaKita.”Sama-sama membantu masyarakat. Saya pun rakyat biasa je. Mana tahu hari ni dia susah, mungkin esok kita pula yang memerlukan pertolongan,” ujarnya lagi

Paparan skrin video tular itu.Namun katanya, dia bersyukur ramai yang faham mesej video tersebut dan turut berkongsi kata-kata positif menerusi ruangan komen.Tambah Qush lagi, dia tidak dapat membayangkan sekiranya pemandu tersebut merupakan ayahnya sendiri.Dalam perkongsian sama, dia turut mendoakan kesejahteraan individu itu dan berharap dia dapat pulang dengan selamat.

Tweet Yang Dibuat Suka Suka Disiarkan Di Saluran Berita. Pemuda Ini Terkejut Melohat Tweet Yang Ditulis Terpampang Dan Ini Pula Reaksi Ahli Keluarganya

LAMAN sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok kini menjadi tempat berkongsi pendapat, mencari informasi terkini serta menjadi satu bentuk hiburan kepada penggunanya.Di Twitter misalnya, kebanyakan tweet yang menarik pantas meraih perhatian warganet sekali gus juga akan tular di laman sosial yang lain.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda apabila tweet mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuatnya bukan sahaja tular di media sosial, tetapi turut masuk dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3 pada Rabu.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Asrhaf Mohd Nasir, 20, yang menetap dari Pasir Mas, Kelantan berkata dia amat terkejut apabila melihat tweet yang ditulis tiba-tiba terpampang di televisyen.

Ciapan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai pelaksanaan PKP dan ia menerima banyak retweet.”Sedang kami sekeluarga tengok berita, tiba-tiba keluar tweet tu sekali nama saya. Terbahak-bahak satu keluarga ketawa.

“Tweet tu memang sengaja saya buat nak hiburkan hati semua tak sangka sampai masuk TV. Tweet hampir sama sebelum ini pun orang lain pernah buat juga. Saya tiru je, tiba-tiba ramai pula yang retweet.Asrhaf menggangap tweetnya itu sekadar menghiburkan hati mereka di luar sana lebih-lebih dalam dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

“Baguslah, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan hati mereka di luar sana dalam keadaan yang sukar ini,” katanya sambil menambah ketika itu dia sedang menonton bersama ibu, bapa dan abangnya.Tambah Asrhaf, ibu dan bapanya merupakan orang paling teruja apabila mengetahui mengenai perkara itu

“Sebelum ada juga mereka tengok posting orang lain yang dikongsi d TV, tapi mereka tak sangka pula tweet anak sendiri pun sampai boleh masuk TV, apatah lagi pasal PKP,” katanya.Menurut Asrhaf, walaupun apa yang berlaku dianggap sebagai hiburan semata-mata, ada juga warganet yang tinggalkan komen-komen negatif kepadanya termasuklah menudh tweet tersebut palsu dan disunting.

“Mula-mula tu ada yang kata edit. Saya balas komen dia dengan bagi screenshot dekat YouTube. Lepas tu yang lain, saya dah malas layan.”Biarlah nak kata edit ke apa. Janji saya seronok, family pun terhibur.”Lagipun saya kongsi seronok-seronok je, bukannya saya dapat apa-apa pun kalau tweet masuk berita,” katanya.

Asrhaf (depan) bersama keluarga.Asrhaf yang kini bekerja sambilan dengan berniaga dalam talian mengakui dirinya turut terkesan gara-gara pandemik Covid-19 ini.”Biasalah saat macam ini siapa je yang tak serabut. Banyak perniagaan yang lebih besar pun terjejas apatah lagi perniagaan kecil macam saya.”Tetapi saya tetap bersyukur biarpun berniaga kecil-kecilan ja, ada juga rezeki orang beli cookies dan brownies saya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *