Baru sahaja tular syarikat Bateriku.com gntung pekerjanya. Sekali tiba tiba ada pula foodpanda yang dipermainkan sehingga cecah nilai ini.

Amalan Dunia Viral

Selepas tular pekerja kontrak di syarikat Bateriku.com . Tiba-tiba syarikat itu menerima ‘prank’ pesanan makanan yang dihantar di syarikat tersebut. Dalam satu kenyataan, Bateriku.com berkata, penghantaran makanan itu dilakukan secara sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyusahkan 15 penghantar makanan Foodpanda kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

” Kesemua penghantar makanan menyatakan bahawa mereka menerima pesanan ‘prank’ yang beralamat di pejabat kami dimana mereka menunjukan bukti pesanan makanan di aplikasi mereka. Kesemua jenis pambayaran untuk pesanan makananan yang ditempah adalah secara tunai berjumlah hampir RM500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak syarikat tersebut telah memaklumkan kepada semua rider Foodpanda untuk tidak mengambil sebarang penghantaran makanan kepada alamat syarikat ini. Bagaimanapun, niat pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak tercapai apabila Foodpanda tidak mengenakan sebarang caj pembayaran.

” Apa lagi rezeki jangan ditolak, kebetulan waktu makan tengah hari. Kesudahannya, makanan yang dipesan oleh ‘prankster’ tadi, sama-sama dikendurikan oleh ‘rider’ Foodpanda dan Hero Bateriku,” tambahnya.

Semalam melaporkan, tindakan seorang lelaki yang mengkritik penghantar makanan mencuri air yang dipesannya melalui aplikasi GrabFood akhirnya membawa padah apabila dia digantung kerja serta-merta oleh majikannya yang juga syarikat Bateriku.com.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, majikan kepada lelaki yang dikenali sebagai sebagai Ezrin Nazan, Bateriku.com memaklumkan, tndakan gntung kerja itu dilakukan sementara siasatan menyeluruh sedang dilakukan.

” Pihak Bateriku.com memohon maaf dengan tingkah laku kakitangan kontrak, Ezrin Nazan yang telah tersalah kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan penghantar makanan Grab di laman sosial tempoh hari. Di Bateriku.com, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.com,” katanya di laman Twitter semalam.

Rata-rata warganet bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Bateriku.com dan menyifatkan tindakan itu tepat dalam memastikan nama baik syarikat itu tidak tercalar.

Terdahulu, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Exmnexmnmn merasa sangat kecewa apabila air minuman yang dipesannya di Starbucks tidak mencukupi ketika dihantar oleh rider.

Pada masa sama, dia mengatakan ‘rider’ tersebut telah mengambil tanpa izin salah satu minuman miliknya. Dia akui memesan tiga cawan minuman terbabit, namun yang tiba hanya dua cawan. Susulan itu, akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di perkongsian tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus di ‘seal’.

” Tugas ‘rider’ cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan. Isu ‘rider’ ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan buka sebarang bungkusan pelanggan,” katanya.

Tular Pengalaman Abang Food Panda Ini Bila Dapat Pesanan Di Suatu Tempat Misteri Ini. Tapi Bila Dihubungi Ini Pula Yang Berlaku.

Dunia yang serba teknologi ini, sangatlah menyenangkan kehidupan seseorang itu dalam hariannya. Sebagai contoh, aplikasi makanan antara dunia teknologi yang dapat membantu kehidupan seseorang serba sedikit. Walaupun begitu, tular pula video yang dikongsikan seorang penghantar makanan yang digelar Abang Panda, di laman Tiktok berkongsikan nasibnya yang ditipu oleh pelanggan misteri. Lebih misteri lagi, apabila pelanggannya itu meminta supaya dia menghantar makanan tersebut di tempat perkuburan Cina. Bila telefon tak angkat pula, haish seram!

Sekarang siapa yang order?

Menerusi video TikTok itu, lelaki ini menceritakan pengalamannya menghantar makanan yang ditempah oleh seorang pelanggan di tempat perkuburan Cina. Namun, apa yang lebih pelik apabila dia cuba untuk menghubungi pelanggannya itu, namun panggilan tersebut tidak dijawab. Malahan, ketika sampai di tempat tersebut, tidak kelihatan sesiapa pun melainkan hanya kubur yang berada di situ.

Ada orang ordercall tak angkat. Memang prank orderlocation dia bagi dekat kawasan perkuburan Cina. Persoalannya siapa yang order dekat sini? Manalah tahu penggali kubur yang order. Jelasnya lagi, tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung menyusahkan ramai pihak dan dia terpaksa membatalkan pesanan itu. Pada masa yang sama, dia juga sempat membayangkan jika pesanan itu diterima pada waktu malam dan dia terpaksa menghantar makanan itu secara bersendirian di tempat yang sunyi.

Prank order memang berlaku, setiap minggu mesti ada rider yang kena. Seseorang rider tu tak tahu pon dia kena prank ke apa unless lepas dia pick up makanan tu. Sebelum buat tu fikir dulu, jangan menyusahkan rider. Menerusi video kedua, lelaki ini turut menceritakan jika seseorang itu bertindak melakukan prank order perkara itu secara tidak langsung merugikan pelbagai pihak termasuk rider itu sendiri. Malahan, pemilik akaun itu juga boleh disekat dan tidak boleh lagi membuat sebarang pesanan pada masa yang akan datang. Takkan penggali kubur yang order?

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *