Suami sanggup buat tiga kerja dalam satu hari. Sekali bila balik dapat berita ini pula daripada isteri.

Kehidupan Keluarga Viral

Siapa yang tidak gembira apabila bakal menimang cahaya mata selepas bertahun menanti kehadiran zuriat dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi apabila sudah berjuang mencari rezeki untuk menampung keperluan keluarga supaya lebih selesa dengan melakukan pelbagai pekerjaan.

Kongsi momen bahagia

Dalam satu muat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Shahrul Amri, dia telah berkongsi video ketika mendapat tahu isterinya hamil setelah melakukan pemeriksaan menggunakan alat ujian kehamilan.

Menangis dapat tahu isteri hamil

Apa yang membuatkan warganet turut sama sebak adalah reaksinya yang terharu selepas mengetahui bakal bergelar bapa. Shahrul Amri yang melakukan tiga kerja dalam satu hari benar-benar sebak dan memeluk isterinya apabila mengetahui berita gembira itu.

Di perkongsiannya yang lain pula, lelaki tersebut telah berkongsi video membawa isterinya ke klinik bagi mendapatkan kepastian berkenaan kehamilannya.

Dia yang pregnant aku yang nangis

Menerusi ruangan komen diruangan Tiktoknya, rata-rata warganet mengakui turut sama sebak menonton video tersebut. Mereka juga mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan hingga proses kelahiran nanti. Selain itu, ada juga yang berharap agar mereka dapat merasai pengalaman bakal bergelar bapa setelah lama berkahwin dan masih belum diberi rezeki cahaya mata.

Perasaan yang sangat indah

Kenapa la ternangis sama

Tahniah ! Comel tengok reaction suami

Mata masuk habuk weh!

Semoga dapat merasa momen macam tu jugak

Wanita Sarat Hamil Ini Dikritik Oleh Warganet Setelah Dia Terjatuh Selepas Lakukan Aktiviti Ini. Sekali Dia Dedahkan Perkara Sebenar.

Wanita dikenali sebagai CPA dikritik kerana berkuda ketika hamil tujuh bulan. Kejadian menimpa seorang wanita hamil apabila dia terjatuh sewaktu sedang menunggang seekor kuda. Menerusi video tular di laman Twitter pada Ahad, wanita yang sarat hamil tujuh bulan itu dikerumuni beberapa individu sejurus terjatuh ke atas tanah.

Selain ramai bersimpati dan risau akan keselamatannya, dia turut dikritik warganet kerana didakwa melakukan aktiviti berisiko dalam keadan berbadan dua. Tampil memberi penjelasan di media sosial, wanita yang dikenali dengan nama Cik Puan Azila itu mendedahkan dia dihujani pelbagai pertanyaan sejurus video itu menjadi tular.

“Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda, tergelincir sebenarnya tiba-tiba viral di media sosial. Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yang risau keadaan saya. Saya faham, mungkin sebab saya tengah sarat tujuh bulan. Sebab tu ramai yang risau. Alhamdulillah saya okay je tak ada yang serius setakat ini. Syukur kepada Allah,” ujarnya.

Kata CPA, kuda itu sudah dianggap seperti anak sendiri.

Menurut wanita yang menggelarkan dirinya dengan nama pendek CPA itu, dia juga sempat meneliti komen-komen warganet di laman sosial termasuklah yang mentertawakan kejadian itu. Jelasnya, dia sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan memiliki hati dan jiwa yang kental serta tidak begitu terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan. “Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan di Twitter. Kali pertama kena kritik memang tak terhadam membaca komen-komen warganet.

Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar.

“Ada yang kata sendiri cari pasal, sendiri tanggunglah, cari penyakit dan macam-macam lagilah. Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Mental fizikal orang bisnes kena kuat. Yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya, Alhamdulillah terima kasih,” ujarnya lagi.

Dalam penjelasan di Facebook miliknya, CPA mendakwa aktiviti berkuda dibolehkan untuk wanita hamil, namun perlu dilakukan secara lebih berhati-hati. Selain satu amalan sunnah, ia juga boleh membina sikap kepimpinan dalam diri individu yang menunggang kuda, kata CPA lagi.

Antara komen warganet.

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ni bukan tak boleh tapi just kena berhati-hati. Macam dalam video tu sebenarnya CPA override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir. Setakat pusing-pusing joy ride tak apa. Menunggang kuda semasa mengandung ni sebenarnya bagus, bantu betulkan postur badan ibu hamil dan mudahkan proses bersalin juga. Lagipun tunggang kuda amalan sunnah dan mengajar kita leadership atau sifat kepimpinan,” ujarnya lagi.

Dedah CPA, kuda itu merupakan haiwan peliharaannya sendiri. Namun, dia sudah lama tidak ‘bertemu’ dengan haiwan berkenaan yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya. CPA rindu Rose sebab berbulan jugalah tak jenguk dia. Saja nak melawat dia sebelum bersalin. Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar. Doakan saya selamat bersalin ya,” katanya lagi.

Di Twitter, video itu meraih hampir 50,000 tontonan dalam masa 24 jam selepas dimuat naik dan dihujani dengan pelbagai komen warganet.

“Lah pregnant? Aku pula yang seriau tengok. Selalunya orang mengidam nak makan macam-macam tapi sis ni mengidam nak naik kuda. Kan dah jatuh. Kuda tu terdiam lepas perempuan tu jatuh, kesian kuda tu trauma. Dia yang pregnant aku yang rasa sakit,” tulis beberapa warganet.

Selepas 10 Hari Baru Dapat Tahu Dirinya Hamil. Pasangan Ini Dedah Banyak Kali Buat Ujian Kehamilan Tapi Negatif Ini Kisah Mereka

Sam melahirkan anak secara normal.SEORANG wanita melahirkan bayi perempuan secara normal, hanya 10 hari selepas mengetahui dirinya hamil.Sam Hicks, 40, dikejarkan ke Hospital Southmead di Bristol, United Kingdom, pada 11 Januari lalu.Dia kemudian melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Julia.

Sam dan suaminya, Joe baru mengetahui bahawa dia hamil pada 2 Januari lalu setelah menjalani ujian kehamilan di rumah.Sam, yang bekerja di rumah jagaan, telah melakukan banyak ujian kehamilan sepanjang tahun lalu, namun semuanya menunjukkan keputusan yang negatif.

“Ada beberapa tanda, tetapi ketika Sam melakukan banyak ujian kehamilan yang semuanya negatif, dia hanya menganggap ia sebagai sakit perut,” kata Joe.Bagaimanapun, apabila Joe, 32, merasa ‘tendangan’ di perut isterinya ketika mereka duduk bersantai pada Hari Tahun Baru, Sam memutuskan untuk melakukan ujian lain, lapor Bristol Live.Keesokan harinya, Sam pergi menjalani ujian lain, dan kali ini mengesahkan bahawa dia hami.

Suami Sampai Sanggup Pecahkan Cermin Hanya Untuk Selamatkan Isteri Yang Sedang Hamil. Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Mereka.

Kluang: Seorang lelaki terpksa mencecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki untuk menyelamatkan isteri sebelum dia hanyut bersama kenderaan itu dalam kejadian bnjir di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, petang semalam. Ketua PoIis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kejadian dilap0rkan oleh isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, jam 5.30 pagi tadi di Balai PoIis Kahang.Katanya, pengadu bersama suaminya, Md Rajihan Junaidi, 28, dalam perjalanan dari Mersing menuju ke bandar Kluang.

“Ketika sampai di Batu 18 Jalan Kluang – Kahang, jam 5.30 petang semalam, pasangan itu dikatakan meredah banjir di kawasan berkenaan. Di pertengahan jalan, kereta dinaiki tiba-tiba dibawa arus deras ke kanan laluan menyebabkan suaminya mencecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan pengadu,” katanya melalui kenyataan kepada media hari ini.

Hang Seng berkata, pengadu diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian namun suaminya dikatakan hanyvt bersama kenderaan dinaiki. Apa yang lebih memiIukan mgsa dan isteri baru melangsungkan pernikahan Julai tahun lepas dan  isteri beliau dikhabarkan sedang hamiI.

“Usaha mengesan mngsa bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang sedang giat dilakukan hari ini namun masih gagaI menemui beliau,” katanya.Sumber: hmetro, jaffre jamal

Gadis Subang Jaya Adalah Salah Seorang Rakyat Yang Terkena Banjir Di Kelantan. Dia Perjelas Foto Yang Sedang Seronok Main Air Banjir Di Kelantan.

Foto Intan bersama pelampung dan memakai pelitup muka ketika banjir mencuri tumpuan warganet. Banjir yang melanda di Kelantan sejak minggu lalu secara tidak langsung menyebabkan seorang gadis mendapat tumpuan.Beberapa foto menunjukkan seorang gadis sedang menggunakan pelampung sambil tersenyum sinis di kawasan perumahan ketika banjir mencecah paras pinggang. Salah satu daripada empat gambar tersebut menunjukkan gadis itu memakai pelitup muka.

“Main air luh sekkito pape roger (Main air dulu geng apa-apa roger),” tulis gadis berkenaan di laman Twitter sehingga menjadi tular. Dalam banjir pun lawa,” komen warganet yang memuji kecantikannya. Jadi mangsa banjir pun maintain senyum ikhlas lagi. Ni la erti reda,” ujar warganet lain.

Posting Intan di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen.

Gadis berkenaan, Nur Intan Syaqilla Norazlan berkata, gambar-gambar tersebut dirakamkan oleh adiknya di luar rumah keluarganya di Rantau Panjang, petang Isnin lalu. Remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, kebiasaannya setiap kali musim banjir di kawasan itu, limpahan air naik sehingga paras dada.

“Ramai yang kata bahaya sebab bimbang lemas atau ada ular dalam air. Begitulah keadaan yang kami perlu lalui bertahun-tahun setiap kali musim banjir. Paras pinggang ni okay lagi kerana biasanya banjir hingga ke paras dada. Tapi keadaan air di hadapan rumah tenang, bukannya deras sehingga membahayakan,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Intan, katanya, dia berdepan pengalaman menghadapi musim banjir di negeri itu sejak keluarganya berpindah dari Subang Jaya, Selangor, kira-kira 11 tahun lalu.“Saya dilahirkan di Subang Jaya. Kami sekeluarga kemudian berpindah ke Kelantan di Rantau Panjang, kampung ayah. Jujurnya, masa mula-mula tu saya tak biasa dengan keadaan banjir. Macam-macam perasaan ada, sampai dulu pernah rasa takut nak keluar rumah. Tapi lama-kelamaan saya dah biasa dengan keadaan ini,” ujar pelajar Tingkatan Enam itu.

Intan merupakan anak kelahiran Subang Jaya, Selangor yang kini menetap di Rantau Panjang, Kelantan.

Gadis itu turut mendedahkan foto yang tular itu dirakamkan sekadar suka-suka dan dia sebenarnya tidak bermain banjir di kawasan rumahnya seperti yang disangka warganet. Ketika itu saya dan dua adik masing-masing berusia 16 dan 13 tahun mengikut ayah ke kedai runcit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah untuk membeli barang dapur seperti beras, gula dan telur. Kami redah saja banjir yang juga di paras pinggang adik-adik. Pelampung itu adalah milik jiran yang kami pinjam untuk kegunaan mengangkut barang-barang yang dibeli. Sekeping papan diletakkan di atas pelampung tu, dan segala beg plastik yang kami bawa balik dari kedai diletakkan di atas papan. Kiranya macam trolilah, tapi kami tolak pelampung tu perlahan-lahan secara bergilir-gilir hingga ke rumah” ujarnya.

Walaupun musim banjir, tetap kena ikut SOP pakai pelitup muka di tempat awam.

Ini sekali gus menjawab persoalan warganet mengenai anak ketiga daripada lima beradik itu memakai pelitup muka seperti yang dirakamkan di dalam gambar. “Walaupun musim banjir, tetap kena ikut SOP (prosedur operasi standard) pakai pelitup muka di tempat awam. Nanti kena kompaun pula sebab tak patuh SOP,” tambahnya.

Intan menjelaskan dia tidak bermain banjir sebagaimana yang disangka warganet

Intan yang tinggal berdekatan Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand berharap keadaan banjir di Kelantan kembali pulih. “Harap keadaan semakin pulih, setakat hari ini (Rabu), limpahan air dah surut ke paras lutut. Saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan saya termasuk mereka yang memberikan pujian,” katanya sambil menambah posting berkenaan telah dipadam bagi mengelakkan komen-komen negatif segelintir warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *