Tular perkongsian di media sosial pakcik dan Makcik yang sedang jalan kaki sambil angkat barang berat. Tak sangka ianya buat ramai warganet sebak.

Amalan Kehidupan Keluarga Viral

Setiap anak mahukan yang terbaik untuk ibu bapa mereka sebagaimana mereka membesarkan kita dengan baik dari kecil hingga dewasa. Jika melihat pasangan tua yang sudah dimamah usia berada dalam keadaan susah, pasti kita akan sebak kerana teringatkan ibu bapa kita sendiri.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok milik Athirahzaharii yang berkongsikan video menumpangkan sepasang suami isteri warga emas yang sedang berjalan kaki sambil memikul barangan berat. Menurut Athirah, pasangan itu dalam perjalanan menuju ke rumah mereka kelihatan letih kerana berjalan kaki sambil memikul barang mungkin dari tempat yang agak jauh. Dapat dilihat, pasangan itu membawa barangan dengan menggunakan kayu.

Sampai di rumah, Athirah berkata mereka sempat berbual dan mendengar luahan hati daripada pasangan warga emas itu. Lebih sebak ketika hendak pulang, wanita berusia itu berpesan menjenguk mereka kerana sunyi. Perkongsian Athirah itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut sebak melihat pasangan warga emas itu berjalan kaki sambil membawa barang yang berat. Malah, ada yang menangis kerana teringatkan ibu bapa masing-masing yang sudah meningkat usia dan bersyukur masih lagi mempunyai ibu bapa.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan serta berharap Athirah akan terus melawat pasangan itu.

Tular Seorang Pakcik Jual Air Kelapa Yang Tidak Dibantu Sesiapa. Sekali Ahli Keluarganya Tampil Jelaskan Hal Sebenar.

Beberapa hari lepas viral di laman media sosial perkongsian mengenai seorang pakcik warga emas yang dirakam ketika sedang menjual air kelapa. Perk0ngsian tersebut bukan sahaja mendapat perhatian dan simpati ramai malah membuatkan ramai dalam kalangan warganet yang tampil menghulurkan bantuan.

Walaupun ramai yang membantu dan menyatakan simpati, namun ada juga segelintir warganet yang dilihat mempersoalkan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan pakcik berkenaan. Tidak mahu perkara tersebut terus berlarutan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai, salah seorang wakil daripada keluarga lelaki tersebut kemudiannya tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut individu yang hanya mahu dikenali sebagai @balqishmazlan itu, warga emas tersebut yang dikenali dengan ‘Atok Long’ mempunyai sebuah perniagaan iaitu menyediakan servis kanopi namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan beliau telah melibatkan diri di dalam perniagaan menjual air kelapa.

“Saya tiada niat lain selain membantu keluarga ini. Atok Long ini dia ada perniagaan kanopi, jadi faham-fahamlah apabila sudah PKP, business dia jatuh macam mana. Betullah apa yang dia kata, dia mempunyai anak dan cucu. Cucu pula dijaga oleh nenek. Saya nak tekankan yang Atok Long memang seorang yang kuat dan suka bekerja. Dia sejenis yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang ingin dibuat. Anak-anak beliau sudah pesan banyak kali untuk duduk rumah namun beliau masih berdegil hendak membuat kerja,” jelas beliau melalui untaian (thread) berikut.

Menurut beliau, disebabkan oleh itu, anak-anak kepada ‘Atok Long’ tersebut tidak dapat lakukan apa-apa selain akur atas permintaan beliau ingin bekerja.

Sedih atas kritikan yang diberikan

Menjawab persoalan dari pihak The v0cket, apabila perkara tersebut v!ral di seluruh media sosial, ahli keluarga bagi ‘Atok Long’ tidak berapa senang kerana mereka jelasnya masih berkemampuan untuk membiayai keperluan warga emas tersebut.

“Mereka bersedih atas semua kritikan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap diri mereka. Yang menyatakan mereka tidak reti menjaga kedua ibu bapa. Mereka menangis atas kritikan yang diberikan sampai mereka berasa ketakutan. Nasihat saya, tidak salah memberikan bantuan kepada orang yang nampak di dalam kesusahan tetapi adalah satu tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menjaga mulut dari berkata kata buruk. Menol0ng orang itu amalan yang baik, namun andaian yang melampau tanpa soal siasat adalah bur0k,” jawab beliau.

Justeru, beliau berharap selepas dari perkara ini, setiap kali jika ternampak kisah-kisah yang seakan seperti ini dipersilakan untuk menol0ng namun simpanlah kata-kata berbentuk negatif di dalam hati sahaja kerana kita tidak tahu akan perkara sebenar. Diharap dengan perk0ngsian ini, ia dapat membantu menjawab persoalan serta andaian dari rata-rata rakyat Malaysia berkenaan isu tersebut. – Sumber dipetik dari The v0cket, Twitter@balqishmazlan

Sebak Lihat Pakcik Usia 80 Tahun Jual Air Kelapa. Seorang Pelanggan Ini Membuat Perkongsian Menyentuh Hati Perasaan Orang Ramai

Demi kelangsungan hidup,pakcik yang berusia lebih kurang 80 tahun tetap gigih bekerja untuk sara kehidupannya dan isteri serta cucu tercinta. Dan mungkin ini adalah pekerjaan yang sudah lama. Namun begitu, perkongsian kali ini telah menyentuh hati kecil ramai pembaca. Mana taknya,bila kita lihat pakcik ini,mula lah teringat mak ayah di kampung.

Perkongsian penuh hiba ini dikongsikan oleh salah seorang pelanggan tetap pakcik air kelapa ini yang dikenali sebagai Aida Aidil. Wanita ini berharap perkongsiannya akan dapat sambutan daripada orang ramai supaya dapat membantu pakcik ini.

Menurut wanita ini semasa dihubungi, lori pakcik ini akan berada di kawasan Bandar Puteri, Klang. Tempatnya agak tersorok sikit tetapi berdekatan dengan laluan yang orang ramai selalu guna. Jalan ini antara laluan untuk orang naik dan turun dari KESAS. Bagi yang tinggal di kawasan Johan Setia mungkin mereka lebih familiar.

Tambahnya, jangan take them for granted. Macam mana kita buat kat parents kita macam tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun. Isteri jaga cucu kat rumah.Aku tak kenal pakcik ni tapi memang dah kebiasaan aku kalau membeli dengan orang macam ni aku suka nak tanya sebab kadang ada yang jenis nak share problem mungkin boleh tolong dorang ringankan beban sikit-sikit.

Bila aku tengok pakcik ni aku terbayang tokki aku dulu lebih kurang mcm ni la. Abah aku pun kalau dah umur macam ni mungkin macam ni juga susuk dia. Aku jarang balik kampung bila balik nampak sangat perubahan parents aku.

As a designer. Aku cuba buat mana yang aku rasa perlu untuk marketing pakcik ni. Harap sesiapa yang baca ni akan dapat manfaat dan its time for us to give back to our parents. Sedekah tu bukan dari aku sahaja, ada juga dari kawan2. tak dapt bantu banyak.

By the way, aku rakam sebab aku nak anak-anak yang ada mak bapak yang sebaya pakcik ni tengok and renung kat mak bapak masing-masing. Sanggup ke weh tengok dorang kerja mcm ni. Bagi dorang jaga cucu lagi. Pakcik cakap dia kerja sebab kena bayar bills aku tak nak tanya banyak nanti bngkak mata aku.Sesiapa yang nak derma dekat pakcik ni boleh bank in dekat bank saya 168621030856 -maybank -CHE ENGKU NUR AIDA .

Semoga dimurahkan rezeki korang semua Loudly crying face. Nanti pakcik ni nangis lagi. At least dia nangis kurang beban kan. yay! Thank you so much.The purpose saya buat thread ni bukan nak mengaibkan anak menantu pakcik ni ya. Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok org tua kena hadap benda mcm ni.

Tular Di Laman Tiktok Anak Merakam Video Bapanya Yang Sedang Makan Nasi Kosong. Sekali Jawapan Bapa Ini Buatkan Orang Lain Rasa Sebak.

Baru-baru ini viral di laman TikTok satu video seorang bapa makan nasi kosong sehingga undang simpati orang ramai. Video itu dirakam oleh anaknya sendiri yang sememangnya aktif di aplikasi tersebut dan sering berkongsi rutin sehariannya. Menurut bapa berkenaan, video itu bukan tujuan meraih simpati atau lakonan seperti did4kwa sesetengah warganet.

Video ini mula viral di TikTok selepas individu yang dikenali sebagai Nissa berkongsi video mereka di laman Twitter sehingga mendapat 7k retweet. Rata-rata sebak melihat video itu dan tak kurang juga yang tersentuh melihat kasih sayang dua anak beranak ini. Difahamkan anak beranak itu hanya tinggal di Kuala Nerus, Terengganu berdua selepas berpisah dengan bekas isteri pada tahun 2019.

Kami pilih doa lagi

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat. Memang ada setengah sahabat nak bantu, minta akaun kami. Kami terus terang cakap, kalau dengan duit beribu, kami pilih doa lagi dari duit. Itulah perjalanan kami. Doa lagi bernilai dari wang ringgit, dan kekayaan. Kami tak perlukan apa-apa, kami cuma perlukan doa untuk kami, sihat waalfiat. Syukur kepada Allah SWT.

Menurut lelaki itu, dia menerima banyak mesej untuk membantu dia dan sahabat kerana melihat kesusahan mereka. Namun dia tidak memerlukan duit, dia hanya memerlukan doa dari semua orang. Akhir sekali dia berterima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakan mereka.

Sumber : OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *