Tular perkongsian wedding planner ini yang ceritakan kisah budak 6 tahun. Tak sangka siap buat 2 tabung untuk ini.

Kehidupan Keluarga Viral

Faizal secara tak sengaja bertemu kanak-kanak itu berhampiran kediaman rakannya pada Isnin. Baru berusia enam tahun, namun kepetahan kata-katanya boleh diibaratkan seperti orang dewasa. Begitulah kisah seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui oleh perancang perkahwinan, Mohd Faizal Maklip berhampiran kediaman rakannya di Kampung Peringgit, Melaka, pada Isnin. Mesra disapa Faizal, dia mendedahkan dirinya cukup sebak apabila berborak dengan kanak-kanak itu yang petah bercerita mengenai kisah hidupnya.

“Saya berkunjung ke rumah kawan. Saya pun tak kenal budak tu. Masa saya nak keluar beli barang, saya nampak dia duduk dekat kereta saya. Dia tengok je, kemudian dia cakap nak ikut… dia bagitahu teringin nak makan ais krim coklat. Kebetulan saya nak keluar sekejap dan akan kembali ke rumah kawan, jadi saya bawa dia ikut. Masa dalam kereta barulah dia buka cerita. Dia kata ibunya sudah tiada, bapa tak tahu di mana. Dia ada empat beradik dan tinggal bersama nenek berhampiran rumah kawan saya,” imbas Faizal.

Kata Faizal, kanak-kanak ini tinggal bersama nenek dan adik-beradik yang lain berhampiran kediaman rakannya.

Menurut jejaka berusia 32 tahun itu, dia terpegun mendengar kepetahan kanak-kanak yang dikenali sebagai Zaeril Putera itu sewaktu menceritakan kisah hidupnya. Tambah Faizal, dia bertambah sebak apabila kanak-kanak itu bercerita mengenai tabung khas yang dimiliki demi merealisasikan satu hasrat buat ibunya. “Adik tu cerita, dia ada dua tabung simpanan wang setiap kali orang bersedekah kepadanya.

Hidup dia sangat sedih, saya pun tak jangka dia petah begitu.

“Satu tabung untuk belanja sekolah, satu lagi tabung dia simpan duit untuk beli lembu, mahu buat ibadah korban untuk ibunya. Saya sedih bila dengar seorang kanak-kanak cakap macam tu. Saya pula sensitif, tak boleh tahan sedih tambah-tambah lagi melibatkan kanak-kanak macam tu. Jadi selepas beli barang, saya bawa dia ke kedai dan beli ais krim coklat yang dimahukannya sebelum kembali ke rumah kawan saya,” ujarnya lagi.

Faizal merupakan seorang perancang perkahwinan di Melaka.

Menurut Faizal, dia bagaimanapun tidak banyak bertanyakan soalan peribadi kepada kanak-kanak itu. Sejurus pulang, dia turut berkongsi video pertemuannya dengan kanak-kanak itu di media sosial sehingga beberapa individu menghubunginya untuk menyalurkan bantuan.

“Selepas saya kongsi video, ada yang hubungi untuk bagi sumbangan wang dan pakaian. Mungkin orang pun tersentuh lihat budak kecil macam tu. Hidup dia sangat sedih, saya pun tak jangka dia petah begitu. Nanti dalam masa terdekat saya akan pergi hantar sumbangan kepadanya,” ujar Faizal.

Faizal sebak mendengar kisah hidup kanak-kanak itu.

Bercerita mengenai dirinya, Faizal yang sudah 11 tahun berkecimpung sebagai perancang perkahwinan kini sedang aktif menghasilkan biskut untuk dipasarkan menjelang Aidilfitri tahun ini. Ujarnya, pandemik yang melanda memberi kesan kepadanya sehingga terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya berkunjung ke rumah kawan saya untuk bagi dia rasa resipi baharu biskut yang akan dijual raya nanti. Kebetulan terjumpa dengan budak tu. Dia pada waktu tu sedang bermain berhampiran rumah kawan saya. Kawan saya pun memang kenal budak tu,” ujar Faizal lagi.

Budak Perempuan Ini Disuruh Minta Sedekah Di Jalanan. Sekali Bila Cikgu Tanya Rupanya Individu Ini Yang Paksa Dirinya.

Marah dan geram..demikian perasaan penulis ketika membaca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang kisah seorang anak kecil dipaksa meminta sedekah oleh ibu kandung sendiri. Berikut perkongsiannya;

MaIam ini aku mrah. Sangat mrah. Satu mesej masuk berbunyi, ” Cikgu. AIisa jual tisu dan kutip sedekah lagi depan KFC.” Baca ayat tu, berdesing telinga aku. Terus aku capai kunci motor, hidupkan motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.

Kawan aku dah ‘pegang’ dia. Bawa makan KFC sementara aku sampai. Sebaik duduk, aku tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan mula bertanya.

” Kenapa AIisa jual tisu dan minta sedekah lagi? Cikgu dah pesan jangan jual tisu dan minta sedekah. Cikgu dah hantar barang dapur, cikgu suruh kawan cikgu bagi duit belanja setiap hari.” ” Mak suruh.”

Pendek dia jawab sambil merenung meja. Lama aku ‘basuh’ dia malam ini. Lebih banyak lagi aku ‘basuh’ kakaknya. Supaya menjaga adik baik-baik, supaya tidak lagi ke jalanan seperti ini. Nak apa, aku support semua. Tak perlu turun ke jalanan lagi.

AIisa (bukan nama sebenar) baru usia 10 tahun. Namun dia sering disuruh meminta sedekah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan boyfriend mak dan boyfriend kakak sulungnya. Dapat duit menjual dan minta sedekah, semua kena rembat. Yang tinggal duit syiling sahaja untuk dia.

Aku geram. Aku mrah. Aku bengang. Bukan kat AIisa, tapi kat orang dewasa yang patut menjaga dia. Ibunya, boyfriend ibu dan boyfriend kakaknya yang mengambil kesempatan ke atas anak polos ini. Dia tidak rela pun turun ke jalanan. Namun didesak. Namun dipaksa. Namun disuruh. Maka anak perempuan bongsu ini akhirnya terpaksa patuh.

Ikutkan hati mrah, aku cari je boyfriend ibu dan boyfriend kakak, hantuk kepala kat dinding. Apa punya perangai suruh budak kecik kutip sedekah jual tisu. Mak dia pun satu hal juga. Pergunakan anak sendiri. Padahal aku dah jumpa 4 mata duduk bersila depan mak dia. Aku dah pesan jangan lagi suruh anak ini menjual tisu dan meminta sedekah.

Aku dah kata cakap, setiap bulan aku hantar barang dapur. Aku akan support semua perbelanjaan sekolah. Dan dia berjanji masa tu dengan aku tak akan biarkan anak dia ini ke jalanan. Itu yang aku mrah sangat. Malam ni aku bagi dua pilihan pada AIisa.

” Okey AIisa. Dengar sini. AIisa nak duduk dengan JKM?” ” Tak nak. AIisa nak duduk dengan ibu.” ” Jika tak nak, AIisa janji dengan cikgu jangan kutip sedekah dan jangan menjual tisu lagi. Belanja sekolah semua, cikgu tanggung. Barang dapur cikgu hantar. Jika cikgu dapati AIisa kembali kutip sedekah dan menjual tisu, cikgu akan serahkan AIisa kepada JKM.” ” Baik cikgu.”

Sebenarnya banyak lagi aku berborak dan berbicara sebenarnya. Banyak motivasi dan kata nasihat aku bagi agar anak ini teruskan pelajaran dan belajar elok-elok. Nampak gaya aku kena hadap mak dia lagi sekali esok lusa ni. Kena bertegas dah ini. Aku tak nak hak anak ini sepatutnya berada di sekolah tapi dipergunakan oleh orang dewasa untuk mencari nafkah pula.

Sebenarnya banyak kisah tentang keluarga mereka yang tidak boleh aku tulis untuk menjaga maruah mereka. Banyak benda aku kena simpan sendiri untuk menjaga air muka dan keselamatan mereka. Usah tanya aku di mana kes ini. Kat mana sekolah mereka. Kat mana mereka tinggal. Aku takkan cakap melainkan kepada jabatan yang ada autoriti.

Semoga anak ini berjaya dalam kehidupan dan semoga semua masalah dan rintangan yang dilalui berjaya kami bantu untuk atasi. Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu AIisa mendapat balik hak dia sebagai kanak-kanak. Aku juga akan cuba bantu keluarga mereka agar kembali ke jalan yang benar dan tidak melalaikan lagi.

Mengagumkan Sekali Calon SPM Ini Dapat Markah Penuh Untuk Ujian Percubaan Matematik Tambahan. Pelajar Ini Tampil Dedahkan Rahsianya

Ternyata perkongsian mengenai keputusan Matematik Tambahan pelajar ini raih perhatian ramai serta mengagumkan. Jika disebut subjet Matematik Tambahan, Terlalu ramai peajar yang kurang gemar dengan mata pelajaran ini kerana menganggap ia sebuah subjek yang susah.

Demikianlah yang terjadi kepada pelajar ini yang turut mempunyai tanggapan sama mengenai subjek tersebut.Namun segala-galanya berubah selepas dia nekad untuk memperbaiki pencapaiannya demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Difahamkan pelajar bernama Muhammad Izwan Azwar mula mendapat perhatian selepas dia memuat naik markah kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Oktober 2020 di mana dia memperoleh 100 peratus bagi subjek tersebut, di Twitter.”Alhamdulillah, another achievement unlocked (satu lagi pencapaian berjaya diraih),” tulisnya pada perkongsian yang sehingga kini meraih 6,292 retweet.

Jika lihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan kekaguman mereka dengan pencapaian yang dianggap luar biasa itu. Pelajar yang senang disapa sebagai Izwan berkata segala-galanya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke tingkatan empat, dua tahun lalu.

“Masa tingkatan empat, saya masuk kelas aliran Sains yang ada subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia termasuklah Matematik Tambahan. Sebaik saja masuk menengah atas, saya memang nekad dan pasang niat untuk melakukan perubahan sebab Matematik asyik gagal masa tingkatan tiga.

Jelas anak bongsu daripada empat adik beradik ini lagi, keputusan subjek Matematik Tambahannya mula menunjukkan peningkatan ketika peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan empat, di mana dia memperoleh A-.”Masuk tingkatan lima, mungkin sebab banyak topik, saya sekadar dapat C sahaja pada ujian penggal pertama. Saya lipatgandakan usaha tambahan pula masa tu dah mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap hari saya akan sertai tuisyen secara online dengan cikgu yang sama. Setiap malam pula, selepas buat kerja sekolah, saya akan habiskan masa kira-kira empat jam untuk buat latihan Add Math.”Saya biasakan juga buat ulangkaji tentang sesuatu topik sebelum ada kelas Add Math keesokan harinya supaya tak blur bila cikgu mengajar.

“Bila ada kawan minta tolong, saya ajarkan juga… dengan cara ini akan buat kita lebih faham. Selain itu, banyakkan bertanya guru kalau tak faham,” ujarnya yang menuntut di sebuah sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur.Berkat usaha kerasnya, Izwan berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang bagi subjek tersebut ketika peperiksaan percubaan SPM, Oktober tahun lalu.

“Kadang-kadang terlewat masuk kelas online… tapi saya akan ‘cover’ semula sesi yang ketinggalan tu.”Jadi untuk masa-masa yang ada sebelum peperiksaan ni, manfaatkanlah masa dan lebihkan usaha untuk sekurang-kurangnya lulus. Banyakkan buat latihan… saya kini hampir ‘cover’ kertas percubaan untuk setiap negeri.

“Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada cikgu subjek dan ckgu tuisyen, serta rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka, takkan tercapai keputusan seperti sekarang. Buat calon SPM, moga kita semua diberikan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab soalan kelak,” ujarnya yang berhasrat mahu menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di kolej matrikulasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *