Pasangan ini baru buka kedai beberapa hari tapi terus nak bersedekah makanannya. Rupanya ada kisah yang buatkan mereka terkesan.

Amalan Covid 19 Viral

Pemilik Kafe Ateyh Fried Chicken Nazirah bersama suaminya Atif. “Percaya pada rezeki, semua Allah SWT dah aturkan.” Begitulah ungkapan yang keluar dari mulut seorang pemilik kedai makan selepas didatangi seorang hamba Allah untuk meminta sepinggan nasi.

Kejadian tak disangka-sangka itu berlaku ketika Siti Nazirah Norzir, 24, bersama suaminya Mohammad Atif Wan Kamal, 27, baru sahaja beberapa hari membuka kafe mereka sendiri.

“Untuk warga JB, yang betul-betul memerlukan, kalau tak ada duit nak makan nasi atau ayam goreng musim PKP ni atau anak-anak nak makan ayam tapi tak cukup duit nak beli, datang je kafe abang. Bagitahu staf abang atau abang sendiri bahawa tak ada duit nak makan.Tak apa Allah ada, Allah yang membayarnya. Tak payah malu, makan la sampai kenyang,” tulis Mohammad Atif dalam satu posting di Facebook pada Jumaat.

Perkongsian itu yang kemudiannya tular bukan sahaja mengundang sebak dalam kalangan masyarakat malah warganet turut berbangga dengan tindakan pasangan suami isteri muda ini.

Hampir dua tahun menjual nasi lemak kini mereka membuka restoran di Nong Chik, Johor Bharu.

Siti Nazirah yang lebih mesra disapa Nazirah berkata peristiwa tersebut berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira jam 11 malam ketika dia bersama suami berada di dapur dan sedang mencuci pinggan.

“Kami sebenarnya baru saja buka kafe ni beberapa hari lalu. Tapi kami dah hampir dua tahun berniaga nasi lemak dengan ayam goreng. Tiba-tiba malam tu tengah kami kemas dapur dan basuh pinggan ada seorang hamba Allah bukan warganegara Malaysia datang kepada kami minta sepinggan nasi. Memang rezeki dia masa tu sebab ada lagi dua bungkus saja yang tinggal. Saya pun terus ambil dan hulur kepadanya,” katanya ketika dihubungi.

Sejujurnya, saya cuma mahu perkongsian kami tular untuk kebaikan bersama… agar rezeki yang kami nak kongsi sampai kepada mereka yang memerlukan.

Mengimbas kejadian tersebut, Nazirah berkata dia sempat bertanyakan serba sedikit latar belakang diri lelaki warga asing tersebut dengan niat ingin mengambilnya bekerja. Bagaimanapun, berlaku sesuatu yang tak disangka apabila wanita yang berasal dari Johor Bahru, Johor itu tidak mampu menahan air mata apabila mendengar cerita lelaki berkenaan.

“Bila saya dah bagi makanan tu saya sempat tanya dia tinggal di mana dan sebagainya. Dia beritahu tinggal di Skudai dan baru diberhentikan kerja di sebuah pasar pagi. Saya bersangka baik, mungkin bukan sebab dirinya bermasalah tapi sama seperti orang lain, terkesan dengan PKP.

Nazirah bersama suami menawarkan nasi lemak percuma kepada sesiapa sahaja yang terkesan dengan PKP.

“Niat saya memang nak ambil dia kerja tetapi tak kesampaian sebab dia tak ada pasport, risau juga saya, ” ujarnya.

Namun selepas lelaki itu berlalu pergi, kisah itu tidak terhenti di situ! Setelah berbincang bersama suami, Nazirah berkata mereka berdua mengambil keputusan untuk menawarkan makanan percuma kepada sesiapa sahaja yang terkesan dalam tempoh PKP.

“Lepas lelaki tu pergi, saya rasa sebak sangat walaupun saya dah cakap dengan dia datang saja kedai kalau lapar. Saya terus bincang dengan suami minta pendapat dia setuju tak kalau selepas ini kami bagi makanan percuma kepada sesiapa saja yang terkesan. Alhamdulillah kami dapat kata sepakat dan yakin dengan keputusan untuk teruskan niat itu kerana kami pernah rasa sangat susah suatu ketika dahulu.

Perkongsian di halaman Facebook Ateyh Fried Chicken HQ ternyata mendapat perhatian masyarakat Malaysia.

“Bukan niat saya menghina rumah setinggan tetapi di situlah tempat saya tinggal dulu dan naik kereta buruk saja pergi berniaga nasi lemak jadi kami faham kesempitan hidup itu macam mana, ” katanya.

Pasangan ini yang telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ainun Mardiyah, 4, dan Muhammad Arsyad Nazmi, 3, berharap niat baik mereka dipermudahkan seterusnya dilimpahkan rezeki berlipat ganda.

“Sejujurnya, saya cuma mahu perkongsian kami tular untuk kebaikan bersama… agar rezeki yang kami nak kongsi sampai kepada mereka yang memerlukan, ” jelasnya. Kafe milik pasangan ini, ‘Ateyh Fried Chicken’ terletak di Nong Chik, Johor Bahru, berdekatan dengan kediaman mereka.

Sementara itu, Nazirah meluahkan rasa syukur kerana ramai yang datang ke restorannya untuk mengambil makanan percuma dan pada masa yang sama rezeki mereka juga semakin bertambah.

Budak Perempuan Ini Disuruh Minta Sedekah Di Jalanan. Sekali Bila Cikgu Tanya Rupanya Individu Ini Yang Paksa Dirinya.

Marah dan geram..demikian perasaan penulis ketika membaca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang kisah seorang anak kecil dipaksa meminta sedekah oleh ibu kandung sendiri. Berikut perkongsiannya;

MaIam ini aku mrah. Sangat mrah. Satu mesej masuk berbunyi, ” Cikgu. AIisa jual tisu dan kutip sedekah lagi depan KFC.” Baca ayat tu, berdesing telinga aku. Terus aku capai kunci motor, hidupkan motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.

Kawan aku dah ‘pegang’ dia. Bawa makan KFC sementara aku sampai. Sebaik duduk, aku tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan mula bertanya.

” Kenapa AIisa jual tisu dan minta sedekah lagi? Cikgu dah pesan jangan jual tisu dan minta sedekah. Cikgu dah hantar barang dapur, cikgu suruh kawan cikgu bagi duit belanja setiap hari.” ” Mak suruh.”

Pendek dia jawab sambil merenung meja. Lama aku ‘basuh’ dia malam ini. Lebih banyak lagi aku ‘basuh’ kakaknya. Supaya menjaga adik baik-baik, supaya tidak lagi ke jalanan seperti ini. Nak apa, aku support semua. Tak perlu turun ke jalanan lagi.

AIisa (bukan nama sebenar) baru usia 10 tahun. Namun dia sering disuruh meminta sedekah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan boyfriend mak dan boyfriend kakak sulungnya. Dapat duit menjual dan minta sedekah, semua kena rembat. Yang tinggal duit syiling sahaja untuk dia.

Aku geram. Aku mrah. Aku bengang. Bukan kat AIisa, tapi kat orang dewasa yang patut menjaga dia. Ibunya, boyfriend ibu dan boyfriend kakaknya yang mengambil kesempatan ke atas anak polos ini. Dia tidak rela pun turun ke jalanan. Namun didesak. Namun dipaksa. Namun disuruh. Maka anak perempuan bongsu ini akhirnya terpaksa patuh.

Ikutkan hati mrah, aku cari je boyfriend ibu dan boyfriend kakak, hantuk kepala kat dinding. Apa punya perangai suruh budak kecik kutip sedekah jual tisu. Mak dia pun satu hal juga. Pergunakan anak sendiri. Padahal aku dah jumpa 4 mata duduk bersila depan mak dia. Aku dah pesan jangan lagi suruh anak ini menjual tisu dan meminta sedekah.

Aku dah kata cakap, setiap bulan aku hantar barang dapur. Aku akan support semua perbelanjaan sekolah. Dan dia berjanji masa tu dengan aku tak akan biarkan anak dia ini ke jalanan. Itu yang aku mrah sangat. Malam ni aku bagi dua pilihan pada AIisa.

” Okey AIisa. Dengar sini. AIisa nak duduk dengan JKM?” ” Tak nak. AIisa nak duduk dengan ibu.” ” Jika tak nak, AIisa janji dengan cikgu jangan kutip sedekah dan jangan menjual tisu lagi. Belanja sekolah semua, cikgu tanggung. Barang dapur cikgu hantar. Jika cikgu dapati AIisa kembali kutip sedekah dan menjual tisu, cikgu akan serahkan AIisa kepada JKM.” ” Baik cikgu.”

Sebenarnya banyak lagi aku berborak dan berbicara sebenarnya. Banyak motivasi dan kata nasihat aku bagi agar anak ini teruskan pelajaran dan belajar elok-elok. Nampak gaya aku kena hadap mak dia lagi sekali esok lusa ni. Kena bertegas dah ini. Aku tak nak hak anak ini sepatutnya berada di sekolah tapi dipergunakan oleh orang dewasa untuk mencari nafkah pula.

Sebenarnya banyak kisah tentang keluarga mereka yang tidak boleh aku tulis untuk menjaga maruah mereka. Banyak benda aku kena simpan sendiri untuk menjaga air muka dan keselamatan mereka. Usah tanya aku di mana kes ini. Kat mana sekolah mereka. Kat mana mereka tinggal. Aku takkan cakap melainkan kepada jabatan yang ada autoriti.

Semoga anak ini berjaya dalam kehidupan dan semoga semua masalah dan rintangan yang dilalui berjaya kami bantu untuk atasi. Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu AIisa mendapat balik hak dia sebagai kanak-kanak. Aku juga akan cuba bantu keluarga mereka agar kembali ke jalan yang benar dan tidak melalaikan lagi.

Mengagumkan Sekali Calon SPM Ini Dapat Markah Penuh Untuk Ujian Percubaan Matematik Tambahan. Pelajar Ini Tampil Dedahkan Rahsianya

Ternyata perkongsian mengenai keputusan Matematik Tambahan pelajar ini raih perhatian ramai serta mengagumkan. Jika disebut subjet Matematik Tambahan, Terlalu ramai peajar yang kurang gemar dengan mata pelajaran ini kerana menganggap ia sebuah subjek yang susah.

Demikianlah yang terjadi kepada pelajar ini yang turut mempunyai tanggapan sama mengenai subjek tersebut.Namun segala-galanya berubah selepas dia nekad untuk memperbaiki pencapaiannya demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Difahamkan pelajar bernama Muhammad Izwan Azwar mula mendapat perhatian selepas dia memuat naik markah kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Oktober 2020 di mana dia memperoleh 100 peratus bagi subjek tersebut, di Twitter.”Alhamdulillah, another achievement unlocked (satu lagi pencapaian berjaya diraih),” tulisnya pada perkongsian yang sehingga kini meraih 6,292 retweet.

Jika lihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan kekaguman mereka dengan pencapaian yang dianggap luar biasa itu. Pelajar yang senang disapa sebagai Izwan berkata segala-galanya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke tingkatan empat, dua tahun lalu.

“Masa tingkatan empat, saya masuk kelas aliran Sains yang ada subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia termasuklah Matematik Tambahan. Sebaik saja masuk menengah atas, saya memang nekad dan pasang niat untuk melakukan perubahan sebab Matematik asyik gagal masa tingkatan tiga.

Jelas anak bongsu daripada empat adik beradik ini lagi, keputusan subjek Matematik Tambahannya mula menunjukkan peningkatan ketika peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan empat, di mana dia memperoleh A-.”Masuk tingkatan lima, mungkin sebab banyak topik, saya sekadar dapat C sahaja pada ujian penggal pertama. Saya lipatgandakan usaha tambahan pula masa tu dah mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap hari saya akan sertai tuisyen secara online dengan cikgu yang sama. Setiap malam pula, selepas buat kerja sekolah, saya akan habiskan masa kira-kira empat jam untuk buat latihan Add Math.”Saya biasakan juga buat ulangkaji tentang sesuatu topik sebelum ada kelas Add Math keesokan harinya supaya tak blur bila cikgu mengajar.

“Bila ada kawan minta tolong, saya ajarkan juga… dengan cara ini akan buat kita lebih faham. Selain itu, banyakkan bertanya guru kalau tak faham,” ujarnya yang menuntut di sebuah sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur.Berkat usaha kerasnya, Izwan berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang bagi subjek tersebut ketika peperiksaan percubaan SPM, Oktober tahun lalu.

“Kadang-kadang terlewat masuk kelas online… tapi saya akan ‘cover’ semula sesi yang ketinggalan tu.”Jadi untuk masa-masa yang ada sebelum peperiksaan ni, manfaatkanlah masa dan lebihkan usaha untuk sekurang-kurangnya lulus. Banyakkan buat latihan… saya kini hampir ‘cover’ kertas percubaan untuk setiap negeri.

“Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada cikgu subjek dan ckgu tuisyen, serta rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka, takkan tercapai keputusan seperti sekarang. Buat calon SPM, moga kita semua diberikan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab soalan kelak,” ujarnya yang berhasrat mahu menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di kolej matrikulasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *