Pelajar master ini tercabar dengan komen yang pedas itu. Sekali dia terus ambil keputusan ini untuk tunjukkan bakat dia yang sebenar.

ISU SEMASA Pengetahuan Viral

Ariff membuat rakaman video di Stadium Shah Alam pada Isnin lalu. “Bakat terpendam awak ni bagus, tapi pendam tu lebih baik.” Demikian komen yang diterima seorang pelajar yang juga jurugambar dan juruvideo sambilan menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Menurut Mohamad Ariff Rosly, 25, dia bagaimanapun tidak melatah dengan komen berkenaan sebelum berkongsi satu video khas yang dirakam di Stadium Shah Alam, Selangor pada Isnin lalu sebagai jawapan balas kepada individu itu.

Ariff mula aktif di TikTok sejak dua minggu lalu.

“Sebelum ini saya selalu berkongsi hasil karya di Instagram. Saya baru dua minggu bermula di TikTok. Kemudian saya terima komen tu. Tapi saya pun tak kisah sangat, sebab content yang saya buat pun untuk suka-suka saja. Selepas tu, saya ajak kawan shoot video motosikal di stadium untuk cabar balik kata-kata orang yang tinggalkan komen tu. Buat video betul-betul sebagai bukti. Bila dia komen macam tu, saya fikir ini peluang untuk tunjuk bakat di TikTok, biar dia nampak apa yang saya boleh hasilkan,” ujarnya.

Menurut penuntut bidang Komunikasi Visual itu, penghasilan video di stadium baru-baru ini turut dibantu dua rakannya dengan membawa prop sebuah motosikal model KTM 200 Duke.

Saya dengan team tengah nak buka studio, InsyaAllah pada Mac ini.

“Saya minta tolong kawan-kawan. Dia bawa motor, jadi kami shoot dari pukul 5 petang hingga 7 malam di kawasan stadium. Seorang kawan saya bawa motor, saya shoot video dan ada seorang lagi kawan shoot video di sebalik tabir proses penggambaran tu,” jelasnya. Dalam pada itu, Ariff akui gembira apabila menerima banyak komen positif termasuklah yang memuji hasil videonya itu.

Ariff dibantu dua rakan dalam penggambaran video di Stadium Shah Alam.

Namun katanya, dia juga terbuka menerima komen kritikan yang berhemah untuk memperbaiki lagi mutu kerjanya. “Dari segi komen, tak kisah sebenarnya komen baik atau jahat. Kita ambil untuk perbaiki diri, perlahan-lahan belajar.

Ariff bersama rakan-rakannya akan membuka sebuah studio tidak lama lagi.

“Nak cakap sakit hati pun tak sangat sebenarnya. Memang target untuk suka-suka je di TikTok,” ujarnya yang mula membuat kerja sambilan dalam bidang itu sejak berusia 20 tahun.

Menurut Ariff, bekerja dalam bidang kreatif ini sedikit sebanyak dapat membantu dirinya untuk menampung kos pengajian selama ini. Terbaharu, Ariff bersama tiga rakannya sedang dalam proses untuk membuka sebuah studio dikenali sebagai Lenstopia Studio di Sungai Buloh. Ujarnya, ia sepatutnya dibuka pada Januari lalu namun ditangguhkan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara foto yang dihasilkan oleh Ariff.

“Saya sebenarnya tak rancang pun nak belajar fotografi. Kalau ikutkan saya mahu sambung belajar dalam bidang Seni Halus, tapi tiada rezeki saya. Tak sangka pula saya rajin belajar sampai ke peringkat Master sekarang. Alhamdulillah, boleh jana sumber pendapatan. Saya dengan team tengah nak buka studio, InsyaAllah pada Mac ini. Tertangguh sebab PKP. Sekarang dalam proses persiapan,” ujarnya.

Studio yang diusahakan Ariff bersama tiga rakannya dijangka beroperasi pada Mac ini.

Kata Ariff lagi, dia berharap pandemik Covid-19 berakhir segera bagi membolehkan segala urusan dia dan pasukan dapat berjalan lancar. “Memang terjejas sejak PKP tahun lepas, banyak job ditunda. Dengan nak bayar rumah, bayar yuran lagi. Job tak sebanyak sebelum ini. Harap PKP berakhir segera agar semua job dapat dimulakan balik seperti sedia kala,” ujarnya mengakhiri bicara.

Aktif Nasyid Sejak Berumur 9 Tahun. Pelajar Ini Sanggup Lebarkan Bakat Di Tiktok Dan Ini Respon Luar Biasa Yang Dia Terima

Bakat yang dimiliki remaja ini sungguh mengagumkan. Aiman Najmuddin Jaidi atau lebih mesra dipanggil Aiman mula aktif menyertai nasyid sejak di bangku sekolah rendah lagi. Aktif sertai nasyid sejak berumur 9 tahun, remaja ini kini lebarkan bakat nyanyiannya menerusi aplikasi TikTok. Tambahan pula,banyak video nasyid yang dihasilkan meraih ribuan tontonan,seklai gus mempopularkan genre itu dalam aplikasi berkenaan.

Jelas Aiman, dia mula menyertai Tiktok pada penghujung taun lalu, DAn dia berkata dia sama sekali tidak menyangka akan menerima maklum balas positif daripada penggemar irama berkenaan. “Selain nasyid, saya juga bermain beberapa alat muzik seperti darbuka, conga, cajon dan djembe.

“Ustazah yang asah bakat saya masa sekolah rendah. Masuk sekolah menengah saya makin aktif dan pernah wakili daerah ke peringkat negeri sebanyak dua kali.”Saya sebenarnya memang minat seni suara. Masa umur 6 tahun saya dah naik pentas untuk bersajak,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Kata pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu, dia bersyukur dengan reaksi positif yang diterima di media sosial sejak aktif berkongsi video nyanyian miliknya.Malah katanya, dia juga tidak sangka masih ramai orang di luar sana yang meminati genre itu.”Saya dah pernah kongsi video nyanyian di Instagram, tiba-tiba terfikir nak cuba di TikTok pula.

“Saya tak sangka orang boleh terima. Pada awalnya, ada satu video saya buat prank suara tak sedap. Video itu yang pertama tular.”Bermula dari situ, orang mula detect yang saya ada lenggok nasyid. Ramai yang minta saya teruskan nyanyi lagu nasyid.

Aiman menerima pujian ramai kerana memperjuangkan irama nasyid menerusi TikTok.”Kalau buat live di TikTok pun, ramai yang request lagu-lagu nasyid. Jadi saya rasa ia satu platform yang cukup baik.”Walaupun zaman makin moden, orang lagi suka irama nasyid. Jadi saya akan teruskan,” ujarnya yang berasal dari Kulai, Johor.

Selain cover nyanyian secara biasa, Aiman turut membuat rakaman suara menggunakan aplikasi telefon iaitu Garage Band yang menampilkan susunan sendiri hasil kreativitinya.Kenangan sewaktu menyertai nasyid bersama kawan sekolah.Namun kata pelajar bidang Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat itu, dia terpaksa mencari masa bersesuaian untuk menghasilkan lebih banyak video nasyid memandangkan masih sibuk dengan urusan pengajian.Dalam masa sama, Aiman turut menzahirkan rasa syukur atas segala tunjuk ajar ustaz dan ustazah dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah yang banyak mengasah bakatnya selama ini.

Pintu Belakang Van Terbuka Secara Tiba Tiba. Tindakan Pemuda Ini Meraih Perhatian Ramai Setelah Video Rakaman Tersebut Tular Di Tiktok

Pemuda yang bernama Qush ini berkongsi video itu menerusi IG dan Tiktok. Dalam hidup ini , kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik,malah kita patut mengajak orang lain agar melakukan kebaikan. Begitu juga dengan jejaka ini yang berkongsi video di saat dia membantu seorang pemandu van di Subang Bestari,Selangor,Ahad lalu.

Kata Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar,25, menceritakan semula kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat itu.” Saya tengah memandu di di kawasan rumah sebenarnya masa itu. Tiba tiba pintu belakang van di hadapan kereta saya terbuka.”

“Terbuka masa van tengah bergerak, pakcik tu pula tak perasan. Kebetulan lampu isyarat merah, saya pun tahu lampu isyarat di situ memang lama.Qush berkata, dia sekadar mahu membantu dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.“Jadi saya turun dan tolong tutup pintu belakang van itu. Lepas saya tutup, nampak macam dia intai. Tapi kami tak sempat bertegur,” ujarnya.Berkongsi video di Instagram dan TikTok, usahawan kosmetik yang mesra disapa Qush itu turut menerima reaksi positif warganet.

Katanya lagi,dia menerima satu komen yang mempersoalkan kewajaranannya merakam video sambil membuat amal kebaikan. Tambahnya lagi yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ,dia secara spontan merakam vieo itu langsung tiada niat untuk menunjuk nujuk. Tambahan pula,telefon miliknya diletakkan di atas dashboard kereta dan dia yang bersendirian membuat rakaman berkenaan.

“Saya sebenarnya risau barang dalam van tu terjatuh ke atas jalan raya. Saya nampak macam ada tong cat.Qush merupakan seorang usahawan kosmetik.”Risau jika ia jatuh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.”Ada seorang individu tanya di ruangan komen, kenapa saya rakam video? Pada saya, kenapa tidak kita kongsi perkara positif.

“Bukan nak menunjuk. Cuma dalam tempoh sekarang, dengan pandemik Covid-19 lagi, inilah masanya kita gunakan hashtag #KitaJagaKita.”Sama-sama membantu masyarakat. Saya pun rakyat biasa je. Mana tahu hari ni dia susah, mungkin esok kita pula yang memerlukan pertolongan,” ujarnya lagi

Paparan skrin video tular itu.Namun katanya, dia bersyukur ramai yang faham mesej video tersebut dan turut berkongsi kata-kata positif menerusi ruangan komen.Tambah Qush lagi, dia tidak dapat membayangkan sekiranya pemandu tersebut merupakan ayahnya sendiri.Dalam perkongsian sama, dia turut mendoakan kesejahteraan individu itu dan berharap dia dapat pulang dengan selamat.

Tweet Yang Dibuat Suka Suka Disiarkan Di Saluran Berita. Pemuda Ini Terkejut Melohat Tweet Yang Ditulis Terpampang Dan Ini Pula Reaksi Ahli Keluarganya

LAMAN sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok kini menjadi tempat berkongsi pendapat, mencari informasi terkini serta menjadi satu bentuk hiburan kepada penggunanya.Di Twitter misalnya, kebanyakan tweet yang menarik pantas meraih perhatian warganet sekali gus juga akan tular di laman sosial yang lain.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda apabila tweet mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuatnya bukan sahaja tular di media sosial, tetapi turut masuk dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3 pada Rabu.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Asrhaf Mohd Nasir, 20, yang menetap dari Pasir Mas, Kelantan berkata dia amat terkejut apabila melihat tweet yang ditulis tiba-tiba terpampang di televisyen.

Ciapan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai pelaksanaan PKP dan ia menerima banyak retweet.”Sedang kami sekeluarga tengok berita, tiba-tiba keluar tweet tu sekali nama saya. Terbahak-bahak satu keluarga ketawa.

“Tweet tu memang sengaja saya buat nak hiburkan hati semua tak sangka sampai masuk TV. Tweet hampir sama sebelum ini pun orang lain pernah buat juga. Saya tiru je, tiba-tiba ramai pula yang retweet.Asrhaf menggangap tweetnya itu sekadar menghiburkan hati mereka di luar sana lebih-lebih dalam dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

“Baguslah, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan hati mereka di luar sana dalam keadaan yang sukar ini,” katanya sambil menambah ketika itu dia sedang menonton bersama ibu, bapa dan abangnya.Tambah Asrhaf, ibu dan bapanya merupakan orang paling teruja apabila mengetahui mengenai perkara itu

“Sebelum ada juga mereka tengok posting orang lain yang dikongsi d TV, tapi mereka tak sangka pula tweet anak sendiri pun sampai boleh masuk TV, apatah lagi pasal PKP,” katanya.Menurut Asrhaf, walaupun apa yang berlaku dianggap sebagai hiburan semata-mata, ada juga warganet yang tinggalkan komen-komen negatif kepadanya termasuklah menudh tweet tersebut palsu dan disunting.

“Mula-mula tu ada yang kata edit. Saya balas komen dia dengan bagi screenshot dekat YouTube. Lepas tu yang lain, saya dah malas layan.”Biarlah nak kata edit ke apa. Janji saya seronok, family pun terhibur.”Lagipun saya kongsi seronok-seronok je, bukannya saya dapat apa-apa pun kalau tweet masuk berita,” katanya.

Asrhaf (depan) bersama keluarga.Asrhaf yang kini bekerja sambilan dengan berniaga dalam talian mengakui dirinya turut terkesan gara-gara pandemik Covid-19 ini.”Biasalah saat macam ini siapa je yang tak serabut. Banyak perniagaan yang lebih besar pun terjejas apatah lagi perniagaan kecil macam saya.”Tetapi saya tetap bersyukur biarpun berniaga kecil-kecilan ja, ada juga rezeki orang beli cookies dan brownies saya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *